Le prime 200 righe.
SIRI INI DIILHAMKAN DARI PERISTIWA SEBENAR
WATAK DAN PERISTIWA TELAH DICIPTA SEMULA
Hoi, En. Kang.
Apa awak buat di sini?
Jahanam.
Awak ingat saya tak tahu apa-apa?
Eungsoo.
SEBUAH SIRI NETFLIX
Sasaran operasi ini
ialah Jeon Yohan.
Dia kawal pengedaran kokain di Suriname.
Awak akan memasuki Paramaribo
sebaik sahaja dadah Jeon sudah memasuki kawasan Amerika.
Selepas itu,
selinap ke dalam rumah Jeon melalui hutan di sebelah utara barat.
Dapatkan sasaran selepas menewaskan semua tentangan.
Matlamat utama kita adalah menahan Jeon hidup-hidup.
Dia perlu dibicarakan di mahkamah Amerika dan Korea Selatan
serta hubungannya dengan Kartel Cali perlu didedahkan.
Berapa tentangan yang akan dihadapi?
Ada 20 orang pengawal pengganas Nigeria bersenjata yang sentiasa berkawal di sana.
Bagus. Semua dah mula beri perhatian.
Ada tambahan 20 ke 30 orang yang bersenjata dan terlatih.
Ada ejen perisikan di sana?
Ada seorang ejen.
Dia bekas anggota Gerak Khas.
Dia menyertai organisasi Jeon sebagai orang yang dipercayai.
Kami berhubung rapat dengannya untuk mengetahui situasi semasa.
Serta
ada seorang pemberi maklumat orang awam di sana.
Dia akan keluar dari sana apabila operasi bermula.
Kalau dia gagal?
Sukar untuk melindungi orang awam sewaktu operasi. Dia tak boleh terlibat.
Ayah. Betulkah ayah akan balik?
Ya. Ayah periksa laporan prestasi kamu setiap hari.
Ia buat ayah gembira.
Kamu rajin melayan adik?
Dia cuma bersenam setiap hari.
Saya ajar dia matematik kerana dia tak pandai.
Saya pandai matematik juga.
Tak apa. Kita buat apa yang kita pandai.
- Panggil mak. - Okey.
- Bila awak akan balik? - Kalau semua okey, esok.
Paling lewat pun hujung minggu ini.
Cepat balik.
Anak-anak membesar dengan cepat.
Kita cakap nanti. Mereka perlu tidur.
Okey.
LAPANGAN TERBANG SOUTHWESET FLORIDA, AMERIKA
Sebaik sahaja kokain tiba di Puerto Rico,
AADK akan ke sana.
Apa yang penting,
awak perlu menaiki kapal terbang itu dan keluar dari Suriname.
Buat apa tinggal di sini selepas urusan tamat?
Saya letih dengan Suriname.
Baiklah. Kita jumpa di Puerto Rico nanti.
Maaf kerana lambat.
Tak mengapa.
Wah. Cuaca hari ini sangat baik. Betul tak?
"Apa yang anda mahukan akan jadi kenyataan.
dan jalanmu akan disinari cahaya."
Ini petanda semua akan berjalan lancar.
Tuhan akan lindungi kita kerana kita semua beriman.
Kita bertolak.
Jom.
Awak suka bau koka?
Inilah phytoncide sebenar.
Saya tak nak cakap belit-belit.
Orang atasan risau mengenai baki bayaran.
Kami tak boleh hantar orang kami tanpa penjamin agensi.
Maaf. Saya berhenti merokok selepas ke Iraq.
Bilik merokok di sana.
Maaf. Kalau begitu, boleh saya buat panggilan?
Silakan.
PENGARAH PARK JONGSU RUMAH SELAMAT, WASHINGTON
Apa? Penjamin?
Hoi.
Awak nak agensi jadi penjamin? Ini bukan cara kita.
Hentikan semuanya.
Tuan. Jeon sedang masukkan barang ke dalam kapal terbang
dan AADK sudah bersedia.
Kita cuma perlu tangkapnya di Suriname. Betul nak berhenti?
Betulkah semua dah sedia?
- Awak yakin? - Ya, tuan.
Saya tunggu keputusan tuan sahaja.
Tuan yang mengetuai operasi ini.
Kami tak boleh ambil tindakan tanpa pengesahan tuan.
Tak guna.
Awak pandai mengampu.
Bukan saya sahaja, seluruh unit sedang menunggu kelulusan dari tuan.
Okey. Saya akan jadi penjamin. Pastikan semua tamat dengan baik.
Nanti kita jumpa di agensi semula.
Sudah!
Terima kasih, tuan.
Ya!
Ya!
Kapal terbang sudah sedia.
Okey. Masukkan barang.
