Tomorrow

Tomorrow (내일)

Unduh Subtitle Malay

Musim 1

Informasi rilis

내일 Tomorrow S01E07 KOREAN WEBRip x264-ION10
Komentar oleh SapickeD
Terjemahan sari kata oleh Nadia Othman

Tag

webrip
web
x264
BRip
Diterbitkan pada: 2022-04-23
Unduhan: 41
Tuna Rungu: No

Pratinjau subtitle Malay

200 baris pertama.

SEBUAH SIRI NETFLIX

Bermulanya hari untuk teman anda di kehidupan selepas mati, Jumadeung.

Kenyang betul makan.

Dah lama tak sunyi macam ini. Baguslah.

Jangan cakap begitu.

Jangan cakap suasana dah sunyi.

Kenapa?

Mungkin awak tak tahu,

apabila cakap begitu di tempat kerja, ia akan jadi sibuk.

Apa itu? Macam sumpahan?

Takkanlah. Siapa yang percaya?

Apa? Apa…

RALAT

Mungkin ada masalah semasa muat turun grafik dari Dunia Manusia.

Seluruh syarikat dah kena virus komputer.

Kami sedang cuba kenal pasti, tapi…

Bila sistem akan pulih semula?

Banyak kerja nak dibuat.

Saya akan telefon balik.

Daripada apa yang saya lihat sekarang, mungkin ambil masa dua atau tiga hari.

Dua hari?

Habislah.

Disebabkan isu Intranet,

berlaku kesesakan trafik di dalam bangunan.

Untuk mengelakkan sebarang insiden, sila berhenti bekerja

dan tunggu arahan malaikat maut yang ditugaskan kepada anda.

Mulai sekarang, setiap orang perlu tulis maklumat dalam Kitab Kematian

menggunakan tangan.

Pastikan anda tulis tarikh lahir, nama dan waktu anda dilahirkan dengan betul.

Tunggu arahan daripada malaikat maut yang ditugaskan kepada anda. Terima kasih.

Kenapa mereka tak angkat telefon?

REKOD MASUK DAN KELUAR ROH

RALAT

Tapi saya tak fahamlah.

Kehidupan lepas mati pun ada virus?

Kehidupan lepas mati adalah cerminan Dunia Manusia.

Kita cuma tahu yang mangsa bekerja di pasukan pemasaran SP Beauty

dan dilahirkan pada bulan April.

Setidaknya ada maklumat.

- Mari. - Baik.

Helo. Boleh saya bantu?

Ya.

Jadi…

orang itu adalah

salah seorang daripada mereka?

Tak sangka syarikatnya sebesar ini.

RALAT

Mereka kata ambil masa dua, tiga hari?

Ya.

Mustahil nak cari kes berisiko dengan dua orang staf saja.

Bukan Pasukan PR saja yang ada masalah.

Kamu pun nampak.

Betapa seriusnya situasi di Jumadeung disebabkan virus apa entah itu.

Habis itu, kami nak buat apa?

Kata orang, krisis adalah peluang untuk sesetengah orang.

En. Park beritahu saya,

dia tak faham kenapa semudah itu orang pilih untuk mati

sedangkan hanya beberapa perkataan dah boleh kembalikan semangat hidup.

Jadi tunjukkan kepada dia, Ryeon.

Bukan kuasa kamu yang menyelamatkan mereka,

tapi makna mendalam kata-kata kamu.

PENJARA TANPA BESI

Tanpa sokongan Jumadeung,

kita tak boleh palsukan pekerjaan, ceroboh sistem atau guna kuasa.

Tinggi risikonya kalau buat saja.

Apa ini?

Kalau susah nak palsukan jawatan, apa kata kita jadi pekerja sambilan?

Pasukan pemasaran SP Beauty baru saja muat naik di Albajiok.

Mereka mencari pekerja sambilan.

ALBAJIOK PENGAMBILAN PEMBANTU PEJABAT

En. Choi Jun-woong.

Syarikat itu bukan terima pekerja semudah itu saja.

Mereka hanya pilih yang paling layak walaupun bagi pekerja sambilan.

Kalau nanti kamu boleh kembalikan semuanya seperti sedia kala,

saya boleh saja reka kelayakan hebat untuk kamu berdua.

Tapi masalahnya adalah temu duga.

Orang macam saya mesti terus diterima.

Apa?

Ada temu duga tekanan tinggi, debat,

temu duga lanjutan, beberapa hari dan temu duga minum arak.

Belum masuk kebiadaban, sindiran dan serangan personaliti kita.

Puan dan En. Lim nak temu duga?

Memang tak lepaslah.

Mungkin awak tak percaya,

tapi saya kalahkan beribu calon untuk dapat masuk ke Jumadeung.

Baik. Mungkin mudah bagi awak.

Tapi En. Lim sajalah.

Biar saya terangkan secara ringkas.

Peluang terbaik untuk memuji diri sambil tersenyum tanpa segan silu

yang orang lain tak suka dengar sebab macam berlagak

adalah semasa temu duga! Itu maksudnya!

Saya macam belalang.

Semasa semut habiskan musim panas kumpul makanan untuk musim sejuk,

belalang habiskan musim panas dengan menyanyi.

