Le prime 200 righe.
Nama saya Michael Scofield...
...dan saya seorang banduan pelarian.
Tiga minggu lepas, saya berada di dalam penjara di Panama.
Ketika di sana, saya telah didatangi oleh pihak Company.
Company adalah sebuah organisasi tidak berakhlak...
...yang terlibat dalam semua peringkat industri dan kerajaan.
Mereka telah berikan saya dua pilihan.
Bebaskan orang mereka, James Whistler dari penjara tersebut.
Jika tidak mereka akan bunuh...
...satu-satunya wanita saya pernah cintai,...
...Dr. Sara Tancredi.
Saya telah melaksanakan tugas saya dan saya telah bebaskan Whistler.
Tetapi pihak Company,...
...mereka tetap bunuh Sara.
Saya tidak tahu kenapa Company mahu bebaskan James Whistler...
...tetapi saya sudah berjaya jejaki dia ke sini di Los Angeles.
Dia bersama seorang lagi ejen Company...
...yang saya cuma kenali sebagai Gretchen.
Ejen yang sama yang telah bunuh Sara.
Semuanya akan berakhir hari ini.
Saya datang ke sini mencari keadilan.
Keadilan yang saya sekarang tahu...
...tidak boleh diberikan oleh sistem undang-undang.
Jadi jika awak sedang baca surat ini,...
...awak tahu saya mati kerana membalas dendam untuk Sara.
Dapatkan kad data itu, kita hantarnya...
...dengan cepat dan kita pergi dari situ.
Kita akan serahkan kad itu kepada siapa?
Pihak Company mahukan kad itu semula.
Itu saja. Awak cuma perlu fikir bagaimana hendak...
...bawa kereta ini keluar dari situ dengan pantas.
Itulah rancangan saya, awak tidak perlu risau.
Awak cuma perlu pastikan awak berada di situ tepat pada waktunya.
Jika awak berjaya,...
...awak boleh datang ke bilik saya nanti dan saya...
...tidak akan sebut perkataan "tidak".
Pastikan saja kita dibayar.
Masuk dan keluar.
-Bagus dapat berjumpa semula. -Awak juga.
Lama juga tidak mendengar khabar.
Saya mula tertanya jika awak masih berminat.
Saya masih sangat berminat.
Saya perlu tangani hal ini dengan hati-hati.
Saya pasti awak faham.
Awak membelinya untuk siapa? Seorang pesaing?
Negara asing?
Jason, awak tahu saya tidak boleh jawab itu.
Sudah berbulan kita buat rundingan. Saya sudah buat apa yang disuruh.
Saya setuju untuk berjumpa di sini.
Awak mahu jual kad tersebut kepada saya atau tidak?
Saya akan kembali.
Banyak sungguh rahsia dalam sekeping plastik.
Izinkan saya berikan awak sedikit nasihat.
Dan ianya percuma.
Hati-hati dengan benda itu.
Pihak Company sanggup lakukan apa saja untuk dapatkannya semula.
Saya tahu.
-Ya? -Awak sedang buat apa?
-Kita perlu pergi sekarang. -Saya perlu sorokkan pistol.
Bawa pistol itu bersama awak!
Cepatlah.
Di mana dia?
Michael.
-Awak tidak faham. -Hubungi Gretchen.
Suruh dia masuk sekarang.
Awak perlu percayakan saya. Saya bukan musuh awak, Michael.
James?
Kita perlu pergi.
Awak tahu, selepas segala yang terjadi,...
...jika Sara masih hidup sekarang, dia akan cakap jangan bunuh awak.
Begitulah sifat dia.
Orang yang begitulah awak sudah rampas daripada saya.
James, awak tidak beritahu dia?
-Dia datang dalam lima saat... -Diam!
Gretchen, pandang saya.
-Ini untuk Sara. -Saya tidak pernah bunuh Sara.
Saya memang tidak harap orang seperti awak...
...untuk menerima ini dengan cara bermaruah.
Saya bersumpah kepada Tuhan dia masih hidup.
Jangan hina saya.
-Dan jangan hina dia. -Dia berjaya melarikan diri.
Kami tahu jika awak tahu kami tidak akan ada kelebihan.
-Saya telah mereka-reka semua itu. -Abang saya nampak.
Kepala di dalam kotak, daripada mayat seseorang.
