Forrest Gump

Forrest Gump

Télécharger le sous-titre en Malay

Informations sur la version

Forrest Gump 1994 1080p UHD BluRay DD+7 1 DV HDR x265-HiDt MAY
Un commentaire de ture detective

Tags

bluray
official_release
Publié le: 2026-03-15
Téléchargements: 88
Malentendants: No

Aperçu des sous-titres Malay

Les 200 premières lignes.

GEORGE YANG INGIN TAHU H.A. REY

Helo.

Nama saya Forrest. Forrest Gump.

Kamu nak coklat?

Saya boleh makan sejuta setengah coklat.

Mak saya selalu kata hidup umpama sekotak coklat.

Kita tak tahu apa kita akan dapat.

Kasut itu mesti selesa.

Mesti kamu boleh jalan sepanjang hari dan tak rasa sakit.

Kalaulah saya ada kasut begitu.

Kaki saya sakit.

Mak selalu kata banyak kita boleh tahu

tentang orang dengan lihat kasut mereka.

Ke mana mereka mahu pergi. Ke mana mereka dah pergi

Dah banyak kasut yang saya pakai.

Kalau saya fikir betul-betul, saya boleh ingat kasut pertama saya.

Mak kata kasut itu bawa saya ke merata tempat.

Katanya itu kasut ajaib saya.

Baiklah, Forrest. Kamu boleh buka mata.

Mari jalan-jalan.

Bagaimana rasanya?

Kakinya kuat, Puan Gump.

Paling kuat pernah saya lihat,

tapi belakangnya sangat bengkok.

Tapi kita akan tegakkannya, ya, Forrest?

Forrest!

Semasa kecil,

mak namakan saya sempena wira Perang Saudara,

Jeneral Nathan Bedford Forrest.

Katanya kami ada tali persaudaraan dengannya.

Apa yang dia buat ialah,

dia mulakan sebuah kelab yang dipanggil Ku Klux Klan.

Mereka berjubah dan pakai cadar

dan berperangai macam hantu.

Malah, mereka letak cadar pada kuda dan menunggangnya ke mana-mana.

Begitulah saya dapat nama saya.

Forrest Gump.

Mak kata tujuan nama Forrest

ialah untuk mengingatkan saya bahawa kadangkala kita buat perkara

yang tak masuk akal.

Okey, keluarkan…

Sekejap. Arah inikah? Tunggu.

Baiklah…

Tengok apa?

Tak pernah tengok budak lelaki dengan pendakap kaki?

Jangan biar sesiapa cakap mereka lebih bagus daripada kamu, Forrest.

Jika Tuhan mahu jadikan semua orang sama,

Dia pasti dah berikan kita pendakap kaki.

Mak selalu tahu cara untuk jelaskan sesuatu supaya saya faham.

Kami tinggal lebih kurang setengah kilometer dari Jalan 17,

sekitar 800 meter dari pekan Greenbow, Alabama.

Itu dalam daerah Greenbow.

Rumah kami ialah rumah warisan sejak moyang mak.

menyeberang lautan sekitar 1,000 tahun lalu.

Lebih kurang begitulah.

Oleh sebab kami cuma berdua dan kami ada banyak bilik kosong,

mak putuskan untuk menyewakan bilik-bilik itu,

kebanyakannya kepada mereka yang singgah sekejap,

macam dari Mobile, Montgomery dan sebagainya.

Begitulah mak buat duit.

Mak wanita bijak.

Ingat apa mak beritahu kamu, Forrest. Kamu sama macam orang lain.

KEDIAMAN GUMP

Dengar tak apa mak cakap, Forrest?

Kamu sama macam orang lain. Tiada beza.

Anak puan berbeza.

Tahap IQ dia 75.

Kita semua berbeza, Encik Hancock.

Dia mahu saya dapat pendidikan terbaik.

Jadi, dia bawa saya ke Sekolah Pusat Daerah Greenbow.

Saya jumpa pengetuanya.

Saya nak tunjuk sesuatu, Puan Gump.

Ini normal.

Forrest di sini.

SKOR IQ - PURATA KEBANGSAAN ATAS - NORMAL - BAWAH

Kerajaan perlukan IQ minimum 80 untuk masuk sekolah kerajaan.

Dia perlu ke sekolah khas.

Dia akan okey.

Apa maksud normal?

Dia mungkin sedikit perlahan,

tapi anak saya, Forrest akan dapat

peluang yang sama macam orang lain.

Dia takkan ke sekolah khas untuk belajar celup tayar.

Bezanya cuma lima mata.

Pasti ada sesuatu yang kita boleh buat.

Sistem sekolah kami progresif.

Kami tak mahu sesiapa ketinggalan.

Kamu ada suami, puan?

Dia sedang bercuti.

Mak kamu memang ambil berat hal persekolahan kamu.

Kamu memang tak banyak cakap, ya?

RUMAH GUMP BILIK UNTUK DISEWA

"Akhirnya, dia terpaksa cuba."

"Nampak mudah tetapi…"

"Oh, apa dah jadi?"

- "Pertama, ada…" - Mak, apa maksud bercuti?

