Le prime 180 righe.
Saya lega pakaian awak muat.
Awak nampak cantik. Lihatlah diri awak.
Semua orang boleh lihat badan saya.
Kenapa kalau mereka melihatnya?
Inilah pakaian gadis biasa.
Awak boleh pakainya sepanjang hari.
Ke taman atau ke kedai.
Tak selamat untuk keluar.
Awak boleh lakukannya nanti.
Tak perlu terburu-buru.
Bagaimana kalau kita bersenam?
Awak dah sedia untuk senaman kita?
Saya tak sangka awak jumpa semua piring hitam lama ini.
Saya dah lama tak melihatnya.
Saya pernah nampak Vivian Dale
di sebuah kelab kecil di New York di Lower East Side.
Dia mati pada usia terlalu muda.
Saya rasa disebabkan dadah.
Mungkin teman lelaki yang mendera dia.
Saya tak ingat tapi semasa dia di pentas, dia seperti seorang dewi.
Dia dalam kesakitan tapi dia tukarkannya menjadi kuasa.
Itu bagus. Ya!
Jangan gerakkan lengan saja.
Awak perlu salurkan tenaga sehingga hujung jari awak.
Ya, awak perlu buat begitu pada setiap posisi.
Lihatlah awak.
Saya tak pandai menari.
Apa?
Kenapa awak kata begitu?
Mak saya selalu kata begitu.
Apabila saya belajar koreografi untuk pertandingan ratu cantik,
dia tak benarkan saya makan malam sehingga tarian saya sempurna.
Saya ingat saya bersusah payah untuk lakukan yang terbaik.
Tapi akhirnya saya rasa sangat penat dan lapar
sehingga sukar untuk menari dengan baik.
Sayang.
Dorothy, mari ke sini!
Ada apa?
Orang keselamatan!
Alamak!
Oh Tuhan, saya perlu jumpa seseorang.
Awak akan kembali?
Tak. Maaf. Tapi kita boleh sambung esok. Ya?
Dari sini, saya boleh nampak 15 bahaya yang boleh membawa maut.
Bermula dengan meja ini.
Letak pelindung padanya.
Almari itu.
Bucu yang tajam?
Lebih teruk. Kanak-kanak suka memanjat.
Setiap dua minggu, seorang budak mati ditimpa perabot.
Oh Tuhanku.
Hei. Kami akan tambatnya pada dinding.
Okey.
Sekarang, soket elektrik.
Seratus orang budak mati dalam setahun akibat kejutan elektrik.
Sangat menyedihkan.
Kami akan letak pagar keselamatan di setiap aras dan Plexi di sisi
kerana kanak-kanak suka memasukkan kepala di antara spindel.
Leanne, awak boleh layan dia sehingga kami selesai?
Terima kasih.
Saya tahu. Semua alat pembersih ini perlu diletak lebih tinggi.
Tak perlu. Kami akan letak kunci pada semua kabinet dan tombol dapur.
Ia perlu dipasang?
Saya seorang cef profesional, jadi saya tak mahu ia halang saya…
- Sean. - Kamu tak perlukan ini.
Selagi saya ada di sini, Jericho akan selamat.
Leanne.
Dia dah lapar. Awak perlu menyusukan dia.
Kami minta diri.
Pengasuh memang suka mengawal.
…dengan laporan istimewa.
Pengerusi bersama kami untuk majlis malam ini kata…
Saya tak suka lelaki itu.
Leanne, dia bukan salah seorang ahli kultus awak.
Dia dah lama memiliki syarikat itu.
Percayalah yang saya tahu perkara terbaik untuk anak saya.
MUSIM BUNGA DI RUMAH AGAM
…tinggal lama di vila di Tuscany.
Saya tak sangka Isabelle melaporkan "Musim Bunga di Rumah Agam."
Saya dah melaporkan majlis ini selama lapan tahun.
Saya gembira mereka tak suruh awak.
- Kami perlukan awak di rumah. - …ialah "musim bunga dah menjelma."
- Kami tentu… - Ini sangat menyakitkan.
Ia seperti saya halimunan.
Ruang menari dah penuh, bar dibuka dan…
Saya tak pasti jika dia dapat susu.
Susu saya dah berkurangan sejak dia dah mula makan.
Mungkin dia patut minum susu formula semula untuk membesar.
Tak. Susu awak lebih baik.
Awak tak mengikut waktu dia menyusu.
Awak kurang minum air. Tolonglah minum ini.
- …jika ada lelaki dalam hidup anda… - Minumlah.
- …yang tak diperiksa… - Tak apa. Sudahlah.
