200 baris pertama.
SEBUAH SIRI NETFLIX
Tumbuhan adalah organisma yang ikhlas.
Ia akan beri balik apa yang kita beri kepadanya.
Kalau dapat cahaya matahari, ia mekar.
Kalau tak dapat, ia layu.
Setuju tak, Ryeon?
Saya tak rasa puan panggil saya untuk tunjuk bunga.
Tentang kes risiko bunuh diri terkini.
Lee Young-chun. Umur 91. Warga emas yang tinggal bersendirian.
Kenapa dengan dia?
Nampaknya kamu akan bekerja dengan Pasukan Pengiring untuk kes ini.
Jangka hayatnya tamat esok.
- Apa? - Selalunya,
semakin bertambah berusia, semakin kita nak hidup lebih lama.
Tapi kenapa, keputusan terakhirnya dalam hidup
adalah untuk bunuh diri?
Saya rasa
dia ada luka dalam yang belum sembuh
atau penyesalan dalam hidup.
Mungkin.
Macam kamu cakap, apa sekalipun luka itu,
bukankah dia sepatutnya hidup hingga tiba masa untuk mati?
Puan nak saya sembuhkan luka berdekad lama yang dia sendiri tak dapat ubati,
dalam masa sehari?
"Setidaknya, hidup awak bermakna."
Buatlah dia rasa begitu.
ROH MENJADI BINTANG
Lambatnya Pn. Koo.
Harap puan boleh gunakan pertemuan itu untuk minta pengarah tambah staf.
- Kenapa? - Bukannya ada orang nak datang ke sini.
Betul juga. Susah juga duduk dalam pasukan ini.
Macam mana nak cakap, ya? Macam dipulaukan dalam Jumadeung.
Mesti semua orang pilih Pasukan Pengiring
sebab dapat pakai sut mahal. Betul tak?
Dah berapa lama awak kerja di Jumadeung?
- Sejak era Joseon. - Era Joseon?
Puan lebih lama di sini daripada awak. Maksudnya puan dah berada di sini
sejak zaman Maharaja Sejong atau Jeneral Yi Sun-shin?
Saya nampak tua sangatkah?
Jadi, sejak bila?
Sejak Pencerobohan Qing di Joseon.
Pencerobohan Qing di Joseon.
Berhenti bercakap hal yang tak penting. Saya ada perkara nak cakap.
LEE YOUNG-CHUN, UMUR 91 INDEKS KEMURUNGAN 85%
Kalau dia akan meninggal dunia esok,
buat apa kita tolong dia untuk cari makna kehidupan?
Yang penting, kita tak banyak masa.
Tugas kita tak semudah menghalang dia bunuh diri dalam sehari.
Betul cakap En. Lim.
Cepat tukar baju. Kita tak banyak masa.
Aduhai.
Orang masih tinggal di kejiranan ini?
Nampak macam semua dah pindah sebab pembangunan tergendala itu.
Jauh lagikah?
Rumah itu.
Tolong tarik saya.
Tarik saya.
Dia tak pernah nak tolong.
Saya rasa tiada orang tinggal di sini.
Loceng pun tak berfungsi.
Ada orang tak?
Saya pun ada…
Baguslah. Cemburunya saya.
Rupanya kebolehan awak adalah bodoh.
Tapi saya rasa sesuatu di hujung jari.
Saya rasalah.
Kita mulakan dengan mengemas. Selepas itu, baru cari.
Kemas?
Kestabilan mental boleh ditingkatkan hanya dengan melihat ruang yang kemas.
Terutamanya tempat tinggal mereka.
Kita perlukan peralatan kalau kita nak kemas tempat ini.
Rasanya tak ada kedai yang jual peralatan itu,
jadi kita kena pergi ke kejiranan terdekat.
Rasanya lebih cepat kalau seorang saja pergi
daripada pergi beramai-ramai.
Jadi, "seorang" itu…
Macam mana kita nak pilih orang itu?
- Susah nak buat pilihan. - Pilihan yang sukar.
Saya akan pergi.
Terima kasih.
Aduhai.
Suruh sajalah saya pergi.
Kenapa nak beri tekanan supaya saya terasa?
- Mak! - Ya.
Kenapa orang tua itu bawa sampah?
Sebab dia malas belajar.
Kamu kena belajar rajin-rajin kalau tak nak jadi macam dia, faham?
Tak boleh cakap elok sikitkah?
Datuk.
Datuk!
Nak pergi ke mana? Biar saya tolong.
Tak apa. Terima kasih.
