Le prime 200 righe.
SEBUAH SIRI NETFLIX
Kita mulakan…
di dunia jaga,
yang manusia bertegas untuk menggelarnya dunia nyata…
seolah-olah impian anda tiada kesan atas pilihan yang anda buat.
Anda manusia menguruskan kerja anda,
kekasih anda, perang anda,
seolah-olah hanya kehidupan jaga anda saja yang penting.
Tapi ada kehidupan lain yang menanti anda apabila anda menutup mata…
dan memasuki dunia saya.
Kerana sayalah Raja Mimpi…
dan Mimpi Ngeri.
Apabila dunia jaga buat anda kehilangan dan jemu,
tidur membawa anda ke sini
untuk menemui kebebasan dan pengembaraan.
Untuk menghadapi ketakutan dan fantasi anda
dalam Mimpi dan Mimpi Ngeri yang saya cipta…
dan yang saya mesti kawal,
supaya ia tak menguasai dan membinasakan anda.
Itulah tujuan dan fungsi saya.
Atau pernah,
hingga saya tinggalkan kerajaan untuk kejar Mimpi Ngeri yang melampau.
Tuan akan pulang, bukan?
Kenapa saya takkan pulang, Lucienne?
Entahlah, firasat.
Sekuat mana pun tuan di alam tuan di sini,
Mimpi jarang bertahan di dunia jaga.
Sebaliknya, Mimpi Ngeri nampak berkembang di sana.
Bangun, tuan, kita dah sampai di Fawney Rig.
Dah sampai?
Tentu saya tertidur.
Terima kasih.
TIDUR MATI
Selamat tengah hari, anak muda. Nama saya Dr. John Hathaway.
Dari Muzium Diraja?
Datang untuk berjumpa Magus?
Saya datang untuk jumpa En. Roderick Burgess.
Ayah suka dipanggil Magus. Maknanya ahli sihir.
Dalam kegelapan ini.
Dalam kegelapan ini.
Magus akan sambut tetamu di bilik belajar, Alex.
Baik, En. Sykes.
Awak nak sertai Order ayah saya?
Order Misteri Kuno.
Dr. Hathaway, sungguh tak sangka.
Alex, teh untuk tetamu kita.
Sila duduk. Perjalanan awak tentu memenatkan.
Terima kasih.
Saya anggap awak dah pertimbangkan.
Selepas mesyuarat di muzium…
Saya tahu apa saya katakan.
Saya terima telegram pagi ini.
Anak saya, Edmund,
kapal pemusnahnya tenggelam di Jutland minggu lepas.
Takziah, doktor.
Kita terikat…
dalam kesedihan kita, awak dan saya.
Seperti diketahui, saya kehilangan anak, Randall, di Gallipoli.
Maaf, saya…
Saya difahamkan Randall satu-satunya anak awak.
Randall ialah kegembiraan saya.
Semua ini untuk dia.
Ada bawa Buku Mantera Magdalene?
Jika saya beri buku ini…
bolehkah awak betul-betul…
Tangkap Malaikat Maut?
Oh, ya.
Dengan mantera yang direkod ini,
kita boleh desak Kematian untuk pulangkan anak kita.
Edmund awak dan Randall saya akan hidup semula.
Jangan bimbang, Dr. Hathaway. Mari.
Malam ini, kita akan capai sesuatu yang tiada sesiapa di sini pernah cuba.
Kita akan seru dan penjarakan Kematian.
Dalam kegelapan ini.
Dalam kegelapan ini.
BERLIN, JERMAN
Corinthian.
Ciptaan saya kekal di Dunia Mimpi.
Tak bercampur dengan yang hidup, bunuh manusia untuk keseronokan.
Bukankah ini sebab saya dicipta?
Kenapa kita perlu terkurung dalam minda tidur mereka?
Di dunia jaga ini, kita tak boleh dihalang.
Tiada penghalang untuk kita ambil
sesiapa saja dan apa saja yang kita mahu.
Ada.
Tuan…
Tolong, jangan.
Jangan, saya merayu.
Tolong…
Dalam kegelapan ini.
Aku beri kau syiling yang diperbuat daripada batu.
Dalam kegelapan ini.
Aku beri kau pisau dari bawah bukit,
dan aku beri kau darah dari venaku.
Dalam kegelapan ini.
