Le prime 200 righe.
Tinggal sebulan sebelum awak pergi kursus.
Kalaulah saya boleh pergi juga.
- Saya tahu. - Waktu awak pergi nanti,
bawa satu bagasi besar…
Saya takkan bawa awak.
Kalau begitu, kotak peti sejuk…
Saya takkan letak awak dalam itu.
Orang kata, kalau tinggalkan orang yang kita sayang,
kita akan rindu orang itu selepas bergerak sejauh sepuluh meter.
Sepuluh ri , bukan sepuluh meter.
Tapi kenapa muram? Awak akan ke San Francisco.
Tempoh kursus itu terlalu panjang.
Sebab teman lelaki awak?
Apa maksud awak tempohnya panjang?
Orang akan sangka awak pergi untuk lima atau sepuluh tahun.
Bukan semua perpisahan menyedihkan.
Perpisahan akibat cinta yang pudar
sama seperti dengan kelegaan apabila keluar daripada air mandian yang dah suam.
Melegakan.
Tapi
perpisahan bagi cinta yang baru berputik,
bak menunggu tiga minit untuk ramyeon segera masak.
Tapi akhirnya…
Sudah tiga minit.
- Makan cepat. Perut awak kosong. - …tumpah ke lantai.
Rasanya seperti dipanah petir.
Awak akan sertai khidmat negara?
Apa awak mengarut ini?
GEMPAR PATRICK BAKAL SERTAI KHIDMAT NEGARA
Khidmat saya bermula minggu depan?
Ya.
Cik Song tak beritahu awak?
Artikel itu kenyataan rasmi?
Ya, betul.
Saya tidur nyenyak.
- Hei, pastikan awak beri lima bintang. - Okey, biar yang lain terkena.
Young-do patut ikut sama.
Hei, mari suruh dia tengok bersama Da-jeong.
Setuju!
Helo, saya dari Syarikat Kosmetik Majin.
Pasangan yang sertai
soal selidik ini boleh terima sesi urut.
Itu boleh dianggap pengakhiran gembira. Mereka kembali kepada hari-hari asal.
Mereka saling menyukai.
Kenapa pula itu pengakhiran gembira?
Saya tak suka pengakhiran filem itu.
Mereka jatuh cinta sedangkan masing-masing ada pasangan.
Jadi mereka patut berpisah.
Tamatkan hubungan sulit mereka. Itu barulah betul.
Setidaknya, perpisahan mereka nampak indah.
Macam mana ada perpisahan yang indah?
Kalau begitu, kita perlu berpisah setiap kali mula sukakan seseorang?
Bukan begitu.
Aturannya mungkin terbalik.
Cinta yang datang lebih dulu tak bermakna ia cinta sejati.
Ada kemungkinan orang baru yang muncul
selepas hubungan cinta sepuluh tahun berakhir
adalah cinta sejati awak.
Jom.
Perpisahan yang indah
mungkin kedengaran mengarut,
seperti penyegar udara dengan bau tandas,
bulatan bersegi atau pelangi yang jernih.
Apa salahnya kita buat saja?
Ini sebabnya awak ajak saya keluar?
Kalau begini, mari bawa haluan sendiri.
Apa?
Namun
ia hak istimewa bagi mereka yang pernah mencintai.
Cinta yang tiada berbalas
hanya boleh dilepaskan.
"Adakah awak punca kesengsaraan saya?"
CHOI JEONG-MIN
"Atau saya yang jadi penghalang awak?"
Ada juga hubungan
yang tak dapat diputuskan dan terbiar tergantung.
Ada kajian yang menunjukkan lelaki lebih merana
dalam hubungan jarak jauh.
Awak akan lihat pemandangan baru,
jumpa orang baru.
Hari awak akan berlalu dengan pantas.
Saya pula terperangkap di sini.
"Ya.
Di sinilah tempat Da-jeong salah faham dan pergi begitu saja.
Di sinilah tempat saya makan ramyeon bersama Da-jeong."
Setidaknya, awak masih ada teman berbual.
Kawan-kawan awak, Eun-ha, Cheol-do dan A-ri ada di sini.
Saya tiada kawan rapat di sana.
Saya akan makan burger tanpa teman.
Tentu mereka akan cakap, "Wanita dari Korea itu terlalu pendiam."
Setelah tamat kursus lewat malam, saya akan kesunyian.
Jika saya ingin berbual dengan seseorang di Korea,
perbezaan waktu tak mengizinkan.
