Informasi rilis

검색어를 입력하세요: WWW Search WWW E15 190724-NEXT-VIU
검색어를 입력하세요: WWW Search WWW E16 END 190725-NEXT-VIU
Komentar oleh SapickeD
Selamat menonton.

Tag

other
Diterbitkan pada: 2019-09-19
Unduhan: 30
Tuna Rungu: No

Pratinjau subtitle Malay

200 baris pertama.

(Semua watak, tempat, syarikat dan kejadian...)

Pasaran saham.

Pasaran saham kita.

Kita nombor satu.

Kita tewaskan Unicon.

Kita berjaya!

- Barro tewaskan Unicon! - Benar?

Ia benar-benar berlaku, bukan?

Ia memang benar. Ia benar.

Ia sangat hebat.

49.7 peratus.

Di mana Tammy sekarang?

Dia pulang awal.

Saya akan hubungi dia.

Bagusnya.

- Helo? - Tammy, awak di mana?

Ada apa?

Barro akhirnya memiliki pasaran saham tertinggi.

Kita tewaskan Unicon!

Helo?

Tammy?

Awak menangis?

Awak menangis kerana gembira, bukan?

- Dia menangis. - Biar saya cakap dengan dia.

Tammy.

Helo? Awak dengar saya?

Awak perlu datang ke pejabat.

Awak patut ada di sini untuk meraikannya.

Awak harus ikut saya ke Barro.

- Maaf! Tunggu! - Pintu dibuka.

Saya minta maaf.

Saya berjumpa awak pada temu duga tiga minggu lalu.

Saya Pengurus Kanan Choi Bong Gi. Saya mula bekerja dua hari lalu.

Apa ini?

Itu tempat yang letakkan nama awak di senarai kata kunci masa nyata...

dan maklumat peribadi lelaki yang lakukannya.

Saya akan kekal.

Saya akan kekal di Barro, Tammy.

Awak tersalah kereta.

Kita berjaya lakukannya.

Betul. Kita berjaya, Tammy.

Saya benar-benar...

rasa sangat berbangga kerana dapat bekerja...

dengan awak semua.

Saya juga.

Kami juga rasa begitu.

Lihatlah itu.

Ya!

Ini untuk awak, Tammy. Saya dapatkan champagne terbaik,

dan saya yang terakhir ucapkan tahniah.

Saya tunaikan janji saya.

Saya sangat gembira kerana awak berjaya tunaikan janji.

Ya. Ini untuk awak, Scarlett.

Apa pun, bukankah awak beli champagne itu 10 tahun yang lalu?

Pasti harganya lebih tinggi sekarang.

Saya sudah membukanya. Tiada apa yang boleh saya buat sekarang.

Ini hari yang tepat untuk membukanya.

- Ini. Kerja yang baik, semua orang. - Kerja yang bagus.

Ini lagu siapa? "X1-Ma".

- Itu lagu saya. - Ini.

- Ikut saya ke luar. - Saya perlu nyanyikan, Scarlett.

Saya perlu menyanyi di tengah-tengah.

Apa yang sedang berlaku?

Apa maksud awak?

Hei, saya perlu menyanyi.

Awak hanya berpura-pura gembira dan teruja.

Saya kenal awak.

Saya dapat melihat air mata bergenang di mata awak.

Awak terbuka paip di dalamnya?

Apa yang sedang berlaku?

Apa?

Siapa? Siapa yang buat begini kepada awak?

Beritahu saya. Saya akan bunuh orang itu.

Saya menunggu untuk hari ini.

Hanya ini yang saya nantikan.

Tapi, saya tidak tahu yang ia akan jadi seperti ini.

Hei, saya tidak tahu apa yang sedang berlaku.

Tapi, saya juga mahu menangis.

Teman lelaki saya akan sertai tentera.

Saya sudah berpisah.

Awak sentiasa...

mendahului semua perkara.

Mari sini.

Mari ke sini.

Jangan menangis. Kenapa awak menangis?

Hari ini sepatutnya jadi hari yang gembira.

Saya perlu rasa gembira sekarang.

Ya, saya faham perasaan awak.

Berhenti menangis.

Saya mahu mabuk malam ini.

Saya mahu mabuk.

Baiklah. Tapi, jangan sampai muntah, boleh?

Jangan muntah

Apabila saya mula bekerja di sini,

saya sebenarnya tidak bersemangat.

Saya takut jika saya mungkin tidak dapat lakukannya.

Saya juga.

Saya rasa takut apabila awak mula-mula datang ke sini...

kerana tindakan awak tidak dapat dijangka.

Tapi, kita tetap berjaya.

Ya, kita berjaya.

Jadi,

awak gembira, Ta Mi?

Saya tidak tahu.

