200 baris pertama.
SEBUAH SIRI NETFLIX
DARIPADA SOPHIA CHOI KEPADA BACK YI-JIN
Wartawan Back Yi-jin, awak sihat?
New York masih diselubungi kesedihan,
tapi masa tetap berlalu seperti biasa.
Rakan sekerja saya akhirnya tidak dapat pulang.
Tetapi atas jasa awak, ramai orang dapat meratapi kematiannya
dan akan mengingatinya.
Ini semua atas jasa awak.
Terima kasih. Selamat Hari Krismas.
UBS.
Itu stesen penyiaran Korea, bukan?
Betul.
Rasanya saya dah jumpa semua orang dari setiap stesen TV di seluruh dunia
disebabkan kejadian ini.
- Awak seorang wartawan? - Ya, betul.
- Awak juga? - Tidak, saya ahli bomba.
Oh, ahli bomba.
Api masih belum dipadamkan sepenuhnya, bukan?
Belum lagi. Ia melambatkan usaha menyelamat.
Semakin ramai orang dilaporkan hilang
dan kami belum jumpa yang terselamat.
Awak tak rasa ingin berhenti?
Sebab ramai orang yang dah meratapi peristiwa ini untuk masa yang lama.
Entahlah.
Ini kerjaya yang saya pilih dan itu tempat saya bertugas.
Saya cuma buat kerja saya dan awak pun buatlah kerja awak.
Itulah cara meneruskan kehidupan.
Chuck.
Kopi dah siap.
Ini penamat hari saya.
- Gembira bertemu awak. - Saya juga.
BORANG PERMOHONAN WARTAWAN LUAR NEGARA UBS
EPISOD AKHIR
Semak semula bahan yang dicetak dan tolong periksa faktanya.
Baiklah.
SERANGAN PUSAT DAGANGAN DUNIA MENCARI ORANG HILANG
PERTUKARAN KE PEJABAT NEW YORK BACK YI-JIN
Tahniah.
Saya lega ada orang yang boleh dipercayai untuk menggantikan saya.
Terima kasih.
Saya tak sangka saya akan lulus.
Awak bersusah payah di sini.
Awak okeykah?
Sebenarnya…
mungkin sebab saya masih baru.
Saya masih berharap pada dunia ini.
Baguslah.
Keluarga awak dah tahu?
Teman wanita awak?
Saya masih belum beritahu sesiapa.
Awak sangka awak akan gagal?
HEE-DO
Hee-do.
Ini saya.
Awak bangun awal.
Ya. Awak dah makan malam?
Ya, saya dah makan tadi.
Saya rasa saya akan balik ke Korea bulan depan.
Betulkah?
Tapi saya tiada di Korea bulan depan.
Awak ada perlawanan?
Ya.
Disebabkan Grand Prix dan Kejuaraan Dunia berlangsung berturut-turut,
saya akan berada di Eropah untuk sebulan lebih.
Oh, begitu.
Hee-do.
Sebenarnya…
saya mohon sebagai wartawan di New York dan saya berjaya.
Bagus…
Baguslah begitu.
Tahniah.
Saya akan balik ke Korea untuk buat persiapan.
Saya minta maaf sebab mungkir janji.
Back Yi-jin.
Mulai sekarang…
berhenti minta maaf dengan saya.
Saya letak dulu.
2 BULAN KEMUDIAN
Satu, dua, tiga.
Satu, dua, tiga.
Ya, itu saja.
Terima kasih. Ini akan dimuat naik ke Moonstreet, bukan?
Saya pengunjung setia laman web itu.
Terima kasih. Awak boleh tengok esok.
Okey.
Hebatnya dapat berjumpa awak depan-depan.
Saya peminat awak.
- Betulkah? - Ya.
Hanya jauhari mengenal manikam.
Okey. Saya akan semak esok. Jaga diri.
Boleh tolong ambilkan gambar saya?
Adakah ini mimpi?
Kalau awak pukul selemah itu, memanglah tidak sakit!
Moon Ji-woong!
Ini bukan mimpi.
Apa ini?
