200 baris pertama.
SEBUAH SIRI NETFLIX
EPISOD 7
Ke mana dia pergi?
ARKEOPTERIKS
Dari tadi berdering. Mungkin penting.
Helo? Cik Shin!
Helo?
Bukankah ini nombor Shin Ha-ri?
Siapa yang bercakap?
Awak kata awak keluar dengan teman lelaki awak.
Kamu berdua ke sini?
Saya…
Hei, kita kawan. Tak perlu malu.
Kebetulan dah jumpa, kenalkanlah teman lelaki kaya awak.
Betul, kenalkanlah kami.
- Panggillah dia. - Betul.
Sebenarnya, saya tak datang bersama…
Sayang.
Lama awak tunggu?
Ha-ri.
- Siapa ini? - Ini…
Helo. Saya teman lelaki Ha-ri, Kang Tae-moo.
Helo.
Helo.
Ha-ri, alang-alang dah berkumpul, mari kita makan bersama.
- Awak okey? - Boleh juga.
Sayang okey, bukan?
Silakan.
Apa ini?
Kenapa awak berpura-pura?
Bukankah awak patut berterima kasih?
Saya bantu awak dan pastikan mereka tak tahu awak tipu.
Awak patut
minta maaf dulu.
Awak biarkan saya berbasah dalam hujan kerana mesyuarat.
Maafkan saya.
Sebab itu saya batalkan mesyuarat dan datang ke sini.
Yakah? Saya tak patut risau.
Awak risau?
Tiada apa. Lupakan saja.
Mari. Kawan-kawan awak menunggu.
Apa? Awak nak ke mana?
Saya tak boleh berlakon separuh jalan.
Tak perlu.
Jangan besarkan hal ini…
Aduhai. Tak sangka Ha-ri memang sedang bercinta.
Betul.
Ingatkan tipu sebab nampak mencurigakan.
Tapi teman lelaki dia…
sangat kacak.
Setuju.
Macam model.
Dia pakai pakaian berjenama…
Hebat betul.
Hei, awak tak rasa Ha-ri yang belikan semua pakaian berjenama itu
untuk dia, bukan?
Awak rasa Ha-ri ada duit?
Dalam situasi ini, awak masih ingin
berterus terang?
Biar saya bantu.
Setidaknya, jaga air muka awak.
Okey.
Apa cara terbaik untuk tewaskan
ego mereka?
Malam ini, saya belanja.
- Makanlah. - Terima kasih.
- Terima kasih. - Mahalnya.
Sayang.
Buang menu ini. Pandang saya.
Awak tahu persamaan
antara cinta saya dan kad ini?
Kedua-duanya tak terhad.
Tiada had langsung.
BERDUIT!
Hebatnya.
Berhenti pandang saya, sila…
Makanlah.
Saya kenyang tengok sayang makan. Jangan risau.
Manja betul.
Tak apa. Biar saya buat.
Comel betul.
Saya ke tandas sekejap.
Mari.
Tak apa. Saya pergi sendiri.
Saya risau jika tak nampak sayang.
Saya teman sampai di sana saja.
MANJA!
Hati-hatilah sikit!
- Sayang okey? - Apa?
- Tak cedera? - Tak.
Biar betul?
Dia sempurna dan tergila-gilakan Ha-ri.
Betul, cemburunya.
Encik.
Macam mana kalau teman wanita saya tercedera?
PELINDUNG!
Apa yang awak suka tentang Ha-ri?
Dia cantik.
Saya tak pernah jumpa sesiapa secantik Ha-ri.
Tak perlulah melampau sangat di depan mereka.
Saya serius.
Sejak awal lagi saya dah tahu.
Dia untuk saya.
Apa ini? Berapa ramai bekas teman wanita dia?
Mulut manis betul.
Ha-ri, saya iri hati. Teman lelaki awak romantik.
Apa kurangnya dengan Min-woo?
Jika Min-woo ada di sini bersama kita,
tentu saya muntah tengok kamu berdua.
Maksud awak, Cef Lee Min-woo?
Awak kenal Min-woo?
Kami pernah berjumpa di pejabat.
Awak sepejabat dengan Ha-ri?
- Jabatan apa? - Dia…
Entahlah.
Saya tak pasti ada jabatan untuk presiden.
- Ha-ri, awak okey? - Ha-ri!
- Sayang okey? - Ya.
Presiden?
- Presiden? - Saya tak salah dengar, bukan?
Kenyangnya.
Terima kasih banyak, Presiden Kang.
Dia teman lelaki kawan kita. Jangan panggil begitu.
Terima kasih banyak sebab belanja makan.
Kamu berdua bermalam di mana?
Hari ini, kami…
Kami bermalam di sini juga.
Yakah?
Baguslah.
Malam ini, awak dah belanja. Biar kami belanja makan esok.
- Betul. - Jumpa esok.
- Jumpa esok. - Selamat malam!
Apa awak buat ini? Kita perlu pulang ke Seoul.
Tiada bas.
Tadi kita minum alkohol.
Betul juga.
- Awak buat apa? - Apa?
Kertas hias dinding ini cantik. Apa jenamanya?
Nak minum wain dengan saya?
Wain?
Tak apalah. Saya tak nak minum lagi.
Okey.
En. Kang.
Boleh kita tidur di bilik berasingan?
Saya tak fikir kita patut berkongsi bilik.
Masuk akalkah pasangan kekasih berasingan bilik?
Apa alasan awak jika kawan-kawan awak tahu?
Saya…
Memang betul, tapi…
Awak tak perlu risau.
Tidurlah di bilik, saya tidur di sofa.
Tak apa, saya boleh tidur di sofa.
Saya takkan biar awak tidur di sofa.
Okey.
Tidurlah.
Saya akan pindahkan awak ke katil.
Adakah itu…
yang awak harapkan?
Tak. Saya patut tidur di bilik, bukan?
Terima kasih.
Comel betul.
Tentu melekat.
Takkan nak tidur begini?
Mungkin ini lebih pelik.
Tapi…
takkan guna
gaun mandi saja?
Situasi ini memang aneh. Apa patut saya buat?
Menyampahnya. Di mana dia jumpa lelaki begitu?
Semua yang melibatkan Ha-ri menjengkelkan saya.
Penggambaran dah selesai? Awak balik awal.
Ya. Tapi besarnya bilik ini.
Teman lelaki Ha-ri tukarkan untuk kita.
Teman lelaki Ha-ri?
Ya. Kami bertembung dan makan bersama.
Awak tak kenal teman lelaki dia?
Tak.
Siapa?
Jangan terkejut.
Presiden go food, Kang Tae-moo.
Apa?
Presiden Kang?
Macam mana awak kenal dia?
Betul. Macam mana pekerja biasa boleh bercinta dengan presiden?
Melampau betul.
Ada masalah?
Tiada apa.
Kenapa senyap saja?
Kamu berdua sedang sibuk?
Siapa hantar mesej lewat begini?
Kawan lelaki awak?
Taklah. Kawan-kawan saya tadi.
Mereka tak percaya saya kekasih awak?
Taklah.
Mereka percaya sepenuhnya.
Mereka tanya macam mana kita kenal.
Tak pelik.
Lakonan saya sempurna.
Apa patut saya cakap?
Apa yang susah sangat?
No comments yet. Be the first to leave one.