Informazioni sulla release

Bodyguards And Assassins 2009 720p BluRay DTS x264-EbP
Un commento di ShasyaLala
Netflix Retail.

Tag

BluRay
x264
720p
720
TS
Pubblicato il: 2021-12-04
Download: 35
Sottotitoli per non udenti: No

Anteprima dei sottotitoli in Malay

Le prime 200 righe.

SYARIKAT PENCETAKAN YIN WAH

Demokrasi berasal daripada akar kata Greek "demos,"

bermaksud "rakyat"

dan "kratos," bermaksud "memerintah."

Dalam erti kata lain,

memerintah menurut kehendak golongan orang ramai.

Lincoln pernah berkata,

"Kerajaan rakyat,

oleh rakyat,

untuk rakyat."

Saya benar-benar percaya ia ideal bagi negara China masa depan.

Sebuah republik rakyat.

Prof. Yang, dapatkah kita menyaksikannya?

Saya tahu hari itu akan tiba…

walaupun saya mungkin tak sempat melihatnya.

Awak sempat.

Profesor!

Pemimpin Persatuan Kebangkitan China

ditembak pada 1 Oktober 1901.

Ia pembunuhan politik pertama dalam sejarah Hong Kong.

Hong Kong pernah menjadi koloni British,

tempat perlindungan untuk buangan politik dan pemimpin revolusi.

Selepas pembunuhan Yang, Hong Kong dibayangi kegelapan.

Pada 1 Oktober 1906,

Sun Yat-sen atau Sun Wen, meninggalkan Tokyo untuk ke Hong Kong…

KOTA LARANGAN, BEIJING

Tuanku,

pengkhianat Sun Wen telah bertolak ke Hong Kong dari Jepun semalam.

Dia tak boleh tinggalkan Hong Kong hidup-hidup.

Panggil Jeneral Yan.

TANAH JAJAHAN EMPAYAR BRITISH

SEMPADAN CHINA / HONG KONG

PERMIT KEMASUKAN

Tujuan lawatan?

Melawat kubur nenek moyang.

Anggota polis itu orangnya.

Ekori lelaki ini.

CHEN XIAO-BAI BEKAS PENGERUSI

LIGA BERSATU CHINA HONG KONG

Tuan Muda diterima masuk kolej barat!

Tuan derma beras untuk meraikannya!

Beratur sekali sahaja!

Ambil sebanyak yang mampu dengan satu tangan!

Mari!

ESTET JIN LI YUAN

Mari ke depan!

Tuan, semua tetamu dah sampai.

Tuan Muda pun dah bersedia.

Kamu akan ke kolej barat, kamu harus pakai sut barat.

Ya, ayah.

Tahniah, Yue-Tang!

Silakan masuk.

Encik Chen, awak lambat. Sila ikut saya.

Apa hal…

Anak dididik untuk ambil alih ayahnya.

Chung-Guang akan jadi taipan Cina pertama di Hong Kong!

Universiti Yale di Amerika.

Awak ambil banyak sangat!

Awak kata "satu tangan".

Terima kasih, abang!

Satu, dua, tiga!

Boleh tahan, tapi gaya rambut nampak pelik sikit dengan sut.

Di mana hadiah saya?

DICULIK DI LONDON OLEH SUN YAT-SEN

Encik Shi, saya kenalkan hartawan Burma, Encik Deng Youlin.

Ketua Polis Hong Kong, Encik Shi Mi-fu.

Encik Shi adalah kebanggaan masyarakat Cina!

Apa halnya?

Sun Wen nak datang!

Berapa banyak duit awak perlukan kali ini?

Awak tahu kenapa dia datang?

Yue-Tang.

Dr. Sun akan berjumpa dengan delegasi Liga Bersatu dari 13 wilayah.

Dia akan menyatukan semua puak

dan melancarkan pemberontakan dalam beberapa tahun.

Ia akan berlaku di seluruh negara,

di Guangdong, Guangxi, Fujian dan Yunnan.

Lui Zhi-yi dari Yunnan, Xu Xue-qiu dari Guangdong,

Xu Jing-xin dari Shandong dan…

Liu Jing-an dari Hubei.

Delegasi dari semua tempat akan datang ke sini untuk merancang dengan Dr. Sun.

Huang Xing dan Sung Jiao-ren pun datang.

Kita makin hampir dengan perubahan besar.

China akan terkejut. Dunia baru akan datang.

Yue-Tang, bayangkanlah. Revolusi bermula di sini.

Awak menjadi sebahagian daripadanya.

Berapa banyak?

Tiga ribu dolar Hong Kong.

Awak minta lebih banyak setiap kali. Saya akan usahakan.

Beri mereka 25 sen seorang dan kek.

Baik, puan!

- Mak… - Diam, kalau tak, kena jual.

Aduh!

Mak!

Masa dan tarikh dah ditetapkan.