Aku beri kau lagu yang dicuri dari debu,
dan aku beri kau bulu pelepah
yang dicabut daripada sayap malaikat,
untuk kau diangkat ke langit.
Dalam kegelapan ini.
Dalam kegelapan ini.
Dalam kegelapan ini.
Aku menyeru kau dengan racun.
Dalam kegelapan ini.
Aku menyeru kau dengan kesakitan.
Dalam kegelapan ini.
Aku membuka jalan, aku membuka gerbang.
Dalam kegelapan ini.
Aku menyeru kau dengan nama tuan yang lalu.
Namtar, Allatu, Morax… Maborym memanggilmu.
Horvendile memanggilmu.
Kami bersama-sama menyerumu. Datanglah!
Alex.
Alex!
Ambilkan kantung itu.
Tapi, berhati-hati.
Jangan putuskan bulatan pengikat.
Pasir.
Sekarang permata itu. Di sana.
Bagus.
Mari lihat khazanah lain yang awak ada untuk kami.
Burung!
- Ayah! - Jangan! Berhenti.
Ke tepi.
Biarkan tetamu kita pulih
sebelum kita nyatakan tuntutan kita.
Pengawal, awasi dia.
Saya tidak berdaya,
terperangkap oleh mantera yang dilafazkan oleh amatur
tanpa mengendahkan kerosakan yang dia telah lakukan kepada dunia saya
dan dunianya.
Keesokan paginya, ada beberapa penidur…
Unity.
…yang tidak boleh bangun.
Unity.
Bangun, tikus. Jangan lambat ke sekolah.
Sayang? Bangun. Unity?
- Kenapa? - Hubungi doktor.
Helo, operator.
Itu dinamakan penyakit tidur,
menjejaskan hampir sejuta lelaki, wanita dan kanak-kanak
di setiap bandar, pekan dan kampung di dunia.
Sykes! Alex!
Selamat pagi, Magus.
Saya kenal awak?
Tidak, tapi saya tahu semua tentang awak, Roderick,
dan makhluk yang awak perangkap di bilik bawah tanah.
Ugutan, bukan? Peras ugut?
Bukan begitu. Saya datang untuk tolong awak.
Awak akan perlu banyak pertolongan.
Ada manfaat apabila mengurung salah seorang Tanakhir.
Tanakhir?
Awak fikir cuma Kematian yang bertanggungjawab?
Si Maut ada keluarga.
Hasrat, Takdir, Pasrah.
Mana satu yang saya tangkap?
Mimpi.
Apa guna dewa pengatur mimpi?
Bukan dewa.
Lebih daripada dewa.
Adakah manusia tak diatur oleh mimpi mereka?
Awak ambil jubah dia?
Delima, kantung dan ketopongnya?
Barang itu boleh meminjamkan aspek kuasanya.
Panjangkan hayat awak, supaya boleh manipulasi orang lain.
Pastikan dia tak terlepas.
Bulatan pengikat utuh.
Bulatan itu tak cukup.
Mesti bina sfera kaca di dalam bulatan itu
untuk mengurung manifestasi fizikal Mimpi.
Tiada sesiapa dibenarkan tertidur di depannya,
atau dia akan melarikan diri ke dalam mimpi anda.
Jangan buat begitu.
Ada tablet Forced March.
Perangsang digunakan untuk buat askar parit kekal jaga.
Pastikan pengawal awak gunakannya setiap masa.
Kenapa awak tolong saya? Siapa dia dengan awak?
Awak boleh kata dia jadikan saya seperti sekarang.
Jika dia bebas, dia boleh ambil semuanya balik.
Kita sedang diperhatikan.
Apa? Tiada sesiapa di sini.
Awak perlu uruskan yang itu.
Namanya Jessamy.
Dia milik Mimpi.
Semoga berjaya… untuk kita berdua.
Kita akan jumpa lagi?
Jangan mengharap.
Awak boleh pergi.
Awak jaga?
Awak dengar?
Saya kenal awak…
Mimpi Tanakhir.
Saya tangkap awak mengikut hukum sihir.
Tapi bukan awak yang saya mahu.
Saya mahu Kematian pulangkan anak saya, Randall,
yang mati di Kempen Gallipoli.
Jika awak kembalikan dia hidup dan sihat,
saya lepaskan awak.
Awak berkuasa untuk lakukan itu, Tuan Mimpi?
Tidak.
No comments yet. Be the first to leave one.