Merlin

Merlin

Unduh Subtitle Malay

Musim 4

Informasi rilis

Merlin - 4x07 - Episode 7 Malay 720p HDTV 720p HDTV x264-FoV
Komentar oleh arm_light
Episod 4-The Secret Sharer

Tag

HDTV
hdtv
x264
720p
720
HD
Diterbitkan pada: 2012-10-29
Unduhan: 51
Tuna Rungu: Yes

Pratinjau subtitle Malay

200 baris pertama.

'Di sebuah daerah mitos, pada era kegemilangan sihir,'

'takdir sebuah kerajaan besar'

'terletak di bahu seorang lelaki muda.'

Namanya...

Merlin.

Jadi, Emrys..

Morgana!

Masa saya jumpa kamu, kamu pengsan di dalam hutan.

Apa yang berlaku kepada kamu?

Morgana? Siapa yang buat semua ni?

Emrys.

Lelaki tua tu? Dia ada di sini?

Dia dah ambil Fomorroh. Dan musnahkannya.

Dia tahu rancangan kita untuk membunuh Arthur?

Dia tahu semua rancangan dan rahsia kita. Dia tahu segala-galanya.

Ada orang yang beritahu dia.

Ah, Gaius!

Masa saya tanya tentang Emrys, dia kata dia tak tahu.

Dia berbohong. Saya dah agak yang dia bohong!

Gaius...

Cuma dia dalam Camelot yang tahu tentang Fomorroh.

Dialah orangnya.

Dialah yang beritahu Emrys segala-galanya.

Bagus.

Jadi dia boleh bawa kita kepadanya.

Gaius sangat setia dan sangat degil.

Dia tak akan buat macam tu secara sukarela.

Siapa kata dia akan buat secara sukarela?

Sarikata oleh Light_Arm

Musim 4 Episod 7 " The Secret Sharer "

Bangun.

- Untuk apa? - Mandi.

Mana sarapan?

- Cakap "Ah". -Ah..

Merlin!

Saya dah tetapkan waktu latihan.

Bagus, untuk apa.. kayu panjang? Lawan kapak?

Untuk beri ucapan.

- Pada siapa? - Untuk Persatuan Menggilap Baju Besi.

Persatuan apa? Saya tak tahu menggilap.

Nasib baiklah saya tahu.

Itu akan mengambil masa untuk belajar.

Tak adalah. Mula-mula, Kamu akan terima utusan Odin.

- Adakah saya kena beri ucapan? - Taklah.. kamu kena dengar.

Kemudian kamu perlu periksa pengawal, rasmikan majlis merdeka..

Oh, dan menjadi hakim.

Mempengerusikan perbicaraan?

Pertandingan Kalungan Bunga!

Saya tak pernah ada masa untuk diri sendiri!

Saya tahu, asyik kena bekerja!

Cepat, kita tak ada banyak masa.

Turun dari katil sekarang!

- Kamu buat dengan baik, Arthur. - Saya tak fikir begitu.

Semua orang cakap macam tu.

Baguslah kalau kawan-kawan kamu di bar cakap begitu.

Saya serius. Kamu akan jadi seorang raja yang baik.

Terima kasih. Kamu tetap hamba yang paling teruk pernah saya ada.

Masuk.

Selamat pagi, Tuanku. Boleh saya cakap sesuatu?

Sudah tentu.

Apa yang saya nak katakan ni, sangat penting, Tuanku.

Mungkin lebih baik kalau kita berdua saja yang dengar.

Saya dapat tahu ada pengkhianat di kalangan kita.

Saya harap saya boleh menidakkannya.

Semua orang di syakki.

Walaupun orang yang paling kita sayang.

Tiada siapa boleh terlepas.

Sudah tentu.

Jadi.. salah seorang kesatria kamu?

- Tidak. - Kamu pasti?

Saya berani jamin setiap seorang daripada mereka.

Baiklah, saya pernah mencadangkan Gaius sebelum ni..

Tapi saya yakin yang dia takkan khianati kamu.

Saya pun. Gaius seorang hamba yang setia,

juga, seorang rakan.. kepada saya dan ayah saya.

Bukankah Gaius yang beritahu kamu tentang ahli sihir

yang membunuh ayah kamu, kan?

Dan kita tahu yang dia juga pernah terlibat dalam sihir.

Bagaimana jika keinginan sihirnya datang kembali?

Saya sentiasa yakin dan percayakan Gaius.

Oh. Saya juga. Mungkin saya yang agak terburu-buru.

tapi tak mengapa kan, kalau kita tanya beberapa soalan padanya.

Saya tak rasa ianya perlu.

Kita perlu, Tuanku. Ini mengenai keselamatan kamu

dan keselamatan kerajaan.

Ada seseorang merancang untuk menjatuhkan kamu.

Menjadi tugas saya untuk menyiasat setiap kemungkinan,

Bagaimanapun.

Saya yakin Gaius pun akan faham.

Saya nak jumpa Catha.

Dia sedang menunggu saya.

Kamu adalah Alator Catha, pahlawan dan pendita.

Kamu pasti Morgana Pendragon,

Pendita Tinggi Triple Goddess

dan keturunan terakhir dari bangsa kamu.

Apa yang kamu mahu di sini?

Saya nak kamu culik seseorang..

