Musim 1

Informasi rilis

Forecasting Love and Weather S01E09 KOREAN WEBRip x264-ION10
Forecasting Love and Weather S01E10 KOREAN WEBRip x264-ION10
Komentar oleh SapickeD
Official Netflix Subtitle

Tag

webrip
web
x264
BRip
Diterbitkan pada: 2022-04-03
Unduhan: 56
Tuna Rungu: No

Pratinjau subtitle Malay

200 baris pertama.

SEBUAH SIRI NETFLIX

SUDIKAH AWAK KAHWINI SAYA?

Kek itu sangat cantik.

- Tentu dia nak melamar. - Saya rasa begitu.

Cantiknya.

Hei.

Hei, bukan di situ.

- Bukan? - Bukan!

Di sana.

Maaf.

Maaf.

- Kek itu sangat cantik. - Cemburunya saya.

- Rasanya untuk mereka. - Apa ini?

- Aduhai. - Maaf.

- Cantiknya. - Saya cemburu.

- Sangat cantik. - Yalah.

Su-jin, sudikah awak berkahwin dengan saya?

Terimalah.

- Terimalah. - Terimalah.

Bagi saya, perkahwinan ialah sesuatu yang pasti apabila tiba waktunya.

Ibarat bunga mekar pada musim bunga

dan hujan pada musim panas

Ibarat sesuatu yang pasti berlaku apabila tiba waktunya.

Cuaca semakin panas membahang

menjelang musim hujan.

Panas terik dijangka berlarutan

hingga hujung minggu ketika musim hujan bermula.

Tetapi iklim berubah

dan ramalan cuaca semakin tak pasti.

Hebatnya dia.

Kenapa ambil risiko begitu?

Apa?

- Cemburunya saya. - Dia berani.

Tempat ini bising.

Apa kata kita keluar sekarang?

Ya.

Ada apa-apa yang kita ambil mudah?

Biar betul.

Bagaimana itu boleh berlaku?

Mereka berdua bercinta?

Jangan-jangan awak tersilap?

Saya nampak dengan mata saya sendiri.

Ha-kyung dan Lee Si-woo tak guna itu makan dan minum bersama.

Mereka dalam unit yang sama.

Jadi bukankah itu perkara biasa?

Selain itu, Jin Ha-kyung bukan cita rasa Lee Si-woo.

Ha-kyung juga sama.

Dia tak suka orang yang bertindak sesuka hati dan cuai.

Betul.

Jadi tak masuk akal untuk mereka berdua saling bercinta.

Aduhai.

Apa pun, Lee Si-woo tak guna itu

dekati Ha-kyung sebab nak balas dendam terhadap saya.

Apa maksud awak?

Saya tak tahu apa tujuan Si-woo saya, tapi dia bukan begitu.

"Si-woo saya"?

Awak panggil dia begitu?

Saya tarik balik. Saya tersilap cakap.

Apa pun, Lee Si-woo bukan begitu.

Begitu, ya? Dia bukan begitu,

tapi buat muka saya begini?

- Awak yang serang dia dulu. - Hei.

Awak tak patut menyebelahi dia.

Kenapa? Apa?

Cakap sajalah.

Apa pun, mereka berdua tak bercinta.

Jadi jangan libatkan orang lain dalam masalah kita.

Saya yakin memang benar.

Dia memang nak balas dendam!

Tentang tadi…

Apa kita nak buat hujung minggu ini?

- Apa? - Kita cuti.

Ada apa yang awak nak buat?

Entahlah.

Nak tonton wayang?

Cerita seram yang baru ditayangkan nampak menarik.

Okey.

Memandu keluar kota juga menarik.

Itu juga okey.

Atau apa kata kita bersenam bersama?

Awak berlari, bukan?

Itu juga okey.

Atau apa kata kita pergi ke pasar raya dan beli barang dapur?

Okey.

Tunggu. Kenapa semua okey?

- Apa? - Awak macam tiada perasaan.

Awak cakap okey untuk semua cadangan saya.

Sebab saya benar-benar tak kisah buat apa saja.

Sebenarnya berjalan begini saja pun okey.

Saya juga begitu.

Tapi saya nak buat sesuatu yang istimewa pada hari cuti.

Jadi awak nak buat apa?

Saya…

Ada banyak yang saya nak buat.

Saya nak pergi ke Pusat Boling Rock yang baru dibuka.

Saya juga nak ke Pulau Jeju walaupun…

Tidak. Sekarang ada ramai pengantin baru di sana.

Tak jadi.

Kenapa pula?

Mereka agak menyesakkan.

Apa yang menyesakkan?