Awak akan tidur kerana kepenatan,
jadi saya tak boleh telefon.
Kenapa pula tak boleh?
Saya akan berjaga tunggu panggilan awak.
- Awak akan berjaga? - Tentulah.
Tak tahu pula.
Tak bolehkah kalau awak tak pergi?
Tak boleh.
Lima hari empat malam terlalu lama.
Betul, syarikat itu memang dah gila!
Kini kami,
perlu berpisah
selama lima hari empat malam.
Apa itu cinta?
Apa yang hebat sangat
hingga orang waras seperti mereka boleh jadi begitu?
Ingatkan selama ini Lavoisier mengarut saja.
Memang benar jisim takkan berubah.
Labu apa?
Lavoisier. Hukum Keabadian Jisim.
Itu.
Maksud awak, orang gila ada di mana saja?
Dalam kes ini, orang mabuk cinta.
Selepas yang lama pergi,
pasangan baru pula muncul.
Kalau buat begitu, mulut awak akan comot.
- Sedap? - Manis.
Saya nak lagi.
Kenapa ini?
Dah masa saya letak jawatan.
Mereka penghuni tetap di sini,
jadi mereka tak boleh dihalau.
A-ri…
Jeong-beom.
Jika awak tak muncul dalam mimpi
kerana bimbang saya rasa bersalah,
datanglah lawat saya.
Awak patut marah kerana baru kini
saya berjaya berkas penjenayah.
PEMBANTU INSPEKTOR LEE JEONG-BEOM
Awak patut berleter,
suruh saya kemas meja saya.
Saya nak
minum soju dengan awak.
Saya rindu awak.
Mari.
Kalau diikutkan, semua ini bermula dengan Ian Chase.
Tapi dia bebas daripada hukuman?
- Tak guna. - Inilah sebabnya
kita perlu mengundi pemimpin yang betul.
Kita perlu pilih pemimpin yang membuat undang-undang
dan membawa perubahan sebenar.
Sudah 18 tahun ia bermain di fikiran saya.
Tapi saya percaya pada satu perkara.
Seorang penjenayah mungkin terlepas daripada hukuman undang-undang,
tapi dia tetap akan terima balasan.
Saya yakin.
Apa pendapat doktor psikiatri?
Saya setuju.
- Tolong tukar pemanggang. - Pasti kamu tahu.
Mengikut ahli falsafah Jerman, Nietzsche,
"Jika kamu merenung lama ke dalam kegelapan,
kamu akan sedar kamulah kegelapan itu."
Saya percaya ini sama dengan Ian Chase.
Encik!
Pelanggan panggil.
Maaf, tunggu sekejap.
Saya datang.
Katanya nak berhenti.
Macam mana jika dia benar-benar serius?
Betul. Mungkin kali ini dia serius.
Makanlah.
Aduhai. Saya terlupa ini kedai saya.
Aduhai.
Saya nak ucap terima kasih.
Ketika saya datang jumpa awak di balai,
awak dengar kecurigaan saya.
Kerana bimbang saya terkejut, awak turut sampaikan pesanan awal
tentang operasi polis di hotel kami.
Tak perlu cakap begitu. Itu tugas saya.
Saya yang patut ucap terima kasih.
Terima kasih kerana berada di sisi Young-do.
Saya rasa kesal mendengar awak ingin letak jawatan.
Tugas saya dah selesai dan saya dah berpuas hati.
Makanlah. Restoran kami terkenal dengan daging ini.
Helo, tuan. Tak.
Kami akan ke sana sekarang.
Tak.
Saya bersama Detektif Ko dan Choi.
Ada laporan tentang lelaki di Hongju 4-dong itu.
- Jika kita… - Serius?
Sempat lagi makan daging? Bangun.
Makan. Saya belanja.
Mak, hidangkan daging lebih untuk Young-do.
Biar betul?
Saya dah cakap.
Jangan risau. Makanlah.
Hei.
- Perlukan bantuan? - Tak apa.
Saya tertinggal telefon di atas.
- Bawa sekali apabila awak turun. - Okey, saya akan bawa sekali.
- Ya? - Saya baru perasan panggilan awak.
Awak okey? Semalam awak tak tidur lena.
Taklah, saya lena.
Bagaimana awak tahu?
Helo?
Sepanjang malam awak gelisah. Saya risau awak tak dapat tidur.
No comments yet. Be the first to leave one.