The BFG

The BFG

Scarica il sottotitolo Malay

Informazioni sulla release

The BFG 2016 ALL BluRay
Un commento di arbi_theone
Bahasa Malaysia! Enjoy It!

Tag

BluRay
Pubblicato il: 2016-11-16
Download: 123
Sottotitoli per non udenti: No

Anteprima dei sottotitoli in Malay

Le prime 200 righe.

Subtitle Oleh: arbi_theone

Ianya merupakan waktu penjelmaan

ketika hantu keluar.

Ketika ketiadaan sesiapa.

Penjaga asrama percaya waktu penjelmaan tiba pada tengah malam.

Gadis-gadis itu mengatakan pada pukul 1 atau 2 pagi.

Saya rasa ia muncul pada pukul 3 pagi,

apabila saya yang satu- satunya masih berjaga.

Seperti biasanya.

Seperti sekarang.

Oi!

Kamu semua sangat mabuk!

Boleh kamu pergi dari sini? Ada kanak-kanak yang baru masuk tidur.

Hai. Cik adik. Jangan Cik adik sangat dengan saya!

Saya akan panggil polis. Saya akan lakukannya.

Awas ada lopak air.

Jom.

Jangan sesekali turun dari katil.

Jangan sesekali pergi ke jendela.

Dan jangan sesekali melihat dibelakang...

Langsir.

Jangan sesekali turun dari katil. Jangan sesekali pergi ke tingkap.

Dan jangan sesekali melihat dibelakang langsir!

Awak tidak boleh kemana-mana.

Kecuali awak ada sayap.

Saya sangat lapar. Ini masa untuk makan.

Saya di mana?

Negeri gergasi.

Mana ada negara seperti itu?

Sudah tentu saya berada sangat jauh.

Ya, ianya berbatu-batu jauhnya.

Apakah itu? Apakah itu?

Gergasi.

Ada ramai lagi seperti awak?

Ya, sebenarnya..

Flesh Lump Eater, Bone Cruncher.

Man Hugger, Child Chewer, Meat Dripper,

Gizzard Gulper, Maid Masher, Blood Bottler.

Blood Bottler? Ya.

Dan Butcher Boy.

Butcher Boy?

Tolong jangan makan saya.

Saya?

Awak ingat kerana saya gergasi, saya pemakan daging manusia?

Saya, pemakan daging manusia? Tolonglah sikit!

Ini saya tak pernah lakukan.

Jadi, awak siapa? Awak ni jenis gergasi apa?

Awak salah menilai saya.

Awak menculik saya.

Ya, itu betul awak nilai saya.

Bagaimanapun, saya bukan mahu sangat menculik awak.

Selepas sedikit perkara yang awak lakukan.

Saya tak boleh fikirkan apa mak dan ayah awak yang malang perlu...

Saya tiada mak dan ayah.

Awak tiada?

Mereka meninggal semasa saya masih bayi.

Jadi awak yatim piatu?

Ya.

Awak mengambil saya dari rumah anak yatim.

Awak tidak tahu?

Saya tak tahu pula.

Adakah awak gembira di sana?

Tidak.

Saya benci tinggal di situ.

Penjaga asrama yang menjaganya adalah tidak cekap dan...

...dia mempunyai peraturan yang tidak masuk akal...

...dan awak akan dihukum dengan banyak.

Bagaimana awak dihukum?

Dia mengurung saya dibilik bawah tanah yang gelap.

Terdapat banyak tikus di bawah sana.

Dia betul-betul wanita jahat.

Gergasi yang lainnya...

Adakah mereka baik seperti awak?

Tidak, maaf dicakap, yang lainnya akan terus makan dan telan awak sekaligus.

Hanya saya yang baik di negeri gergasi sekarang.

Itulah di mana awak berada sekarang, di negeri gergasi.

Tapi kenapa awak membawa saya kemari? Kenapa awak menculik saya?

Saya perlu membawa awak.

Sebab perkara pertama yang awak akan lakukan...

...adalah awak akan bergegas memberitahu orang yang awak melihat seorang gergasi.

Lalu akan ada kekecohan besar, bukan?

Dan semua orang akan sibuk mencari gergasi yang awak lihat dengan penuh bersemangat.

Dan mereka akan mengurung saya di sebuah kurungan.

Untuk dijadikan tontonan bersama badak air,

buaya dan zirafah.

Dan akan ada pemburuan besar-besaran untuk mencari gergasi-gergasi yang lainnya.

Saya tidak akan beritahu sesiapa pun.

Lagi pula tiada siapa yang akan mendengar cakap saya.

Saya seorang budak yang tidak boleh dipercayai.

Ya, awak akan beritahu orang.

Tidak, saya tidak akan beritahu orang.

- Ya, awak akan beritahu orang. - Tidak, saya tidak akan beritahu orang!

