Les 200 premières lignes.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Hannah Berner.
Apa khabar, Toronto?
Saya sangat teruja. Kita benar-benar akan lakukannya.
Lelaki dah tekan butang rakam? Saya tak percayakan mereka.
Asyik nampak lelaki kebelakangan ini. Anda perasan tak?
Mulakan dengan FBI.
Terlalu ramai lelaki dalam FBI.
Bukan lelaki biasa, lelaki lebih tua.
Anda pernah kehilangan sesuatu di dalam rumah dan fikir,
"Saya akan hubungi ayah, dia pasti tahu."
Ayah saya pernah kehilangan alat kawalan jauh di dadanya.
Sementara itu, ibu saya boleh cari gunting di rumah orang lain.
Wanita perlu uruskan FBI.
Ini tak menimbulkan kontroversi langsung.
Kita semua ada kawan bernama Stephanie.
Anda beri dia seteguk rosé, kata laluan Wi-Fi,
dia akan jumpa Osama Bin Laden dalam masa 32 minit.
Saya cuma beritahu nama pertama, panjang janggutnya.
Dia kata, "Dia di dalam kotak pasir itu. Tangkap dia."
Saya suka dokumentari pembunuhan.
Betul. Ya.
Selalunya wanita yang akan suka
sebab lelaki sibuk membunuh.
Kebanyakan pembunuh bersiri lelaki.
Kebanyakannya lelaki.
Saya harap saya boleh jadi pembunuh bersiri,
tapi saya akan ditangkap serta-merta.
Polis akan masuk
dan tarik rambut dari punggungnya, lalu jerit, "Hannah Berner lagi.
Sambungan rambut kali ini, menarik."
Ini menimbulkan kontroversi, tapi bersabarlah dengan saya.
Pelawak berdiri di depan penonton macam pembunuh bersiri…
Semua orang marah.
…sebab mereka tak perlu jadi kacak
untuk dianggap sangat kacak dalam seni mereka.
Ted Bundy ialah simbol seks dalam kalangan pembunuh bersiri.
Dia ada mata yang menakutkan, kening bercantum.
Jika dia mula menari di belakang kawan anda di bar, anda akan…
Tunggu, anda ingat menari rapat?
Itu memang gila.
Zaman yang gila.
Anda akan pergi ke bar, Akon akan muncul dan anda akan menari…
dengan kawan perempuan, cuba mengajuk perkataan salah.
Tiba-tiba ada rasa hangat di belakang.
Ada peraturan pelik yang kita tak boleh tengok ke belakang.
Siapa yang cipta peraturan itu? Minta dijauhkan, saya tengok dan dia…
Jadi, kita perlu teruskan.
Anda sangat takut
dan anda cuba pandang mata mana-mana gadis dalam bilik itu.
Anda tak perlu kenal pun dia.
Anda nampak seorang gadis dan awak fikir, "Apa terjadi?"
Saya fikir, gerakan apa saya buat dulu?
Saya rasa saya buat begini saja.
Anda pandang dia dan dia bergerak dengan agresif.
Dia sangat serius. Dia akan buat begini…
Anda akan kata, "Tak apalah. Saya nak buang air kecil. Terima kasih."
Ingat para cikgu?
Mereka kata, "Tinggalkan ruang untuk Jesus."
Apa maksudnya? Jesus mahu berada di tengah?
Dia kata, "Tukar air menjadi wain, ya!"
Tidak, tapi apa perspektif lelaki tentang semua itu?
Anda berjalan masuk ke bar dengan zakar separa tegang.
Pergi ke belakang perempuan dan buat,
"Dia lari.
Dia melarikan diri."
Cuba tusuk semua orang.
Bahagian yang bagus ialah jika dia tusuk leher,
anda akan cakap, "Dia tinggi."
Nasihat profesional.
Kalau dia tusuk di sini, anda buat, "Pergi"…
Pelawak berdiri di depan penonton tak perlu ada rupa menarik
untuk dianggap sangat menarik dalam seni kami.
Contohnya, dalam realiti TV, saya tahap enam.
Sebagai pelawak berdiri, saya tahap 27, okey?
Terima kasih.
Terima kasih.
Saya macam Gisele untuk komedi
kalau dia tak boleh buat jujitsu
dan dia makan.
Saya wanita paling cantik dalam komedi selain
Matt Rife.
Terima kasih.
Kecuali bibir saya asli.
Saya tahu apa yang anda fikir. "Hannah. Adakah awak sempurna?"
Ada hingus di dagu saya sekarang.
Sebenarnya, saya tak tahu saya memang menarik
sehingga saya baca satu artikel
yang menyatakan orang yang sangat menarik tak tahu yang mereka sangat menarik.
Sebab mereka sebenarnya paling kurang dipuji.
Sebab sangat jelas betapa menariknya mereka.
Saya fikir, "Semuanya masuk akal."
Tapi saya tak menarik sepenuh masa.
Saya menarik separuh masa. Saya jelaskan, separuh masa saja.
Tak ramai orang boleh buat begitu.
Saya boleh berjalan di karpet merah,
tapi saya juga boleh dihalau keluar dari 7-Eleven.
Saya ada julat.
Saya fleksibel, okey.
Bergantung pada pencahayaan, saya boleh jadi Caitlyn Jenner sebelum atau selepas.
Bergantung pada fasa luteal saya.
