The Report

The Report

Scarica il sottotitolo Malay

Informazioni sulla release

The Report 2019 1080p WEB H264-STRiFE
Un commento di ShasyaLala
Amazon Retail.

Tag

web
1080
Pubblicato il: 2021-09-24
Download: 22
Sottotitoli per non udenti: No

Anteprima dei sottotitoli in Malay

Le prime 200 righe.

BERDASARKAN KAJIAN JAWATANKUASA PERISIKAN SENAT...

...TENTANG PROGRAM PENAHANAN DAN SOAL SIASAT CIA

Dah berapa lama awak mengerjakan projek ini, Dan?

Lima tahun.

Lima tahun.

Setiap hari? Setiap malam dan hujung minggu?

Ia sangat memakan masa.

Awak ada menjalinkan hubungan atau ahli keluarga, Dan?

Saya hanya cuba nak mengenali awak dengan lebih baik.

Semasa bermula, saya ada teman wanita, tapi dengan kerja ini dan masa...

Saya bukan pasangan yang baik.

Lima tahun, dan semuanya boleh musnah.

Terus lenyap disebabkan tuduhan ini.

Saya boleh bayang pemuda yang bercita-cita tinggi seperti awak...

...menghabiskan bertahun-tahun membaca hal peristiwa yang dahsyat,...

...kecewa dengan prosesnya,...

...melihat peluang untuk mendedahkan kebenaran dengan lebih cepat,...

...lalu melanggar batas.

-Ini hal yang paling penting... -Saya tak lakukannya.

Atau saya boleh lihat seorang senator yang menggalakkan awak buat sesuatu.

Ini waktu yang sesuai untuk beritahu.

Itu tak terjadi. Saya buat sendiri. Saya bertindak sendirian.

Awak pernah tidur?

Dulu saya tidur, tapi ia mengganggu kerja.

Ada dokumen yang mengandungi nama sebenar...

...pegawai CIA, aset, rakan sekerja,...

...atau sebarang maklumat yang akan melanggar perjanjian...

...antara Agensi Perisikan Pusat dan Senat Amerika Syarikat?

-Selamat malam, Jay. -Selamat malam.

-Jadi awak curi dokumen itu? -Saya tak curi. Cuma pindahkannya.

Semua orang ada kata-kata mereka sendiri.

Bahasa itu dibina untuk memilih pihak. Mengapa awak pindahkannya?

Mereka boleh hantar awak ke penjara, Dan.

LAPORAN PENYEKSAAN

Saya patut mula dari awal.

TAHUN 2003

SENATOR SAJA

Awak Dan Jones?

-Ya. -Denise McDonough.

-Terima kasih sebab sudi berjumpa. -Silakan masuk. Tiada masalah.

Terima kasih sebab datang. Beritahu saya kisah awak.

Hari kedua saya di sekolah siswazah pada 11 September.

Saya menuju ke kuliah, dan semuanya hanya terhenti.

Esoknya, saya ubah semua kelas saya kepada keselamatan negara.

Bagus. Apa rancangan jangka panjang awak?

Mana awak lihat diri awak dalam 10 tahun?

-Bertanding sebagai calon? -Tak. Saya tak suka politik.

Saya lebih berguna di sebalik tabir, di tempat saya boleh buat perubahan.

Bagaimana dengan sebelum Universiti Harvard?

Apa awak buat untuk mengisi hari awak?

Saya sertai Teach For America selama tiga tahun di Baltimore.

Pelajar gred tujuh.

Saya baca awak ajar bahasa Sepanyol...

...di Saint Paul, Minnesota selepas kolej?

Kerja pertama LBJ adalah mengajar di sekolah Mexico di Texas Selatan.

Mengetahui cara menangani kanak-kanak adalah...

...kemahiran berguna ketika bekerja dengan kongres.

Namun dari perspektif saya sebagai kakitangan senat,...

...saya akan tunggu sehingga keadaan di sini berubah.

Senator Daschle akan mengatakan hal yang sama.

Pergi menimba pengalaman dalam pencegahan keganasan,...

...atau dasar asing.

