Les 200 premières lignes.
"Peringatan: Cerita ini adalah sekadar rekaan."
"Ia tiada kaitan dengan apa-apa."
"Ia berbentuk hiburan semata-mata."
"Budi bicara penonton dinasihatkan."
"My Ambulance"
Ada apa, Tikao?
Kak Tantawan tak sedarkan diri di puncak gunung.
Kami dah hubungi ambulans tapi tak tahu jika mereka sempat sampai.
Betulkah awak tiada kuasa itu lagi?
Cukup! Awak tak memiliki kuasa itu lagi!
Kak Tantawan tak cintakan awak lagi! Dengar tak?
"Episod 11"
Terima kasih.
"Bahagian Kecemasan"
Keadaan dia dah stabil. Jangan risau.
Macam mana Kak Tantawan boleh ke sana? Ia sangat jauh.
Berdasarkan keadaan dia,
dia tentu tumpang kereta orang selepas dia mabuk.
Dia langsung tak sedar.
Saya rasa dia tak boleh ingat apa-apa kalau mabuk dia seteruk itu.
Syukurlah Chalan berjaya selamatkan dia tepat pada masanya.
Macam mana...
Chalan boleh jumpa dia?
Tantawan tersedar dan hantarkan lokasinya.
Mujurlah,
dia tak apa-apa.
Mari masuk dan tengok mereka. Jom.
Tantawan tersedar dan hantarkan lokasinya.
Doktor Kecil.
Kita dah bersama sepanjang perjalanan. Apa lagi yang awak mahu?
Masinnya tangan awak.
Saya rindu awak.
Saya mesti balik sekarang. Saya ada syif tambahan esok.
Doktor Kecil,
pukul berapa awak habis kerja esok?
Pukul 8:00.
Macam mana selepas pukul 8:00?
Saya nak belanja awak makan malam sebagai tanda ucapan terima kasih.
Tak perlulah, kak.
Dalam situasi itu, saya akan buat perkara sama kepada sesiapa pun.
Kenapa awak cakap macam itu?
Saya nak belanja awak. Saya nak makan dengan awak.
Baiklah. Kalau saya lapar ketika itu, saya akan makan dengan awak.
Comelnya awak ini. Awak habis kerja pukul 8:00.
Sesiapa pun akan lapar pada waktu itu.
Awak sengaja jual mahal.
Mulut murai betul.
Saya pergi dulu. Selamat jalan.
Dao, jom.
-Jom. -Selamat tinggal, Doktor Kecil.
Selamat tinggal, saya balik dulu.
Selamat tinggal.
Paebii, tolong saya periksa kit alat pertolongan cemas ini.
Saya rasa alkohol dah nak habis.
Paebii.
Boleh tak awak buat macam biasa?
Apa maksud awak "buat macam biasa"?
Seseorang yang boleh bekerja dengan saya, bukan tunggul.
Macam mana saya nak buat biasa?
Saya beritahu awak yang saya suka awak.
Awak pun cakap yang awak sukakan saya.
Jadi, mestilah perasaan saya terhadap awak semakin kuat.
Sekarang awak suruh saya berhenti sukakan awak?
Saya tak boleh buat macam itu.
Saya minta maaf.
Tak mengapa kalau awak cintakan Kak Tantawan.
Saya tak boleh halang awak daripada mencintai dia.
Tapi saya nak awak tahu yang...
saya pun cintakan awak.
Awak tak boleh halang saya daripada mencintai awak.
Saya boleh tunggu.
Saya boleh tunggu selama mana pun yang awak mahu.
Awak boleh beritahu saya bila-bila masa awak dah bersedia.
Awak mahu Kak Tantawan beri awak peluang.
Sama juga bagi saya.
Saya rasa...
lebih baik awak jangan buang masa menunggu saya.
-Paebii! -Paebii!
Kami terima kelulusan untuk jadi pasukan kecemasan...
dalam perlumbaan yang awak akan sertai esok!
Paebii, awak mesti menang esok. Menjeritlah sekuat hati awak.
Jeritan awak tentu berupaya untuk menakutkan mereka!
Menang!
-Perlumbaan itu esok? -Doktor.
Dialah yang paling memahami awak.
Macam mana awak boleh lupa?
Seorang pelumba dan seorang lagi doktor.
Mereka boleh saling menjaga ketika dalam kesakitan.
Mereka sangat rapat.
Cemburunya saya! Mereka bagaikan pinang dibelah dua!
Nah, ambil ini.
Saya ada soalan. Awak bertengkar dengan Abang Peng?
Tiada apa-apa. Ia cuma pertengkaran kecil.
Tiada apa-apa. Kami akan berbaik nanti.
Pertengkaran kecil?
Riak wajah awak mengatakan sebaliknya.
Kenapa awak marah sangat? Beritahulah saya.
Ceritalah.
Abang Peng lupa yang saya ada perlumbaan esok.
Jadi, teruk dia dimarahi saya.