Saya tak nak jadi menarik sepenuh masa.
Menarik sepenuh masa, kalau saya selalu begini,
saya akan jadi raksasa.
Megan Fox contoh menarik sepenuh masa.
Gilalah.
Dia tiada masalah.
Dia kata, "Saya rasa saya akan kahwini lelaki bernama Machine Gun."
Itulah yang dilakukan oleh orang menarik sepenuh masa.
Saya mudah difahami.
Tapi saya tahu apa anda fikir. "Macam mana awak begitu yakin?"
Ini helah saya.
Saya tak pandang cermin.
Sebab cermin? Bukan urusan saya.
Apabila kita bangun pada waktu pagi, kita tak perlu diserang
oleh maklumat yang tak perlu.
Saya bangun, saya tak pandang cermin. Saya tahu rupa saya.
Ia gambar paling cantik saya pernah ambil dengan penapis Paris.
Saya fikir, "Itulah dia."
Kemudian saya akan berjalan keluar.
Tiada siapa akan cakap apa-apa dan saya fikir, "Mestilah."
Tapi tidak, sekali-sekala ada komen
tentang keyakinan saya.
Di kolej, teman sebilik saya kata torso saya panjang.
Saya tak tahu apa itu torso.
Saya pandang rakan sebilik lain
dan saya kata, "Adakah ini…" Dia kata, "Betul."
Kemudian saya sedar apabila masuk ke dalam bilik,
semua orang cakap, "Itulah Torsi-Hanny!"
Kemudian, pernah sekali saya keluar berjanji temu.
Saya memakai gaun pendek.
Saya berjalan masuk.
Saya sumpah, lelaki itu cakap,
"Awak tegap."
Saya fikir, "Apa?"
Dia kata, "Tak, kaki awak sangat tegap."
Saya cakap, "Awak ingat saya kuda?
Awak mahu berlumba? Periksa gusi saya?
Siapa tunggang siapa malam ini?"
Kami keluar bersama selama enam bulan lagi.
Dia minta saya jadi teman wanitanya. Saya kata, "Tidak."
Anda tak jangka jenaka tentang kuda malam ini. Anda tak jangka.
Seorang lelaki buat saya ketawa.
Dia kata lutut saya nampak macam Voldemort.
Jangan terus tengok.
Saya lihat dan kata, "Itu sangat lucu."
Dia berjaya. Dia buat dengan bagus.
Jadi saya fikir, saya perlu balas mesej lucu
dan saya kata, "Kalau awak tak boleh terima sedikit lemak di lutut saya,
macam mana awak nak hadapi vagina ini?"
Dia sekat saya. Saya menang.
Terima kasih.
Terima kasih.
Anda takkan dapat lupa ini,
jadi ia akan merosakkan satu jam ini untuk anda. Maaflah.
Tapi tidak, ini bukan impian pertama saya.
Menjadi badut di atas pentas.
Impian pertama saya ialah menjadi pemain tenis profesional.
Terima kasih tepuk untuk impian terkubur itu.
Akhirnya saya bermain tenis untuk Universiti Wisconsin.
- Ayuh Badgers. Ayuh Badgers. - Ayuh Badgers!
Dulu pasukan tenis wanita tak begitu dihormati.
Saya terpaksa bercinta dengan pemain bola.
Saya cuma buat begitu
sebab lelaki itu bersaiz besar.
Tingginya 207 cm.
Dia tak pernah cakap, "Kaki awak tegap."
Dia kata, "Awak sangat kecil."
Saya cakap, "Saya tahu!"
Saya akan silangkan kaki macam…
Tidak, dia akan dukung saya.
Sebab lelaki biasa bukan hanya mendukung saya.
Mereka perlu buat begini…
Dia akan letak saya di bahunya dan bawa saya berjalan-jalan.
Rasa macam Cynthia Erivo. Saya seperti…
Dia akan campak saya ke atas sofa
dan saya akan dengar bunyi yang lebih kuat daripada jangkaan saya.
Saya akan cakap, "Sofa awak pernah patah sebelum ini. Gilalah."
Tapi dia dungu. Dia sangat dungu.
Bukan salah dia. Dia menghidap CTE. Anda tahu apa itu CTE?
Akibat banyak kali hentakan kepala, kemudian main dengan Kardashian.
Ia tak bagus.
Dia kata, "Ya Tuhan."
Tak, saya buat amal CTE sepanjang kolej secara percuma. Saya orang yang baik.
Tak, dia sangat dungu.
Saya cuba abaikan saja.
Tapi satu hari dia mesej saya perkataan "isn't"
dan dia eja I-S-I-N-T.
Saya fikir, "Ini sangat penting. Saya perlu mewakili wanita."
Jadi, saya balas mesej dia. Saya kata, "Bukan itu
cara eja perkataan "isn't".
Dia kata, "Hei, saya penat berlatih."
Saya kata, "Awak tak tambah huruf apabila awak penat."
Tapi kami seronok. Kami berasmara.
Tapi dia tak mahu teruskan hubungan dengan saya.
Itu satu masalah kerana saya bukan bersama dia kerana otaknya.
Pada satu tahap, saya tanya, "Hei, ada masalah?
Adakah saya terlalu kecil?"
Dia kata, "Tidak, awak sempurna.
Saya perlu beritahu awak sesuatu.
No comments yet. Be the first to leave one.