Le prime 200 righe.
Kerajaan Mexico mengerahkan
Tentera Darat dan Tentera Laut ke seluruh negara
bagi tujuan mengawal peningkatan gelombang keganasan.
Ini cuma sebahagian jenayah yang didalangi oleh Iván Gastélum,
atau El Cholo.
…penangkapan antara sekutu rapat El Chapo memberi tamparan hebat buat kartel.
Majlis peringatan diadakan pagi ini buat pegawai polis
yang terkorban semasa bertugas.
SELAMAT DATANG KE CULIACÁN
Konfrontasi besar-besaran tercetus lagi
antara Polis Persekutuan dan Kartel Sinaloa.
BERDASARKAN RENCANA OLEH HÉCTOR DE MAULEÓN
Letak tangan di kaunter! Hei! Jangan berani!
FACING EL CHAPO
BERDASARKAN PERISTIWA SEBENAR
6 JANUARI 2016, 7 PAGI LOS MOCHIS, SINALOA
Janganlah!
Elízabeth!
Elízabeth! Ayah kira sampai tiga. Satu, dua…
Jangan nakal, okey?
- Dah seterika, sayang. Ini kopi. - Terima kasih.
Kenapa awak tak belikan mainan lebih sesuai?
Macam Barney, Barbie.
Bukan saya yang belikan.
Carlitos yang beri, ayah.
Tak guna punya Carlitos. Serabut aku. Hei!
Sudah, jangan tembak lagi. Duduk.
- Duduk diam! - Elízabeth!
- Makan cepat. - Bila ayah nak belikan komputer?
Ibu kata jika ada komputer, mesti kami tak nakal.
Aduhai.
Saya atau awak nak jawab?
Joana budak pandai.
Ibu dah kata, jika ayah ada duit, nanti ayah belilah.
Ayah nak tanya. Kamu rasa kamu layak dapat komputer?
Awak suka kacau kakak, awak baru nak buat kerja rumah.
- Tak. - Ya!
Awak rasa layak?
Tak.
Tapi saya selalu dapat markah tinggi!
- Dapatkan markah lebih tinggi dulu. - Hai! Boleh masuk?
Masuklah. Awak nak apa? Kopi?
Tak apa, dah lambat.
Cepat, anak-anak. Kamu main-main, sebab itu lambat habis.
- Ibu! - Padan muka.
- Jangan nakal. - Selamat bertugas.
Ayuh! Cepat!
Sekejap, ibu nak doakan.
- Doa cepat-cepat! Pergi dulu. - Okey.
- Terima kasih. - Pergi dulu.
Lasak betul perangai Liz.
Kena jaga dia baik-baik. Susah nak kawal dia.
Saya tahu.
Duduklah. Mari makan.
Saya tak lapar.
Kenapa dengan awak?
Saya asyik rasa tak sedap badan.
Kenapa? Awak…
Awak tak sihat? Pening? Sakit perut?
Saya hamil.
Saya hamil, Arturo.
- Awak bergurau? - Takkanlah nak bergurau hal begini?
Anak perempuan lagi.
Atau lelaki.
Alamak!
Awak lupa makan ubat perancang?
Saya memang makan.
Tapi saya tersilap kira hari.
Saya dah buat kira-kira. Gaji saya mampu tanggung kosnya.
Kita belum habis bayar rumah.
Belum habis bayar kereta. Dua anak pun tak tertanggung.
Hutang kita keliling pinggang.
Maksud saya…
Jika tak mampu, kita gugurkan.
Tak, maksud saya,
kita kena bekerjasama untuk besarkan dia.
- Nanti saya mohon syif malam. - Tak boleh.
- Itu bahaya, Arturo. - Habis, nak buat apa lagi?
Memanglah bahaya, tapi lama-lama saya biasalah.
Yang penting, kita tak berlapar.
Biarlah berlapar daripada jadi balu.
Sayang…
Tuan, boleh jumpa sekejap?
Masuk, Carmona.
Kenapa?
Saya nak minta tukar ke syif malam.
Tak boleh.
Awak perlu kerja siang.
