Le prime 200 righe.
Kapten Sakaki, tolong jawab. Kita sepatutnya boleh berkomunikasi.
Permintaanku adalah untuk meninggalkan Planet Tau-e secepatnya,
dan meninggalkan projek emigrasi.
Sampailah aku mendengar dari Kapten, Aku tidak akan bergerak dari sini.
Keputusan Emigrasi Tau-e dibuat oleh Jawatankuasa Pusat.
Tindakanmu ini boleh dikelaskan sebagai jenayah kelas-1.
Manusia tak akan dapat hidup di planet itu!
Kalau aku penjenayah, maka anggota jawatankuasa adalah pembunuh!
Lihat ini.
Senarai Emigrasi ini dibuat oleh para sukarelawan.
Kenapa kau mengganggu?
Jangan bergurau!
Kau mengumpulkan orang-orang tua, memaksa mereka, dan kau cakap sukaralewan?
Kamu hanya akan membunuh mereka!
Yang kamu lakukan itu hanya mengurangkan orang yang diberi makan!
Jaga cakapmu, Kapten!
Kita berkomunikasi melalui saluran terbuka.
Semua orang di kapal boleh mendengarnya, kan?
Sekarang, kapal ini akan mengabaikan orang-orang tua.
Kita memang kekurangan bahan makanan.
Tapi ini tidak boleh dimaafkan?
Bukankah kita ingin pergi ke Tanah dijanjikan yang boleh menyelamatkan kita?
Bolehkah kamu benar-benar meninggalkan yang lemah dan terus meninggikan kepala kamu?
Kapten Sakaki.
Aku akan tunggu satu jam.
Kalau kapal ini tidak menukar haluannya, Aku akan meletupkan pesawat ini.
Aku tidak main-main!
Aku mohon hentikan, Kapten Sakaki.
Memang benar, kami para sukarelawan, ingin pergi ke Tau-e.
Kami tidak dipaksa oleh siapapun.
Jangan jadi bodoh! Itu bunuh diri namanya!
Kita sudah 20 tahun lebih berkelana dalam kapal ini.
Para pemuda mungkin masih boleh bertahan.
Tapi bagi kami, kami dah capai batas kami.
Tapi... Kalau kamu menyerah...
Haruo.
- Semuanya akan berakhir! - Haruo!
Tak apa.
Sekurangnya, ketika aku mati, Aku ingin memijak daratan.
Meskipun itu planet apapun.
Datuk.
Ia bermula semasa musim panas terakhir abad 20.
Lihat itu! Ada raksasa! Sukar dipercayai.
Buat kali pertama...
umat manusia bukan penguasa di planet ini lagi.
Raksasa.
Dari kedalaman Bumi dan Laut, atau bahkan dari mitos yang dilupakan,
mereka berterusan muncul, tanpa henti.
Untuk mengakhiri kemakmuran umat manusia.
Markas Penanganan PBB menamakannya "Godzilla."
Dan kemudian, akhirnya, mimpi terburuk muncul.
Godzilla.
Manusia atau raksasa, dia membakar segalanya.
Makhluk pemusnah.
Pukul 2:30 EST, serangan nuklear berskala besar dilancarkan untuk melawan Godzilla, tapi gagal.
Pada tengah malam, Sekutu EC mengumumkan mereka melakukan pemindahan...
Bumi musnah dan langit berhujan api.
Dan juga, bukan hanya manusia Bumi yang takut dengan kekuatan pemusnahnya.
Di atas bangunan PBB, ada benda terbang misterius...
Penduduk Bumi, Kami adalah Exif.
Kami adalah pemerhati dan peramal.
Kami datang untuk memberitahu takdir kamu.
Detik kemusnahan sudah hampir. kamu kena menemui jalan menuju pengabdian.
Kami adalah Bilusaludo.
Planet asal kami, Planet ketiga dalam Sistem Binari Bilusaludia,
ditelan oleh lubang hitam terkutuk dan musnah.
Kami meminta imigrasi ke planet ketiga sistem solar ini.
