Skater Girl

Skater Girl

Scarica il sottotitolo Malay

Informazioni sulla release

Skater Girl 2021 1080p WEB H264-NAISU
Un commento di ShasyaLala
Netflix Retail.

Tag

web
1080
Pubblicato il: 2021-06-11
Download: 15
Sottotitoli per non udenti: No

Anteprima dei sottotitoli in Malay

Le prime 200 righe.

NETFLIX MEMPERSEMBAHKAN

Laju lagi, kak!

Seronoknya!

Laju lagi!

Seronoknya!

Laju lagi, kak!

Laju lagi!

Jumpa lagi!

Tengok ini. Berapa awak boleh tawarkan?

Lima puluh rupee.

- Rendahnya. - Kualiti ini tak dijual di sini.

- Tengoklah barang ini dulu. - Itu saja tawaran saya. Awak boleh pergi.

Awak masih tak ke sekolah lagi?

Cikgu, saya…

Dia sibuk di rumah. Saya hantar esok.

- Betul? - Ya.

Okey, jumpa esok.

Kak?

Buat apa?

Kakak boleh ke sekolah mulai esok

tapi baju sekolah dah kecil.

Kak, ambil ini.

- Apa ini? - Baju sekolah untuk kakak.

Dari mana awak dapat ini? Ia berwarna putih!

Sekarang ada baju sekolah, kan?

Selamat pagi, cikgu.

Selamat pagi.

Duduk.

Baiklah,

hari ini kita akan belajar

bab tiga tentang sumber air.

Cikgu akan bercakap tentang masalah air.

Dengar baik-baik.

- Mana buku awak? - Pertama, kekurangan air.

Pengambilan air bawah tanah.

Ketidakupayaan untuk menggunakan air permukaan.

Terlebih guna tanah pertanian.

Awak!

Berdiri.

Di mana buku awak?

Saya terlupa.

Awak ke sekolah selepas begitu lama

dan awak terlupa buku teks?

Kenapa dengan baju sekolah awak?

Pergi.

Bersihkan koridor.

Pergi!

Senyap!

Cikgu, saya perlukan token ke bilik komputer.

- Pergi. - Terima kasih.

Apa salah awak?

Saya lupa bawa buku teks.

Bas ke Khempur!

Naik! Khempur!

Mari naik! Khempur!

Khempur!

Mari naik! Khempur!

Naiklah, mak cik. Khempur!

KHEMPUR ENAM KILOMETER

Turun!

Turunlah.

Di sini?

Apa? Tidak…

Saya perlu ke sini. Ke tempat En. Vikram. Hotel.

KAMPUNG KHEMPUR INDIA

SEJAUH 45 KILOMETER DARI UDAIPUR

RUMAH TAMU ASHIRVAAD

Vikram?

Selamat datang. Silakan.

Terima kasih.

Ini bilik awak.

Sejak masuk dalam talian, saya dapat sambutan hebat.

Dapat tempahan dari seluruh dunia. Awak datang dari London.

- Awak tempah berapa malam? - Saya cuma tinggal dua minggu.

Tak ada isu.

Saya akan beri yang terbaik.

Tapi beri ulasan baik apabila balik.

Puan, pemandangan di sini sangat istimewa.

Orang datang dari jauh untuk pemandangan ini.

Ia pemandangan yang indah.

Berehatlah. Selamat malam.

Terima kasih.

- Bayaran bulan ini masih tertunggak. - Okey. Beri saya dal.

Saya fikir… Maksud saya…

Rupa kata dia

isi borang untuk kerja jahitan.

Jika awak tiada bantahan,

- saya… - Saya mampu bekerja.

Bekerja di tanur bata taklah teruk.

Awak kerja saja di ladang. Cukup.

Tapi tak cukup untuk

uruskan rumah.

Kita akan terus berhutang.

- Mungkin saya pun boleh bantu. - Oh begitu?

Kamu akan uruskan rumah?

Kacang pun tak mampu jual. Nak kerja konon.

