Le prime 200 righe.
Pada suatu masa dahulu, di sebuah negeri yang jauh,
tinggal seorang putera di sebuah istana yang indah bersinar.
Walaupun dia mempunyai segalanya yang dihajati,
putera itu manja, mementingkan diri sendiri dan tidak bertimbang rasa.
Kemudian, pada satu malam di musim sejuk,
seorang peminta sedekah wanita yang tua datang ke istana
dan menawarkan sekuntum bunga ros
bagi menggantikan tempat perlindungan dari sejuk.
Terkejut dengan rupanya yang hodoh,
putera itu menghina hadiah tersebut dan menghalau wanita tua itu.
Dia memberi amaran kepada putera supaya jangan menilai rupa,
kerana terdapat kecantikan di dalamnya.
Bila putera menghalaunya sekali lagi, kehodohan wanita tua itu hilang
untuk memperlihatkan seorang wanita yang jelita.
Putera cuba memohon maaf, tapi ia sudah terlambat,
kerana wanita itu sudah melihat tiada perasaan sayang dalam hatinya.
Dan sebagai balasan,
wanita itu merubah putera menjadi haiwan yang hodoh
dan menyumpah seluruh istana dan mereka yang berada di dalamnya.
Malu dengan rupanya seperti raksasa,
lalu Beast menyembunyikan diri di dalam istana
dengan hanya cermin sakti sebagai jendela ke kehidupan luar.
Mawar yang ditawarkan oleh si tua
sememangnya mawar yang telah disihirkan,
yang akan kembang sehingga dia berumur 21 tahun.
Jika dia boleh mencintai insan lain
dan memperoleh cintanya sebelum kelopak terakhir gugur,
maka sumpahnya akan berakhir.
Jika tidak, dia menimpa malang
untuk menjadi haiwan selama-lamanya.
Bertahun-tahun berlalu,
dia semakin kecewa dan hilang harapan,
kerana siapa yang akan jatuh cinta dengan seekor haiwan?
Pekan kecil, kampung yang sunyi
Setiap hari seperti sebelumnya
Pekan kecil, penuh dengan orang kerdil
Bangun pagi untuk berkata...
Itu penjual roti, dengan dulangnya, seperti selalu
Roti dan kuih yang sama untuk dijual
Setiap pagi seperti biasa
Sejak mula kami ke mari
Pekan di daerah yang miskin ini
-Selamat pagi, Belle. -Selamat pagi, tuan.
-Hendak ke mana? -Ke kedai buku.
Saya baru habis membaca buku yang menakjubkan
-tentang pokok kacang dan raksasa... -Baguslah tu.
Marie, roti baguette! Cepat!
Lihat itu dia, Gadis yang aneh, sudah tentu
Kebingungan, bolehkah awak lihat?
Sentiasa bersendirian
Kerana fikirannya sentiasa melayang
Pasti Belle gadis yang lucu
-Selamat pagi -Selamat sejahtera
Apa khabar keluarga awak?
-Selamat pagi -Selamat sejahtera
Apa khabar isteri awak?
Saya mahu enam biji telur
Itu terlalu mahal
Mesti ada kehidupan lebih baik dari di daerah ini
-Belle. -Selamat pagi.
Saya datang untuk hantar buku yang dipinjam.
Habis membacanya?
Saya tak boleh letakkannya. Ada buku yang baru?
Tidak sejak semalam.
Tidak apa. Saya akan pinjam yang ini.
Yang itu? Tapi awak sudah membacanya sebanyak dua kali.
Itu buku kegemaran saya.
Tempat yang jauh, perlawanan pedang, sihir ajaib, putera yang menyamar.
Jika awak amat menyukainya, buku itu kepunyaan awak.
-Tapi, tuan... -Saya mendesak.
Terima kasih. Berbanyak terima kasih.
Lihat, itu dia Gadis yang aneh
Ingin tahu adakah dia sihat
Dengan rupa seakan bermimpi
Dan sentiasa sahaja membaca
Belle menjadi teka-teki bagi kita
Bukankah ini menakjubkan?
Ini bahagian yang paling saya sukai
Kerana lihatlah nanti
Di sinilah dia berjumpa Putera Menawan
Tapi dia tak tahu
Sehingga bahagian tiga
Hei, hei! Hei hei, hei!
Rasanya tidak dihairankan namanya bermakna jelita
Cantiknya tiada bandingan
Tetapi di sebalik wajah cantik itu
Malangnya ada yang pelik tentangnya
Terlalu berbeza dari kita semua
Dia tak seperti salah seorang dari kita
Ya, Belle berbeza dari kita semua
Wow! Awak langsung tak terlepas sasar, Gaston.
Awak pemburu paling hebat di dunia!
-Saya tahu! -Tiada haiwan hidup
yang boleh menandingi awak.
-Dan tiada gadis juga. -Itu benar, LeFou.
Dan saya dah tetapkan kepada yang itu.
-Anak si pereka itu? -Dialah orangnya.
-Gadis bertuah yang akan saya lamar. -Tapi dia...
