200 baris pertama.
Adakah orang yang awak suka…
Veronica Park?
Atau adakah Setiausaha Jeong?
Awak cintakan siapa?
Kedua-dua mereka.
Saya cintakan mereka berdua.
Cinta tiga segi antara dua orang.
(Episod 11: Cinta Tiga Segi Antara Dua Orang)
Hei.
Ini bukan soalan seperti, “Awak menyukai ibu atau ayah?”
Bagaimana awak boleh mencintai mereka berdua?
Jika awak orang dewasa, bukankah sekurang-kurangnya awak patut tahu…
siapa yang awak cintai?
Saya juga rasa kecewa.
Saya juga keliru. Saya jadi hilang akal.
Saya tidak sangka otak saya boleh buat…
kesimpulan yang sebegitu teruk.
Ketika saya bersama Veronica Park,
saya teringatkan Setiausaha Jeong.
Ketika saya bersama Setiausaha Jeong,
saya teringatkan Veronica Park.
Saya tidak mahu lagi dengar.
Saya tidak tahu bila ia bermula,
tapi saya rasa seperti…
mereka berdua wanita yang sama.
Kadang kala, suara mereka juga…
kedengaran sama.
Saya sentuh bibir Setiausaha Jeong tadi…
dan buat seketika,
saya teringat pada…
bibir Veronica.
Benarkah awak Do Min Ik yang saya kenal?
Saya tahu. Saya juga bencikan diri saya.
Patutlah awak bencikan saya.
Saya pergi dahulu.
Apa agaknya itu, ibu?
Tentulah perasaan sebenar dia.
Benarkah?
Ikan yang dia dapat daripada mendiang ayahnya telah mati.
Ini salah satu saat yang paling menyedihkan bagi dia.
Dan kebetulan saya berada di sisinya.
Jadi dia telah buat silap.
Tapi bos awak bukan lelaki yang layan mana-mana wanita begitu.
Awak tidak tahu?
Wanita yang dia cintai ialah Veronica Park.
Dan wanita itu sebenarnya awak.
Duit.
Dia kata dia suka Veronica kerana Veronica banyak duit.
Dia cakap dia suka Veronica kerana dia cekap dan kaya.
Bagaimana pula itu saya?
Itu bukan diri saya.
Maafkan saya.
Jika awak dilahirkan dalam sebuah keluarga kaya,
awak tidak perlu tipu dia..
Bukan begitu.
Saya yang patut minta maaf.
Saya patut...
biar mendiang ibu saya tenang…
dan bukan dengar kisah cinta saya.
Meskipun begitu, saya yakin…
ia bukan satu kesilapan dan dia buat begitu kerana dia sukakan awak.
Bangun!
Awak tidak boleh muncul pada waktu pagi dan minta imbasan CT.
Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan otak saya.
Saya rasa insiden itu bukan sahaja rosakkan bahagian mengecam wajah,
tapi juga bahagian yang mengawal emosi dan keinginan.
Saya yakin semua bahagian ini telah rosak juga.
Awak cakap tentang apa?
Saya...
Saya mencintai dua orang wanita pada masa yang sama.
Awak pasti memang sudah hilang akal.
Betulkah? Saya hidup dalam masyarakat moden…
di mana monogami adalah norma sosial.
Saya tidak pernah ada isu wanita dalam hidup saya. Saya Do Min Ik!
Dan sekarang otak saya sudah tidak betul.
Imbaslah sekarang.
Saya pasti ia sudah rosak.
Melihat keadaan awak seperti ini…
mengingatkan saya pada waktu saya perlu pilih jurusan.
Saya rasa berbelah bahagi antara neurosurgeri dan ortopedik.
Itu tidak sama.
Manusia memang lucu.
Kita fikir tentang destinasi yang kita mahu pergi,
tapi kita tidak fikir tentang daripada mana mereka datang.
Awak cakap tentang apa?
Jangan fikir tentang wanita yang bakal memiliki hati awak,
tapi fikirlah tentang keadaan hati awak pada awal.
Barulah awak akan dapat jawapan tentang…
wanita yang patut awak pilih.
Setiausaha Jeong.
Pengarah Do.
Hei, Pengarah Do.
Berkenaan semalam...
Jangan datang dekat saya.
Mulai sekarang, jika saya mendekati awak,
jauhkan diri awak.
Saya orang jahat.
Tidak.
Pastikan awak berada pada jarak satu meter dari saya.