Kalau kamu bersedia, kami berjanji akan menghapuskan ketakutan terbesar kamu,iaitu Godzilla.
Mereka yang datang jauh-jauh dari galaksi lain, yang menyasarkan planet ini,
tidak menunggu syurga oksigen dan air menjadi bumi hangus.
- Godzilla telah melepasi barisan pertahanan! - Dinding akan menahannya untuk sementara.
Blok A3 dan A5 dah senyap!
- Mecha-Godzilla tidak boleh aktif! - Kenapa tidak mahu aktif?
Nafas atomik dikesan! Mendekati!
Dinding penahan keempat hilang! Sudah berakhir!
Kita tak ada pilihan lain. Pemindahan!
Semua unit, pemindahan! Cepat!
Tunggu! kalau Mecha-Godzilla boleh aktif, kita boleh mengalahkannya!
Kita pergi, Galu-gu!
Namun, bahkan dengan humanoid yang pintar,
kekuatan pemusnahnya membuat kita kalah besar.
Di mana Ibu dan Ayah?
Mereka akan menyusul nanti. Lihat? Di bas itu.
Hei, apa itu?
Itu Godzilla!
Godzilla di sini!
Haruo! Cepat!
Aku hanya mengingati api yang membakar langit,
dan wajah orang dewasa yang putus asa.
Kami berangkat berharap dapat menemui planet tak berpenghuni.
Namun, kami terus menerima akibat dari tindakan yang terlalu optimistik itu.
Di angkasa lepas yang sejuk,
ini adalah neraka yang lebih teruk dari planet terbakar kami.
Tak ada hari tanpa kelaparan, kehausan, dan kesejukan.
Beberapa ada yang jatuh sakit.
Dan ada juga yang kehilangan kewarasan mereka.
Jumlah saudara-saudara kami menurun dalam sekelip mata.
Bahkan mereka yang masih hidup tiada masa untuk meratapi orang yang sudah meninggal.
Kebaikan dan kebanggaan sekarang sudah menjadi cerita masa lalu.
Kami pun sudah tiada banyak bekalan air dan oksigen.
Ke mana kami akan pergi... dan untuk alasan apa?
Perlukah kami sengsara kerana telah hidup lebih lama
dengan mengorbankan orang lain?
Jadi kenapa kami masih hidup?
Kenapa?
Kenapa?
Kau bermimpi buruk?
Jadi, kau di sini, Metphies.
Ini sudah menjadi tugasku untuk mendengar pengakuan banduan.
Jadi aku kena bertaubat ke Tuhanmu?
Pengakuan palsu juga tak mengapa.
Ini data yang kau minta.
Terima kasih.
Kau memang keras kepala.
Aku tak ada benda lain nak dibuat.
Bukankah membahayakan kau kalau ketahuan membantuku?
Aku tertarik pada semangatmu.
Kenapa kau begitu tertanya pasal menyiasat data terlarang
yang semua orang ingin lupakan kalau ia wujud?
"Kenapa," kau tanya?
Aku juga berfikir "kenapa."
Sejak aku berada di sini, ayat itu tidak mahu keluar dari kepalaku.
Kenapa kita menjadi begitu menyedihkan?
Adakah itu tak boleh dihindari Hukuman yang sepatutnya?
Bukan.
Alasan kerana kita sengsara adalah kerana kita kalah dengan bajingan itu.
Kita tidak bertarung sampai akhir, tapi menyerah dan lari begitu saja.
Semuanya itu takdir.
Kita humanoid tiada cara untuk melawan raksasa itu.
Salah.
Aku akan tunjukkannya.
Kita perlukan strategi dan rancangan yang sesuai,
dan umat manusia akan dapat menang.
Aku akan buktikannya.
Itu perkara yang pelik.
Tak seperti orang muda, generasimu merasai bencana itu.
Tapi, itu seperti kau ingin bertemu makhluk itu lagi.
Berdasarkan pengiraan Gematron, jangkaan nampak mengecewakan.