Masalahnya begini.
Bonus syif malam lebih banyak. Saya nak cari duit lebih.
Isteri saya hamil lagi.
Faham-fahamlah, kos hidup semakin naik.
Hamil lagi?
Ya.
Apa khabar?
Saya dah ambil baju bayi daripada rumah Vicky.
Awak okey?
Ya, semuanya okey.
Saya boleh simpankan sampai awak beritahu Arturo.
Saya dah beritahu.
Apa dia cakap?
Dia kata jangan risau.
Dia nak mohon kerja syif malam.
Sudahlah keadaan sekarang bahaya.
POLIS PERSEKUTUAN
Carmona.
Ya, tuan?
Ada polis dipindahkan dari Arteaga ke sini.
- Dari Nuevo León? - Michoacán.
- Di sana tengah panas, bukan? - Macam biasalah.
Namanya Rosales. Saya tugaskan dia kerja syif malam.
Tapi saya belum tentukan unit peronda mana lagi.
Awak memang bertuah.
Ini memang rezeki anak baru awak.
Harap begitulah.
Pantau dia baik-baik.
Jangan leka. Kita belum kenal dia betul-betul.
- Baiklah, saya takkan leka. - Bagus.
Sambung kerja. Awak kerja dua syif hari ini.
- Terima kasih. - Okey.
Bogel terus atau separuh bogel?
Bogel terus.
- Yakah? - Ya.
- Nah. - Terima kasih.
Jumpa lagi.
- Sandra! - Andrea.
Andrea!
Okey, saya pergi dulu.
Minum kopi banyak-banyak jika nak kerja malam.
Yang penting, kopinya kena sedap dan pekat.
Kau dari Michoacán, bukan?
Janganlah kutuk. Aku nak berlatih loghat sini.
Kau rasa kopi ini pekat?
Syif kita baru mula.
Selamat datang ke Mochis.
Ayuh.
POLIS PERSEKUTUAN
- Nampak Polis Perbandaran itu? - Jika mereka melawan, nahas dia.
Tak, aku rasa dia boleh kawal keadaan.
Jangan…
Aduhai!
Helo.
Helo.
- Semua okey? - Ya.
Suruh mereka bangun. Bawa mereka pergi!
Helo. Kamu perlukan bantuan?
Tak perlu, semuanya terkawal.
Ayuh.
Pergi dulu.
Cepat.
Ayuh.
Bangun.
Takkanlah kau tak tahu?
Rupanya kau memang tak tahu.
Celaka.
Saya harap kamu rekodkan semua barang rampasan.
Jangan risau.
Hei!
Apa "hei"?
Jangan naik suara.
Banyaknya kokaina.
Kami boleh iringi kamu ke pejabat Peguam Daerah.
Saya nak laporkan rampasan ini kepada ketua saya, setuju?
Baiklah.
Mari ke Ahome.
Ayuh!
Hei!
Helo.
Semua okey?
Semuanya okey.
Jalan.
Kami ikut kamu.
Mari pergi sekarang! Cepat!
Helo, operator.
Carmona.
Kau dah kacau urus niaga polis itu.
Pergi dulu. Terima kasih, Erick.
…malam ini boleh tak?
Kita jumpa di Motel del Puerto.
Datanglah pakai uniform, ya?
Nah.
Inikah kopi yang sedap itu?
Kopi terbaik di Mochis.
Hei, Rosales.
Kau buat apa dengan samseng tadi?
Maksud kau?
Kenapa tunjukkan telefon kepada mereka?
Pelik juga taktik kau.
Aduhai.
Perlukah aku jelaskan cara aku buat kerja?
Apa masalah kau?
Aku tak ada masalah.
Celaka betul.
Arturo?
Selamat pagi, sayang.
- Selamat pagi. - Hai, sayang.
- Apa khabar? Nak sarapan? - Saya penat sampai tak lapar.
- Tapi ikut awaklah. - Ada machacha .
Takkanlah tak penat selepas kerja dua syif?
Cantiknya. Siapa lukis?
No comments yet. Be the first to leave one.