Le prime 200 righe.
Mak!
Nan! Mak!
Apa yang sudah berlaku?
Bon!
- Helo? - Ya!
- Danai! - Ya!
Danai, apa yang dah berlaku?
Awak kena keluar dari rumah itu sekarang!
Kakak ipar awaklah yang melakukannya!
Bon!
Bon, janganlah mati dulu!
Sihir Syaitan 1 Terjemahan Oleh Aziz Lee, Brunei.
Kenapa?
Apa dosa kami pada awak?
Kenapa awak sanggup melakukan semua ini?
Tandatangani kertas ini.
Tidak.
Awak kena jawab dulu pertanyaan saya!
Semua ini..
..tiada kena mengena dengan awak.
Saya sebenarnya seperti awak.
Kehidupan kita lebih kurang sama.
Betul bukan?
Tak payah cakap.
Lain kali mesti berjaya.
Pada awalnya, saya hanya terserempak ayah awak..
..berbual bersama teman-temannya.
"Lelaki itu macam sukakan awak."
Ayuhlah, hubungi dia..
"..dan terima saja kerja itu."
Apa nombor dia?
Tunggu sekejap.
Baiklah, bagi nombornya.
09-916...
Saya cabar awak untuk membuka baju dan menari.
Adakah awak yakin awak mengandung?
Saya cuma meneka..
..sebab haid saya sudah terlambat dua bulan.
Bagaimana awak tahu itu anak saya?
Sampai hati awak cakap begitu!
Saya cuma pernah melakukannya dengan awak.
Kalau saya mengandung, awak mesti bertanggungjawab.
Dengar baik-baik!
Saya takkan benarkan awak tipu saya!
Beritahu saya sejujurnya.
Berapa yang awak mahu?
Satu juta Baht.
"Saya menyangka, ayah awak akan lepaskan saya."
Tak perlulah awak menyesali semua ini.
Pernahkah saya cakap yang saya akan tinggalkan awak?
Hmm! Bodohnya.
Siapa mereka?
Apa mereka mahu?
Untuk satu juta Baht,..
..awak kenalah kongsikan tubuh awak..
..dengan mereka semua.
- Tolong! Tolong! - Ayuh kejar dia! Cepat! Cepat!
Tolonglah jangan!
Janganlah lari!
Tolong!
Dapat pun!
- Tak guna! - Nak lari ke mana?
Tak guna! Lepaskan!
- Hei! Biar saya buat dulu! Saya dulu! - Tolonglah lepaskan saya!
- Awak takkan dapat pergi! - Hei! Tangkap! Tangkap! Tangkap dia!
- Tak guna! - Hei! Hei!
- Jangan dekati saya! - Cepat tangkap! Tangkap dia!
Lepaskan!
Lepaskan!
Awak fikir dia akan bertanggungjawab pada bayi itu?
Bukankah dia sudah bagi sejumlah wang yang banyak.
Apa kata awak gugurkan saja kandungan itu?
Tidak!
Saya mahu menjaganya.
Selamat Hari Jadi!
Selamat Hari Jadi!
Selamat Hari Jadi! Selamat Hari Jadi!
Selamat Hari Jadi!
Baiklah, tiup lilinnya.
Awak kena bayar saya lebih dari satu juta Baht.
Siapa pula perempuan muda yang baru datang ini?
Ayah berbincanglah dulu. Biar saya yang uruskan semua ini.
Mari kita berbincang di luar!
Nah!
Jangan sesekali awak dekati keluarga saja lagi!
Dengar cakap saya betul-betul!
Awak takkan pernah dapat bayaran dari saya lagi selepas ini.
Tak guna!
Enam Bulan Kemudian
"Sebuah kemalangan tragik telah berlaku pada malam ini."
"Thawee Thepsoontorn, pemilik sebuah bangunan, terjun dari sebuah jambatan."
"Pihak polis masih lagi belum menemui punca dan penyebab kematian mangsa."
"Mati disebabkan Ilmu Sihir."
- Kita dah sampai. - Ayuh cepat. Mari kita berseronok di dalam.
Boleh masuk ke bilik awak?
- Boleh tak? - Boleh.
Hoi! Siapa itu?
"..seluruh ahli keluarga seorang arkitek terkenal telah dibunuh pada malam semalam."
"Pembunuhan itu dilaporkan berlaku pada tengah malam di kediaman Siwahiran."
"Di kediaman Siwahiran, pihak polis telah berjaya menemukan mayat seorang lelaki dan tiga mayat perempuan."
Dia ada di dalam?
Dia ada di atas.
"..seorang budak berusia 10 tahun dan seorang wanita yang tidak dikenali."
"Pihak polis mengenal pasti bahawa lelaki tersebut adalah anak lelaki kedua, Amnat."
"Berkemungkinan dia sedang mabuk.."
"..lalu menembak kekasihnya, adik perempuannya sebelum dia membunuh dirinya sendiri."
"Ibunya pula ditemui mati disebabkan serangan jantung."
"Pihak polis juga menemukan mayat arkitek Pratan, terbunuh di rumahnya yang terletak di tepi pantai."
"Mangsa juga ditemui berlumuran dengan darah dan dalam keadaan yang sangat mengerikan."
"Selain itu, laporan juga ada mengatakan.."
