Servant

Servant

Scarica il sottotitolo Malay

Stagione 2

Informazioni sulla release

Servant S02E03 Pizza 720p 10bit WEBRip 2CH x265 HEVC-PSA
Un commento di ShasyaLala
Apple TV Retail

Tag

webrip
web
720p
720
BRip
x265
HEVC
2CH
Pubblicato il: 2021-01-29
Download: 26
Sottotitoli per non udenti: No

Anteprima dei sottotitoli in Malay

Le prime 163 righe.

Tidak.

Tolonglah.

Tidak!

Nampak? Tiada apa-apa yang perlu dirisaukan.

Sebenarnya, ada banyak yang perlu dirisaukan.

Plasenta awak di bawah dan menutup serviks awak.

Plasenta previa.

Ia kecil tetapi sebarang pergerakan atau aktiviti boleh menjadikannya teruk

dan membuatkan awak bersalin awal.

Saya tak mahu ke hospital.

- Sean, beritahu dia. - Ya, kami dah pergi banyak hospital.

Kita mahu bayi lelaki itu mendapat peluang yang terbaik, bukan?

Itu bermakna awak perlu kurang berjalan untuk bulan seterusnya.

Saya akan duduk di katil saja.

Betul, Sean?

Jika awak berjalan, awak akan ke hospital.

Sebulan di katil?

Mudah saja.

HARI KEMUSNAHAN LESSER SAINTS

HILANG

KETUA YANG DISYAKI 'MAK CIK MAY'

Ada apa-apa?

Orang di Roxborough itu sebenarnya ialah penagih dadah yang bekerja di PetSmart.

Rakan sekerjanya dah mengganggunya selama berbulan-bulan.

Chestnut Hill ada sedikit persamaan tetapi bukan dia.

Inilah masalahnya apabila meminta bantuan orang ramai.

Orang ramai tak boleh diharap.

Bukan dia juga di Old City, jadi saya hantar Julian ke West Chester.

Saya patut hubungi dia.

Leanne ada dalam senarai ini.

Saya dapat rasakannya.

Sean.

Tiada orang di rumah.

Awak dah cuba ketuk dengan kuat?

Tak boleh. Saya dah menekan loceng tetapi tiada siapa yang jawab.

Apa yang awak mahu saya buat sekarang?

Tunggu. Saya akan siasat siapa yang tinggal di situ.

Ini satu kesilapan.

Ya, tetapi dia seperti dah pulih.

Ini tindakan yang bijak. Ia mungkin mendedahkan sesuatu.

Selepas itu?

Tunjukkan rumah itu semula.

Ia sangat besar. Itu sebuah rumah?

Ya. Saya lihat imej satelit.

Ia sangat mewah. Saya mahukannya.

Okey, pemilik rumah itu ialah keluarga Marino.

Perniagaan mereka melibatkan elektronik. Selalu ke gereja.

Siapa yang perlu begitu banyak kawalan keselamatan?

Orang kaya.

Orang yang bersembunyi.

Ada orang datang.

- Apa itu? Satu pesanan? - Sebentar.

Ia cuma menu penghantaran makanan.

Sudahlah. Saya memandu sepanjang malam. Saya mahu pulang

dan saya mahu sarapan dengan bakon.

Bukan makanan yang mengarut.

Tiada apa-apa di media sosialnya selama empat hari. Dia bukan begitu.

Dia sentiasa memuat naik gambar dua orang anaknya.

Mungkin mereka sedang bercuti atau sibuk.

May Markham mungkin menjadikan keluarga itu tebusan di rumah mereka sendiri.

Lebih teruk lagi, mereka mungkin dipengaruhi dengan kepercayaan karut.

Satu daripada banyak tempat Leanne mungkin dilihat.

Awak tahu bagaimana keputusan yang lain.

Kenapa awak begitu pesimis?

Selepas seminggu, inilah jarak paling dekat antara kita dengan anak kita.

Dia mungkin berada di dalam rumah itu dan awak membuat humus!

Anggaplah betul kata awak.

Kita pergi ke sana, awak mula menjerit dan memekik.

Apa akan berlaku kepadanya?

Tentulah tidak.

Betul kata awak.

Saya akan pergi ke sana esok dan bertanya.

Tetapi sekarang, kita jangan buat apa-apa.

Ia hanya sebuah rumah.

Sembilan bilik tidur. Itu bukan rumah. Itu berek.

Ia tempat yang sempurna untuk melatih askar.

Jirannya kata mereka mungkin tiada di sini.

Jiran?

