Le prime 160 righe.
MARVEL STUDIOS MEMPERSEMBAHKAN
Masa.
Ruang angkasa.
Realiti.
Bukan sekadar laluan linear.
Malah satu prisma dengan kemungkinan yang tak berkesudahan,
dengan satu pilihan boleh bercabang menjadi realiti tak terbatas,
mencipta dunia alternatif daripada dunia yang kita tahu.
Akulah Watcher.
Akulah jurupandu melalui realiti baru yang luas ini.
Ikut aku dan renungkan persoalan...
"Bagaimana jika?"
Bumi, Jun, 1943.
JERMAN
Tentera Nazi berarak di seluruh Eropah, mengakibatkan kematian dan kemusnahan.
Tentera Bersekutu bekerjasama untuk mencipta askar jenis baru.
Askar Super.
Semasa detik paling gelap manusia,
seorang budak kurus dari Brooklyn menjadi Captain America.
Selepas mengubah keadaan Perang Dunia Kedua,
dia berkorban, bagi memulihkan kedamaian dan menyelamatkan alam semesta.
Namun di jagat yang lain, satu pilihan mencipta wira berbeza.
Banyaknya usaha untuk mencipta satu Askar Super.
Paris sudah tumbang. Seterusnya mungkin London.
Jika berhasil, awak boleh mengakhiri perang.
Sebagai manusia biasa, kami cuma mampu bermimpi melakukannya.
Ejen Carter, bukankah awak lebih selesa di dalam bilik?
Saya lebih suka tunggu di sini.
Di situ.
Itulah detik yang mencipta jagat baharu.
Apabila diminta meninggalkan bilik, Margaret "Peggy" Carter mahu tunggu.
Namun sebentar lagi, dia yang akan menerokai dan mencipta dunia baru.
Serum akan menyebabkan perubahan sel serta merta.
Bagi mengelakkan pertumbuhan tidak terkawal,
subjek akan ditepukan dengan Sinar Vita.
Tidak!
Steve! Pandang saya. Fokus pada saya.
Tahap kuasa menurun.
Buat sekarang jika enggan projek ini hancur.
-Rogers, pergi masuk! -Dia tak boleh!
-Stark, awak pergi. -Apa? Awak gila? Saya penekan butang.
-Saya tukang tekan butang. -Masuk!
Teknologi bukan peluru. Semuanya akan hilang.
-Buat segera! -Awak tahu kos semua ini?
-Tiada peluang lain. -Tunggu. Saya akan kembali.
Saya takkan ke mana-mana.
Howard, bersedia.
-Ejen Carter. -Apa awak nak buat?
Ejen Carter, apa yang awak buat?
Hanya ini peluang kita. Sekarang!
Stark, jangan lakukannya.
-Adakah berhasil? -Melebihi jangkaan.
Awak tak perlu kasut tumit tinggi lagi.
Peggy? Amboi.
Bagi saya, ini kejayaan sebenar.
Ini kegagalan sebenar!
Wang 60 juta dolar dan semua harapan terbazir begitu sahaja.
Saya dijanjikan tentera.
Saya dijanjikan keamanan dan penyelamat.
Tapi saya dapat perempuan.
Saya faham ini bukan hasil yang dikehendaki.
Namun saya bukan sekadar bahan uji kaji.
Kini SSR di bawah arahan saya.
Bersyukurlah awak masih di sini dan tak didakwa akibat ingkar.
Kita hampir kehilangan seluruh projek.
-Jika saya tak... -Projek dah gagal.
Setiap titisan serum Dr. Erskine masuk dalam badan awak.
Jika kita bertuah,
darah awak akan jadi kunci penghasilan Askar Super sebenar.
Tuan sudah dapat Askar Super.
Perempuan bukan askar. Mereka takkan berjuang di barisan hadapan.
Takut kuku patah.
Tumbukan yang bagus.
Kolonel Flynn tak rasa begitu. Dia si gila tak guna!
Kalaulah saya boleh buat begitu pada kepala Hitler.
Mungkin lebih teruk.
Flynn boleh hantar awak ikut jelajah USO.
Pakai kostum mengarut, disuruh senyum sepuluh kali sehari.
Dia takkan buat begitu. Bolehkah dia buat begitu?
Berarak!
Bucky.
Kawan saya dari Brooklyn.
