Informazioni sulla release

미스함무라비 Miss Hammurabi E03 180528 HDTV H264-NEXT-VIU
미스함무라비 Miss Hammurabi E04 180529 HDTV H264-NEXT-VIU
Un commento di Nasrull07

Tag

HDTV
hdtv
HD
Pubblicato il: 2018-07-15
Download: 31
Sottotitoli per non udenti: No

Anteprima dei sottotitoli in Malay

Le prime 200 righe.

sync NaSrul

Kita tidak boleh pecat lelaki yang perlu menanggung keluarganya...

disebabkan satu jenaka yang sedikit melampaui batas.

Yang Arif.

Pada zaman ini, seorang lelaki boleh menanggung 99 orang.

Dia adalah seorang pekerja tunjang.

Dia tidak patut dipecat disebabkan perkara yang sangat kecil ini.

Tolong batalkan pemecatan dia.

Bersama-sama, kita dapat menubuhkan satu dunia yang mementingkan rakyat.

Dia memang sangat pandai untuk berhenti apabila sedang mengujah.

Mungkin kerana dia adalah bekas ahli politik.

Ini pernah terjadi apabila dia bantu seorang pelatih yang pemalu...

untuk bercakap dan berkawan dengan ahli pasukan yang lain.

Ini hanyalah satu kesilapan.

Maksud awak plaintif tersebut iaitu seorang pengurus berusia 50 tahun...

menghantarkan mesej kesat...

kepada seorang pelatih yang masih belajar...

adalah sebahagian daripadanya.

Dia seorang yang tiada keyakinan dan mempunyai masalah...

jadi, dia cuma ingin menjadi seorang mentor yang baik.

"Keyakinan"? Mari kita tengok mesej yang dihantarkan itu.

Awak mempunyai suara yang indah.

Boleh awak bacakan mesej yang terakhir itu dengan kuat?

Tapi...

Saya akan baca sendiri.

"Walaupun awak mempunyai wajah yang baik,"

"awak buat saya tidak boleh tahan untuk tengok awak dari belakang"

Baiklah, jadi dia hantarkan mesej ini...

untuk meningkatkan keyakinannya.

Terutama bagi seorang wanita,

menjadi yakin tentang rupa mereka dapat meningkatkan keyakinan.

Bukankah awak patut berikan pujian terhadap rupa mereka?

Mari kita tengok yang seterusnya.

Ini adalah gambar dada plaintif, bukan?

Ya.

Pasti dia telah tersalah hantar.

Tersalah hantar. Dia hantarnya dengan mesej ini.

"Bukankah saya nampak begitu kelelakian?"

Jadi, saya boleh katakan plaintif mempunyai keyakinan yang tinggi.

Saya tidak tahu kenapa dia boleh rasa begitu.

Ya, saya akui bahawa dia telah melampaui batas sedikit.

Awak patut mempertimbangkan tentang masalah ini.

Dalam bidang penyiaran dan perhubungan awam...

ia adalah penting untuk menggunakan kandungan yang seksi dan menyerlah.

Jadi, orang di dalam industri ini sangat berani apabila bergurau.

- Jadi, itu adalah gurauan berani. - Ya, Yang Arif.

Tiada unsur-unsur seksual di dalam itu.

Seperti yang awak boleh nampak,

itu hanyalah satu gurauan daripada lirik lagu.

Dan, walaupun ia mempunyai unsur-unsur seksual...

kita patut sedar yang dia langsung tidak menyentuhnya.

Dia tidak patut dipecat disebabkan beberapa mesej.

Saya rasa, masyarakat kita menjadi begitu kejam terhadap kaum lelaki.

Awak tidak rasa yang ini terlalu kejam?

Oh Tuhan.

Peguam tadi...

Bagaimana orang seperti itu boleh menjadi ahli kongres?

Sebab itulah dia boleh menjadi ahli kongres.

Ada ramai orang seperti dia itu.

Dia telah mewakili mereka semua.

Negara ini adalah satu demokrasi.

Sewaktu jamuan...

bersama wartawan wanita dalam penghimpunan negara...

dia tidak dipersalahkan untuk menyentuh mereka?

Pasti mereka berada di dalam satu kelab, setiap kali...

Cukuplah.

Tumpukan sahaja kepada kes itu dan bukan peguam itu.

Tapi, Tuan...

Apa yang disebutkan oleh peguam itu tidak salah.

Mengikut mesej itu, bagaimana jika itu gurauan daripada lirik lagu...

yang popular?

Awak patut berhati-hati apabila awak bergurau dengan orang.

Selain itu,

bagaimana pula dengan gambar dada yang dia hantarkan itu?

Dia tidak akan menggodanya melainkan jika dia sudah hilang akal.

Mengikut undang-undang, motif berunsur seksual atau niat...

tidak boleh digunakan sebagai serangan seksual.

Saya sudah tahu tentang itu.

Bukankah kita patut fikirkan jika dia patut dipecat atau tidak?

Perlukah kita pecat dia kerana dia seorang yang kurang ajar?

Tuan, adakah dia sedang cuba untuk menjadi kurang ajar...

untuk menghantarkan mesej-mesej itu?

- Adakah itu betul? - Mestilah, itu salah.

Bagaimanapun, generasi lebih tua tidak tahu...

bahawa tindakan seperti itu adalah salah.

Mereka masih lagi belum sedar tentang perubahan masyarakat.

Masyarakat kita telah berkembang dengan begitu pantas.

Apabila mereka sedar nanti,

perlukah kita maafkan dan memahami mereka?

" Tuan, itu bukan salah awak."