SANGMAN
Helo.
Ingu. Awak dah makan?
Saya dah makan tengah hari dan sedang minum air lemon.
Kami dah bersedia di sini.
Saya akan mesej awak lokasi dan masanya.
Saya akan ke Puerto Rico sekarang.
Bagus. Terima kasih, Sangman. Nanti kita buat sambutan.
Pastikan awak selamat sampai dengan barang kita nanti.
Faham?
Ya. Awak ingat saya siapa?
Jangan berlapar dan makan dalam penerbangan. Kita jumpa nanti.
Saya dapat mesej.
Waktu pertemuan ialah jam 1 menurut zon waktu timur
di landasan tiga Lapangan Terbang Vieques.
Kalau begitu,
jom bergerak.
LAPANGAN TERBANG VIEQUES, PUERTO RICO
PERKHIDMATAN UDARA VIEQUES
Kita ada dua jam lagi sebelum operasi bermula.
TENTERA PENYELAMAT
Presiden turut memberikan kita juruterbang terbaik dari tentera udara.
Akhirnya dia buat kerja selepas dimarahi awak.
Okey. Saya akan hantar barang ini dan kembali dengan duit.
Tapi…
Awak akan tinggal di sini dengan saya.
Apa? Kenapa?
Kita perlu berbincang. Saya rasa ini lebih baik.
Hanya En. Lee…
akan ke Puerto RIco.
Baiklah, Paderi.
Paderi.
Awak tahu ini bukan caranya untuk berurusan.
Saya yang perlu hantar barang itu.
Bukankah itu cara tradisi Korea?
Betul cakap awak.
Apa kata saya pergi sekali?
Awak pasti letih.
Okey. Jom pergi.
Buat apa pergi? Nanti balik semula ke sini juga.
Kita minum soju bersama-sama.
Saya tak pasti jika En. Goo akan setuju dengan perancangan ini.
Kita tak perlu kelulusannya untuk bekerja.
Okey. Saya akan telefon En. Goo.
Awak yang perlu datang, Ingu.
Naik kapal terbang biasa.
Awak orang penting. Jadi awak perlu datang.
Saya rasa saya tak boleh pergi.
Saya tengok apa saya boleh buat selepas urusan selesai.
Ini tak masuk akal.
Nak saya bercakap dengan Paderi Jeon?
Dia takkan ubah fikiran.
Mungkin dia dan En. Lee berbincang tanpa saya.
Baiklah.
Saya…
akan telefon selepas urusan selesai. Okey?
Ya. Itulah yang terbaik.
- Selamat berjaya. - Okey.
Jeon tak benarkan En. Kang naik kapal terbang.
Adakah Jeon sudah tahu?
Kalau tahu, dia takkan hantar barang. Dia cuma berhati-hati.
Lee Sangjun akan datang.
Kalau dia tak hantar kokain?
Bagaimana kalau dia nak tahu rekasi kita jika dia hantar barang palsu?
Okey.
Kita pastikan keselamatan En. Kang dulu.
HANTAR 1 JUTA KUPON KE AHLI BARU
SERVIS TERBAIK, TRANSAKSI SELAMAT
Kecewa tak dapat pergi?
Bukan begitu tapi saya agak hampa.
Mereka adakan parti kolam renang.
En. Kang.
Parti kolam renang tidak penting sekarang.
Betul.
OKEY
Awak buat apa? Bahagian terbaik dah nak mula.
Baik, Paderi.
Tiada sesiapa di dunia ini
Yang beritahu yang mana hutan
Dan yang mana paya
Nombor pendaftaran 113-25.
Penghantaran Tentera Penyelamat, Perisai Merah.
Mohon kebenaran memasuki udara Puerto Rico.
Menara kawalan dah beri kebenaran masuk.
Ketibaan dalam 15 minit.
Kenapa Jeon suruh saya tinggal? Dia tahu sesuatu?
Caranya seperti awak orang tebusannya.
Tapi saya tak faham apa niat sebenarnya.
Saya akan alih perhatiannya.
Pergi ke kedutaan Amerika bila saya beri isyarat.
Tapi semua akan tamat jika dia dapat tahu.
Awak tak perlu risau.
Pastikan keselamatan awak dulu.
Saya bahayakan diri untuk operasi ini. Takkan biar ia punah saja?
Bagaimana jika Jeon dapat tahu dan larikan diri?
Kita takkan jumpa dia jika dia lari ke hutan.
Saya takkan benarkannya terjadi.
Bagaimana nak percayakan awak?
Kalau agensi perisikan hebat, saya takkan berada di sini.
Betul?
Saya akan rosakkan keretanya agar dia tak dapat lari.
Alih perhatiannya dan beri saya masa.
No comments yet. Be the first to leave one.