- Sebab itulah saya nak… - Nak apa?

Apa kata orang nanti

kalau awak kerja kilang?

Saya tak mampu urus keluarga dan biar isteri kerja.

Tak, maksud saya,

zaman dah berubah.

Berlagak!

Tambah nasi?

DUA PULUH RUPEE

Berikan sebotol air.

- Berapa? - Dua puluh rupee.

Terima kasih.

Nak buku teks juga?

Tak apa, saya akan beli kemudian.

Okey.

Hai!

- Ada tempat nak bersiar di sini? - Ya. Di kampung.

Ankush! Apa awak buat ini? Mari sini!

Ankush! Lepaskan dia, Ankush!

Apa yang awak buat ini? Lepaskan!

Jangan, Ankush!

Apa yang awak buat ini, Ankush?

Awak dah gila?

Dia panggil saya tukang cuci tandas.

Betullah.

Dia dapat tugas cuci tandas di sekolah tapi dia lari.

Awak pun sama. Awak juga cuci tandas.

Dahlah awak gagal dua kali di sekolah.

- Nak saya beritahu kakak awak? - Ayuh, kak.

- Nak beritahu? - Dia buat cerita, kak.

Tukang cuci tandas lari. Tengok tikus lari!

Tengok tukang cuci tandas!

Pukul dia!

- Lari, Tipu! - Kak!

Ankush!

Tunggu, Ankush!

- Kak! - Tipu, lari.

Maaf, kak.

Maaf, kak.

Kak.

Kak, jangan.

Yang ini bukan untuk kita. Ikut saya.

Itu untuk kasta atas. Kita boleh guna yang ini.

Maaf, kak.

Tak mengapa.

- Siapa nama kakak? - Jessica.

- Awak pula? - Prerna.

Kakak dari mana?

London?

- London? - Ya.

Tapi ayah saya berasal dari India.

Apa apa ke sini?

Kakak dah kahwin?

Belum.

Berapa umur kakak?

Tiga puluh empat.

Tapi kakak masih belum berkahwin?

Kawan saya ada anak berusia setahun.

Berapa umur awak?

Awak darjah berapa sekarang?

Cakaplah.

Saya tak ke sekolah.

Kenapa?

Saya tak ada baju sekolah.

Itu saja?

Sebab baju sekolah?

Jadi apa awak buat?

Kerja rumah, kerja di ladang dan di pasar.

Tapi penting untuk ke sekolah.

Kalau tak ke sekolah, bagaimana dengan masa depan awak?

- Maaf, mak cik. - Budak tak guna!

Tengok rambut dan baju saya.

- Awak boleh berbahasa Hindi? - Ya.

Apa ini?

Papan roda dia.

Mari tengok.

Ini papan roda saya.

Oh tuhan. Sama seperti papan selaju.

- Awak yang buat? - Ya.

Papan selaju?

Awak tak tahu apa itu papan selaju? Okey, sebentar.

Tiada rangkaian.

Awak cubalah.

- Mari. - Tak apa.

- Marilah. - Cubalah, seronok.

Mari.

- Awak pula buat. - Seronok, kan?

Perlahan.

Di mana boleh beli baju sekolah baharu?

Seronok, kan?

DANIELA - COMELNYA. BILA AWAK AKAN BALIK KE LONDON?

RIO WAH! CEMBURU DENGAN #PERCUTIANDESA AWAK

ERICK KREATIFNYA PAPAN SELAJU ITU!

AWAK DI MANA, JESS?

JESSICA KHEMPUR… KAMPUNG DEKAT UDAIPUR.

ERICK BIAR BETUL? AWAK DI SINI?

AWAK TENTU AKAN SUKA TEMPAT INI!

Saya ingat dia akan pukul atau marah saya.

Tapi dia tak cakap apa-apa.

Dia cakap dengan sopan.

Kemudian,

entah kenapa,

dia bercakap tentangnya. Dia tanya apa saya buat.

Dia sangat baik.

More Malay subtitles for Skater Girl

Commenti

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left