Le prime 200 righe.
Semua ini boleh halang peluru?
Tak.
Mereka takkan tembak awak di tempat awam.
Lega saya dengar.
Yang ini untuk pisau.
Eloklah.
Meja yang ini.
Pastikan awak sampai dulu. Kemudian duduk bersandar di dinding.
Dia ialah pelayan awak.
Kami kenal dia.
Kalau orang lain hidangkan apa-apa, jangan sentuh.
Apabila kita duduk dengan mereka...
awak akan pesan kopi pekat.
Apa pangkat dia?
Nombor 2 dalam Yakuza.
Seboleh-bolehnya kurangkan bercakap.
Biar mereka yang bercakap.
Saya Jake Adelstein.
Jake Adelstein, betul?
Ya, kami sampai awal...
jadi boleh kami duduk dulu sebelum hos kami sampai?
Hos encik dah sampai...
dan pertemuan encik ditukarkan...
ke ruang istirahat peribadi mereka di tingkat atas.
Kami tahu...
apa yang awak siasat.
Kami mahu awak hentikan.
Saya akan fikirkan.
En. Tozawa...
umpama ayah kepada kami semua dalam organisasi itu.
Berita yang awak nak tulis...
tak elok untuk dia.
Awak faham, bukan?
Kalau awak jauhkan diri...
kita anggap tiada apa-apa berlaku.
Tapi kalau awak terbitkan?
Tiada tempat untuk awak bersembunyi.
Tapi sebelum kami uruskan awak...
kami akan "melawat" seluruh keluarga awak.
Boleh saya hisap rokok sambil pertimbangkan tawaran awak?
1999 Dua Tahun Sebelum
Data menunjukkan kemerosotan merudum kepada 2.4 peratus...
Gelembung Ekonomi
Ekonomi Jepun
Okey, semua orang dah berlatih kerja rumah yang saya beri?
- Ya. - Ya.
Pn. Morimoto, awak nak cuba dulu?
- Helo. - Helo.
- Ini En. Adelstein? - Saya.
Ini Pn. Morimoto. Saya ingin...
Ingin tahu.
Ingin tahu sama ada awak akan datang makan malam ini.
- Sudah tentu. - Okey.
Terima kasih. Itu saja untuk hari ini.
Kita jumpa minggu depan.
Terima kasih.
Sedia.
Selamat petang.
Selamat datang!
Saya nak hati ayam, lik dan...
paha ayam?
Ya.
Siap!
Sistem Cuaca
Hei, Jake!
- Hei! - Apa cerita? Awak kata nak balik?
Memang nak balik pun. Baru siap kemas barang.
Hei, kalau hidup awak di sini tak menjadi...
datanglah ke Austin.
- Baik. - Okey.
Hai, En. Takada.
Hai, Jake.
Macam mana hari ini? Ramai pelanggan?
Tak ramai.
Maafkan saya, encik...
peperiksaan ini dalam bahasa Jepun.
Saya tahu.
Meicho Shimbun
Peperiksaan Kelayakan Akhbar Meicho Shimbun
Boleh mulakan!
Budaya korporat Jepun
Berhenti menjawab.
Ya. Ini Takada.
Apa? Ya.
Sekejap.
Helo?
Ya.
Ya?
Ya.
Ya.
Jadi...
awak berpindah dari...
Universiti...
Missouri...
ke Universiti Sophia.
Ya.
Untuk belajar Kesusasteraan Jepun selama tiga tahun.
Ya.
Awak mahu jadi wartawan jenayah di Jepun.
Kenapa?
Ayah saya seorang koroner...
dan dia pernah bawa saya ke lokasi jenayah...
tunjuk mayat dan fail kes kepada saya.
Saya dapati cuba memahami apa sebenarnya yang berlaku...
berdasarkan bukti forensik adalah sangat menarik.
Bahasa Jepun bertulis awak sangat bagus.
Terima kasih.
Jadi kenapa ini kosong?