Dia baru dikerahkan dengan Unit 107.
Tentera enggan beritahu saya destinasinya.
Sentiasa ada orang berjuang untuk kita.
Pasti bagus jika kita yang berjuang.
Maafkan saya.
Sepatutnya awak yang menamatkan peperangan.
Sekarang awak orangnya.
Jangan risau tentang saya. Saya bukannya pandai menari.
Mungkin awak belum jumpa pasangan yang betul.
Tønsberg, Norway. Bandar yang damai.
-Suatu masa dulu. -Nazi di Norway?
Hampir. HYDRA. Bahagian Sains Fenomena Ghaib Hitler.
Berdasarkan kesan gama dari menara jam,
apa yang mereka cari boleh menguasakan London.
Atau meletupkannya hingga hancur dalam masa 60 saat.
Tesseract ialah permata dalam bilik khazanah Odin.
Kononnya ia mempunyai kuasa untuk mengubah undang-undang fizik
dan membuka pintu seluruh jagat.
Benda yang awak cari itu cuma legenda.
Jadi kenapa awak berusaha keras menyembunyikannya?
Namanya Tesseract.
Pasti benda itu akan sampai ke Berlin.
Sudah hampir sampai, tapi kita ada peluang.
-Jika hantar pasukan malam ini... -Awak dah hilang akal.
-Saya boleh pergi. -Bagus, awak berdua dah hilang akal.
Sekarang ada dua orang gila di tempat ini.
Hantar 30 askar. Jika ia tiba di Pusat Perintah HYDRA, semua hancur.
Saya takkan merisikokan seorang askar, apatah lagi platun untuk rebut kemegahan.
-Para cendekiawan... -Stark seorang daripadanya.
Jangan menyibuk. Awak bertuah ada di sini.
Para cendekiawan pun takkan faham kehebatan kuasa bateri ini.
Bagus. Siapa tahu, mungkin perang akan tamat
sebelum HYDRA tahu cara menghidupkan benda itu.
Cuba melupakan masalah?
-Saya ingatkan orang British tabah. -Mungkin cuma lelaki British.
-Boleh saya beri nasihat? -Lebih baik jangan.
Flynn memang dungu. Awak bertuah sebab saya genius.
-Ini apa? -Sepatutnya ini kostum USO awak,
untuk tugas menjual bon perang. Namun saya naik taraf sedikit.
Awak perlu belajar berahsia.
Namun barang ini mungkin agak janggal.
-Apa itu? -Kita diserang hendap!
Langgar dia!
Luar biasa! Ayuh cuba sekali lagi.
Awak semua nampak?
Biasanya saya lebih bijak berselindung.
Di manakah awak sepanjang hidup saya?
Pasti Tentera Perikatan terdesak.
Menghantar perempuan lemah berjuang untuk mereka.
"Lemah"?
Tepat sekali.
Perang di luar, kolonel. Bukan di sini.
Jika kita nak menang, jangan kurung saya dalam pejabat.
-Adakah ini nuklear? -Adakah tuan mendengar?
Awak seorang ejen, tak layak untuk tugas lapangan.
Jadi, naikkan pangkat saya.
Gelaran "kapten" agak menarik. Pasti awak boleh uruskan benda itu.
Saya tahu menguruskan benda ini.
Dah sedia nak berperang, Steve?
Menurut laporan perisikan terakhir, Unit 107 bertempur di sini.
Jika kawan awak ditawan oleh HYDRA...
Kini unit Bucky 50 kilometer dari barisan hadapan.
-Saya tak boleh suruh awak pergi. -Tak perlu suruh. Dia kawan awak.
-Rakan terbaik saya. -Baguslah begitu.
Untuk menghancurkan HYDRA, kita perlukan semua rakan.
-Saya terhutang dengan awak. -Lebih daripada itu.
Awak berhutang tarian dengan saya.
Seronoknya. Boleh saya cuba?
Perempuan itu datang!
Sejak bila wanita mampu berlawan begitu?
Sejak hari ini. Saya dah faham.
Awak Unit 107? Saya mencari Sarjan Barnes.
Awak siapa? Ratu England?
Steve Rogers hantar saya. Nama saya Captain Carter.
Hantar sokongan udara.
Mesej diterima. Rogers, masuk sekarang.
-Steve? -Rogers?
Apa benda itu?
No comments yet. Be the first to leave one.