200 baris pertama.
Santoso dah tahu alamat mereka.
Rumah mereka dah tak selamat.
-Kalau begitu... -Larikan diri?
Untuk berapa lama?
Sehingga Santoso mati.
Lily,
awak sukakan rumah ini?
Tengoklah.
Rumah ini sangat besar.
Saya mahu balik ke rumah lama saya agar saya boleh dekat dengan Jourdy.
Ketatkan keselamatan.
Jangan pandang rendah Andre dan anaknya.
Saya akan lakukannya seorang diri kali ini.
Relaks, saya boleh tangguhkannya.
Mira. Awak nak pergi ke mana?
Jauh daripada awak.
Tapi kenapa?
Kerana awak jahat, Rama!
Akhirnya awak dah kembali ke sekolah.
Jourdy dan saya merancang untuk menyerang Santoso.
Dia adalah mafia di sebalik...
Awak tak tunaikan janji awak untuk bermain perang samseng dengan Jourdy?
Mira.
Mira.
Mira.
Saya cuma perlu bercakap dengan awak. Sebentar saja, Mira.
Mira.
Rama.
Saya minta maaf.
Saya telah menipu awak selama ini.
Jadi Ben adalah...
Ya.
Ben adalah anak Mira.
Rama.
Itu saja yang saya boleh beritahu buat masa sekarang.
Mira yang berhak untuk memberitahu awak.
Dia akan bercerita tentangnya jika dia mahu.
Saya cuma minta agar awak...
simpan rahsia ini.
Bolehkah?
=I Love You Silly=
Gusti Roro Gianti Wirabangsa.
Gianti, ini keputusan ujian awak.
Tahniah. Keputusan awak bagus.
-Terima kasih, cikgu. -Sama-sama.
Mira Santika Amelia.
Mira, keputusan ujian awak bagus. Tahniah.
-Terima kasih, cikgu. -Sama-sama.
Nur Alfi.
Tahniah. Keputusan awak juga bagus.
Lily, ini keputusan ujian awak.
Kuatkan semangat.
Pelajar sekalian, tahniah diucapkan kepada mereka dengan markah cemerlang.
Bagi yang sebaliknya, terus bersemangat dan dapatkan markah yang lebih baik.
Ya, cikgu.
Jojo.
Cuba suruh Lily makan.
Mungkin dia akan dengar kata awak.
Biar saya cuba.
Lily.
Jom makan tengah hari, okey?
Okey.
Apa yang kita ada di sini?
Sedapnya bau!
Masakan Mak Cik Lucy adalah yang terbaik dan paling sedap.
Awak pernah cuba masakannya, Jojo?
Belum. Tapi...
-Cuba bau. -Saya tak lapar.
Ya, tapi awak perlu makan...
untuk dapatkan kekuatan dan cepat sembuh. Okey?
Sebentar, Jojo.
Saya akan sembuh dengan lebih cepat jika saya makan?
Maksudnya saya boleh berjalan semula?
Begini, makan dulu.
Apabila awak dah sembuh,
awak perlu yakin bahawa awak boleh berjalan.
Saya tak boleh berjalan kalau saya tak yakin?
Jadi saya perlu yakin dulu, Jojo?
Baiklah, saya akan yakin.
Tapi saya memang akan dapat berjalan, betul tak?
Awak janji?
Tak boleh, betul tak?
Saya tak sangka bahawa hati saya boleh lebih hancur daripada sebelum ini.
Sebelum ini?
Sewaktu saya ditinggalkan ketika menghamilkan Ben.
Sekarang, saya perlu melihat Lily begini.
Awak boleh berjalan.
Saya rasa reaksi Lily adalah wajar.
Saya juga akan rasa hidup saya dah hancur jika saya lumpuh.
-Lily, makanlah. -Tapi ini Lily.
-Makanlah. -Dia berbeza.
Biar saya suap.
Dia tetap tersenyum walaupun ada kesesakan lalu lintas selama tiga jam.
Dia juga tetap tersenyum walaupun mendapat refluks.