- Ya, awak akan beritahu orang. - Tidak, saya tidak akan beritahu orang!

Awak akan beritahu seluruh dunia.

Kemungkinan besar di televisen dan radio.

Saya tidak akan beritahu sesiapa pun. Tidak akan beritahu.

Tolong, hantar saya pulang.

Saya takut.

Saya mahu pulang.

Tidak.

Sangat teruk rasanya.

Awak kena tinggal di sini dengan saya selama hidup kita tersisa.

Maksud awak hidup saya? Selama sisa hidup saya?

Hei, awak tidak merasa sejuk?

Dalam gaun tidur kecil awak.

Saya akan lari.

Dengar, dengar awak...

Saya beri awak amaran.

Jangan sesekali keluar dari gua ini tanpa saya atau nasib awak akan berakhir dengan buruk.

Awak tidak boleh menghentikan saya.

Saya sudah pernah lari beribu kali.

Saya ada naluri.

Naluri?

Saya selalu berfikir yang manusia itu penuh dengan otak,

tapi awak tidak cukup cerdik.

Saya boleh menghentikan awak.

Gergasi yang lain akan menelan awak seperti sepotong "fai labu".

Sebutannya adalah pai labu, bukan "fai labu".

Dan "gigirapah" adalah zirafah.

"Buayaiyi" adalah buaya.

Dan "badak ayor" adalah badak air.

Saya memang kadang-kadang menyebut beberapa perkataan dengan berbeza.

Saya tidak boleh sentiasa betul.

Kadang-kadang saya ke kiri, bukannya ke kanan.

Maaf, saya tidak bermaksud kurang ajar.

Apa yang saya katakan dan apa yang saya maksudkan kadang-kadang adalah dua perkara yang berbeza.

Apa yang awak baca?

Nicholas Nickleby.

Apakah isi dalam jug itu?

Mimpi-mimpi.

Mimpi bukannya suatu benda.

Saya sebenarnya tidak bermimpi. Saya ada penyakit sukar tidur.

Benarkah?

Mimpi sebenarnya suatu perkara yang sangat misteri.

Mereka selalu mencari orang-orang yang sedang tidur.

Dengan urat nadi yang berdenyut dan kulit yang terbakar.

Mata terasa liar dan berat.

Awak boleh... awak boleh membaca?

Ya.

Fikiran bercelaru dan terganggu.

Dia merasakan seperti cahaya adalah suatu celaan...

...dan tanpa disedari mengecil dari siang harinya.

Seolah-olah dia adalah sesuatu yang hodoh dan mengerikan.

Tolong saya!

Tidak! Tolong!

Tolong saya!

Tolong!

Awak yang buat begitu?

Awak betul.

Saya sudah cakap pada awak, saya tidak bermimpi.

Jadi itu lebih menakutkan daripada yang diperlukan.

Itu memang sangat diperlukan.

Budak kecil seperti awak sepatutya tidak bergaul dengan gergasi tua seperti saya.

Para gergasi semuanya pembunuh dan pemakan daging manusia.

Mereka menelan manusia seperti ketulan gula.

Manusia, bukan manusia kacang.

Sama sahaja, mereka akan memakan awak.

Apa... apakah air hijau itu?

Frobscottle.

Semua gergasi meminum air frobscottle.

Buih gasnya ke arah yang salah.

Buih gas naik ke atas.

Ke atas? Ke atas?

Kalau buih gas naik ke atas, itu boleh membuat kita sendawa.

Jadi apa salahnya kalau sendawa?

Itu menjijikkan.

Tapi kalau buih gas di perut awak turun ke bawah dan keluar di tempat lainnya...

...hasilnya akan lebih menjijikkan.

Itu namanya whizpopper.

Whizpopper?

Ya.

Tanda dari kebahagiaan sejati.

Oh, tidak.

Ianya mendung.

Runt.

Awak ada di rumah, Runt?

Tidak.

Awak sedang bercakap.

Awak sedang bercakap dengan siapa, Runt?

Kenapa awak seperti berceloteh di pagi hari?

Kenapa awak tidak tidur hari ini?

Sebab awak membuatkan saya terjaga dengan suara celotehan awak.

Jari saya terluka.

Mungkin kemudian nanti.

Sekarang, Runt!

Baik, saya akan siapkan airnya.

Tidak, tidak, tidak, jangan guna air.

Jangan guna air.

Sembunyi di balik sana.

Biar saya tengok.

Awak ada manusia kecil baru?

Tidak.

Saya terhidu bau manusia. Saya akan mencarinya.

Jangan bergerak.

Saya akan memakannya.

Awak salah.

Tidak ada manusia di sini.

Saya lapar.

Makan sahaja snozzcumber itu.

Itu sebiji snozzcumber yang lazat, masih segar.

More Malay subtitles for The BFG

Commenti

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left