200 baris pertama.
SEBUAH SIRI NETFLIX
Kim Min-chae! Mak dah sampai!
EPISOD 10
- Mana nenek? - Nenek pergi jumpa kawan.
Kenapa mak datang?
Mak datang bawakan papan pemotong baharu untuk nenek.
Kenapa itu?
Apa?
Ibu jari awak lebam? Bila ini terjadi?
Ini? Entahlah. Mungkin semasa saya berlatih.
Lebam masih belum hilang sejak itu?
Kenapa awak tak beritahu mak?
- Jom ke hospital. Tukar baju. - Kenapa nak ke hospital kerana lebam?
Badan saya sentiasa lebam.
Kalau dibiarkan lama, ia boleh jadi lebih teruk.
Tak mengapa.
Mak pun selalu lebam-lebam kerana lawan pedang.
Kenapa mak menggelabah?
Awak dan mak orang yang berbeza.
Tukar baju dan keluar.
Saya dah pergi ke hospital,
tapi segan pula kerana saya tak apa-apa.
Tiada kecederaan teruk, hanya ibu jari kaki saya lebam.
Betulkah? Leganya.
Adakah saya tak masuk akal? Lega kerana lebam.
Memanglah lega.
Ligamen saya tak putus dan otot saya tak koyak.
Betul. Tapi awak tetap perlu perhatikan lebam itu.
Pasti sakit kalau kuku baharu tumbuh di bawah kuku yang mati.
Ya, saya tahu.
Kenapa kita berdua tahu tentang ini?
Saya sangat risau kerana awak nampak sangat sakit.
Kini ada orang yang risaukan saya.
Lagi satu…
ada orang yang beritahu saya yang dia mencintai saya.
Cinta.
Ia cinta.
Saya mencintai awak, Na Hee-do.
Pelangi…
tak penting bagi saya.
Awak mencintai saya?
Saya…
belum rasa sejauh itu.
Sebenarnya,
ini tiada kaitan dengan tanggapan awak terhadap saya.
Tak kira apa yang awak buat,
bagaimana rupa awak,
saya mencintai awak seadanya.
Ya. Kalau pengakuan ini buat awak lebih gembira,
saya tak harapkan apa-apa lagi.
Awak tak harapkan apa-apa?
Bolehkah begitu?
Adakah cinta memang begitu?
Saya rasa begitu terhadap awak.
Saya…
gembira.
Dunia yang serba kekosongan kini diisi dengan padat.
Saya boleh biasakan diri dengan semua perkara asing
dan saya boleh hadapi segala kesukaran dengan baik.
Saya rasa lebih kuat.
Tiba-tiba, saya menjadi orang tanpa sebarang ketakutan.
Saya rasa saya boleh buat apa saja jika saya bersama Back Yi-jin.
Apa saya korbankan untuk sukan ini?
Kenangan zaman remaja.
Perkara yang dibuat pada zaman remaja.
Misalnya berkelah atau lawatan sambil belajar.
Saya tak pernah dapat pergi.
Saya nak ikut lawatan sambil belajar.
Pada pagi hari lawatan, bas sekolah tersusun di laman sekolah
dan kawan-kawan saya teruja.
Tapi saya kena masuk ke gimnasium. Perasaannya…
Tahu hari ini ada jamuan?
Ya, saya tahu.
Buku lali Na Hee-do tak apa-apa?
Apa kata doktor?
Ya, dia okey.
Macam mana awak tahu Na Hee-do cedera?
Awak mengamuk. Awak rasa ia tak tersebar?
Dah minta maaf?
Perlukah?
Tak semestinya.
Salah seorang perlu tarik diri.
Atau kamu boleh rasa tak selesa setiap kali bertembung di pejabat.
Orang yang tak bersalah pula akan rasa tak selesa antara kamu berdua.
Dalam kehidupan sebenar, memohon maaf
adalah untuk keamanan semua, bukan kebaikan sendiri.
Kehidupan sebenar tak pentingkan kebaikan diri sendiri.
Apa menu untuk jamuan hari ini?
Saya harap bukan perut khinzir, betul tak?
Terima kasih semua.
- Syabas untuk hari ini. - Terima kasih.
- Bagus. - Terima kasih.
- Syabas. - Terima kasih.
- Terima kasih. - Terima kasih, tuan.
Awak ada perkara nak cakap?