Saya tak baca betul-betul.
Walaupun awak tak jawab bahagian ini, markah awak tinggi.
Meicho Shimbun Tokyo mempunyai 12 juta pembaca setiap hari...
kami akhbar terbaik di Jepun...
akhbar terbaik di dunia.
Tiada warga asing pernah bekerja di sini.
Saya faham.
Adakah awak mengutamakan kesetiaan korporat?
Sudah tentu.
Awak orang Yahudi.
Ya.
Awak makan susyi?
Setiap hari.
Ramai orang di sini percaya orang Yahudi mengawal ekonomi dunia.
Apa pendapat awak tentang pandangan ini?
Kalau perkara itu benar, tuan fikir saya akan puas hati...
dengan gaji yang tuan akan bayar?
Selamat petang.
Jake, macam ada berita baik saja.
Hari terbaik dalam hidup saya.
Saya Emi Maruyama, ketua subordinat.
Saya akan beri arahan kepada kamu.
Mulai hari ini, kamu akan bermula...
di Kelab Wartawan Polis.
Ini contoh artikel yang kita tulis. Saya dah kumpulkan.
Ingat betul-betul format yang digunakan.
Dalam manual Meicho juga ada ditulis.
Ikut format penulisan ini.
Kemudian, bila...
di mana, siapa, apa.
Diikuti dengan perincian kes sepanjang tiga perenggan.
"Kenapa" pula?
Hanya kalau masih ada ruang...
tulis di bahagian akhir sekali.
Selalukah ada "ruang" itu?
Awak perlu anggap ia takkan ada.
Ambil satu salinan dan pergi ke bilik mesyuarat.
Terima kasih, Cik Emi.
Saya bukan kawan awak...
jadi masih terlalu awal dalam hubungan ini...
untuk awak panggil saya Emi.
Sebagai pegawai atasan dan senior awak...
awak perlu tunjukkan hormat dan panggil saya Cik Maruyama.
Faham?
Ya, sudah tentu.
Awak ingat disebabkan awak warga asing...
peraturannya berbeza?
Tidak dalam syarikat ini atau dengan saya.
Kenapa wartawan akhbar bermula dengan rondaan polis?
Sebab semua orang bermula dengan rondaan polis.
Kes ragut, kemalangan jalan raya...
orang mati tercekik mochi .
Ini semua berita menarik yang kamu akan laporkan.
Seronok bunyinya, bukan?
Dengar betul-betul sebab saya akan cakap sekali saja.
Ketua subordinat akan beri kamu tugasan.
Selepas kamu dapat tugasan...
Siapa awak?
Siapa yang benarkan orang putih ini masuk?
Saya wartawan baru, encik.
Apa?
Saya wartawan baru, encik.
Sebelum pejabat kita busuk, halau dia cepat.
Ini bukan tempat pelancongan.
Baku.
Mulai esok, kehidupan kamu semua jadi milik syarikat akhbar ini.
Jadi malam ini...
kami akan beri kamu sebuah malam yang takkan dilupakan.
- Minum! - Minum!
Hei.
Hei, Jake!
Semua orang panggil awak Mossad!
Apa?
Mossad.
Mereka semua fikir awak perisik Israel.
Mossad.
Saya dari Mos-souri.
Okey, James Bond.
Mereka betul-betul gila.
Peminat tegar sangat.
Sepanjang malam, tugas dia tuang minuman sajakah?
Kasihannya.
Berapa banyak awak ulang kaji untuk peperiksaan itu?
Untuk peperiksaan kemasukan, berapa banyak awak ulang kaji?
- Siapa yang ulang kaji? - Awak kena ulang kaji?
Dah kenal pasti mangsa?
Ya. Nama mangsa En. Aoki.
Banyak kesan luka tikaman.
Ada kesan kelar di tangannya.
Dia cuba pertahankan diri.
Hei!
Siapa benarkan dia masuk?
No comments yet. Be the first to leave one.