Prehistoric Planet

Prehistoric Planet

Scarica il sottotitolo Malay

Stagione 1

Informazioni sulla release

Prehistoric Planet S01E01 WEBRip x264-ION10
Un commento di ShasyaLala
Apple TV Retail. Dokumentari julung-julung kalinya mengenai Kehidupan Habitat Dinosaur pada beratus tahun dahulu. Peminat tegar Dinosaur digalakkan menonton!

Tag

webrip
web
x264
BRip
Pubblicato il: 2022-05-23
Download: 47
Sottotitoli per non udenti: No

Anteprima dei sottotitoli in Malay

Le prime 133 righe.

DIHOSKAN OLEH DAVID ATTENBOROUGH

Antara haiwan paling mengagumkan yang pernah wujud,

dan yang paling terkenal, tentulah dinosaur.

Tyrannosaurus rex.

Haiwan yang dapat mencetuskan imaginasi kita.

Ia haiwan jenis apa?

Bagaimana rupanya? Bagaimana ia hidup?

Kini, kajian saintifik menjawab semua persoalan itu.

Bukan tentang T. rex saja,

malah spesies lain yang turut hidup bersamanya.

Teknologi pengimejan terkini membolehkan kami mencipta semula haiwan ini.

Bumi, 66 juta tahun lalu.

Langit dipenuhi dinosaur berterbangan.

Dalam laut, reptilia gergasi mengawasi dasar.

Di darat pula, setiap jenis dinosaur

bergelut untuk meneruskan hidup.

Kini, kita tahu banyak perkara tentang dunia yang dikuasai dinosaur.

Inilah kisah tentangnya.

Pantai

Kawasan pesisir selatan laut pedalaman luas

yang membahagikan Amerika Utara.

Serta kesan tapak kaki pemangsa terkemuka di darat.

Seekor Tyrannosaurus rex sedang berenang.

Tulang berongga dan berudara serta kaki belakang yang kuat

membolehkan T. rex berenang.

Ini T. rex jantan dewasa bersama anak-anaknya.

Anak-anaknya sudah cukup dewasa untuk mengikutinya dalam perjalanan

menuju ke salah satu pulau luar pesisir berdekatan pantai ini.

Perjalanannya pendek, tapi masih berbahaya.

Seekor mosasaur.

Biawak laut gergasi, dua kali ganda lebih besar daripada tyrannosaur

dengan berat melebihi 15 tan.

Ia pemangsa terbesar di bumi.

Biasanya, mosasaur memakan penyu.

Tapi, kumpulan ini pun boleh diterima.

Walaupun berada di dalam air, seekor T. rex dewasa

masih mampu mempertahankan dirinya.

Tapi, anak-anak tak boleh berpecah.

Tyrannosaurus rex sering kehilangan sekurang-kurangnya dua pertiga

daripada 15 atau lebih anak-anak dalam tahun pertama.

Kini, cuma tinggal empat ekor.

Pulau ini memberikan perlindungan dan makanan.

Penyu gergasi seberat dua tan datang untuk bertelur di sini.

Tapi, penyu ini yang menarik perhatiannya ke sini.

Penyu itu sudah mati, dan tyrannosaur terhidu bau bangkainya.

Jika tyrannosaur dapat terbalikkan penyu itu,

ia akan dapat menikmati lebih 907.18 kilogram daging.

T. rex mempunyai rahang yang paling kuat.

Kekuatan daya gigitannya melebihi lima tan.

Si anak mahu makan juga, tapi si bapa tak mahu berkongsi.

Si anak perlu belajar memburu sendiri.

Namun nampaknya, tiada banyak makanan di pantai ini.

Tapi apabila malam semakin menjelma, keadaan mula berubah.

Anak-anak penyu mula menetas keluar daripada pasir dan bergegas ke laut.

Anak T. rex telah dibawa ke kawasan buruan yang menguntungkan.

Anak penyu yang baru menetas amat sesuai buat anak T. rex.

Perasaan ingin tahu mampu membuahkan hasil.

Masih banyak yang perlu dipelajari.

Makanan di sini cukup buat si bapa dan anak-anaknya.

Jika gagal dapatkan makanan,

ia boleh curi saja makanan adik-beradiknya.

Di seluruh dunia,

perairan cetek ini adalah seluas 40.2 juta kilometer persegi.

