Le prime 186 righe.
Kisah nenek moyang kamu satu legenda.
Kita ada banyak untuk dibincangkan.
SEBELUM INI
Masa itu tak wujud lagi Pakistan. Dulu, ia satu negara besar, India.
-Apa terjadi pada mak Sana? -Dia hilang malam itu.
Ini ibu Nani. Setakat yang Nani ingat.
Semua keluarga dari Pakistan ada kisah Pembahagian.
Nani terpisah daripada ayah Nani.
Sampailah jejak bintang itu muncul dan satukan kami semula.
-Di kereta api. -Ya. Yang terakhir malam itu.
Impian Aisha nak bawa kami pulang. Kamu perlu selesaikan yang dia mulakan.
Jika Clandestine berjaya runtuhkan Perlindungan,
dunia mereka akan masuk ke dunia kita, sampailah dunia kita musnah.
Sebab itu penting untuk lindungi gelang kamu.
Bawa dia pergi!
Waleed.
Bila tiba waktu tengah malam, ketika dunia sedang tidur,
India akan bangun untuk raikan kemerdekaan.
Dengan kata-kata itu, pada malam 15 Ogos 1947,
Perdana Menteri yang baru dilantik, Jawaharlal Nehru
menandakan permulaan India yang baharu.
Selepas hampir 200 tahun bawah pemerintahan British, India bebas.
INDIA SUDAH MERDEKA
Wilayah Pakistan telah disediakan buat umat Islam,
India pula negara sekular dengan majoriti beragama Hindu.
Penghijrahan besar-besaran telah bermula,
di mana berjuta-juta orang merentasi sempadan,
disebabkan oleh pemerintahan British yang mengakibatkan perpecahan ini.
RUSUHAN DI INDIA
Rusuhan dan keganasan meletus di seluruh negara.
Orang ramai terpaksa melarikan diri.
Stesen kereta api di banjiri mangsa akibat rumah penduduk yang telah dibakar.
Untuk memahami bagaimana ini bermula, kita mesti kembali ke masa yang penting
dalam perjuangan India untuk kemerdekaan.
Pada tahun 1942.
BRITISH MENJAJAH INDIA
Berhenti atau ditembak!
Jika orang Hindu, Muslim dan Sikh di India
berhasrat untuk tamatkan pemerintahan British, ia demi
kemerdekaan secara damai tanpa rusuhan.
Hanya kerana kita tak guna kekerasan, tak bermakna kita takut untuk melawan.
Gandhi pernah berkata sudah tiba masanya
kita lawan atau mati.
Jika kita perlu lawan, maka kita akan lawan,
walaupun kita terpaksa mati demi perjuangan ini.
Tanah ini milik kita.
Kita membanting tulang untuknya sejak turun-temurun.
-Kita akan rampas semula! -Kebebasan!
-Kuat lagi! -Kebebasan!
Itu mereka, tuan.
Pergi sekarang!
Pergi dari sini!
Bersurai!
Pergi dari sini!
Pergi balik!
Cepat jalan!
Pergi balik cepat!
Semua balik! Pergi balik!
Sentuh saya, patah kaki awak.
Apa? Kaki ini?
Silakan. Saya tak guna sangat pun.
Apa awak nak?
Satu, tolong jangan pijak pokok bunga saya.
Tapi nampaknya, awak lebih memerlukan bantuan daripada mereka.
-Ada apa saya boleh bantu? -Tak.
Tak, terima kasih.
Saya ada makanan dan tempat tidur. Itu pun kalau awak perlukannya.
Saya tahu awak pura-pura tak nak makan.
Tak ada siapa yang tak suka paratha panas.
Awak ada nama?
Atau nak dipanggil lapar?
Mungkin awak boleh beritahu awak datang dari mana.
Baiklah.
Jelas awak bukan orang British.
Awak juga bukan orang sini. Jadi, kenapa datang ke rumah saya?
Saya suka bunga ros awak.
Akhirnya awak bersuara.
Baiknya awak. Awak suka yang mana satu?
Masa nampak awak tadi, saya teringat pada puisi kesukaan saya.
"Jiwa terbaring di atas rumput,
"dunia terlalu kacau untuk diperkata.
"Apa yang kita cari, akan cari kita..."
Aisha.
Nama saya Aisha.
Aisha.
"Yang hidup." Cantik nama itu.
Hasan.
