Le prime 200 righe.
Kenapa dengan saya?
SEBELUM INI DALAM
Maaf. Saya cuba beritahu. Darah saya dah masuk badan awak.
Sekarang, saya juga boleh jadi Hulk.
Siapa awak?
-She-Hulk! -Cik Walters?
Kami baru tubuhkan DivisyenUndang-undang Individu Berkuasa,
dan saya nak awak, She-Hulk, untuk mengetuainya.
Saya tak sabar nak kendalikan apa-apa kes diberi...
Kes pertama awak adalah parol untuk Emil Blonsky atau Abomination.
Jennifer Walters.
Saya ada strategi dan yakin kita boleh menang.
Awak patut tengok saluran berita sekarang.
Rakaman mengejutkan menunjukkan Abomination
menyertai perlawanan di dalam sebuah kelab tempur
selepas melarikan diri dari penjara.
Awak nak jelaskan kenapa awak tak beritahu
yang awak bukan setakat lari dari penjara, tapi awak juga dirakam.
Awak cakap takkan bertukar jadi Abomination lagi.
Saya cakap saya pilih untuk tak bertukar.
Tapi ini semua ada sebab yang sangat munasabah.
Awak tahu ini merupakan satu jenayah
yang boleh musnahkan peluang parol awak?
Apa?
Tidak. Saya dipaksa keluar dari penjara,
tapi kembali dengan kerelaan hati.
Siapa yang paksa awak keluar dari penjara kawalan tinggi tanpa dikesan?
Seorang Ahli Sihir Agung Ilmu Mistik yang bernama...
Wong. Hanya Wong.
Media sosialnya sangat mengelirukan.
Sama ada dia ahli sihir yang tinggal di New York
atau pustakawan yang tinggal di Nepal.
Boleh awak hubungi dia?
Ya, Jen. Ini saya. Sudah tentu boleh.
Saya hantar gambar umpan. Gambar saya dengan buku.
Saya harap dia hubungi kita balik.
Jika betul apa Blonsky cakap,
Wong ini keluarkan dia dari penjara dan mungkin hancurkan kes saya.
Saya tahu awak tak sabar nak jumpa Wong. Saya faham.
Saya harap awak tak fikir
yang ini rancangan yang ada tetamu khas setiap minggu.
Kecuali Bruce.
Dan Blonsky. Dan Wong.
Ingat ini rancangan siapa sebenarnya.
Peguam Jennifer Walters dari firma GLK dan H
dipilih untuk mewakili Emil Blonsky merangkap Abomination,
untuk perbicaraan parol dia nanti.
Ini menimbulkan banyak kontroversi.
Sejak kita semua mengetahui
yang Jennifer Walters ada alter-ego adiwira dipanggil She-Hulk,
peguam hijau berbadan besar itu sekarang dikecam orang ramai,
ramai mempertikaikan kelayakannya.
SELURUH INTERNET SEDANG KECOH TENTANG SHE-HULK!
SEJAK BEBERAPA JAM LEPAS, TANDA PAGAR "WANITA HIJAU BESAR",
LA GRANDE MUJER VERDE,
TELAH PUN MENJADI BUAH MULUT DI INTERNET
Mereka tarik kelakian Hulk dan berikannya kepada seorang perempuan?
Kenapa semua adiwira nak kena ada versi perempuan?
Sejak ada gerakan MeToo, semua wira lelaki sudah hilang?
Tak kisah dia nak jadi wira, tapi guna identiti sendiri.
Apa pun, dia cantik.
Bersama Gideon Wilson, pendakwa
yang memenjarakan Abomination bertahun dulu.
Pertama, saya ingin mengatakan ia mengejutkan
bila mengetahui ada orang mahu bebaskan raksasa macam...
-Awak dah lihat benda mengarut ni? -Saya tak kisah apa orang nak cakap.
Negara ini ada proses pengadilan.
-Emil berhak dapat pembicaraan. -Perlu jawab.
Awak perlu kawal naratif awak.
Jennifer Walters bercakap.
Ya, saya datang sekarang.
Holliway panggil.
Ayuh. Ini kes yang besar.
Ramai mahu tahu macam-macam tentang hidup awak.
Awak sudah terkenal.
Banyak yang hubungi pejabat untuk menemu bual awak,
jadi awak patut buat.
Itu kerana saya mewakili Emil Blonsky.
Selepas ini selesai, mereka takkan mengganggu lagi.
Tak. Jen, ini takkan selesai hanya kerana awak tak hiraukannya.
Setiap kali saya layan benda ni
semakin kurang tumpuan saya dengan kerja saya.
Mengarut betul. Saya sangat kecewa.
Pejabat apa yang tak ada Red Bull?
-Dennis. -Tak mungkin. Takkan Jen Walters?
Cik Walters adalah ketua Divisyen Individu Berkuasa.
Dengan sejarah kami, saya tak selesa bekerja dengan dia.
Saya nak tahu ini kes apa dan tak buat apa-apa.
-Tuan nak jumpa saya? -Ya.
Mallory Book juga sebahagian daripada Divisyen Individu Berkuasa.
Saya tak boleh bercakap dengan dia tentang hal-hal lelaki yang memalukan.
Dia mungkin akan jadi tunang saya.
Saya tak nak terlibat.
Dia seorang peguam? Nampak macam bagus. Saya nak dia.
Ya, kawan kita, Encik Bukowski dari pejabat Pendakwaraya,
perlukan bantuan kita.
Dia ditipu oleh bekas kekasihnya
dan mahu saman bekas kekasihnya untuk dapatkan duitnya semula.
Saya belikan barang kemas, bawa dia ke Bali untuk sesi bergambar,
bayarkan Volkswagen Passat dia.
