Le prime 189 righe.
Reza…
Kau rasa macam mana lagu tadi?
Ini adalah lagu yang sedap.
Mak Cik Azizah suka sangat lagu itu.
Datin Azizah layan lagu ciptaan Garner?
Aku rasa mungkin dia dah bosan dengan muzik klasik suami dia.
Lagipun dia mula berjinak dengan komposer Amerika seperti Garner dan Gershwin.
Akulah yang memperkenalkan kepadanya.
Pilihan yang bijak.
Kau pandai mainkan lagu tadi. Dari mana kau belajar?
Aku orang yang teliti dan cerewet dengan pilihan muzik yang aku dengar.
Malah aku ada buat hipotesis mengenainya.
Apa?
Aku dapati kebanyakan orang muda dan bujang
sangat cerewet dengan pilihan muzik yang mereka dengar.
Tapi tidak pada orang yang dah berkahwin.
Apa maksud kau yang perkahwinan itu begitu teruk sekali?
Itu pandangan aku saja.
Aku rasa aku bukan orang yang sesuai untuk beri pandangan itu
sebab aku belum berkahwin, aku bujang.
Tapi tidak pada Datuk Zainal yang sudah beristeri tiga.
Malah dia boleh beri ceramah pasal itu pada kau.
Azman, Rahmat datang.
Semoga dicucuriNya.
Apa khabar Rahmat?
Baik.
Apa tujuan kau datang ke KL hari ini?
Untuk berseronoklah Azman, apa lagi?
Malangnya, Mak Cik Azizah tak suka tengok muka kau berada di sini.
Aku rasa…
Baik kau keluar dari sini sebelum dia balik.
Balik?
Dia pergi mana?
Membeli-belah dengan Rose.
Oh… Maknanya, sebentar lagi Rose akan balik ke sini?
Aku buat keputusan untuk tunggu dia di sini.
Melihat aku dimarahi oleh Mak Cik Azizah
bila melihat kau berada di sini?
Boleh aku tahu sebab apa dia tak suka sangat dengan aku?
Dia tak suka cara kau bermain mata dengan Rose.
Dia tak suka cara kau menggoda Rose,
dan dia juga tak suka
pada hakikatnya yang Rose juga suka dengan cara kau menggoda dirinya.
Aku cintakan Rose.
Tujuan aku datang ke sini hari ini adalah untuk melamarnya.
Tadi kau katakan kau datang ke sini dengan tujuan untuk berseronok.
Melamar, pertunangan dan perkahwinan itu adalah perniagaan untuk Azman.
Kau ini tak romantik langsung.
Tiada apa yang romantiknya tentang sebuah perkahwinan.
Ketidaktentuan dalam percintaan itulah mendatangkan ghairah dan menyeronokkan.
Tiada apa lagi yang menyeronokkan setelah ia menjadi pasti,
dan perkahwinan itu adalah perkara yang pasti.
Kadang-kadang terdapat juga perceraian.
Itulah buktinya perkahwinan itu tidak menyeronokkan lagi.
Bagi aku pula, perceraian adalah syurga bagi lelaki yang telah berkahwin.
Kerana mereka akan sedar betapa pentingnya sebuah kebebasan.
Jangan kau sentuh sandwic itu!
Tapi aku nampak kau makan sandwic ini.
Aku lain, dia mak cik aku.
Encik dijemput untuk menjamu selera kek ini. Kek ini dibuat khas untuk Rose.
Terima kasih.
Selamat menjamu selera.
Sayang buat kau.
Yang selera Rose tak sofistikated macam mama dia.
Kau silap.
Rose seorang gadis yang bijak dan sofistikated.
Sofistikated?
Kau tahu tak apa perbezaan di antara Rose dan Mak Cik Azizah,
bila kau bertanya pada dia tentang komposer agung dari Amerika?
Mak cik Azizah akan menjawab…
George Gershwin.
Manakala Rose pula akan menjawab…
Bon Jovi.
Bon Jovi! Sekarang kau faham maksud aku, bukan?
Kau silap.
- Aku silap? -
Kalau aku silap, seluruh komuniti muzik dalam dunia ini juga silap!
Gershwin hidup pada awal kurun ke-20.
The Beatles dan Rolling Stones pada masa itu belum nampak lagi bayangnya.
Jaz dianggap muzik underground. pada ketika itu.
Sesiapa saja yang mendengar jaz akan dikatakan tidak bermoral.
Sekarang, orang sama dari keturunan yang kata ia tak bermoral, mengagungkannya.
Pokoknya, Gershwin tak banyak pilihan pada ketika itu.
Apa yang kau mengarut ini?
Apa yang kau tahu tentang muzik?
Apa perbezaannya di antara Wolfgang Amadeus Mozart dan Jimi Hendrix?
Kedua-duanya genius.
Kedua-duanya terkenal dengan kenakalan masing-masing.
Kedua-duanya mati muda.
Tepat sekali!
Cuma yang membezakan jumlah kokain, marijuana,
LSD di Vienna pada zaman Mozart.
Tidak sebanyak di Seattle pada zaman Hendrix.
Orang di Vienna pada zaman Mozart masa itu belum kenal siapa Jack Daniels.
Kalau Mozart hidup pada masa ini, dia akan menjadi seorang…
Bintang rock!
Bintang Rock!
Kau berhambus sekarang!