Kemungkinan menemui planet yang boleh dihuni dalam 20 tahun adalah 0.1%.
Kalau kita ingin hasil yang lebih baik dari Tau-e, hasilnya lebih teruk.
Kekurangan sumber sangat parah.
Meskipun menggandakan indeks ketidakselesaan, hidup hanya sampai 8 tahun.
Letupan kapal pendaratan beberapa hari yang lalu menimbulkan masalah yang besar.
- Ini akan menjadi... - Benar.
Kita perlu memeriksa senario nombor tiga secara realistik.
Kembali ke Bumi. Ini sudah 11.9 tahun cahaya jauhnya.
Tak ada panduan untuk merantau sejauh itu. Ini terlalu berisiko.
Panduan Gematron tidak terikat oleh masa atau jarak.
Selagi reaktor nuklear mempunyai tenaga yang cukup, perjalanan itu tak mustahil.
Berdasarkan simulator kapal, diperlukan 170% dari ratio operasinya.
Aku tidak tahu jika kita boleh bergerak dengan tenaga manusia.
Adakah ini keputusan untuk meninggalkan emigrasi?
Itulah masalahnya.
Kalau kita balik ke Bumi, bolehkah kita bertahan hidup?
Sekarang tak mungkin untuk mengira berapa tahun yang berlalu di Bumi.
Paling sedikit, beberapa ribu tahun.
Sejak kita meninggalkan Bumi, persekitarannya pasti sudah selamat.
Ada kemungkinan juga ia mungkin menjadi lebih buruk.
Masalah sekarang adalah tesis pelik yang diterbitkan di server perkongsian.
Kenapa tesis penyelidikan itu muncul pada masa seperti ini?
Penulisnya masih tak diketahui,
tapi ia mengandungi maklumat yang memerlukan kebenaran log-in khusus untuk mengaksesnya.
Ketepikan penulisnya, kemungkinan ada pemberi maklumat di Jawatankuasa Pusat.
I-itu mengarut!
Ada pelindung elektromagnetik di bawah permukaan tubuh?
Ini bukan organisma normal?
Bukan, Seluruh tubuhnya seperti kumparan raksasa.
Betulkah?
Jadi, apa berlaku akhirnya?
Ia agak pelik.
Kod Gematron baru menggunakan 80% dari pengiraan kuasa server.
80%?
Bukankah itu analisis untuk jangkaan?
Tapi, untuk simulasi, ia terlalu berlebihan.
Jadi, khabar angin tentang balik ke Bumi itu benar?
Itu 11.9 tahun cahayalah.
Adakah lompatan warp boleh dilakukan?
Itu bukan masalah kalau kita menggunakan pengiraan Gematron.
Aku mendengarnya secara terus dari Navigasi.
Gematron, ya?
Pemimpin kapal bertukar menjadi dewa.
Tak mungkin taktik anti-Godzilla baru dibocorkan oleh orang atasan?
Yah, adakah kita akan bertarung lagi?
Itu raksasa yang tahan dengan serangan 150 hulu letup nuklear sekaligus.
Itu 40 megaton nukleoplasma sepenuhnya.
Tapi tesis itu mengandungi strategi baru untuk cara bertarung.
Huh?
Ini aku.
Hei, masuk.
Jadi, Jawatankuasa Pusat cenderung ingin menuju Bumi, ya?
Tidak semuanya.
Menyerah dalam pencarian planet yang boleh dihuni
bermaksud seseorang kena menanggung tanggung jawab itu.
Jika mereka begitu lemah, mereka menyerah selepas hanya 20 tahun, itu tidak ada harapan lagi.
Yah, aku merasa kasihan
Mereka belum mengatasi masalah kehilangan planet asal mereka selagi kita masih ada.
Dan kemudian, kau melakukan gurauan ini ya.
Semestinya, Membuat Mori pening.
Aku sudah memuat naik versi baru pagi ini. Kau dah baca?
Ya. Ketika aku memuat turunnya, sudah dilihat lebih 400 kali.
No comments yet. Be the first to leave one.