…terutamanya jika umur dia lebih 55 tahun, sekaranglah masa untuk lakukannya.
Tiada lagi alasan untuk menangguhkannya.
Saya tahu lelaki benci berjumpa doktor
tapi ini hal yang sangat penting.
Walter, jangan beritahu jurulatih saya tentang ini, okey?
Awak ada di sana.
Bagus untuk awak. Udara segar.
Kita masih berkawan?
Awak mahu ke mana?
Saya ada mesyuarat di stesen.
Kadangkala kita perlu pergi ke sana dan beritahu permintaan kita.
Sean jaga Jericho. Doakan saya berjaya.
Jangan dekat.
Saya cuma mahu bercakap dengan awak.
- Hei. - Selamat pagi, cef.
Saya mahu perkenalkan seseorang.
- Sylvia. Hai. - Hai.
Saya pernah jadi cef persendirian di sebuah kapal persiaran untuk seketika,
tapi selepas itu pemiliknya ditahan,
jadi saya kembali untuk cuba bayar pinjaman pendidikan saya.
Ya, saya faham.
Hei, Leanne, marilah bertemu teman wanita saya, Sylvia.
Leanne menjaga Jericho.
Sangat comel.
Dia berumur 18 bulan?
Sembilan bulan. Dia besar untuk usia dia.
Dia sempurna.
Kami fikir jika awak perlukan bantuan
untuk tugas yang besar, Sylvia boleh membantu.
Saya ada surat perakuan. Bukan daripada pemilik kapal itu. Dia di penjara.
Saya serba boleh kerana pernah bekerja di Jean-Georges selama setahun.
Ya, itu hebat. Baik. Biasanya saya tak…
Kadangkala orang tak sedar mereka perlu bantuan sehingga ia dah terlewat.
Saya perlu kembali memasak.
Baiklah. Saya boleh kerja syif pertama secara percuma sebagai percubaan.
Ya, saya akan ingat itu.
Terima kasih, cef. Jumpa awak esok.
- Ya. - Gembira bertemu awak.
Saya suka awak dalam Gourmet Gauntlet.
Apa itu?
Saya faham perasaan terdesak untuk kerja baru tapi tolonglah.
Tobe tahu saya tak terima tukang masak secara paksa.
Kamu buat apa esok?
Tugas katering yang menjengkelkan.
Sebenarnya, awak boleh bantu saya jika awak mahu.
Ya, baiklah.
Ya, Dorothy boleh menjaga Jericho. Awak pernah buat gula-gula?
Tak.
Kami akan buat gula-gula kenyal dengan buah markisah dan garam laut Perancis.
Hayunkannya berulang kali pada cangkuk
untuk mengudarakannya sehingga ia jadi putih.
Ia menyeronokkan.
Ia boleh menguatkan lengan awak.
Hei. Saya kurus tapi kuat.
Ya, tentulah, selepas mendukung Jericho.
Kembali ke sini selepas awak tidurkan dia. Kita bincang tentang menu.
Ya, cef.
Saya baru dapat harga anggaran: 3000 dolar untuk barang murah yang…
Terima kasih. Ya. Saya juga. Saya teruja.
Saya dah kembali! Saya berjaya.
Laporan mendalam tentang mural jalanan di pusat bandar.
Entahlah, mungkin mereka setuju untuk diamkan saya.
Tapi siapa peduli? Saya ada peluang untuk buktikan saya masih boleh lakukan.
Awak masih boleh lakukan.
Hebat!
Laporan ini boleh dapat perhatian seluruh negara.
- Bila ia bermula? - Esok.
Jika ia berjalan lancar, saya akan sibuk sepanjang minggu.
Leanne perlu bantu saya di dapur esok.
Bukankah awak ada Tobe?
Ya, tapi banyak persediaan, jadi saya perlukan dia.
Kita tak boleh cari orang lain untuk jaga Jericho?
Awak ingat saya boleh memetik jari
dan cari orang lain yang boleh jaga anak kita?
Tak, cuma Leanne teruja tentangnya.
Sean, dia boleh masak dengan awak nanti.
Saya perlu satu minggu ini untuk fokus pada diri saya dan kerja.
Saya boleh buat begitu?
Saya minta maaf. Kita tak boleh bersenam hari ini.
Kenapa awak memakai baju kerja?
Akhirnya saya dihormati semula
dan saya diberi tugas penting.
Saya bekerja lebih masa minggu ini.
Sean dah jumpa orang lain untuk bantu di dapur,
jadi awak boleh fokus pada Jericho.
Saya butangkan baju dengan betul?
Bila awak akan pulang?
No comments yet. Be the first to leave one.