Cuba bekerja bersama CIA atau FBl.

Biar mereka ajar awak perkara yang tak diajar di dalam kelas.

Kemudian awak boleh kembali ke sini dan bantu kami memperbaiki...

...semua kesilapan yang Bush dan Cheney buat.

McDonough.

Ya, senator, sebentar.

Bos saya hubungi. Ambil kad saya.

Teruskan berhubung.

-Terima kasih. -Sama-sama.

Saya tiada maklumat itu sekarang, tapi saya boleh berikannya sebentar lagi.

Ya.

TAHUN 2007

Berhubung plot pengeboman di Jerman, tiga lelaki ditangkap di Medebach...

...dengan 1500 paun hidrogen peroksida dan 26 peledak gred tentera.

CIA mengesyaki Kesatuan Jihad Islam.

Maafkan saya. Boleh saya bercakap dengan awak sebentar?

-Senator ingin jumpa awak. -Dah tentu.

-Selamat pagi, Dan. -Selamat pagi, senator.

Awak dah baca berita hari ini di New York Times?

-Belum. -Pihak CIA telah memusnahkan...

...pita rakaman soal siasat tahanan al Qaeda.

Jawatankuasa Perisikan tahu soal siasat itu dirakam?

Tak. Ini kali pertama saya mendengar tentangnya.

Siasat kandungan pita rakaman itu dan sebab ia dimusnahkan.

Kami mahu awak mengetuai siasatan itu, Dan.

-Jika rakaman dah musnah, bagaimana... -Katanya mereka ada rekod bertulis.

Ribuan muka surat. Mari kita lihat.

Siasat perkara yang mereka ada dan baca setiap satu daripadanya.

TAHUN 2009

Laporan tentang pemusnahan pita rakaman oleh CIA...

...telah berlangsung selama dua tahun.

Penemuannya yang sangat mengganggu, tapi ia akan kekal sulit.

Berdasarkan pendedahan ini, kajian yang lebih besar...

...ke dalam keseluruhan Program Penahanan dan Soal Siasat CIA...

...jelas sekali wajar dilakukan.

Siapa yang bersetuju, katakan "ya."

-En. Whitehouse? -Ya.

-En. Burr? -Ya.

-En. Rockefeller? -Ya.

-En. Chambliss? -Tak.

-En. Risch? -Saya rasa ini membuang masa.

Saya tahu awak mengundi menentangnya.

Awak dah ada penyiasatan pita rakaman.

Namun yang selebihnya mengundi untuk teruskannya, 14 kepada satu.

Menjadi tugas kita untuk memberikan pengawasan.

Semasa kempen itu, calon Obama kata...

...dia mahu jadi presiden pertama yang mementingkan kompromi dan kolaborasi.

Saxby, awak kenal saya.

Saya nak laporan ini dilihat...

...sebagai usaha daripada seluruh Jawatankuasa Perisikan,...

...bukan hanya Demokrat.

Jadi siapa yang mengetuainya?

Saya fikir nak pilih Dan Jones.

Dia habiskan empat tahun melakukan kerja pencegahan keganasan di FBI.

Dia dah dapat pelepasan keselamatan.

Peraturannya sama seperti penyiasatan pita rakaman.

Tiada politik, tiada berat sebelah,...

...dan senator tak berminat dengan pendapat atau teori, hanya fakta.

Berdasarkan yang awak dah tahu, tugas ini boleh jadi sangat serius.

Jangan campur adukkan perasaan peribadi awak.

Itu perkara pertama yang Republikan akan cari.

Jangan bercakap dengan media, teman wanita atau ahli keluarga.

Atau sesiapa di luar jawatankuasa.

Awak akan dapat sepasukan enam ahli, tiga Republikan, tiga Demokrat,...

...tapi tak boleh ada apa-apa ayat Republik atau perenggan Demokrat.

Berapa masa yang kami ada?

Kami harap awak boleh siap dalam masa setahun dua.

Awak perlu maklumkan senator tentang perkembangan kerja awak.

Tiada orang mahukan sebarang kejutan.

