200 baris pertama.
SEBUAH SIRI NETFLIX
Saya ke Dewan Bandar Raya…
EPISOD 15
dan terdengar berita tentang awak.
Saya bertemu wakil agensi awak.
Saya temu bual dia…
untuk melaporkan keputusan awak dalam berita.
Jika ini dilaporkan dalam berita, pasti awak akan terluka.
Ibu bapa awak juga pasti akan terluka.
Saya sedar, tapi saya buat juga.
Jadi?
Awak nak minta maaf?
Pengecutlah saya kalau saya minta maaf.
Kalau awak minta maaf, pasti saya kecewa.
Kadangkala saya rasa bersalah terhadap atlet yang kalah dengan saya.
Tapi saya tak minta maaf dengan mereka.
Sebab saya tak perlu buat begitu.
Perkara ini pasti akan dihebohkan,
jadi saya lega awak orang pertama yang dapat tahu.
Wartawan yang tak tahu apa-apa
akan mereka-reka cerita tentang saya. Saya benci jika begitu.
Yu-rim.
Jelaskan saja sebab awak nak tukar warganegara.
Saya yakin saya boleh buat orang faham.
Tak boleh.
Ibu bapa saya akan dikecam.
Saya lebih rela mati.
Saya nak minta pertolongan.
Saya tak patut buat permintaan ini dengan wartawan,
tapi tolong beritahu orang ramai
yang saya lakukannya demi duit.
Tolong jangan libatkan ibu bapa saya.
Saya boleh hadapinya. Biar saya yang dikecam.
Tolonglah, Yi-jin.
KO YU-RIM PENGKHIANAT
Awak suka menyembunyikan diri apabila awak dalam kesusahan.
Awak tak jawab panggilan.
Saya tak sangka awak ada di sini.
Saya…
yang buat begini terhadap Yu-rim.
Selepas saya buat begini terhadap dia…
orang lain ucapkan tahniah kepada saya.
Yu-rim kata…
awak cuma menjalankan tugas.
Kami berlawan pedang…
dan awak melaporkan berita.
Mari kita terima hakikat itu.
Di dunia ini…
tak banyak perkara boleh berlaku
mengikut kemahuan kita.
Mari bersihkannya sama-sama.
Setidak-tidaknya, itu kemahuan kita.
Terima kasih.
Tempoh hari…
saya minta maaf kerana cakap kasar.
Saya buat begitu kerana rasa marah.
Saya tak maksudkannya.
KO YU-RIM PENGKHIANAT
KO YU-RIM PENGKHIANAT
- Back Yi-jin. - Ya?
Sebagai teman wanita awak, saya nak beri amaran.
Saya…
nak berkongsi semua yang awak miliki.
Kesedihan, kegembiraan dan penyesalan awak. Semuanya.
Jadi…
jangan sembunyikan kesusahan awak.
Kongsikan kesusahan awak dengan saya.
Kalau awak tak harapkan saya,
saya sunyi.
Maaf kerana tak hubungi awak.
Mari kita menderita sama-sama masa susah.
Daripada rasa sunyi berseorangan,
itu beratus kali lebih baik.
Apa awak nak cakap?
Saya nak pindah ke bilik berita bulan depan.
Bilik berita? Jabatan apa?
Saya tak kisah asalkan bukan sukan.
Kerana kes Ko Yu-rim?
Kerana Hee-do.
Kalau kes Yu-rim berlaku kepada Hee-do,
saya tak sanggup menjalankan tugas sebagai wartawan.
Pendirian objektif saya terhadap Hee-do dah tak wujud.
Itu seperti luahan hati yang ikhlas.
Dah sebulan kami bercinta dengan serius.
Akhirnya kamu bercinta juga.
Saya faham.
Cukuplah mak dia saja yang lukakan hati dia
dalam berita.
Berita Tempatan yang kawal bilik berita.
- Awak perlu bersiap sedia. - Baiklah.
Tapi…
puan ada sebarang pesanan untuk hubungan saya dan Hee-do?
Jangan bergaduh.
Apa? Awak tiada di lokasi kejadian?
- Okey, kejap. - Semua okey? Kami datang sekarang.
- Ya. - Okey, jom cepat.
- Selamat sejahtera. - Hei. Jom pergi.
KADAR TONTONAN BERITA UBS MENCECAH 33 PERATUS
Jung-hyuk.
Senyuman itu tak sesuai dengan Berita Tempatan.
Ikut saya. Berkemas nanti.
Kita nak ke mana?
Gwanghwamun.
Hei.
Seorang pembantah serang anggota polis dan ditahan semasa kejadian.
- Anggota polis dibawa ke hospital. - Okey.