Lebih luas daripada benua terbesar.

Keluasan dan laut yang ada banyak sumber

menjadikan lautan habitat yang amat penting.

Setiap kali pasang surut,

sumber makanan dari dasar muncul dan dinikmati pelbagai jenis hidupan.

Sumber makanan amat banyak di Atlantik Utara,

memandangkan sekumpulan besar ikan berenang menghampiri pesisir.

Satu jenis haiwan boleh hidup di kawasan begini dan membentuk banyak koloni.

Reptilia terbang. Pterosaur.

Terdapat tujuh spesies berbeza di pantai di Afrika Utara.

Ia datang ke sini untuk makan, berehat dan membesarkan anak-anak.

Tethydraco sudah biasa menghabiskan masa di darat

dan ia membina sarang di sini serta melindungi anak-anaknya.

Anak-anaknya amat memerlukan perlindungan.

Paruh Phosphatodraco seperti belati tajam.

Pemangsa setinggi 274.32 sentimeter yang sering memerhatikan koloni ini,

dan menanti peluang untuk menangkap seekor anak yang tidak dilindungi.

Tapi, sesetengah pterosaur tak biasa hidup di darat.

Ia memiliki strategi bertelur yang berbeza.

Ia membina sarang di kawasan yang kurang menarik perhatian pemangsa.

Cenuram terpencil sebegini amat sesuai.

Telur pterosaur amat keras dan mudah kering,

jadi ia perlu ditutup.

Ada sesuatu di sebalik timbunan rumpai laut ini.

Seekor anak Alcione yang kecil

seberat kurang 57 gram.

Si ibu tinggalkan telurnya di sini kira-kira dua bulan lalu.

Ia memanggil sesama sendiri supaya semuanya menetas.

Lebih banyak, lebih selamat.

Gerak hati pertamanya ialah mendaki.

Anak-anak daripada beratus-ratus sarang berkumpul di puncak cenuram

dan bersedia untuk terbang buat kali pertama.

Tapi sayapnya belum terbentuk.

Tulang jari panjang yang menyokong membran sayapnya

perlu diluruskan dan tercantum dahulu, dan ia mengambil masa beberapa jam.

Tapi, ia tak boleh berlengah lagi.

Tulangnya amat ringan, mengandungi sehingga 90 peratus udara

dan memudahkannya untuk terbang.

Namun, ia perlu berlatih dulu.

Ia cuma ada satu peluang saja

untuk cuba terbang.

Tebing cenuram menghasilkan arus menaik yang membantu ia terbang.

Jadi, mujurlah ia berkumpul di sini menghadap angin lazim

dan terbang ke daratan.

Tapi, tiada sesiapa yang sudah bersedia untuk terbang.

Akhirnya, seekor anak Alcione melakukan langkah pertama untuk diikuti yang lain.

Ia bukan menuju ke arah pantai dan koloni.

Ia perlu pergi ke hutan awan yang terletak jauh dari situ.

Barbaridactylus.

Pterosaur pemangsa dan kuat yang biasa memakan ikan.

Tapi, anak-anak Alcione ini tak boleh dilepaskan saja.

Satu cara untuk menyelamatkan diri ialah rapatkan sayap dan menjunam.

Tapi, terbang rendah akan menyukarkan perjalanannya ke hutan.

Pendaratan cemas ke dalam koloni.

Anak Alcione tak patut berada di sini tanpa perlindungan.

Seekor anak Alcione daripada kumpulan pertama yang terselamat…

masih meneruskan perjalanan ke destinasinya.

Kawasan selamat.

Antara anak Alcione yang banyak tadi, cuma sedikit yang berjaya sampai.

Tapi baginya,

hutan ini memberikan perlindungan dan makanan yang diperlukan anak pterosaur.

Ia akan menetap di sini selama lima tahun.

Selepas tempoh itu, ia sudah cukup besar untuk menyertai pterosaur dewasa

menangkap ikan di laut terbuka.

Sesetengah haiwan marin yang menangkap ikan di laut

perlu datang ke pantai sekali-sekala atas satu sebab tertentu.

Di perairan di benua tenggelam Zealandia,

satu perjalanan panjang bakal berakhir.

Ini tuarangisaur,

sejenis reptilia marin besar sepanjang hampir sembilan meter.

More Malay subtitles for Prehistoric Planet

Commenti

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left