200 baris pertama.
Sarikata oleh Sanzoryu
Harper?!
Seriuslah?
Orang tu memang gila betul!
Aku tak faham kenapa mereka anggap
macam ini bukannya masalah.
Maksud aku, semuanya tu mengarut.
Dia layan dia dengan teruk.
Dia layak dapat yang lebih baik. Dia bukannya nak seorang penghendap.
Dia dah pun ada penghendap.
Aaah! Tidak! Aah!
Johnny! Tolong aku!
Yeah?
Hei.
Teman lelaki kau ke yang campak labu pada pintu kita?
Apa?
Dia tak buat benda-benda macam tu.
Tak, tak, tak. Itu mengarut.
Bailey.
Tak, kau kena berpisah dengan jantan tak guna tu malam ni, okey?
Jangan!
Bailey, hentikan!
Semuanya baik saja.
Dia kaki botol, Harper.
Kau nak tahu macam mana aku tahu?
Sebab dia seorang kaki botol.
Macam ni, apa yang aku nak katakan adalah aku masuk bilik kau malam tadi
untuk curi barang kemas bagi kostum Halloween aku,
dan kau dah tertidur.
Elok-elok. Cincin tu mak aku punya.
Harper, muka kau ada lebam.
Kau nampak ke lebamnya?
Ada bengkak kecil, yang menunjukkan ada luka
di sekeliling mata.
Lagipun kau patut keluar dengan kami...
Lupakan pasal teman lelaki kau.
Aku tiada kostum. Mesti pelik nanti.
Ianya Halloween.
Pelik tu bagus.
Kemudian dia tarik saya!
Dia tarik saya, dan dia jerut saya!
Dia pegang saya, dan dia jerut baju saya!
Bertenang.
Oh! Saya menjerit, "Johnny! Johnny, tolong saya!"
Nampak sedap!
Apa benda yang kita minum ni?
Vodka labah-labah.
- Tak mahulah. - Tak, ni betul-betul. Ia dari Thailand.
Mereka letak labah-labah istimewa dalam setiap botol.
Kau tak mahu sentuh labah-labah tu?
Tak. Aku tahu ianya Halloween. Tapi aku takkan lakukannya.
Seriuslah? Kau masih takut dengan labah-labah?
Yeah.
Korang, sebut, "Selamat Ho-lloween!"
Selamat Ho-lloween!
Oh, Nathan!
Nathan!
Hei. Apa khabar?
- Apa khabar kau? - Terkejut kau jumpa aku.
- Tempat ni memang meriah. - Oh, seriuslah.
Ty Hoffman!
- Apa khabar kau? - Kau apa khabar?
Hei.
Hei.
Kamu perlukan apa-apa ke?
Apa?
Oh. Kamu baru cakap dengan kawan aku tadi,
kemudian kamu lambai pada aku.
Oh. Tak, maafkan aku.
Aku cuma sedang pesan satu minuman lagi tadi.
- Ini dia. - Terima kasih.
Aku minta maaf sangat. Uh...
Tak, tak apa. Jadi, nanti dulu.
Kamu... kamu kenal Bailey?
Yeah. Yeah, kami jumpa masa tahun pertama.
Kamu salah seorang pelajar yoga dia ke?
- Tidak. - Tidak?
Aku rakan sebilik dia... Harper.
Oh, yeah, tak. Yeah. Aku ada dengar pasal kamu.
Oh, yeah? Apa yang kamu dengar?
- Selamat Halloween! - Selamat Halloween!
- Kamu terkejut ke? - Ya.
Yeah, um, aku terkejut yang kita belum pernah berjumpa.
Aku tak selalu keluar.
Aku pun tak selalu keluar juga.
Ada orang ingatkan aku yang ianya Halloween
15 minit yang lepas,
jadi aku turun dari katil dan ambil pemukul bertuah aku.
Aku agak benci sambutan macam ni.
Yeah,sekurangnya kamu ada kostum.
Apa yang kamu katakan ni? Kamu sendiri ada kostum.
Kalau... Kalau kamu tak kisah, kamu buat begitu dan...
Boom, lihat... Little Red Riding Hood.
- Mengarut! - Evan.
Aku menyampah dengan semua ni!
Apa kejadah yang kau buat ni, bro?
- Aku minta maaf pasal tu. - Pergi mampus wayang bodoh ni.
Apa kejadah yang kau patut jadi ni?
Apa maksud kau, apa kejadah yang aku patut jadi?
Aku adalah kepala kepada separuh hadapan seekor manusia lipan.
Dua orang lagi dah tarik diri,
jadi sekarang aku jalan seorang, nampak macam tak betul.
Oh, sekarang kau baru nampak tak betul?
Mereka tarik diri sebab tak mahu dibontoti sepanjang malam ke?
Tak.
Mereka mungkin tarik diri sebab bar ni tak menyeronokkan.