Bukankah awak balik minggu depan?
Saya tak singgah di Rusia dan terus terbang ke Korea.
Saya ke sini sebab Seung-wan cakap awak di sini.
Awak lapang hari ini?
Semua masa saya adalah milik awak.
Awak nak makan malam di rumah saya?
Di rumah awak?
Ji-woong.
Mak ayah kerja apa?
Mak saya ketua pengajar jururawat.
Ayah bercerai dengan mak masa saya kecil,
jadi kami tak saling berhubung.
Awak dah banyak terluka sejak kecil lagi.
Kasihannya.
Awak perlu taat pada mak awak.
Dia bersusah payah membesarkan awak seorang diri.
Baiklah, saya akan taat.
Tapi saya lebih banyak berbuat baik terhadap Yu-rim sekarang.
Rasa bersalah pula.
Manisnya dia berkata-kata.
Dia juga baik.
Mak faham.
Hee-do dah balik ke Korea?
Jadual perlawanan kamu sama.
Ya, dia akan sampai esok.
KETIBAAN
Ya, saya baru saja sampai.
Ya.
Failnya ada bersama saya.
Ya.
Baiklah, saya akan cari dan hubungi lagi.
Ya.
Maaf, encik. Boleh berhenti sebentar?
Saya nak ambil komputer riba.
Baiklah.
Terima kasih.
PINTU 3
Mungkin tertukar kerana reka bentuknya sama.
Dia serahkannya dan pergi?
Ya, dia sebut nama encik
dan cakap encik akan datang untuk cari.
Ini bukan kesilapan pihak kami
dan kamu macam saling mengenali. Encik nak hubungi dia sendiri?
Atau encik nak kami hubungi dia?
Saya tinggalkan saja. Tolong hubungi dia.
Back Yi-jin.
Kenapa awak terus pergi?
Sebab…
Saya rasa saya faham apa maksudnya.
Kalau begitu, awak patut tinggalkan saja.
Saya tak tergamak begitu.
Adakah ini salah diri saya sendiri?
Tiada siapa antara kita yang bersalah.
Tapi kita dah berjauhan begini.
Inilah hakikat sebenar.
Kalau saya tinggalkan semuanya dan balik ke Korea…
saya tak rasa itu apa yang awak mahukan.
Ya, memang bukan.
Jadi, apa yang patut saya lakukan?
Back Yi-jin.
Ini bukan soal siapa yang salah
dan siapa yang betul.
Cuma…
saya tak rasa cinta ini menguatkan saya lagi.
Saling meminta maaf dan saling membenci hanya memakan diri sendiri.
Saya dah tak larat lagi.
Kita berdua…
sangat bermakna buat satu sama lain.
Awak boleh lakukannya?
Mengharungi perpisahan?
Kita memang sudah terpisah.
Tapi kita tetap akan jumpa juga.
Kita ramai kenalan yang sama
dan tinggal di kejiranan yang sama.
Kita bertegur sapa saja.
Saya jumpa awak kali pertama di sini.
Di sini juga penamat kita.
Mungkin betul.
Saya pergi dulu.
Back Yi-jin bercakap…
Maaf, saya akan cari secepat mungkin.
Maaf, saya akan telefon semula.
Baiklah.
Tutup pintu, sudah.
Amboi! Lihatlah siapa ini!
Back Yi-jin.
Bila awak sampai?
Beberapa hari lepas. Awak dari mana pagi-pagi begini?
Saya keluar semalam dan balik hari ini.
Lamanya tak berjumpa.
Gembiranya berjumpa dengan awak!
Senior saya!
Senior saya sungguh hebat!
Gembira berjumpa!
Awak dah mabuk, masuklah.
Oh, ya. Awak tahu yang Hee-do dan Yu-rim dah balik, bukan?
Dah lama betul.
Jom berkumpul.
Kita perlu minum arak bersama.
- Minum! - Minum!
Pengunjung harian lebih 3,000 orang?
Ya, ini baru permulaannya.
Rupanya orang berminat dengan fesyen.
No comments yet. Be the first to leave one.