"Penghujung cinta ialah perkahwinan."

Pengakhiran itu bukan jawapannya.

Tapi pengantin baru buat macam mereka yang dapat jawab dengan betul.

Tentulah tak sama bagi setiap orang,

tapi saya rasa itu menyesakkan.

Tunggu. Saya nak beli minuman.

- Ya. - Sekejap.

EPISOD 9 CHANGMA (MUSIM HUJAN) KERING

PERKHIDMATAN CUACA INOVATIF BATU LONCATAN UNTUK KESELAMATAN AWAM

Sekarang ada perenggan pegun di selatan laut Jeju,

jadi dijangkakan hujan akan mula turun awal pagi esok di Jeju.

Perenggan pegun bergerak dengan kelajuan 35 kilometer sejam,

sama seperti anggaran awal kita.

- Awak kata 35 kilometer sejam? - Ya.

Jadi dengan keadaan terkini,

petang esok hujan akan mula turun di Seoul sama seperti ramalan kita.

Betul.

- Bagaimana dengan pihak media? - Ya.

Disebabkan gelombang haba lama,

mereka nantikan musim panas.

Yakah?

Okey. Bagus.

Teruskan dengan taklimat pihak media dan teruskan ke topik lain.

Baiklah. Pejabat Jeju, silakan.

Okey.

Kamu dah bekerja keras.

- Terima kasih. - Terima kasih.

SISTEM KAWALAN BERSEPADU PUSAT METEOROLOGI NEGARA

Jom bercakap sebentar.

Awak bercinta dengan Lee Si-woo?

Apa?

Saya dan Lee Si-woo apa?

Saya dah nampak kamu berdua bersama.

Restoran yang saya pernah bawa awak untuk minum.

Saya nampak kamu di Izakaya.

Hari itu, ya?

Kami sama unit.

Tak bolehkah kami minum bersama?

Awak nampak begitu?

Tidak.

Saya nampak kamu berdua bercium.

Apa? Awak dah gila.

Awak dah banyak berubah.

Ketika bercinta dengan saya, awak tak suka bermesra di depan umum.

Tapi awak bercium dengannya di restoran terbuka itu.

Sejak saya bertumbuk dengan Lee Si-woo tak guna itu,

saya dah tahu.

Ketika awak panggil dia ke tempat lain, saya curiga,

jadi saya ekori kamu. Kamu sangat mesra.

Jadi…

takkanlah nak diam saja kalau anak buah bertumbuk dengan orang gila?

Orang gila itu pula bukannya tiada kaitan dengan saya.

- "Orang gila"? - Betullah!

Saya sudah cukup malu ketika bercinta dengan awak,

kemudian ulang lagi? Awak waraskah?

- Itu… - Selain itu,

saya bercium atau bercumbu dengan sesiapa pun,

apa kaitannya dengan awak?

- Hei! - Apa?

Saya risau.

Lelaki saja yang kenal lelaki.

Lee Si-woo bukan lelaki baik.

Saya tak mahu beritahu hal ini,

tapi tahu apa dia buat di majlis perkahwinan saya?

Begitu, ya? Awak lelaki baik,

jadi awak batalkan perkahwinan dan kahwini wanita lain?

Saya tiada pilihan sebab Yu-jin!

Dia nak balas dendam, jadi dia gunakan awak!

Jadi sebab itu awak risaukan saya sekarang?

Ya, sudah tentulah!

Tak, awak risau orang akan bercakap

tentang awak kalau kami bercinta.

Saya tak nafikan itu.

Awak tak risau tentang itu?

- Hei! - Apa?

Berambus!

Ha-kyung, awak tak boleh buat begitu!

Tak boleh!

Aduhai, dia memang keras kepala.

Dia memang nak balas dendam!

Geram betullah!

Awak gembira sebab esok cuti, ya?

Tentulah. Dah lama kita tak cuti.

Secara jujurnya,

saya tiada kawan melepak dan sunyi jika cuti pada hari kerja.

Kalaulah saya lapang pada hari cuti.

Jika cuti jatuh pada hujung minggu, kami sekeluarga akan makan di luar.

Saya perlu bawa mereka keluar makan dan sertai lawatan sambil belajar.

Saya lebih suka bekerja.

Yalah.

Saya rasa saya tahu apa yang En. Um akan buat.

Si-woo, esok cuti. Awak buat apa?

Saya keluar berjanji temu.

Saya dengar ada persembahan menarik.

Saya juga suka tonton persembahan. Apakah tajuknya?

Tajuknya…

- Kecemasan! - "Kecemasan"?

"Kecemasan"?

Ada persembahan begitu?

Komentar

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left