"..bahawa terdapat beberapa kesan luka yang terlihat dibahagian kepala mangsa.."
"..selain beberapa kepingan kuku yang juga ditemui berdekatan dengan tubuh mangsa.."
Sumbangkan keranda..
..kepada kuil sama jumlahnya dengan kematian tersebut."
Agar roh jahat tidak akan mengganggu awak.
Bilakah sepatutnya awak akan melahirkan?
Kenapa?
Tidak ada apa-apa.
Saya hanya teringin nak menyambut kelahiran bayi awak.
Cuma itu sajalah!
"Pihak mahkamah dikatakan telah menyerahkan semua harta dan juga aset kepada Puan Kamala,.."
"..iaitu bekas isteri kepada mendiang Pratan."
"Selepas kematian tragik yang telah menimpa seluruh keluarga mangsa tersebut,.."
"..rumah agam mewah yang dulu milik keluarga mangsa itu kini sudah tidak dihuni selama lebih berbulan-bulan."
"Rumah tersebut, juga dilaporkan telah diberikan secara sah oleh mahkamah kepada Puan Kamala,.."
"..bekas isteri kepada mendiang Pratan, mangsa pembunuhan."
"Biar saya jelaskan di sini."
"Anak-anak saya, berhak mendapatkan harta peninggalan mendiang suami saya."
"Awak tahu tak.."
..apa yang saya fikirkan?
Hidup ini teruk! Lainlah dengan awak!
Awak dan ibu awak bagaikan mendapat satu kemenangan mengejut!
Kenapa saya buat awak begini?
Sebab awak ada kaitan dengan orang yang tak guna itu?
Tapi bukankah saya ini anak perempuan dia?
- Awak pula siapa? - Saya siapa?
Sayalah salah seorang perempuan yang dianiaya oleh ayah awak, bodoh!
- Awak kena terima kenyataan! - Diamlah bodoh!
Adakah awak masih fikir..
..yang awak akan terus bernasib baik?
Ad, awak tahu tak?
Saya akan berpindah ke rumah agam itu esok pagi.
Baiklah semua, mari kita minum untuk meraikan orang kaya baru ini!
Minum!
Maar.
- Awak apa khabar? - Nah, abang Ruj!
Hah! Abang Ruj! Marilah minum sedikit.
Maaflah, saya tak biasa. Saya bukannya pandai minum pun.
- Hati-hati, Bon! Janganlah berlari laju. - Bawa barang itu naik ke atas.
Hati-hati nanti kalau nak letakkannya sebab barang itu mudah pecah.
Tolong letakkan yang satu ini dekat lampu itu.
Nan, awak beritahu saja mereka, di mana nak letakkan semua barang-barang awak.
Awak kenalah bantu juga, okey.
Dan kenapalah awak minum berlebihan semalam, hah? Luke?
Ya.
Boleh tak saya menelefon awak lagi?
Baiklah, bai.
Kenapa awak tersenyum, Luke.
Teman wanita? Bila nak kenalkan dia dengan Mak?
Mak akan bertemu dengan dia bila sudah sampai masanya.
- Saya tak akan kecewakan mak. - Baiklah.
Hah, habislah awak nanti awak pemabuk!
Awak tahu, mayat yang ditemui di bilik ini dulu adalah mayat isteri mangsa.
Tiga lagi ditemukan di sana.
- Cerita itu benar-benar menakutkan. - Meremang roma saya mendengarnya.
Bagaimana, Luke? Adakah awak suka rumah ini, hah?
Rumah ini baguslah, mak. Lebih besar dari yang saya jangkakan.
Awak layak mendapatkannya.
Ayah awak sepatutnya mewasiatkan rumah ini sebelum dia meninggal lagi.
Mak tak kesah. Asalkan rumah ini menjadi milik awak.
Apapun, rumah ini sudah menjadi milik kitalah, mak.
Eh, Nan, ingat tak yang awak pernah cakap, yang awak pernah ternampak hantu di rumah awak?
Adakah awak masih nampak?
Entahlah, saya tak pasti.
Saya pun dalam keadaan mabuk waktu itu.
Muka awak, macam nampak pucat sedikit.
Adakah ianya disebabkan oleh hantu?
Mungkin juga saya telah disihirlah, Ad.
Hoi! Janganlah bergurau sampai begitu sekali!
Baik awak pergi sembahyang di kuil untuk mendapatkan nasib yang baik.
Untuk apa?
Ayuhlah. Mari kita pergi malam ini. Saya pun dah buat temujanji dengan tok guru.
Saya fikir, awak cuma nak minta temankan ke sana.
Tak payahlah, terima kasih.
Mungkin ketika itu saya hanya berkhayal.
Kenapalah dengan dia itu? Lepas satu kesalahan ada lagi kesalahan lain!
Eh, Ad!
Adakah Nan berada di sini?
Belum datang.
Kalau dia datang, suruh dia jumpa saya.
Baik.
Secepatnya, faham?
Ayuh, keluarlah.
Eh, Ad. Adakah awak nak jumpa tok guru sekarang?
Saya rasa, saya benar-benar bernasib malang.
Benarkah?
Ayuh.
- Awak ada bawa gambar dia? - Saya ada membawanya.
Pakai ini.
"Nanthakan sekarang bagaikan sudah meninggal."
No comments yet. Be the first to leave one.