Aku rasa diorang cuma bergurau dengan kau, bro.
Oberhaus dan K.C. elok saja duduk di sana
- dengan semua pasukan dia. - Haram jadah.
Tiada siapa yang mahu jadi punggung kepada manusia lipan.
Hei.
Aku nampak kamu keluar tadi.
Aku risau yang kamu dah balik.
Pasukan aku bagi aku kostum yang paling teruk.
Aku ingat nak kongsi dengan orang lain.
Aku tak tahu yang kamu masih ada dalam pasukan tu.
Terkena hentaman teruk di muka musim yang lepas.
Hancur tulang pipi di tiga bahagian.
Sekarang aku tengok saja perlawanan.
Macam tak nampak sangat.
Macam mana dengan kamu?
Apa?
Tiada perkara menakutkan yang pernah jadi pada kamu?
Maksud aku, Halloween, bukan?
Cerita menakutkan, itu yang kita buat...
Beritahu cerita seram kepada satu sama lain.
Uh... macam, apa, pasal hidup aku?
Yeah. Tiada perkara menakutkan yang pernah jadi pada kamu?
A-Aku tak pasti.
Maksud aku, a-aku ada zaman kanak-kanak yang menyeronokkan.
Um, ada hubungan yang baik dengan mak ayah aku.
Aku pernah ada hubungan yang baik dengan mereka.
Aku pun tak selalu bercakap dengan mak ayah aku.
Aku rasa aku patut balik.
Aku rasa kamu patut terus di sini.
Kejap. Mana pula kita nak pergi?
- Jalan ladang jagung berhantu tu buka lewat. - Tidak.
Ya! Aku kenal pelakonnya!
Tak, tempat tu tempat pembiakan parasit.
Sepupu aku, Kim... Dia seorang pegawai kesihatan,
dan dia berikan tempat tu gred "D."
Apa kata kita, uh, singgah foodtruck di kampus,
Layan filem seram Netflix, yeah?
- Bro, aku nak makan ni. - Aku lapar juga.
Yo, yo, yo, korang, korang, korang!
Atau...
kita boleh pergi ke rumah hantu ganas.
- Ya. - Rumah hantu.
- Ya. - Tak!
- Aku tak mahu ikut. - Mari pergi.
Paling kurang ada lima buah rumah hantu di kawasan tu.
Sesiapa pilih dan kita pergi saja.
Itu dia.
Nanti dulu. Evan, apa yang kau buat?
Aku kumpul duit untuk tuisyen.
Hei, korang, nak air? Siapa-siapa?
- Ya. - Ya, ya, ya.
Ada pudina di sini.
- Oh, yeah. - Yeah.
Apa ni?
Uh, itu Dasani, air kosong, dan Altoids.
Yeah, tak. Kalau kau fikir yang kami akan bayar kau
untuk bawa kami ke rumah hantu yang kau nak pergi...
Aku ni profesional dalam bisnes kereta sapu.
Aku tak boleh bagi korang tumpang percuma hanya sebab korang kawan-kawan aku.
Oh, ya. Ia tak adil kepada pelanggan lain yang membayar.
Aku ni adil.
Sentiasa. Mesti kena adil.
Tahap lima bintang, sayang!
Aku gembira sebab kau faham. Apa yang kau buat tu?
Tidak! Hei! Apa kejadah kau buat, bro?!
Okey, korang.
Ada rumah hantu Jaycees selepas kilang tu.
Kita takkan pergi ke Jaycees. Tidak.
Kita dah pergi banyak kali. Cukuplah.
Sangat tak menakutkan. Okey. Cari yang lain.
Aku akan cari lagi satu.
Hei, Evan, boleh kau belok di depan sana?
- Huh? - Belok di depan sana.
Yeah.
Whoa, wait. Mana kita nak pergi ni?
Yeah, Harper, mana kita nak pergi ni?
Ada orang ekori kita ke?
Ada rumah hantu ke di hospital tu malam ni?
Yeah, ada, tapi aku memang tak mahu tunjuk
muka aku depan kawan-kawan aku dengan penampilan mereka semua.
Evan, kenapa ni?
Harper fikir kita sedang dihendap.
Tak ada, cuma...
ada sesiapa perasan yang trak tu ikut kita sejak dari bar tadi?
Ni tak boleh dibiarkan.
Oh, ni nampak macam rumah hantu dari risalah Evan tadi.
Evan, kalau yang ni tak seram, kau memang punca.
Korang, aku sayang korang, tapi aku malas nak masuk.
Aku kena baiki kereta aku esok pagi.
Lantaklah dengan kereta kau! Katalah yang kau tu penakut!
Korang, ada satu saranan saja di Yelp.
Oh, tapi dia kata teruskan saja ke Red Cross, jadi tak apalah.
Korang nak tahu? Aku setuju dengan Bailey.
Aku rasa dah lewat ni.
No comments yet. Be the first to leave one.