Saya tahu awak suka ranting yang nak reput itu,
tapi saya rasa lagi bagus
guna tongkat yang boleh bantu awak berjalan.
Tak sangka.
Bukankah masa kita jumpa dulu, awak nak patahkan kaki saya?
Saya dah ubah fikiran.
Terima kasih.
Terima kasih sebab terima saya.
Dia tenung awak macam awak ni ajaib.
Saya tak boleh salahkan dia.
Akibat pergolakan agama di seluruh negara,
perdana menteri menggesa rakyat India untuk bertenang...
Mak sayang kamu.
...dengan berkata,"Objektif utama kita ialah menghentikan
"semua perselisihan dalaman dan keganasan
"yang mencemarkan martabat kita, dan merosakkan kebebasan yang sedia ada."
Ketidakpastian dan ketakutan berubah menjadi pertumpahan darah.
Kedamaian?
Kedamaian apa kalau ada pertumpahan darah?
Kita boleh melaluinya.
Adakah susu dan sayur-sayuran ini cukup?
Terima kasih. Di pasar, terdapat...
Tidak perlu berterima kasih kepada saya.
Suruh dia simpan saja barang-barang dia.
Awak dah hilang akal?
Awak sendiri kata yang kita kena bersatu.
Sekarang awak yang ikut telunjuk penjajah British.
Awak cakap senanglah.
Tak ada orang halau awak dari rumah sendiri.
Saya yang terperangkap.
Tiada siapa nak beli bunga daripada saya.
Tiada orang nak jual susu kepada isteri saya.
Kenapa?
Hasan...
Adakah sebab saya orang Muslim?
Maafkan dia. Dia kecewa.
Jangan risau. Semua orang takut.
Semuanya akan berakhir nanti.
Najma.
Di sini rupanya awak bersembunyi.
Saya fikir semua dah mati.
Kami mencari di merata tempat selama bertahun-tahun.
Memandangkan dah jumpa awak,
bolehlah kita teruskan rancangan.
Awak tak nak pulang, Aisha?
Sudah tentu.
Ya, sudah tentu.
Tapi saya dah sorokkan gelang itu.
Nak keluarkannya akan ambil masa.
Awak ada sampai senja esok.
Selepas itu, kita semua akan balik. Bersama-sama.
Rusuhan dah merebak.
Semua orang cuba selamatkan diri selagi boleh.
Ini saja tempat saya tahu.
Ayah saya bina rumah ini untuk kita.
Apa yang saya boleh bagi anak kita?
Muslim tak selamat di sini.
Tengoklah apa dah jadi.
Rumah-rumah kampung dibakar.
Ramai yang terkorban.
Bahaya untuk Sana tinggal di sini.
Kita boleh bawa kenangan kita bersama.
Asalkan bersama, kita boleh bina kehidupan kita di mana-mana, Hasan.
"Apa yang kita cari, akan cari kita."
Awak yang cakap.
Betul, sayang.
Di luar sana memang menakutkan.
Sebab itu, Ammi nak kamu simpan ini untuk Ammi.
Ini akan lindungi kamu ke mana sahaja kamu pergi. Okey?
Aisha, dengar.
Aisha.
-Aisha, jangan laju sangat. -Ini kereta api terakhir. Kita kena cepat.
Kita lari daripada apa sebenarnya?
Siapa perempuan malam tadi?
Jujur dengan saya.
Saya perlu tunjukkan sesuatu.
Awak cakap saya ajaib.
Kenapa awak beritahu saya sekarang?
Awak tahu saya lari dari sesuatu.
Tapi awak tak pernah tanya.
Sebab saya tak peduli.
Awak pilih kami. Itu yang penting.
Saya masih pilih awak.
Apa sahaja yang berlaku,
pastikan Sana naik kereta api itu malam ini.
Janji dengan saya, Hasan.
Tiada apa-apa akan berlaku.
Platform satu, kereta api bersedia untuk berlepas.
Sana tak selamat! Bawa dia.
Apa?
-Tolong percayakan saya, Hasan. -Aisha.
-Demi dia! Awak dah janji. -Aisha!
-Pergi! -Aisha!
Sana.
Tak apa-apa.
Awak dah mengkhianati kami.
Keluarga awak. Saudara awak. Di mana gelang itu, Aisha?
Najma...
Tak apa, sayang. Nanti dia datang. Dia kata dia akan datang.
No comments yet. Be the first to leave one.