Dari Camelot.

Camelot adalah musuh bagi orang macam kita.

Dari apa yang saya dengar, Raja baru mengikut cara Uther.

Kamukan Catha.. Perkara sebegitu tak akan menghalang kamu.

Kenapa saya perlu membahayakan nyawa saya untuk kamu?

Kerana saya akan berikan kamu sesuatu sebagai balasan.

Ia telah ditempa di Isle of the Blessed oleh Pendita Tinggi.

Kuasa penyembuhannya mengatasi kuasa Lima Kerajaan.

Kuasa sebenarnya ada di sini.

Ini hadiah yang berharga.

Orang yang kamu cari pasti penting untuk kamu.

Ya.

Saya harap dia dapat bawa saya kepada musuh ketat saya..

Emrys.

Apa saja yang kamu mahu.

Saya akan laksanakan tugas ini untuk kamu.

Silakan, duduk.

Kenapa saya dibawa ke sini dengan cara sebegini?

Sebagai orang kanan Raja,

tugas saya adalah untuk memastikan keselamatannya.

Jika saya perlu bertanyakan soalan,

walaupun pada orang yang paling dipercayai, saya akan lakukan.

Tiada seorang pun yang terkecuali.

Adakah saya ada lakukan kesalahan, Tuanku?

Apa pandangan kamu terhadap sihir, Gaius?

Ia adalah menyalahi undang-undang.

- Dan kamu bersetuju dengannya? - Saya faham kenapa ia diharamkan.

Itu bukan jawapan kepada soalan saya.

Undang-undang diperlukan untuk mencegah penyalahgunaan

yang telah dilakukan oleh ahli sihir.

Boleh tak kamu jawab dengan lebih telus?

Adakah kamu setuju yang sihir patut diharamkan?

Ya atau tidak?

Ya.

Pernahkah kamu mengamalkan sihir?

- Satu masa dahulu. - Baru-baru ini?

Tidak.

Jadi bagaimana kamu boleh kenal dengan ahli sihir yang bunuh Uther?

- Saya tak pernah kenal dia. - Kamu suruh Arthur untuk mencarinya.

- Ya. - Itu bermakna kamu kenal dia.

- Ada orang beritahu tentang dia. - Siapa?

Saya tak boleh beritahu.

Pernahkah kamu bertemu dengan dia?

Soalannya cukup mudah, Gaius. Pernahkah kamu jumpa dia?

Ya atau tidak?

Tidak.

- Dan kamu sedia bersumpah untuk itu? - Ya.

Kamu bersumpah?

Ya.

Terima kasih, Gaius. Ia sangat membantu.

Itu saja?

Mmm. Untuk hari ini.

Perlukah kamu layan dia sebegitu?

Nyawa kamu dipertaruhkan, Tuanku.

Kita tak boleh lemah semangat.

Dan kamu nampak sendiri.. Dia berbohong.

Dia pasti menyembunyikan sesuatu.

Tapi kita tak boleh yakin sangat.

Kita tak ada bukti.

Kamu betul, Tuanku. Kita tak ada bukti.

Tapi kalau kita terus menyiasat, mungkin kita akan menemuinya.

Masuk.

Ah, boleh tolong tutupkan pintu?

Merlin, saya tahu kamu adalah hamba yang setia dan dipercayai.

Jadi, saya mempunyai tugas yang istimewa untuk kamu.

Apa pendapat kamu?

Ia sangat cantik.

Ini adalah hadiah untuk Arthur.

Ia direka oleh tukang pedang dari Gedref.

Tapi malangnya,

bilahnya menjadi agak tumpul semasa dalam perjalanan.

- Bolehkah kamu asahkan untuk saya? - Dah tentu.

Oh, dan Merlin?

Tinggalkan di bilik Raja pada pagi esok.

Terima kasih.

Kamu lewat!

Jadi, janganlah buang masa lagi.

Merlin?

Sleep sekarang.

Tuanku, dia dilihat menunggang keluar dari bandar.

Tuanku.

Tuanku, betul cakap kamu.

Kuda jantan putih telah dicuri dari kandang diraja.

Ke mana dia nak pergi pada waktu malam begini?

Kita hanya boleh meneka, Tuanku.

tapi kalau kita geledah barangnya, mungkin kita akan temui kebenaran.

Kamu temuinya di dalam bilik Gaius?

Saya juga kecewa, Tuanku. Seseorang yang begitu rapat dan dipercayai.

Itu membuktikan yang dia mengamalkan sihir, kan?

Dia.. Dia penipu.

Penipuan dan pengkhianatan.

Saya tahu. Ia sukar dipercayai, kan Tuanku?

tapi kita nampak sendiri yang dia tak menentang sihir.

Kami berdua tahu yang dia menyembunyikan sesuatu.

Kita memang tak nak percaya. Tapi.. sekarang,

dia lari dengan terburu-buru di tengah malam begini..

Orang yang tak bersalah takkan buat begini, Tuanku.

Tak syak lagi,

Gaius adalah pengkhianat.

Saya akan arahkan pasukan pencari secepat mungkin.

Tak perlu. Apa gunanya?

Biarkan dia lari.

Seperti yang kamu mahu, Tuanku.

More Malay subtitles for Merlin

Komentar

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left