"Awak akan sampai ke tahap kita nanti."

"Awak rasa itu boleh terjadi dalam hidup ini?"

Bidang ini...

adalah sama seperti hidup ini.

Kita patut fikir sebelum kita paksa dia untuk meletak jawatan.

Bagi ketua keluarga yang dipecat daripada kerja mereka...

ia bukan sesuatu yang mudah.

Terutama sekali bagi keluarga mereka.

Majikan saya?

Ia masih tidak jelas lagi?

Dia adalah seorang yang berjiwa lucu.

Malang sekali, gurauannya telah menjadi bosan.

Dia tidak mempunyai niat yang jahat.

Dia bukan seorang yang kurang ajar.

Mungkin dia adalah seorang yang tidak senonoh...

tapi, dia seorang yang baik dan penyayang.

Dia juga seorang yang agak popular.

- Plaintif, apa yang awak fikirkan? - Maksud awak?

Maafkan saya.

Saya minta maaf.

Saya sangkakan,

pekerja muda akan menganggap itu sesuatu yang lucu.

Saya berkelakuan tidak senonoh dan tidak matang.

Sehingga sekarang,

saya ingat, saya seorang yang kelakar...

dan melucukan.

Saya rasa sangat malu, Yang Arif.

Keluarga saya tidak bersalah.

Anak sulung saya berada di kolej sekarang.

Anak kedua dan anak bongsu saya berada di sekolah menengah.

Dipecat?

Itu bermaksud satu kematian bagi keluarga saya.

Saya tidak boleh membuat keputusan.

Saya rasa, apa yang dikatakan oleh Ketua Hakim adalah terlalu asas.

Selepas perbicaraan petang tadi, saya tidak boleh keputusan.

Hakim Im.

Bagi seorang pemandu trak yang masih minum dan memandu...

adakah awak akan suruh dia memandu di lebuh raya?

Kerana tugasnya adalah sangat penting?

Digantung, ditahan dan gaji dipotong.

Kita perlu tengok jika ada hukuman lain yang lebih sesuai.

Dipecat adalah satu hukuman yang sangat besar bagi seorang pekerja.

Jika ketua keluarga dipecat...

seluruh keluarga mereka akan terjejas.

"Ketua keluarga"?

Ya, ketua adalah yang paling penting.

Awak lupa bahawa sistem patriaki keluarga dimansuhkan 10 tahun lalu?

Saya bukan bercakap tentang patriaki.

Saya maksudkan, hidup keluarga dia akan menjadi lebih susah.

Bagi pelatih dan pekerja yang lain...

jika majikan mereka tidak sukakan mereka, ia adalah hukuman besar.

Mengikut testimoni mereka...

mereka telah mengambil ringan tentang gurauannya.

Kes yang besar perlu diutamakan daripada pandangan mangsa.

Saya setuju.

Tapi, kita patut tengok dari segi logik.

Jika orang biasa berada dalam situasi yang sama,

apa yang dia akan rasakan?

Kita ada masalah, saya rasa ini adalah masalah besar.

Jika saya seorang yang terlalu unik dan sensitif...

saya tidak patut menjadi seorang hakim.

Saya adalah seorang yang biasa.

100 orang pelakon akan ikut saya pergi melancong...

Saya, Jung Bo Wang, akan membuat keputusan...

sama ada itu adalah kejam atau tidak.

- Kewujudan awak sudah pun kejam. - Jangan masuk campur.

Bagi saya lihat.

Inikah dia?

(Pinggang awak kecil, tapi punggung awak besar.)

Kenapa dengan dia itu?

Oh Tuhan, itu apa? Itu...

Saya hampir mencarut tadi, itu apa?

Sebagai lelaki seperti itu...

- saya langsung tidak faham. - Apa maksud awak?

Sebelum memutuskan kesalahan dia...

saya tidak faham...

yang dia telah menganggap pekerja dia sebagai seorang wanita.

Ada ramai wanita yang cantik di luar pejabat.

Kenapa perlu pekerja dia? Apa gunanya?

Tingkah laku yang kurang ajar itu akan dilakukan...

oleh manusia yang hodoh dan tidak popular.

Betul cakap awak.

Ini adalah borang penyertaan daripada penyelidikan praktikal.

Tolong tandakan jawapan awak.

Baiklah.

Jika seorang lelaki seperti saya ini...

melihat seorang wanita yang cantik...

saya tidak akan jatuh cinta terhadap dia.

Kenapa? Pertimbangan saya telah mengawal diri saya.

Saya tidak faham dengan lelaki yang dikawal naluri kejantanan mereka.

Kenapa awak pandang saya begitu?

Awak menyebutkan tentang perbezaan pertimbangan dan naluri.

Saya rasa...

ia cuma mempunyai perbezaan dalam sepuluh sentimeter.

- Sepuluh apa? - Sepuluh sentimeter.

Sepuluh sentimeter.

Lurah yang sedalam sepuluh sentimeter.

Apa yang awak sedang buat?

Skirt yang sepanjang sepuluh sentimeter.

Sepuluh sentimeter dari sudut pinggang.

Awak adalah seperti lelaki biasa.

Oh Tuhan.

Tunggu sebentar.

Saya rasa awak tersalah faham, awak tersilap.

Semasa dia meninggikan skirtnya...

ia bukan lagi sepuluh sentimeter.

Awak bermain tipu, itu tidak boleh diambil kira.

Diamlah, awak akan memalukan diri jika awak bercakap lagi.

Hakim Jung.

Saya tidak sedar yang mata awak begitu besar sekali.

Commenti

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left