Saya tak boleh terus melihat dia begini.
Mira, boleh saya...
Gia, tolong beritahu Mira...
Tak guna.
Adakah semua orang datang bulan pada waktu yang sama?
Ayuhlah.
Nasi ini akan menangis.
Budak baik.
Mari makan sedikit lagi dengan telur pula.
Okey. Sedapkah?
Masakan ibu awak pasti sedap.
Makan nasi lagi.
Nampaknya nasib kita sama.
Sama? Bagaimana?
Awak tak boleh bersama Lily.
Manakala saya pula tak boleh bersama Mira.
Awak tak boleh bersama Mira?
Awak berpacaran dengan Mira?
Tidak.
Kalau begitu, kita berbeza.
Tapi biar saya tanya awak sesuatu.
Awak serius dengan Lily?
Saya serius.
Kenapa awak ketawa?
Jawapan awak kelakar.
Apa yang kelakar?
Kerana ia bertentangan.
Awak kata yang awak serius.
Tapi awak jauhkan diri daripada dia.
Cuba letakkan diri awak di tempatnya.
Pasti awak harap teman lelaki awak akan berada di sisi awak, betul tak?
Siapa yang jauhkan diri?
Saya tak dibenarkan pergi ke rumahnya.
Di sekolah, ramai manusia dungu yang mengawasinya.
-Betul juga. -Ada Mira dan Jojo.
Gia juga telah sertai mereka.
Awak dah cuba buat panggilan video?
Saya dah buat sebelum ini.
Tapi nombor saya telah disekat sekarang.
-Mak Cik Lucy telah menukar nombornya. -Tak guna.
Saya lupa.
Mak Cik Lucy memang tak sukakan awak.
Apa rancangan awak?
Sekurang-kurangnya untuk memenangi hati Mak Cik Lucy.
Rancangan saya adalah untuk selesaikan urusan dengan Santoso.
Agar Lily boleh bebas semula.
Kalau begitu, saya tarik semula apa yang saya kata tadi.
Nasib kita berbeza.
Awak jauh lebih malang.
Bersabarlah.
Tak guna.
Bersabarlah, sayang.
Diam.
Saya dah kenyang.
Baru sesuap.
Makan lagi, okey?
Saya dah kenyang.
Ini nasi goreng kegemaran awak.
Ibu tahu.
Adakah ibu patut beli bakso kegemaran awak?
Tapi sekarang dah malam, ibu.
Tak mengapa.
Tapi awak perlu janji yang awak akan memakannya.
Tunggu ibu.
Ibu?
Ibu dah balik?
Ibu ada tertinggal sesuatu?
Ibu?
Maaf, tiada orang di sini.
Jadi siapa yang bercakap?
Jourdy?
Jourdy?
-Saya rindukan awak. -Saya tahu, sayang.
Hei, sayang. Jangan menangis.
Awak okey tak?
Lily.
Kita tak banyak masa.
Jangan bazirkannya dengan menangis.
Bagaimana awak boleh tahu yang ibu saya tiada?
Saya menunggu di luar.
Tapi bagaimana awak boleh tahu yang dia akan keluar malam ini?
Kebetulan?
Tidak.
Saya menunggu setiap malam.
Menunggu peluang untuk jumpa awak.
Terima kasih.
Lily.
Jangan terus bersedih.
Saya rasa tertekan memikirkan awak di sekolah.
-Awak nampak saya bersedih? -Ya.
Bila?
Setiap hari.
Tapi...
dari jauh.
Awak dah janji yang awak akan berada di sisi saya.
Memang saya dah janji yang saya akan berada di sisi awak.
Tapi awak perlu bersabar.
Saya sedang berusaha supaya kita boleh bersama.
Berusaha apa?
Sesuatu.
Jangan risau tentangnya.
Lily.
Jom menari seperti sebelum ini.
Kenapa awak menangis lagi?
Kenapa awak ajak saya menari?
Kenapa?
No comments yet. Be the first to leave one.