Persuasion

Persuasion

Scarica il sottotitolo Malay

Informazioni sulla release

Persuasion 2022 1080p NF WEB-DL x265 10bit HDR DDP5 1 Atmos-TEPES
Un commento di ShasyaLala
Netflix Retail.

Tag

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
1080
x265
HD
Pubblicato il: 2022-07-15
Download: 27
Sottotitoli per non udenti: No

Anteprima dei sottotitoli in Malay

Le prime 200 righe.

NETFLIX MEMPERSEMBAHKAN

Saya pernah hampir berkahwin.

Saya mencintai Wentworth,

tapi dia kelasi yang tak berpangkat

dan tak berharta,

dan saya dipujuk supaya meninggalkannya.

BERDASARKAN NOVEL KARYA JANE AU S TEN

Kini, saya membujang dan sihat sejahtera.

Saya habiskan masa dengan meminum wain mewah,

berendam di dalam air panas

dan bertelangkup di atas katil.

Bak kata saya tadi, sihat sejahtera.

Apa gunanya asmara

kalau kita ada…

keluarga?

RUMAH KELLYNCH

Ayah saya.

Dia suka semua permukaan yang berkilat.

Dia riak pada waktu pagi dan pada waktu malam.

Juga siang hari.

"Sir Walter Elliot,

lahir pada 1 Mac 1760.

Dia dipandang tinggi,

dan terkenal dengan bentuk rahang yang bersegi."

Dia satu-satunya orang

yang dia hormati dan kasihi.

Kita hanya boleh meninggalkan keluarga dengan dua cara,

perkahwinan dan kematian.

Kedua-duanya tak mungkin berlaku dalam masa terdekat ini.

"Berkahwin dengan Jane pada 15 Julai."

Ibu saya.

Saya merinduinya.

"Jane meninggal dunia pada 1801.

Bersama Sir Walter, mereka dikurniakan tiga orang anak."

Adik-beradik saya.

"Elizabeth, wanita jelita terkenal

dan tokoh fesyen terbaharu di Somerset."

Elizabeth, anak sulung.

"Mary, isteri Charles Musgrove,

waris estet Uppercross yang berjaya."

Mary, anak bongsu…

"Akhir sekali, Anne, lahir pada 9 Ogos 1787."

…dan akhir sekali, saya, anak tengah,

cela pada cerminnya.

Malangnya, tiada pujian yang dapat ditulis tentang kamu.

- Terima kasih kerana mencuba. - Sama-sama.

Kakak tak mahu masukkan nama kamu, tapi nanti orang ingat kamu dah mati pula.

- Pengutip hutang. - Ayah.

Ayah!

Perkara kedua yang ayah saya suka selain dirinya ialah berbelanja.

Wang memang pasti akan habis akhirnya.

- Ayah. - Ayah awak dah pokai, sayang.

Masa berseronok dah tamat.

Sabarlah, Sir Walter.

Ramai orang yang berhutang dalam hidup mereka.

Awak terpaksa berhentikan pekerja awak.

Ini pelan ekonomi yang terperinci. Saya gariskan pengurangannya.

Ini rakan karib ibu yang sentiasa berterus terang.

Lady Russell suka memberikan nasihat tentang semua topik tanpa diminta.

Amat jelas dan membantu,

kecuali tentang satu perkara.

Sesetengah orang tiada rumah atau makanan.

Cubalah berfikir sewajarnya.

En. Shepherd,

kalau saya mahu berfikir sewajarnya dari sudut orang miskin,

saya akan minta awak beri saya diskaun.

Jangan suruh saya lihat dari sudut yang berbeza.

Awak cuba lihat dari sudut pandangan saya dan buat perubahan.

Mungkin kita perlu kurangkan derma.

Kita ada bagi derma?

Jane tentu akan rasa malu.

Dia minta saya lindungi anak-anaknya daripada keborosan ayahnya,

tapi saya telah gagal.

Keangkuhan akan buat keluarga awak muflis.

Ayah,

reputasi sebenar datang

daripada kejujuran, integriti, belas kasihan

dan kebertanggungjawaban atas kebajikan orang lain.

Anne, jumlahnya besar. Cubalah faham masalahnya.

Apa kata awak kurangkan keperluan awak dan pindah ke tempat lebih murah?

Bath indah

dan spa di sana boleh mencantikkan kulit kita.

Rumah Kellynch bagaimana?

Ada seorang pegawai tentera laut kaya

yang sanggup habiskan banyak wang untuk sewa rumah awak.

Saya tak mahu tentera laut di dalam rumah saya.

- Mereka semua hodoh. - Laksamana Croft agak kacak.

Laksamana?

Tentera Laut British tak berhak beri pangkat kepada orang kebanyakan.

Pangkat ialah kurniaan Tuhan.

Hilanglah nilai pangkat jika ia perlu diperoleh.

Samalah seperti nilai benda-benda lain.

Laksamana Croft sangat budiman.

Isterinya ada sebut tentang adiknya yang tinggal dalam kalangan kita dulu.

Dia juga pegawai tentera laut.

Siapa namanya? Wellington?

Weathers? Winslow?

