Le prime 200 righe.
Sarikata oleh syukryjailani Malaysia Subbers Crew
"Episod 10"
Hari ini sungguh indah.
Kamu semua pasti lapar.
Air untukmu juga.
Kau buat apa? Siram pokok?
Makanlah dulu. Sambung kemudian.
Mungkin berat kau akan bertambah.
Kau kuat makan kebelakangan ini.
Aku jadi kuat makan
setelah pindah kesini.
Tidur pun lena.
Tempat ini pasti bawa keuntungan.
Aku kuat makan
dan tidur dengan lena. Jadi, ini tempat keuntungan.
Semoga kau mendapatkan keuntungan di sini
dan menjadi orang kaya.
Apa yang bagus menjadi kaya?
Kau cuma akan rasa sedih
jika memiliki banyak bebanan hidup.
Aku cuma inginkan hidup bahagia
seperti sekarang ini.
Tapi kalau ada duit
kau boleh beli pakaian, bercuti ke luar negara
dan tinggal di rumah yang lebih besar.
Aku akan tunjukkan pada kau
cara kita boleh berbahagia meskipun tanpa ada banyak duit.
- Buka mulut kau. - Baiklah.
Jangan bimbang.
Aku akan cari banyak duit untuk senangkan hidup kau.
Kalau begitu
kau perlu cari duit sebanyak mungkin, ya?
Baiklah.
Sebelum itu, adakah Jin Sook tak apa-apa?
Dia jenis yang akan jumpa jalan pulang
meskipun kau tinggalkannya di tengah gurun.
Dia boleh kawal diri dengan baik walau dimana pun dia berada.
Dia akan okey.
"Episod 10, Cinta tak pernah berjalan sesuai harapan kita"
Ada nyamuk di sini?
Kaki aku gatal.
Tunggu, aku...
Aku tak boleh rasa apa-apa.
Kau sudah bangun?
Oh, tuhan.
Kenapa kau ada di bilik aku?
Apa? Aku datang pagi tadi.
Kenapa? Kau takut aku buat sesuatu?
Apa maksud kau?
Hei, kenapa ada banyak nyamuk?
Ada nyamuk gigit kau?
Biar aku sapukan ubat.
Biar aku tengok.
Tidak, jangan dekat.
- Biar aku tengok. - Aku okey.
- Biar aku tengok. - Tidak, tePhilah.
Takguna.
Kenapa dengan dia?
Hei, tidak!
Kenapa kamu buat bising?
Di bilik aku.
Kenapa dengan bilik kau?
Mak, ada Jin Sook. Jin Sook ada di bilik aku.
Dia?
Mak rasa dia rindukan suaminya.
Apa? Suami dia?
Selamat pagi, mak dan ayah.
Selamat pagi, Jin Sook. Kamu dah bangun.
Ya.
Kamu sangat rindukan Phil?
Sebaiknya kamu pindah kesini saja.
Tak boleh, mak. Kami masih belum sah berkahwin.
Tunggu, apa? Berkahwin?
Salinlah baju kamu.
Ya.
Tunggu. Aku berkahwin dengan Jin Sook?
Aku perlu ke bilik air.
"7 September 2017, jam 12.13 petang"
Ini pasti mimpi.
Aku bermimpi di tengah pengembaraan masa aku.
Tunggu.
Aku tak boleh bangun walaupun disiram air sejuk ini.
Tak mungkin.
Mimpi seperti ini memang ada. Pastinya ada.
Phil, keluarlah.
Semua dah tunggu.
Bagaimana...
Bagaimana mungkin aku berkahwin dengan Jin Sook?
Lurang takguna!
Lurang bodoh!
Waktu makan tengahari aku dah nak habis.
Aku kena makan segera dan kembali bekerja.
Mari makan.
Hei, jangan memilih.
Mak dah sediakan makanan ini. Bersyukurlah.
Jin Sook, cubalah ini.
Tapi mak tak pasti dengan rasanya.
Biar aku cuba.
Mak. Mak boleh jual ini di New York.
Mak memang hebat!
Oh, tuhan. Comelnya kamu.
Kamu memang gadis yang baik.
Jin Sook, makanlah ini.
Makanlah semua yang kamu mahu.