- Bercuti? - Tempat ayah pergi.

Bercuti itu apabila kamu ke satu tempat

dan tak kembali.

Bolehlah dikatakan mak dan saya tiada sesiapa selain kami berdua.

Tapi kami tak kisah. Rumah kami tak pernah kosong.

Sentiasa ada orang datang dan pergi.

Makan lewat malam.

- Masa makan, semua. Forrest… - Aduhai. Itu nampak istimewa.

Kadangkala, terlalu ramai tinggal dengan kami

sampai setiap bilik dipenuhi pengembara.

Orang yang tinggal sekejap

dan sering berjalan.

Forrest Gump, masa untuk makan!

Pernah sekali, seorang jejaka tinggal dengan kami

dan dia bawa peti gitar.

Forrest! Mak dah pesan jangan ganggu encik ini.

Tak apa, puan.

Saya cuma main beberapa lagu.

Baiklah. Makanan dah siap jika kamu mahu makan.

Ya, boleh juga. Terima kasih, puan.

Tunjuk gerakan kamu tadi.

Perlahankan sedikit.

Saya suka gitar itu.

Bunyinya sedap.

Saya mula bergerak mengikut rentak,

menggoyangkan pinggul

Suatu malam, mak dan saya keluar beli-belah.

Kami lalu di hadapan kedai perabot dan perkakas Benson.

Cuba teka apa jadi.

Ini tak sesuai untuk kanak-kanak.

Beberapa tahun kemudian, jejaka kacak

yang mereka panggil "Raja",

dia menyanyi terlalu banyak lagu,

kena serangan jantung atau apa-apa.

Tentu susah jadi raja.

Luculah. Ada benda kita ingat, ada benda tidak.

- Buat yang terbaik, Forrest. - Baiklah, mak.

Saya ingat dengan jelas perjalanan menaiki bas pada hari pertama sekolah.

Nak naik tak?

Mak kata jangan ikut orang tak dikenali.

Ini bas ke sekolah.

Saya, Forrest. Forrest Gump.

- Saya, Dorothy Harris. - Kita bukan lagi orang asing sekarang.

Tempat ini ada orang.

Ada orang!

Tak boleh duduk di sini.

Memang pelik apa yang budak kecil boleh ingat,

sebab saya tak ingat saat dilahirkan.

Saya tak ingat hadiah Krismas pertama,

dan saya tak tahu bila saya berkelah di luar pertama kali.

Tapi saya ingat kali pertama saya dengar

suara paling manis dalam dunia.

Kamu boleh duduk di sini kalau nak.

Saya tak pernah lihat sesiapa secantik dia dalam hidup saya.

Dia umpama bidadari.

Kamu nak duduk atau tak?

Kenapa dengan kaki kamu?

Tiada apa, terima kasih. Kaki saya baik sahaja.

Saya duduk di sebelah dia dalam bas

dan berbual sehingga tiba di sekolah.

…belakang saya bengkok macam tanda soal.

Ini akan buat saya…

Selain mak, tiada orang pernah cakap dengan saya atau tanya saya soalan.

Kamu bodoh atau apa?

Mak kata, "Kita patut dinilai berdasarkan kelakuan."

- Saya, Jenny. - Saya, Forrest. Forrest Gump.

Sejak hari itu, kami sentiasa bersama.

Jenny dan saya bagai isi dengan kuku.

Dia ajar saya memanjat.

Ayuh, Forrest. Kamu boleh.

Saya tunjuk bagaimana nak bergayut.

"…monyet kecil dan…"

Dia bantu saya membaca dan saya tunjuk bagaimana nak berbuai.

Kadang-kadang kami cuma melepak dan tunggu bintang muncul.

- Mak mesti risau. - Sekejap saja lagi.

Entah kenapa, Jenny tak pernah mahu pulang.

Okey, Jenny. Saya tunggu.

Dia kawan paling istimewa saya.

Satu-satunya kawan saya.

Mak saya selalu kata keajaiban berlaku setiap hari.

Ada orang tak fikir begitu. Tapi betul.

Hei, bodoh!

Kamu terencat atau bodoh?

- "Tengok, saya, Forrest Tempang." - Lari, Forrest.

Lari, Forrest! Lari! Cepat!

- Ambil basikal! - Cepat! Kejar dia!

- Ayuh! - Jaga-jaga, bodoh. Kami datang!

Kami akan tangkap kamu!

Lari, Forrest! Lari, Forrest!

Mari sini!

Lari, Forrest!

Lari!

Kamu takkan percaya jika saya beritahu,

tapi saya boleh berlari seperti angin.

Mulai hari itu, kalau nak ke mana-mana,

saya akan lari!

Dia akan terlepas! Hentikan dia!

Laju betul dia lari.

Ingat tak saya beritahu yang

Jenny tak pernah mahu pulang ke rumah?

Dia tinggal di rumah seusia Alabama.

Mak dia sudah ke syurga ketika dia berumur lima tahun

dan ayahnya seorang petani.

Jenny?

More Malay subtitles for Forrest Gump

Commentaires

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left