Datin Azizah dah nak sampai. Dia sekarang berada di tol Penchala.
Terima kasih, Reza.
- Azman… -
Kau tahu bukan, aku datang untuk melamar Rose…
Tapi cara kau tak beradab dan beradat.
Kau tahu tak apa masalah kau?
Apa?
Pemikiran kau terlalu tua untuk usia kau.
Aku ini yatim piatu. Aku tak ada saudara-mara dalam dunia ini.
Jadi tak salah bagi aku kalau aku sendiri yang masuk meminang Rose.
Lagipun, aku ada perniagaan aku sendiri.
Harta aku banyak hasil daripada usaha aku.
Bukannya mengharapkan harta peninggalan ibu bapa macam kau.
- -
Macam mana pun, aku tetap takkan benarkan kau berkahwin dengan Rose.
Aku tak perlukan kebenaran kau untuk meminang Rose.
Kau silap. Kali ini kau silap.
- Aku silap? - Ya.
Kerana Rose sepupu aku
dan Mak Cik Azizah tentu akan bertanya pada aku tentang kau.
Aku akan katakan pada Mak Cik Azizah yang
- kau bukan calon sesuai untuk Rose. -
Kau belum terangkan pada kami siapa itu Ratna?
Kau tak fahamkah? Aku tak kenal siapa itu Ratna.
Kau simpan bekas rokok aku sejak dua minggu lepas?
Hei! Kau tahu tak yang ia diperbuat daripada emas tulen 24 karat?
Ia amat penting bagi aku.
Malah aku telah buat laporan polis tentang kehilangannya.
Jadi sekarang kau tak perlu bimbang lagi.
Aku akan beri pada kau dan kau patut berterima kasih pada aku.
Tapi bagaimana pun, aku ada membaca tulisan di dalamnya
dan ia menunjukkan ini bukan milik kau.
Ia memang milik aku.
Kau sendiri pun tengok aku menggunakannya berkali-kali di hadapan kau.
Malah kau tak ada hak untuk membaca apa yang tertulis di dalamnya.
Mengarutlah!
Aku dah bosan dengan undang-undang tentang apa yang patut aku baca dan tidak.
Nampaknya undang-undang moden sekarang telah
hilang kepercayaan pada kebolehan manusia untuk menilai yang baik dan buruk.
Aku faham apa kau semua cuba katakan.
Aku faham sangat,
cuma aku tak nak berdebat
tentang undang-undang moden hari ini.
Aku cuma mahukan bekas rokok aku itu balik. Bongok!
Aku tahu tapi ini bukan bekas rokok kau.
Bekas rokok ini adalah pemberian seorang gadis yang bernama Ratna.
Kau katakan tadi yang kau tak kenal Ratna.
Kalau kau nak tahu sangat, Ratna itu mak cik aku!
Mak cik kau?
Ya, mak cik aku yang paling aku sayang dan dia tinggal di Ipoh.
Tapi kenapa mak cik kau yang tinggal di Ipoh,
menggelarkan dirinya "Ratna yang manja"?
"Dari Ratna yang manja dengan penuh kasih sayang."
Apa masalah kau?
Ada mak cik yang sombong, garang, ada yang lembut, ada yang manja.
Itu hak dia untuk membahasakan diri dia apa yang dia suka.
Kau ingat semua mak cik dalam dunia ini macam mak cik kau? Bongok!
Babi!
Tapi kenapa mak cik kau memanggil kau pak cik?
"Dari Ratna yang manja dengan penuh kasih sayang
kepada Pak Cik Razak".
Aku tak ada masalah
dengan mak cik kau yang manja itu.
Tapi aku ada masalah bila seorang mak cik
memanggil anak saudaranya pak cik.
Satu lagi.
Nama kau,
bukan Razak tapi Rahmat.
Nama aku Razak bukan Rahmat!
Dari mula aku kenal kau, kau kata nama kau Rahmat.
Aku memperkenalkan kau pada semua dengan nama Rahmat dan kau menjawab.
Muka kau seperti Rahmat.
Aku pelik bila kau kata nama kau bukan Rahmat?
Kad kau?
Kad yang kau berikan kepada aku tertulis nama Rahmat.
Reza…
Tak apa. Aku ada.
Rahmat Bin Abdullah. No. 5 Jalan Setiabadi, Bukit Damansara.
Jadi aku akan simpan kad ini sebagai bukti.
Jika kau cuba menafikan pada aku, Rose dan Mak Cik Azizah yang kau bukan Rahmat.
Aku akan simpan juga kalau kau cuba bohong aku satu hari nanti.
Hei. Nama aku Rahmat di Kuala Lumpur.
Di Pulau Pinang aku Razak.
Bekas rokok itu dihadiahkan pada aku semasa aku di Pulau Pinang.
Tapi itu tak menerangkan pada aku kenapa mak cik kau memanggil kau pak cik.
Sahabat, aku rasa kau perlukan alasan yang lebih baik lagi.
Aku tak perlu jelaskan apa-apa pada dia.
Kau perlu jelaskan kepada aku sebab aku sepupu kepada gadis yang kau cintai.
Selama ini, memang aku mengesyaki kau seorang yang mengamalkan 'Bunyamin'.
Bunyamin? Bunyamin apa?
Aku akan jelaskan tapi kau perlu beritahu aku
No comments yet. Be the first to leave one.