Sembilan pagi pada 15 hari bulan, Dr. Sun akan tiba di Jeti Star Ferry.

Saya perlu tahu siapa ketua pembunuh Qing

dan bilangan mereka.

Rakan kita di Guangzhou akan usahakan.

Istana Qing akan buat apa saja untuk menghapuskan Dr. Sun.

Kumpulan awak sajalah pertahanan kami di Hong Kong.

Dah lama kami menantikan hari ini.

Sejak Cixi menahan maharaja di istana

di akhir Pembaharuan Seratus Hari,

saya bawa 300 orang lari daripada hukuman di Tientsin

oleh pihak konservatif.

Hanya 30 orang yang selamat.

Selagi Cixi berkuasa, kami akan berjuang demi maruah kami.

Jeneral Fang, kami serahkan kepada awak.

Saudaraku, hari perhitungan kita dah tiba!

Empat hari dari sekarang, kita akan berjuang mati-matian!

- Masa kita dah tiba! - Ya, tuan!

Ayah!

Pergi tidur.

Ayah ingat kenapa kita datang ke Hong Kong?

Kenapa mak mati? Kenapa saya tak boleh bersekolah?

Kita dah tinggal di 15 bandar dalam enam tahun.

Kita baru saja tenteram. Kenapa perlu lari lagi?

Suatu hari nanti, kita akan pulang ke Tientsin

dan takkan lari lagi.

Dah banyak kali saya ditipu begitu!

KOTA BERTEMBOK KOWLOON

Saya menangis ketika menerima arahan Maharaja.

Akhirnya doa saya dimakbulkan selepas lama hidup dalam aib dan malu.

Bersyukur kepada Tuhan kerana memberi saya

peluang untuk berjuang untuk negara.

Saya seorang askar, kita semua askar!

Askar patut mati di medan perang!

Saudaraku, minum!

Pengkhianat harus mati. Hidup maharaja!

EMPAT HARI SEBELUM KETIBAAN SUN

Bangun.

Dia ke mana?

Dia ke rumah Li Yue-Tang, kemudian ke Teater Gao Sheng.

Terima kasih.

Terima kasih.

Khabarnya awak suka berjudi? Judi itu satu keghairahan.

Keghairahan bermakna sanggup buat apa saja demi kehendak.

Saya suka orang ghairah.

Jika dibayar, saya sanggup buat apa saja.

Dah subuh. Masa untuk tutup.

Satu pusingan lagi. Bahagikan sajalah.

Saya boleh buat.

Ya, saya dah agak!

Awak akan kalah kali ini. Okey.

Tunjuk!

Saya menang!

Kami tutup sekarang!

Satu pusingan terakhir!

Selamat pagi, tuan.

Selamat pagi, ayah.

Di mana dia?

- Bersarapan di bilik membaca. - Dia tak boleh makan bersama?

Kamu sedang belajar?

Ya, ayah.

Esok hari jadi mendiang ibu kamu.

Ya, ayah.

Muka kamu.

Ah-si. Awak boleh membaca?

Tuan Muda ajar saya 53 patah perkataan, tapi sekarang dia sibuk belajar.

- Awak nak belajar membaca? - Ya.

Saya akan suruh Tang Jiu carikan guru.

Terima kasih, tuan!

FOTOGRAFI DA-YOU

Tuan Liu!

Sediakan paip candu untuk Tuan Liu!

Tuan pernah nampak wanita itu?

Orang kata dia habiskan harta keluarganya

untuk wanita itu.

Penyibuk.

Rakyat Hong Kong sekalian!

Tak jauh di utara,

rakan senegara kita menderita di bawah Empayar Qing yang korup.

Rakan senegaraku!

Liga Bersatu China ditubuhkan di Tokyo

untuk jatuhkan rejim Qing yang korup

dan membawa demokrasi ke China!

Sokong demokrasi! Sokong Dr. Sun!

Derma kepada Liga Bersatu China…

- Chung-Guang? - Tuan!

Sokong demokrasi!

Sokong Dr. Sun!

Biar China berarak menuju republik!

Sokong Dr. Sun! Sokong…

- Mari balik ikut ayah! - Saya takkan tinggalkan negara saya!

- Balik! - Saya takkan tinggalkan negara saya!

Balik!

Saya takkan jadi pengecut!

Kami takkan jadi pengecut! Kami takkan tinggalkan negara kami!

- Awak pun nak melawan saya? - Tuan Muda dah besar.

Ke tepi!

Chen Xiao-bai!

Awak tahu anak saya terlibat dengan rusuhan jalanan?

Awak ada kaitan dengannya?

Kenapa awak beri dia buku-buku ini?

Dia anak lelaki tunggal saya!

Saya berumur 40 tahun, baru dapat anak lelaki!

Saya beri dia dua buku ini.

Ini pula hadiah untuk awak.

Saya dah tetapkan syarat dari awal lagi.

Commenti

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left