Awak dilarang berbual hal peribadi dan lakukan sentuhan fizikal.
- Pengarah Do. - Tidak, tunggu.
Awak belum pernah ambil cuti selepas perbaharui kontrak awak , bukan?
Baguslah.
Bagaimana kalau awak ambil cuti selama beberapa hari?
Secara tiba-tiba?
Awak berkelakuan begini…
kerana kejadian semalam merupakan satu kesilapan?
Ia bukan satu kesilapan.
Ia bukan satu kesilapan.
Apa-apa pun, saya tetap mahu awak…
jauhkan diri awak.
Boleh awak jelaskan sebab kenapa saya perlu jauhkan diri?
Bos awak...
bukan lelaki baik yang...
awak fikirkan.
Ya, saya tahu.
Saya si dungu yang tidak dapat bezakan orang ketika ketiadaan awak.
Dan saya tahu saya dungu yang tidak dapat bezakan…
sama ada seseorang sedang ketawa atau menangis.
tapi saya buat begini…
ada sebab. Jadi tolong pergi.
Jika awak berada di sisi saya,
saya mungkin...
buat sesuatu yang tidak masuk akal lagi.
Jadi...
Boleh awak…
dapatkan saya baldi...
untuk mengumpul air mata saya?
Apa masalah awak?
Dia tidak hubungi saya.
Encik Kesucian.
Sangat jelas dia telah mempergunakan awak.
Apa perkara yang perlu dia uruskan pada tengah malam?
Awak rasa dia seorang yang sangat pembersih?
Atau dia tiba-tiba terasa hendak bersihkan rumahnya?
Atau…
saya telah tandatangan kontrak itu terlalu cepat?
Tepat sekali.
Mana arah untuk pergi ke Sungai Han?
Oh Tuhan.
Presiden Park, saya sudah jumpa Encik Gi Dae Ju.
Jumpa lagi.
Awak boleh pergi ke Sungai Han,
tapi setidak-tidaknya beritahu sebab awak suruh saya datang.
Saya mahu awak cakap “tidak guna”.
Awak sepatutnya ajar saya berlakon.
Tapi awak ajar saya cara menyumpah?
Ini tempat kerja awak,
dan itu ayat pertama awak.
Tidak guna.
Apa awak rasa? Awak terasa hendak terus menyumpah seranah?
Awak mahu saya cakap begini di dewan seperti ini?
Memandangkan saya banyak membantu awak dengan lelaki ini,
paling kurang awak patut beri saya watak utama dalam drama?
Ini cara saya mengajar.
Saya ajar pelakon rasa dimalukan…
dan cara tambah emosi ke dalam ayat mereka. Ini dipanggil lakonan metod.
Sentiasa kejar impian awak dan sentiasa berharap.
Tidak guna.
Boleh saya pinjam umpan awak sedikit?
Cik Park Ok Soon?
Saya akan tukar nama saya.
Awak ekori saya?
Awak mengecewakan saya lagi.
Saya suruh orang lain mengekori awak.
Seriuslah.
"Percayakan orang."
"Awak berhak mencintai seseorang."
Awak yang ucapkan semua kata-kata manis itu.
tapi sebaik sahaja saya tandatangan kontrak,
awak terus menghilangkan diri.
Ia bergoyang.
Disebabkan oleh wanita lain?
Tidak, itu.
Jika ia bergerak,
saya akan pegang dengan sedaya upaya.
Oh Tuhan, ia masak dengan sempurna.
Dia seseorang yang sangat sukar untuk dilupakan.
Kenapa awak perlu jadi seorang yang sangat cantik...
sehingga lelaki lain boleh jatuh cinta dengan awak?
Saya?
Pertama sekali,
saya ingin minta maaf
Sebab tidak hubungi saya?
Saya ingin minta maaf bagi pihak Min Ik.
Nampaknya awak sudah tahu tentang kami.
Jika Min Ik pernah lukakan hati awak,
tolong maafkan dia.
Maafkan saya.
Saya yakin awak sudah salah faham.
tapi Do Min Ik dan saya...
sebenarnya bukan...
Saya yang patut minta maaf.
Apabila saya dengar Min Ik bercakap tentang awak,
saya mula jadi keliru.
Jadi saya perlukan masa untuk buat keputusan.
Saya tidak sanggup dengar…
jika ia keputusan yang negatif.
Ia bukan sesuatu yang saya boleh putuskan. Itu kesimpulan saya.
Dua lelaki yang berebut…
No comments yet. Be the first to leave one.