Saya akan ke hospital.
- Awak ke lokasi. - Ya.
- Dapatkan temu bual dengan saksi. - Okey.
Awak pindah sebab Na Hee-do, bukan?
Ya. Kejap, apa?
Saya tak pasti awak buat begitu sebab bijak atau mabuk cinta.
Tolong bimbing saya.
Ini boleh memakan diri awak.
Wartawan bilik berita lebih rela tidur daripada keluar berjanji temu.
Itu mungkin sebab mereka tiada kekasih…
Maafkan saya.
Awak tak maksudkannya!
Hee-do. Ini saya, Yu-rim.
Hai, Hee-do. Awak sihatkah?
Saya dah selesai berpindah.
Saya tak percaya saya tinggal bersendirian di negara asing.
Nama saya ialah Ko Yu-rim.
Saya atlet lawan pedang yang terbaik di dunia.
Selamat datang. Salam perkenalan.
"Selamat datang. Salam perkenalan."
"Salam perkenalan?"
Walaupun bahasa kami berbeza, lawan pedang tak perlukan kata-kata.
Pasti saya boleh cepat biasakan diri.
RAIH EMAS DI MADRID!
Okey, 919.
Sekarang musim bunga di Korea.
Hei! Pastikan badan awak stabil!
- Saya pindah ke pusat latihan. - Stabilkan diri.
Puan Yang Chan-mi ialah jurulatih kebangsaan sekarang.
Kenapa berdiri?
KO YU-RIM
Semua di sini masih sama, hanya awak yang tiada.
Jadi kamu dah tahu nak buat liputan apa?
- Yi-jin dah pindah ke bilik berita. - Mari dengar idea kamu.
Keganasan di majlis orientasi universiti…
Ada kes hangat untuk dilaporkan?
Ya. Fakulti Sosiologi di Universiti Myungin…
Dia lebih sibuk daripada masa dia di Unit Sukan.
PAWAGAM YUHWA
Maaf, Jung-hyuk tahan saya balik…
Awak lewat 40 minit.
Wayang dah mula.
Bertih jagung pun dah habis.
Ini dah kali ke berapa?
Saya cuma dapat cuti hujung minggu, tapi awak sibuk setiap hujung minggu!
Saya salah. Maaf. Saya betul-betul minta maaf.
- Awak selalu cakap begitu. - Maaf. Maafkan saya.
Saya dah jangkakan ini, jadi saya beli tiket tayangan seterusnya.
Awak memang genius.
Semestinya.
Jom.
Kadangkala saya rasa marah,
tapi kami saling korbankan masa tidur untuk keluar bersama.
- Ini teman lelaki saya. - Ini teman lelaki awak?
Saya rasa saya dah dapat biasakan diri.
Saya seronok walaupun sukar untuk berkomunikasi.
Suhu musim panas di sini di bawah 25 darjah Celsius.
Waktu pagi dan malam sejuk.
Korea pasti sangat panas sekarang.
Saya rindu musim panas yang terik di Korea.
Kenapa kamu semua ke sini lagi?
Jangan marah mereka. Saya yang ajak.
Ujian Seung-wan tinggal 100 hari lagi, bukan?
Yi-jin, apa patut saya buat?
Bolehkah saya buat dengan baik?
Tempoh hari, kami minum sempena 100 hari sebelum ujian Seung-wan.
Kemudian…
saya mabuk sampai muntah.
Saya minta maaf.
Saya takkan minum arak lagi.
Hee-do, awak okey?
Adakah awak akan tetap mencintai saya walaupun saya begini?
Mestilah.
Tidak. Pusingkan kepala awak.
Muntahlah. Rambut awak.
Saya dengar Ji-woong akan ke Rusia bulan depan.
Mesti awak gembira.
Moon Ji-woong sebenar dah muncul.
Dunia saya bagaikan dah musnah
sebab terlalu rindukan awak.
Saya gembira walaupun ia berlalu dalam masa yang singkat.
Malam Tahun Baru, saya bersendirian.
Saya pasti akan kesunyian.
Saya baru sampai rumah.
Apa? Awak bertugas pada 31 hari bulan?
Tidak, hari sebelumnya, saya di pusat latihan.
Kita tiada pilihan.
Ya, baiklah.
Saya pun tak dapat jumpa teman lelaki yang tinggal berdekatan.
Saya juga bersendirian pada Malam Tahun Baru.
Tahun 2000 yang memulakan alaf baru
kini berbaki dua setengah jam.
Astaka Bosingak dibanjiri orang ramai yang menunggu detik loceng dibunyikan
bagi menandakan bermulanya tahun baru.
No comments yet. Be the first to leave one.