- Nanti dulu. - Apa?
LEE YOUNG-CHUN, UMUR 91 INDEKS KEMURUNGAN 85%
En. Lee Young-chun?
Ya?
Mesti awak banyak kerja di pejabat daerah.
Tak adalah! Saya tak sibuk.
Lagipun, saya tak ada tempat nak gunakan tenaga saya.
Tapi saya rasa bersalah pula.
Tak perlu rasa bersalah.
Saya nampak saja begini, tapi otot saya kuat.
Yakah?
Kawasan kejiranan ini nampak sunyi.
Dulu penuh dengan orang, tapi semua dah pindah keluar.
Kenapa datuk tak pindah?
Saya?
Mereka paksa saya pindah selepas beri pampasan
yang terlalu kecil.
Duit itu tak cukup nak dapatkan rumah lain.
Lagipun, dah lama saya tinggal sini.
Malah saya dah tak banyak masa.
Apa itu?
Di sini rupanya.
Hei, orang tua!
Puas saya cari!
Orang tua ini memang pandai menyusahkan orang.
Boleh jalan sampai ke sini dengan tulang tua itu, ya?
Gunalah tulang itu untuk pindah ke tempat lain.
Kenapa tak dengar cakap?
Hei, biadab sangat awak ini.
Jangan.
Siapa ini? Bawa cucu pula?
Kau pergilah bawa datuk kau ke tempat lain.
Tahu tak berapa banyak kami rugi sebab dia?
Dia cuma pemuda yang datang menolong.
Saya faham maksud kamu. Jadi, pergilah balik.
Orang tua.
- Hei! - Tidak.
Orang tua! Kalau awak pergi, barulah kami boleh pergi, faham tak?
Apa pula ini?
Tengoklah itu.
Jangan.
Kenapa orang yang pernah berjuang pertahankan negara
jadi penghalang apabila kami nak bangunkan negara?
Selepas kawasan kotor ini dibersihkan,
barulah harga tanah naik dan nampak cantik dan kemas.
Jadi, tolonglah pindah dari sini!
- Jangan. - Susah betul!
Nak buat apa kumpul benda ini?
Masa muda dulu, perwira negara.
Jangan…
Tapi apabila dah tua, menyusahkan pula?
Maafkan saya.
Tidak. Jangan!
Tuan!
Tuan okey?
Kurang ajar!
Saya tak apa-apa.
- Awak bergaduh? - Awak sajakah yang kena pukul?
Dia cuba tolong saya.
Mereka bukannya seorang dua. Macam mana nak kalahkan samseng itu?
Lain kali tak perlulah lawan.
Lepas apa yang mereka buat pada datuk, takkan saya nak duduk diam?
Menang pun tak, berani tinggikan suara.
Maaf, tapi siapa kamu berdua?
Mereka rakan sekerja dari pejabat daerah?
Awak En. Lee Young-chun?
Ya, saya.
Kami malaikat maut.
Saya…
Tak, bukan saya. Saya belum lagi. Saya baru separuh. Ya, separuh.
En. Lee Young-chun.
Awak akan mati esok.
Perlukah jujur sampai macam itu?
Beritahu dia yang kita malaikat maut?
Umur En. Lee Young-chun dah tak panjang.
Ya, tapi…
Dia nampak sihat dalam usia begitu.
Itu jangka hayat yang dah ditetapkan.
Awak tahu macam mana dia akan mati?
Pasukan Pengiring cakap sebab penyakit kritikal.
Dia pesara askar Perang Korea.
Macam mana awak tahu?
Dia pakai topi Anggota Khidmat Terbilang.
Tapi apa dia buat di sini seorang diri?
Saya tak nampak keluarganya dalam aplikasi Lampu Merah.
Betulkah…
awak ini malaikat maut?
Ya.
Saya malaikat maut.
Mungkin sebab saya dah nak mati,
tapi saya dapat rasa aura daripada awak.
Awak sememangnya
malaikat maut.
Kami datang
untuk selamatkan awak.
Apa?
Awak sedang bersedia untuk bunuh diri.
Tapi awak cuma ada sehari saja lagi untuk hidup.
Kalau ada apa-apa yang awak inginkan,
teringin nak buat atau tengok,
kami boleh tunaikan semuanya.
Beberapa minggu lepas,
saya dengar
salah seorang jiran saya ditemui mati sendirian.
Badan dia dah mereput sampai tinggal tulang.
Apabila saya dengar tentang itu,
saya mula berfikir panjang.
Saya rasa
No comments yet. Be the first to leave one.