Akhirnya Phil menjadi anak yang baik.
Ayah selalu inginkan anak perempuan.
Ayah rasa sungguh gembira yang kamu akan menjadi menantu kami.
Aku akan layan ayah dengan baik.
Bagus.
Makanlah.
Nganga.
Kenapa kau disini seorang diri? Mana Dal Soo?
Dia pergi ke sauna.
Dia patut mandi. Badannya kotor.
Itu bukan urusan kau.
Kau tak ada pelanggan di kedai?
Pekerja separuh masa itu sedang bekerja sekarang.
Aku perlu berehat.
Kenapa berehat disini?
Ini bukan tempat berehat.
Bacalah itu.
Itu buku baru yang kau nantikan.
Baca buku itu dan pulanglah.
Aku kesini nak berjumpa kau, bukannya membaca.
Apa?
Tak ada apa.
Terima kasih. Aku memang nak baca buku ini.
- Hai! - Hei.
Hei, Goo Gil. Di mana Dal Soo?
Dia ke sauna.
Adakah di sini tempat perjumpaan?
Kenapa semua orang datang kesini?
Aku datang nak pulangkan ini. Atau aku patut simpan saja?
Jangan.
Semua pelanggan aku suka ambil kesempatan.
Ini bukan perpustakaan awam.
Tadi kata bukan tempat berehat.
Sekarang perpustakaan awam pula?
Oh, tuhan. Kamu semua memang tak berguna.
Tak sangka kau suka filem ini.
"Cinta dalam England"?
Aku menontonnya
sebab aku akan belajar di sana.
Aku cemburu. Aku juga mahu belajar diluar negara.
Ayuh kita pergi bersama.
Kau dah gila?
Kamu semua akan datang
ke sesi bergambar perkahwinan Jin Sook?
- Tentulah. - Tentulah aku datang.
Aku ingin melihat Jin Sook pakai gaun perkahwinannya.
Baiklah. Jumpa nanti.
Jumpa nanti.
Kau rasa Phil bahagia?
Apa maksud kau?
Bagi lelaki, cinta pertama bertahan selamanya.
Aku cuma tertanya-tanya
adakah dia akan bahagia tanpa Soo Jin.
Phil selalu memerhatikan Soo Jin
seperti aku.
Berhenti mengarut.
Aku akan bunuh kau jika cuba menghasut Phil.
Soo Jin juga tak rasa bahagia.
Diamlah. Selesaikan baca dan pergilah.
- Apa khabar. - Hei.
Kamu di sini.
Apa khabar.
Kamu dah buat persediaan untuk ke luar negara?
Ya.
Kau akan ke England, bukan?
Aku dengar banyak kolej seni yang terkenal disana.
Bila fikirkan yang aku takkan berjumpa kau untuk jangka lama
buatkan aku sedih.
Mungkin aku patut ikut kau.
Apa?
Jika ditakdirkan bersama, kita akan berjumpa lagi.
Ia berlaku secara mendadak.
Kau juga tak sempat untuk melihat perkahwinan kawan kau.
Jiran-jiran membahas tentang perkahwinan mereka.
Aku tahu. Sayangnya.
Aku tak dapat pergi kerana aku akan berangkat pergi.
Maaf. Aku perlu berjumpa dengan agensi pendidikkan luar negara.
- Baiklah. - Jumpa nanti.
- Encik, aku keluar kejap. - Baiklah.
Kamu berusaha keras, tapi burung pujaan kau akan pergi.
Sepatutnya aku patahkan sayapnya lebih awal.
- Sekarang dah terlambat. - Patahkan sayapnya?
Kenapa kau kata sesuatu yang menakutkan?
Itu hanya kiasan.
Aku sedih melihatnya pergi.
- Terima kasih atas kopinya. - Sama-sama.
Setelah menerima surat penerimaan
pasport aku akan segera keluar, bukan?
Sudah tentu.
Biasanya, bukan mudah untuk diterima ke kolej seni.
Tapi kamu diterima.
Kini kamu cuma perlu menaiki pesawat saja.
Kamu dah ada tempat tinggal?
Belum.
Aku boleh carikan yang dekat dengan kolej kamu.
Bagusnya.
No comments yet. Be the first to leave one.