Ada kemudahan sulit CIA di Virginia. Awak bermula esok.

-Jones, kan? -Sean.

-Hai. Dan. -Sean Murphy dari agensi.

-Mari kita masuk ke dalam. -Baiklah.

Sila berikan kad pengenalan.

Kita akan bekerja di bilik SCIF.

Tiada isyarat telefon dan tak boleh ambil foto, awak tahu keadaannya.

Dinding plumbum.

Mengikut perjanjian, tiada orang boleh masuk ke bilik itu...

...kecuali kakitangan jawatankuasa.

Dah tentu. Tiada orang masuk tanpa kebenaran awak.

-Komputer? -Di sini.

Pelayan awak sendiri, stesen kerja tanpa antara muka rangkaian.

Kami akan mengemas kini pangkalan data.

Fail akan dimuatkan di sini setelah dikumpulkan dari agensi.

Hebat. Kami akan perlukan semua dokumen yang berkaitan.

-Kami perlu periksanya dulu. -Periksa?

Ada banyak...

Panetta setuju untuk beri kami semua dokumen yang berkaitan dengan program.

-Siapa yang akan memeriksanya? -Ia agensi yang besar.

Kami perlu pastikan awak tak dapat apa-apa yang tak sepatutnya.

SENAT AMERIKA SYARIKAT KAKITANGAN JAWATANKUASA PERISIKAN SAJA

Selesakanlah diri awak di sini.

Tiada pencetak dan kertas?

Tiada dokumen dibenarkan keluar tanpa kebenaran CIA.

Kertas sering timbulkan masalah di tempat kami.

Pada satu masa, kami akan perlukan pencetak dan kertas.

Di tempat kami, kertas digunakan untuk memantau undang-undang.

Baiklah.

PUSAT PERDAGANGAN DUNIA

...memanggilnya serangan pengganas yang jelas...

11 September 2001 Pusat Pencegahan Keganasan

...berdasarkan maklumat awal,...

...maklumat yang pegawai perisikan dapat...

Awak tak akan menyukainya.

...kemungkinan pesawat dirampas,...

...dan video pesawat yang sangat mengerikan.

-Kita dah mengesahkan beberapa nama. -Nama perampas?

Dua daripada mereka daripada mesyuarat Malaysia.

Orang dari San Diego. Mereka rampas Penerbangan 77 dan merempuh Pentagon.

...koordinasi yang berlaku untuk dua pesawat melanggar menara...

Perhatian, semua.

Kami percaya Pusat Pencegahan Keganasan adalah sasaran berpotensi.

Kami meminta semua kakitangan untuk berpindah serta-merta.

Jim Miklaszewski di sana dari Pentagon.

Presiden ada kuasa untuk mengerahkan angkatan tentera,...

...usaha tindakan balas akan diperdebatkan...

...jika ia dibuktikan sebagai kejadian pengganas.

Kami juga harus bekerja walaupun secara senyap.

Ibu Pejabat CIA 16 September 2001

Kami perlu bersembunyi di dunia perisikan.

Kebanyakan kerja yang perlu dilakukan di sini...

...perlu dilakukan dengan senyap, tanpa sebarang perbincangan...

Kita dah beri amaran.

Taklimat presiden 6 Ogos, "Bin Laden Tekad untuk Menyerang di A.S."

Amaran jelas.

Sebelum itu, pada bulan Julai, apa yang kita katakan?

"Akan ada serangan pengganas...

...terhadap Amerika Syarikat dalam berapa minggu dan bulan akan datang."

Ia bukan salah awak.

Ia kerja yang kejam, jahat, berbahaya, dan kotor,...

...dan kami perlu menjalankan kerja itu.

Namun kami perlu memastikan kami tak menghalang,...

...komuniti perisikan kita.

Saya dan Pengarah Pencegahan Keganasan Black temui Presiden Bush...

...di Kem David hujung minggu ini.

Presiden beri jaminan, tak akan ada perubahan dalam kepimpinan CIA...

...akibat serangan hari Selasa.

Kita akan melihat ke depan sekarang,...

Commenti

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left