Saya nak minta maaf.
Tak perlulah minta maaf, segan saya.
Ia perkara biasa dalam pekerjaan.
Apa kata kita bercakap di luar?
Jom.
Baik betul En. Park.
Saya setuju.
Cakaplah.
Saya minta maaf, tuan.
Saya bertindak tanpa berfikir panjang semalam.
Adakah itu disebabkan tahap pendidikan awak yang rendah?
Stesen TV ini dah hilang akal sebab terima lepasan sekolah.
Sebab itu perkara sebegini boleh terjadi.
Mungkin bukan sebab awak lepasan sekolah,
tapi sebab awak anak orang kaya?
Hei.
Hei. Awak tak sedar keluarga awak dah lama muflis?
Budak tak guna yang biadab.
Kekayaan turun-temurun walaupun muflis.
Awak melawan orang lebih tua sebab awak tak takut apa-apa?
Ayah awak masih sihat, ya?
Awak tengok apa? Nak pukul saya?
Pukullah. Cubalah pukul.
Lebih bagus jika salah seorang dipecat.
Tapi awak rasa siapa akan dipecat?
Awak rasa saya orangnya?
Saya dah lama jaga kedudukan saya ini.
- Mari minum! - Terima kasih.
- Ayah awak sihat tak? - Ya, tuan.
- Saya sayang tuan. - Tak apa.
Pandai awak minum.
Rasanya baru semalam kamu masuk sebagai pelatih,
tapi kamu bertambah hebat selepas melaporkan sukan antarabangsa.
Tapi itu memang sukar.
Saya masih tak tahu macam mana ia boleh tamat.
Pelatih yang melaporkan sukan antarabangsa
- akan cepat bertambah mahir. - Betul.
Ya, tuan. Mereka boleh bimbing orang baharu tahun depan.
- Betul. - Ya.
Ya. Tuan ada dengar?
Syarat kelulusan akademik akan diguna semula tahun depan.
Yakah? Jadi lulusan sekolah dah tak boleh memohon?
Ya, ia masih lagi dibincangkan.
Kalau begitu, wartawan lepasan sekolah kita
sudah mencatat sejarah.
Tahniah, Back Yi-jin!
Kalau begitu,
apa kata wartawan lepasan sekolah kita tuangkan minuman untuk saya?
Cepat.
Cepatlah.
Hei, tangan saya lenguh.
Sudah tentu, tuan.
Wartawan lepasan sekolah akan tuangkan minuman!
Tengoklah dia semakin pandai mengampu.
Baiklah. Untuk kali ini,
mari raikan orang luar UBS, satu dalam seribu,
wartawan lepasan sekolah kita, Back Yi-jin.
Okey. Minum!
- Minum! - Minum!
- Ya, Yi-jin! - Hebat!
Minum.
Saya dengar awak bergaduh dengan Park.
Macam mana? Awak dah minta maaf?
Ya, dia terima permohonan maaf saya.
Baguslah.
Mari pergi ke bar karaoke selepas ini.
- Bar karaoke! - Ya!
- Pastikan awak rampas mikrofon dia. - Maaf.
Saya perlu balik awal.
Teksi!
Tak guna, sudah ada penumpang.
Hei, Yi-jin. Berdiri tegak.
Aduhai, dia ini.
Awak ketawa?
Hei.
Awak okey?
Jung-hyuk.
Adakah saya buat dengan baik?
Awak rasa awak buat dengan baik?
Betullah.
Tapi saya perlu buat dengan baik.
Awak akan mahir sambil belajar. Kenapa awak terlalu tertekan?
Awak belum masuk setahun lagi.
Tak, saya…
perlu lakukan yang terbaik.
Jika saya gagal,
syarat kelulusan akademik akan diguna pakai semula.
Kalau begitu, orang seperti saya…
takkan dapat peluang sama sekali.
Ya, Back Yi-jin bercakap.
Helo. Apa yang awak sedang buat?
Ayah?
Awak
masih di pejabat?
Kalau ya, ayah letaklah.
Tidak, saya di rumah.
Awak minum arak?
Suara awak macam mabuk.
Ya, ada jamuan hari ini.
Begitu.
Tempat kerja awak okey tak?
Sebenarnya…
Ada apa-apa berlaku?
Cuma…
Ada banyak perkara yang berlaku.
No comments yet. Be the first to leave one.