Macam mana dia boleh lupa tentang saya?
Sudahlah. Peng itu memang kuat bekerja.
Sudah tentulah dia tak boleh ingat segala-galanya.
Kalau awak ada masalah, awak patut berterus-terang dengan dia.
Terima kasih.
Doktor Kecil, datanglah sekarang.
Paebii, Kak Tantawan panggil saya.
Saya pergi dulu.
Selamat tinggal, jumpa esok.
"Dilarang Merokok"
-Salam sejahtera, Chalan. -Helo.
Cik Tantawan sedang menunggu di atas.
Sut awak.
-Ini untuk saya? -Ya.
Saya sangat cantik, bukan?
Ini terlalu cantik.
Pemandangan di sini terlalu cantik.
Mana bunga?
Kalau awak keluar berjanji temu, awak mesti sediakan bunga.
Kenapa saya perlu sediakan bunga?
Saya datang untuk makan dengan awak.
Bukannya berjanji temu.
Baiklah, ubah rancangan.
Rancangan B. Saya dah sediakan bunga sendiri.
Semua ini bunga yang saya sediakan untuk awak.
Saya tahu awak takkan sediakannya.
Sut blazer ini sangat sesuai dengan awak.
Muat-muat saja, Doktor Kecil.
Semuanya dah sedia. Mari kita makan.
Tak mengapakah kalau makan di sini?
Awak baru saja sembuh.
Angin di sini sangat kuat. Awak akan jatuh sakit.
Saya dah sembuh. Saya sangat sihat sekarang.
Selera makan saya membuak-buak.
Kak, awak mesti jaga diri baik-baik walaupun dah sembuh.
Awak mesti makan ubat mengikut masa...
dan dalam jumlah yang ditetapkan.
Awak juga perlu beri perhatian terhadap suhu badan awak.
Awak tak boleh pergi saja ke mana-mana yang awak suka.
Faham?
Kenapa?
Tiada apa-apa. Saya cuma rasa yang...
saya betul-betul sukakan diri awak yang sekarang.
Tapi disebabkan saya suka awak,
saya takut awak akan berubah menjadi orang lain.
Sebenarnya, kita semua akan berubah ikut peredaran masa.
Kenapa saya harus takut?
Sebab saya tak pasti jika mereka masih akan...
ada hubungan sama dengan saya selepas berubah.
Saya tak pasti pun jika semua tindakan saya ini betul.
Saya cuba sedaya upaya untuk ubah diri sendiri...
semata-mata untuk menggembirakan dia.
Saya bersabar selagi boleh dan terima seadanya.
Sebab itu kami mampu bersama selama 15 tahun.
Sekarang, Abang Peng beritahu saya...
supaya jangan paksa diri menjadi orang lain.
Kalaulah kita boleh memaksa diri, saya tentu dah jadi orang lain.
Saya keliru.
Sebab saya tak tahu jika kita patut ubah diri kita...
atau jadi diri kita sendiri.
Awak banyak berfikir tentang itu.
Saya tak pernah fikir macam itu.
Saya cuma rasa kalau kita sukakan seseorang,
kita akan cuba sedaya upaya kita untuk terus bersama mereka.
Tapi satu hari, apabila kita rasa yang kita patut berhenti mencuba,
itu mungkin bermaksud yang...
kita tak mahu bersama dengan mereka lagi.
Adakalanya, kita khuatir tentang perkara yang belum berlaku.
"Macam mana kalau" ialah sesuatu yang kita tak boleh ubah.
Sama seperti kita meneka orang jenis apa dia akan jadi esok.
Siapa tahu? Betul tak?
Biar saya beritahu awak sekali lagi.
Saya betul-betul sukakan diri awak yang sekarang.
Tapi saya tak kisah kalau awak tak sukakan saya sekarang.
Saya faham.
Kalau awak jatuh cinta pada saya suatu hari nanti,
jangan lupa beritahu saya, ya?
Kenapa awak kelip mata?
Kelip mata bermaksud yang saya faham.
Apa yang awak faham?
Saya akan beritahu awak apabila saya mula sukakan awak.
Kak, angin di sini sangat kuat.
Apa kata kita makan di tempat lain?
Kita nak ke mana?
Kak, esok,
saya akan berada di litar lumba sepanjang hari.
Perlumbaan akan tamat pada sebelah petang.
Kenapa awak beritahu saya?
Awak belanja saya makan malam hari ini.
Biar saya belanja awak makan malam esok.
Awak sudi atau tak?
Saya tak nak tunggu awak jawab. Jumpa esok.
Awak suka tak?
-Biar saya ludahkan ke sana. -Jangan.
Paebii.
Awak baru sampai?
Saya pergi beli barang tadi. Jadi, saya tak datang dengan mereka.
Awak cari Abang Peng?
Saya tertanya-tanya jika dia akan datang untuk sokong saya.
Mungkin dia takkan datang.
No comments yet. Be the first to leave one.