Bukan Wentworth?

- Wentworth? Ya. - Anne.

Sebenarnya, saya pun dah hampir lupa tentang dia.

- Bath elok tak untuk kulit saya? - Ya.

Ya.

Sayang, tujuh tahun dah berlalu.

Lapan.

Tak mungkin kamu masih lagi…

Saya masih lagi.

Frederick Wentworth satu-satunya orang,

selain mak cik dan ibu,

yang benar-benar kenal…

faham…

dan mencintai saya.

- Dengan dia sajalah yang saya mahu… - Bertukar kad nama?

Yalah.

Mak cik tipu dengan mengatakan yang masa penawar derita.

- Kamu marah mak cik. - Saya marah diri sendiri.

Kerana termakan pujukan,

dan tak nampak kebenaran yang kini jelas bagi saya.

Yakni, saya pasti jauh lebih gembira jika saya bersamanya

berbanding selepas meninggalkannya.

Hakikatnya, perkahwinan hanya urusan timbal balik bagi wanita.

Ia perlu demi keperluan asas kita.

Mak cik tak boleh biar kamu mengahwini lelaki yang tiada pangkat atau harta,

dan cuma harapkan jati dirinya.

Sebab itulah saya menyukainya.

Lagipun, dia berhak berasa yakin dengan dirinya.

Dia dah kaya sekarang,

dan berpangkat kapten.

Tapi kenapa dia tak hubungi kamu?

Kerana…

Saya yang kecewakan dia,

dan dia tahu puncanya.

Mak cik cuma mahu melindungi kamu, tapi mak cik dah buat silap.

Mak cik sedar sekarang.

Maafkan mak cik.

Kamu akan jumpa jodoh kamu.

Seseorang yang sanggup berjuang demi kamu.

Mak cik kagumi keutuhan pendirian kamu,

tapi akhirnya, kamu perlu teruskan hidup.

Malangnya, Wentworth hanya kisah silam,

jadi ini nasihat mak cik untuk kamu, lupakanlah dia.

Benar, surat pun dia tak hantar.

Tapi saya memang dah agak.

Egonya takkan membenarkan dia merayu.

Dia tak memperjuangkan cintanya

kerana dia tak dapat menghargai cinta yang bukan percuma.

Dia tentu sudah melupakan saya.

Sebaliknya, saya pula

yang menanggungnya selama ini.

Ini nota pertamanya kepada saya di gereja.

Senarai lagunya untuk saya.

LAGU CINTA

Sepintal rambutnya,

dan sepintal surai kudanya, Sampson, yang saya pun tak kenal.

Serta genta ini,

yang mengalunkan bunyi sayu

yang mencerminkan kehibaan saya.

Selama lapan tahun.

Dia dah banyak mengembara.

Tentera laut amat mengaguminya.

"Frederick Wentworth buat untung dengan kapal Laconia."

"Frederick Wentworth selamatkan ikan paus yang terdampar

sementara orang ramai menangis."

Namun, masih belum ada pengumuman perkahwinan.

Tiada apa-apa yang menunjukkan

yang dia menjalinkan hubungan dengan sesiapa.

Dalam erti kata lain…

harapan memarakkan semangat.

Memandangkan kita akan berpindah, saya perlu cipta persona baru.

Saya rasa Elizabeth versi Bath tak seanggun Elizabeth versi London,

tapi tak sebebas Elizabeth versi kampung.

Apa pendapat awak, Penelope?

Awak akan ikut keluarga Elliot?

Saya tak mahu menyusahkan mereka.

Merepeklah. Memang itu pun kerja awak.

Mujurlah saya pun tak mahu pergi ke mana-mana tanpa awak.

Pn. Penelope Clay,

balu, tapi dia tak pernah bercerita tentangnya.

Suaminya membosankan,

jadi dia mungkin tak sedar suaminya dah mati.

Lady Russell risau yang Pn. Clay mahu memikat ayah saya,

tapi dia bukan cita rasa ayah saya.

Lagipun, ayah saya tak mungkin menurunkan darjatnya.

Ikutlah kami, kalau ayah awak benarkan.

En. Shepherd, boleh awak izinkan Penelope mengikuti kami?

Bagus, baik, menawannya awak, Sir Walter.

Awak terlalu pemurah.

Kehadiran awak amat diperlukan

sebagai ganti kepada wajah-wajah kebanyakan di Bath.

Sir Walter, bukan semua orang dilahirkan kacak.

Kekacakan awak akan menonjol dalam kalangan mereka.

Kalau kita biasa saja di London, di Bath, kita dianggap rupawan.

Cuba bayangkan,

awak dan Elizabeth tentu secantik dewa-dewi di sana.

Kamu tentu bukan sekadar biasa, Anne.

Apa-apa pun, Anne akan datang lewat sikit.

Apa?

Mary hantar surat.

Dia sakit lagi dan perlukan bantuan kamu di Uppercross.

Kakak tahu kamu tak sukakan dia.

Tapi orang lain lagi menyampah dengannya, sebab itulah kamu pilihan terbaik.

More Malay subtitles for Persuasion

Commenti

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left