Tapi bagi saya, syarikat bukan saja perlukan semut yang bekerja keras,

tapi juga belalang kreatif yang suka cabaran dan ada keberanian.

Belalang itu adalah saya, Choi Jun-woong!

Mengarut saja cerita tentang belalang.

Untuk pekerja sambilan,

lebih baik pilih belalang malas atau semut yang rajin?

En. Lim Ryung-gu?

Ya, saya.

Awak rasa apa masalahnya dengan produk syarikat ini?

Ya.

Warna-warna ini jelas sekali terbahagi kepada tona cerah dan tona gelap.

Tapi pemasaran mengatakan, "Sesuai untuk semua tona kulit."

Ia jelas memperbodohkan pelanggan.

Penggunaan warna sama untuk tona kulit berbeza adalah mustahil.

Ada betulnya. Lagi?

Kempen pemasaran terlalu bergantung kepada pelanggan lama.

Acara yang dianjurkan mengikut aliran semasa,

tapi syarikat tiada saluran untuk iklankannya.

Lagi?

- Nak lagi? - Tak ada? Itu saja?

Ada, tapi saya takut tuan terasa hati.

Saya berfikiran terbuka.

Masalah terbesar apabila sasaran pasaran untuk wanita 20-an,

tapi mereka tugaskan tuan,

lelaki pertengahan usia yang tak tahu kehendak orang muda,

untuk menjalankan temu duga, yang mana…

Sebentar.

En. Lim Ryung-gu.

Biar saya beri nasihat sebagai orang yang makan garam dulu.

Mungkin awak tak suka, tapi…

Saya tak nak dengar. Tuan kata saya mungkin tak suka.

Kalau ia hal yang saya mungkin tak suka, lebih baik saya jangan dengar.

Hei! Budak ini!

Pertama sekali,

kamu berdua tersingkir.

Cik Koo Ryeon?

Berapa tinggi dan berat awak?

Apa?

Jangan salah faham. Kami jual produk kecantikan wanita.

Ia kerja saya untuk ambil tahu penampilan dan bentuk badan

staf pasukan saya.

Mulai sekarang, apa kata letak dalam resume yang awak

ada dua ijazah dalam kecantikan wajah dan tubuh menarik.

Aduhai. Kenapa buat muka?

Saya bergurau supaya awak senyum. Awak nampak gementar.

Okey?

Hanya Cik Koo yang lulus.

Awak boleh terus mula kerja.

Kamu berdua boleh keluar.

Macam mana boleh jadi begini?

Boleh pula jatuh terpijak bola golf?

- Apa nak buat? - Apa nak buat?

Puan, saya rasa dia pengsan.

Perlu sedarkan dia, bukan?

Nah.

- Tuan tak apa-apa? - Apa?

Saya rasa mereka lebih baik dalam bertindak balas dan menyelesaikan masalah.

Betulkah macam itu?

Saya yakin awak akan ambil orang berbakat.

Cik Shin. Baguslah.

Ini staf terbaik kami. Penolong pengurus, Shin Ye-na.

Mereka pekerja sambilan yang akan bantu acara pembukaan.

- Tunjukkan tempat ini. - Baik.

Cuba jadi sebaik Cik Shin. Tak perlulah saya risau lagi.

- Tuan. - Ini dia.

Tak guna.

Dah lama aku hantar mesej, baru sekarang sampai?

Saya ada mesyuarat tadi.

Siapa yang harus didahulukan? Aku atau mereka?

Susah sangat nak faham?

Maafkan saya.

Kalau ada orang cari, cakap aku jumpa klien.

Baik.

Aduhai.

Susah betul kerja di pejabat.

Maaf, Cik Jeong.

Ya, Cik Shin.

Saya perlu bersiap untuk mesyuarat.

Maaf, tapi boleh awak tolong terangkan apa tugas mereka?

- Mohon tunjuk ajar. - Baik.

Terima kasih.

Gembira dapat jumpa. Saya Jeong Bo-ram.

Kerjanya mudah. Saya terus tunjukkan, ya?

Tarik produk guna alat pen,

pisahkan dari latar belakang dengan meletakkan atas lapisan baru.

Buat masa ini, buat ini saja dah cukup.

Okey. Cari tempat kosong dan mulakan kerja.

Selamat bertugas.

Esok hari pembukaan kedai yang ke-100.

Acaranya pada hujung bulan ini.

Pastikan barangan percuma dah tersedia dan acara berjalan lancar.

Cik Jeong?

Saya dah hubungi pihak kilang.

Mereka kata boleh siapkan sebelum tarikh akhir.

Minta mereka siapkan tepat pada waktu.

Sebaik saja siap, awak perlu pastikan

- kedai dah terima barangan. - Baik.

- En. Kim. - Ya.

Bolehkah cari sebelum sistem pulih?

Kita kena cari.

Semua orang nampak okey pada mata kasar.

Syarikat ini ada Intranet, bukan?

Saya akan cari orang yang lahir bulan April.

Jangan tertangkap.

Baik. Semoga berjaya!

Semoga berjaya…

More Malay subtitles for Tomorrow

Komentar

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left