Awak tak boleh percayakan jiran kerana setiap kali mereka jumpa banyak mayat,

ia selalunya, "Jiran tak mengesyaki apa-apa."

Tunggu. Ada sesuatu.

Apa itu? Barang-barang runcit?

Ya, ia van penghantaran.

Itu bermakna mereka ada di rumah dan mereka perlukan makanan.

Apa yang awak mahu saya buat?

Pulanglah.

Burger.

Burger tak tahan lama. Susyi. Kita boleh dapat ikan yang sedap dalam sejam.

Kita jadikannya mudah dan pilih piza.

Marino. Dia orang Itali.

Saya tak mahu buka kedai piza.

Awak tak membuka apa-apa.

Awak hanya menulis menu supaya kita boleh masuk.

Cheezus Crust. Awak faham?

- Apa? Agama tak laku? - Kenapa awak tak taip?

"Piza paling asli di Philadelphia."

"Daripada ketuhar Tuhan ke bibir anda."

- Boleh minta piza tanpa gluten. - Tunggu.

Ke tepi. Biar saya buat.

Perlahan-lahan. Gayakannya.

Ya.

Itu bagus.

CHEEZUS CRUST PIZA PALING SEDAP DI PHILADELPHIA

Tahniah. Sekarang kita dah ada perniagaan menghantar piza.

Saya harap cara ini berjaya.

Itu ialah piza sedap dengan harga yang berpatutan.

Jika mereka ada di dalam sana, mereka akan buat pesanan.

Hantar beberapa menu ke rumah berhampiran sebelum awak pulang.

Kenapa?

Supaya ia tak nampak mencurigakan.

Bagaimana sekarang?

Kita tunggu saja.

Jika anda penonton setia,

anda mungkin sedar yang Dorothy Turner tak muncul di TV

selama beberapa minggu ini.

Itu disebabkan masalah kecemasan perubatan yang membuatkan dia terpaksa berehat.

Tetapi bersama kita sekarang di talian ialah Dorothy Turner.

Dorothy, selamat malam.

Selamat malam, Walker.

Bagaimana perasaan awak, Dorothy?

Saya boleh katakan yang ia agak menakutkan.

Tetapi pekerja hospital memang hebat

dan saya mengikut nasihat mereka untuk berehat sebelum bersalin.

Itu tentu sukar kerana selalunya awak sangat aktif.

Ya, kadangkala dalam hidup kita, kita perlu mengangkat kaki

dan menerima apa yang berlaku.

Kami semua mendoakan supaya awak cepat sembuh, Dorothy.

Terima kasih, Walker.

Terima kasih juga kepada semua penonton di luar sana yang hantar kad dan bunga.

Saya dan suami saya rasa terharu. Semoga Tuhan rahmati awak semua.

Saya ada di sini. Awak boleh panggil nama saya.

- Awak rakamnya? - Ya.

- Saya mahu lihat. - Awak tak boleh turun.

Ia dah dua minggu. Saya rasa okey.

Saya tak membersihkan awak banyak kali hanya untuk awak berputus asa.

Awak boleh bawa saya ke bawah.

Awak dengar apa doktor kata. Asalkan kaki saya tak menyentuh lantai.

Saya cemerkap, bukan? Awak kata awak boleh lakukannya.

Tetapi jika awak mahu, saya boleh hubungi hospital. Ada katil untuk awak.

Awak seorang pembuli.

Saya dah kehabisan sotong.

Saya akan buat lagi untuk awak esok.

Saya mahu sekarang.

Awak tahu berapa lama diperlukan untuk buat tepung sadurnya?

Tepungnya dari Amsterdam.

Kenapa awak tak boleh jadi orang biasa dan duduk diam?

Sean?

Cheezus Crust, boleh saya ambil pesanan?

Boleh beri saya alamat awak?

1406 Hyacinth.

Ya, kami akan hantar dalam masa sejam. Terima kasih.

Awak letak harga terlalu mahal.

Kita gunakan 30 dolar untuk buat piza berharga 13 dolar.

Jadi kenapa mereka tak buat pesanan lagi?

Saya tak tahu! Semua jirannya sukakannya.

Fungo e tartufo. Porcinis, minyak trufel, letak banyak burrata.

Ya, cef.

- Hei, cef? - Ya?

Kenapa kita buat penghantaran?

Saya mahukan cabaran.

Ya, tetapi kenapa pilih piza?

Awak pernah makan piza dengan orang awak cintai?

Saya pernah berjanji temu yang berakhir dengan piza.

More Malay subtitles for Servant

Commenti

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left