Kenapa Divisyen Individu Berkuasa?
Bekas kekasih itu ialah Bunian Cahaya yang boleh berubah rupa dari New Asgard.
Hebat, Dennis.
Sebenarnya, saya fikir dia adalah Megan Thee Stallion.
Maaf. Apa awak cakap?
Maaf. Awak ingat kekasih awak adalah Megan Thee Stallion?
Penyanyi terkenal Megan Thee Stallion yang menang banyak Grammy?
Awak tak faham yang dia boleh berubah rupa?
-Awak ingat dia bawa kereta Passat? -Sebab ini saya tak nak Walters.
Maafkan saya.
Cik Walters, saya dapat mesej awak.
Encik Wong. Kemunculan yang hebat. Masa yang tepat.
-Saya perlu jumpa dia. -Awak boleh pergi.
Terima kasih. Pug, semoga berjaya.
Dennis...
Maaf.
Memang betul apa yang Encik Blonsky cakap.
Saya keluarkan dia dari penjara secara paksa
sebab saya perlukan lawan yang hebat
untuk latihan saya sebagai Ahli Sihir Agung.
Sebagai Ahli Sihir Agung, saya harap dia tak dihukum atas tindakan saya.
Saya ulang, bukan saya yang akan hukum dia.
Lembaga parol takkan bebaskan dia kerana video ini.
Saya tahu apa awak fikir, Cik Walters. Saya takkan padamkan ingatan semua orang.
Tidak lagi.
Bukan itu. Itu sangat tak beretika.
Ya, agak menyusahkan, percayalah.
-Okey. -Kita boleh hantar ke Dimensi Cermin.
-Tak tahu itu apa, tapi tak. -Dimensi Bayang?
Awak boleh bantu dengan jelaskan semuanya semasa perbicaraan nanti.
Baiklah. Kita gunakan sihir untuk strategi B.
Jangan sentuh hidung.
Jadi berapa nilai duit dan hadiah awak belanjakan
untuk penyamar Megan Thee Stallion?
Banyak.
Apabila saya sebut nombor, awak cakap tinggi atau rendah, okey?
Memandangkan awak belikan dia sebuah sedan, mungkin dalam 50 ribu?
Seratus?
-Dua ratus? -Dua ratus ribu? Saya tak begitu dungu.
-Tak, lebih kurang 175. -Seratus... 175 ribu?
Itu dah boleh beli rumah, Encik Bukowski.
Apa-apalah.
Awak boleh tolong saya atau tidak?
Saya akan mula teliti kes awak dan akan hubungi awak nanti.
Baiklah.
Okey.
Megan Thee Stallion PENYAMAR Berlawan di Colebro
Saya bukan Megan Thee Stallion yang sebenar
Apa khabar? Semuanya okey?
Saya ubah fikiran. Saya nak tutup kes.
Tunggu. Apa? Sekarang?
Sebenarnya, jauh di sudut hati saya, saya tahu.
Saya berikannya sebab saya mahu.
Saya cuma malu didedahkan sebegitu di depan orang ramai.
Tapi bila tiba masanya, kita perlu bertanggungjawab.
-Saya tak sangka. -Ini cuma hal duit.
Sekarang saya ada sesuatu untuk diceritakan.
Maaf... Ini Pug.
Hai. Saya rasa ada orang tunda Cybertruck saya.
Mereka kata saya letak di kawasan OKU. Saya ingatkan itu kawasan Cybertruck.
Helo? Awak dengar tak?
Pasti awak tak sangka saya bawa Cybertruck.
Pengawal!
Saya suka kacau perempuan di tempat kerja. Ia menyeronokkan.
-Itu tak bagus. -Itu amaran saya.
Saya tak begitu.
Awak semua kenal saya.
Kami sedang bersiaran langsung dari luar penjara sekuriti maksimum
di mana Abomination akan bertemu dengan lembaga parol.
Orang awam begitu marah terhadap kemungkinan yang...
Tunggu. Itu dia? She-Hulk, boleh cakap sikit?
Benarkah awak tak diterima masuk Avengers?
Itu Jennifer Walters atau nama lainnya She-Hulk,
yang khabarnya tak diterima masuk Avengers.
-Hei, awak dah bersedia? -Ya.
Mereka teman sejiwa awak?
-Ya. -Okey.
Wong dah sampai?
Belum. Saya tak faham kenapa orang yang boleh buka portal pun boleh lambat?
Kita di sini untuk tentukan sama ada Emil Blonsky
patut dibebaskan selepas dia menjalankan hukuman minimumnya.
Selepas muncul bukti dia keluar penjara,
kita semua tahu keputusannya. Jadi, jangan buang masa.
Sebagai peguam Encik Blonsky, saya mahu sentuh kejadian lari dari penjara itu.
Kami ada saksi
yang mampu bersihkan nama Encik Blonsky daripada salah laku ini.
Mari mulakan dengan itu.
Ya, saksi tersebut akan berikan kenyataannya
selepas Encik Blonsky mula dulu.
Kenapa kita buat pembicaraan untuk bebaskan orang
yang begitu jelas sekali lari dari penjara?
Tunggu. Encik Blonsky, adakah awak rasa pemulihan awak berjaya?
Pertama sekali, saya nak cakap yang saya menyesal
dan malu pada orang yang saya sakiti.
Ya, saya memang rasa pemulihan saya berjaya.
Hampir setiap hari, saya fokus untuk tebus kesilapan yang saya buat.
Saya dah berubah.
Dari segi emosi, fizikal, metafizikal, kerohanian,
karma, kosmos, antara dimensi...
Dan sebagainya.
No comments yet. Be the first to leave one.