-Gadis paling cantik di pekan. -Saya tahu, tapi...
Itu membuatnya yang terbaik.
-Bukankah saya layak yang terbaik? -Tentulah. Awak layak.
Bermula dari ketika saya jumpanya, melihatnya
Saya kata dia hebat, dan saya jatuh hati
Di pekan ini hanya dia sahaja
Yang secantik saya
Jadi saya merancang untuk memikat dan mengahwini Belle
Lihat, dia pergi
Bukankah dia menawan?
Tuan Gaston
Oh, dia sungguh comel
Bertenang jantungku
Saya tak boleh bernafas
Dia sungguh tinggi, gelap, kuat dan kacak
-Selamat pagi -Selamat sejahtera
-Awak panggil ini bakon? -Cantiknya anggur
-Sedikit keju -Sepuluh ela
-Maafkan saya -Saya ambil pisau
-Tumpang lalu -Roti ini, dah hapak
-Ikan itu, dah berbau -Puan tersilap
Mesti ada kehidupan lebih baik dari di daerah ini
Tengoklah, saya akan jadikan Belle isteri saya
Lihatlah, itu gadis yang aneh tapi istimewa
Gadis yang luar biasa
Sungguh sedih dan berdosa
Dia tak boleh bercampur
Kerana memang gadis yang melucukan
Gadis cantik tapi melucukan
Dia sebenarnya gadis yang melucukan
Itulah Belle
-Hello, Belle. -Selamat pagi, Gaston.
Gaston, tolong kembalikan buku saya?
Bagaimana awak boleh baca buku ini? Langsung tiada gambar.
Kadangkala orang menggunakan imaginasi mereka.
Belle, sudah tiba masanya awak lupakan tentang buku
dan tumpukan perhatian kepada perkara yang lebih penting.
Seperti saya.
Seluruh pekan bercakap tentangnya.
Tidak elok untuk gadis membaca.
Nanti dia mula mendapat idea dan berfikir.
Gaston, awak berfikiran sangat kolot.
Terima kasih, Belle.
Apa kata saya dan awak berjalan ke tavern
-dan melihat pingat-pingat saya? -Mungkin pada masa yang lain.
-Kenapa dengan dia? -Dia gila.
Dia sungguh tampan.
Tolong, Gaston, saya tak boleh. Saya perlu pulang membantu ayah.
Selamat tinggal.
Si tua yang gila. Dia perlu semua bantuan yang diperlukan.
Jangan cakap begitu tentang ayah saya.
Ya! Jangan cakap begitu tentang ayah dia.
Ayah saya tidak gila. Dia bijak.
-Ayah? -Bagaimana ia berlaku?
-Tak guna! -Awak baik, Ayah?
Saya dah bersedia untuk putus asa terhadap besi tak guna ini.
-Ayah selalu cakap begitu. -Ayah maksudkannya pada kali ini!
Ayah takkan dapat buat mesin ini berfungsi.
Ayah akan berjaya. Dan ayah akan menang tempat pertama di pesta esok.
Dan menjadi pereka yang terkenal di seluruh dunia.
Awak betul-betul mempercayainya?
Saya selalu mempercayainya.
Jadi, apa yang kita nanti-nantikan? Ayah akan betulkan mesin ini.
Berikan ayah... Pengunci berkaki di sana.
Awak berseronok semasa di pekan hari ini?
Saya dapat sebuah buku baru.
Ayah, rasanya saya ni pelik?
Anak saya? Pelik?
Di mana awak dapat idea begitu?
Saya tak tahu. Saya tak pasti jika saya sesuai di sini.
Saya tiada teman untuk berbual.
Bagaimana dengan Gaston? Dia seorang yang kacak.
Memanglah dia kacak, dan biadab dan angkuh dan...
Ayah, dia tak sesuai untuk saya.
Awak jangan risau.
Kerana ciptaan ini akan menjadi permulaan hidup baru kita.
Rasanya dah siap. Ayuh, mari kita cuba.
-Ia berfungsi! -Ia berfungsi?
-Ia berfungsi. -Ayah berjaya.
Ayah memang berjaya!
Ayuh Philippe. Mari kita ke pesta!
Selamat tinggal, Ayah. Selamat berjaya.
Selamat tinggal, Belle. Jaga diri semasa ayah tiada.
Kita sepatutnya dah tiba.
Mungkin kita terlepas selekoh.
Rasanya saya patut ambil... Tunggu sebentar.
Tak. Mari ikut jalan ini.
Ayuh, Philippe, ini jalan pintas. Kita akan tiba sebentar saja lagi.
Ini bukan jalannya. Awak bawa kita ke mana, Philippe?
Baik kita patah balik.
Whoa. Whoa. Whoa, whoa, Philippe.
Hati-hati! Tidak!
Whoa!
Whoa!
Undur ke belakang!
Kuda yang baik. Bagus begitu, undur ke belakang!
Hati-hati, sekarang. Hati-hati.
Hati-hati. Jangan, Philippe!
Philippe?
Tolong! Ada sesiapa di sana?
Tolong!
Hello?
No comments yet. Be the first to leave one.