Kita bekerja keras untuk masa yang lama.

Tapi, kepuasan pencapaian hanya sekejap sahaja.

Saat seperti ini berlalu dengan sangat cepat.

Saya tahu.

Saya rasa...

hidup ini bukanlah untuk mencipta pencapaian.

Jadi, kita sepatutnya hidup untuk apa?

Saya tidak tahu.

Tapi, bila kita akan tahu apa tujuan hidup sebenarnya?

Kita hanya hidup tanpa tahu apa-apa.

Hidup diteruskan,

dan kita hanya perlu menanggungnya.

Jika...

awak boleh putarkan semula masa,

awak mahu kembali ke masa yang mana?

Tahun-tahun remaja saya.

Saya akan berlatih judo dengan bersungguh-sungguh.

Dan, bukannya menjalani hidup dengan matlamat yang tidak jelas...

dan jawapan yang kabur.

Saya akan jalani hidup...

yang jelas menunjukkan sama ada saya menang atau kalah...

hanya dengan satu lontaran bahu.

Itu akan jadi kehidupan yang lebih mudah.

Saya akan berjaya sertai Sukan Olimpik...

dan memenangi pingat.

Dan, ibu saya...

akan menangis...

ketika dia menonton saya di TV. Itulah kehidupan...

yang saya mahu jalani.

Bunyinya menarik.

Bagaimana dengan awak?

Saya...

tidak mahu kembali ke masa lalu.

Tapi, saya mahu melihat masa depan saya.

Saya mahu lihat sama ada saya masih jalan hidup dengan bersemangat.

Saya mahu melihat sejauh mana saya sudah berjaya.

Apa yang saya capai?

Atau mungkin saya sudah bosan dengan semuanya...

dan pergi begitu sahaja.

Jika saya pergi, ke mana saya pergi, apa yang saya lakukan,

dan saya bersama dengan siapa?

Jika kita bekerja bersama...

dalam masa depan yang awak bayangkan itu,

ia pasti rasa sangat menjengkelkan.

Saya sudah bosan dengannya.

Kenapa?

Saya suka bekerja dengan awak.

- Itu satu sumpahan? - Tidak, itu luahan perasaan saya.

Jadi, jika begitu saya tolak awak.

Saya sudah ditolak sebanyak dua kali hari ini.

Tapi, tidak mengapa.

Awak mungkin telah ditolak sebanyak dua kali,

tapi awak sudah berjaya, Tammy.

Awak sudah menang.

Betul cakap awak.

Saya sudah berjaya.

Mari minum.

("Barro Terus Ke hadapan dan Rampas Tempat Pertama Dari Unicorn")

("Barro Telah Ubah Keadaan, Mungkin Ini Penamat Unicorn?")

("Barro Telah Jadi Portal Web Nombor Satu")

Barro berjaya menang malam tadi, bukan?

Ya.

Banyak artikel yang telah diterbitkan sejak pagi tadi.

Itu cuma disebabkan perbezaan yang kecil.

Tapi, kami berada di atas selama 10 tahun kerana perbezaan kecil itu.

Kemenangan berturut-turut kita sudah tamat.

Saya sudah agak yang mereka akan berjaya lakukannya.

Ta Mi dan juga Hyeon...

akan lakukan apa-apa sahaja untuk capai cita-cita mereka.

Tapi, mereka belajar semua itu daripada awak.

Saya rasa sekarang giliran saya untuk belajar daripada mereka.

Unicon akhirnya telah jatuh ke tempat kedua.

Sekarang Unicorn akan terlibat dengan perlumbaan ini.

Kita perlukan idea yang lebih inovatif berbanding dengan Barro.

Jadi, Jabatan Perancangan...

sudah bincangkan apa-apa pilihan?

Bagaimana jika kita adakan acara promosi seperti Barro...

yang melibatkan penyertaan daripada orang ramai?

Imej yang mesra digemari oleh masyarakat sejak kebelakangan ini.

Tidak, lebih baik kita jangan tiru idea mereka.

Unicorn ada imej yang tersendiri.

Jika Barro ialah seorang kawan yang kelakar dan selalu buat lawak,

Unicon perlu jadi seorang kawan yang sofistikated...

yang nampak seperti tidak boleh didekati.

Konservatif,

ada kelas, elegan dan sofistikated.

Kita perlu buat pengguna kita rasa bangga...

kerana masih terus setia dengan Unicorn.

Oh Tuhan.

Ini sangat tidak masuk akal.

Apa yang mereka berdua lakukan di sini sepanjang malam?

Tammy, Scarlett, bangunlah.

Hei,

awak berdua tidur di sini semalam?

Oh Tuhan.

Tolong bangun sekarang.

Komentar

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left