Pergilah tanya Lincoln apa dia benar-benar nampak.
Dengar cakap dia, Michael.
-Jangan tipu saya. -Saya tidak menipu awak.
Lincoln percaya, awak percaya. Saya berjaya.
-Michael? -Jadi di mana dia sekarang?
Saya akan beritahu bila kita sudah keluar.
Sekarang, kita perlu keluar dari tempat ini.
Mereka sudah temui mayat-mayat itu.
-Serahkan pistol itu. -Dia tipu.
Yakah? Jika awak tarik picu itu, awak tidak akan tahu.
-Bunuh dia, James. -Diam.
Di mana dia? Di mana Sara?
Michael.
Jika awak tidak serahkan pistol itu,...
...saya akan tembak awak di kepala.
Mari pergi.
Ada pembunuhan dua orang di Hotel Roosevelt.
Sara.
Awak tahu perbezaan antara operasi yang lancar...
...dan misi yang gagal?
-Tuan? -Ianya kepimpinan unit kecil.
Tentera Bersekutu menghabiskan dua setengah tahun...
...merancang penaklukan Normandy.
Tetapi pada hari D-Day, ianya terpulang...
...kepada sekumpulan lelaki di sebuah pantai...
...untuk menentukan nasib seluruh dunia.
Apa saya maksudkan, Gretchen, rancangan paling hebat pun...
...hanya sehebat orang-orang...
...di lapangan yang melaksanakannya.
Jeneral, kami sudah dapatkan kad awak. Apa masalahnya?
Kita tiada apa-apa. Ini sekadar pendua.
Hampir sempurna...
-...tetapi pendua. -Mustahil. Saya nampak...
Awak tahu betapa pentingnya saya...
...dapatkan semula kad ini, Gretchen.
Awak tahu ini satu pelanggaran sekuriti...
...yang boleh mengakibatkan kesan dahsyat terhadap Company.
Satu-satu benda saya dapat fikirkan...
...adalah ada titik buta ketika Whistler menjalankan tugas dia.
Mungkin dia telah buat pendua itu...
...dan dia masih memegang kad yang asli.
Awak yang mengupah dia.
Awak yang memaksa dia bekerja untuk kita.
Awak berkeras kita perlu bebaskan dia dari Sona.
Kita terpaksa. Dia sudah berhubung dengan sasaran kita.
Pada ketika itu, sama ada dia atau tiada siapa, Tuan.
Apa kepentingan awak dalam semua ini?
Saya tiada kaitan dengannya.
Whistler bertindak sendiri, saya bersumpah.
Jeneral, saya boleh perbaiki keadaan.
-Tuan yang melatih saya. -Tidak cukup bagus nampaknya.
Awak tahu apa perlu dibuat.
Tolong. Saya ada akaun bank di Dubai.
Peninggalan daripada dana penyelewengan Cobra. Ia milik awak.
Jangan. Tolong.
Helo?
-Hei, ini saya. -Awak di mana?
Los Angeles.
-Awak tak apa-apa, Michael? -Ya, saya dalam keadaan selamat.
Syukurlah.
Bagaimana dengan LJ? Bagaimana dengan Sofia?
Ya, mereka...
Saya sedang memandang mereka sekarang. Mereka baik saja.
-Awak sudah dengar tentang Sona? -Kenapa dengannya?
Ia terbakar tiga hari yang lepas.
Banduan-banduan di dalamnya merusuh. Tiada jejak Bellick,...
...T-Bag atau Sucre.
-Sucre? -Dia berjaya lepaskan diri.
Saya tidak tahu bagaimana.
Akhbar ada senaraikan nama banduan dan dia di sana ketika ia terbakar.
Saya berjaya temui Whistler dan Gretchen.
Dan...
Gretchen cakap...
Dia cakap Sara masih hidup.
Apa yang awak nampak, Linc?
Apa maksud awak apa yang saya nampak, Michael?
Saya mahu awak beritahu saya secara terperinci apa yang awak nampak.
Michael, Sara sudah tiada.
Awak cakap ketika itu di dalam garaj, bukan? Jadi ianya gelap.
Ya, memang gelap.
Tetapi jika awak bertanya jika saya ada angkat kepala itu...
...untuk lihat jika ia kepala Sara, tidak, Michael...
-...saya tidak buat begitu. -Dan LJ cakap...
Dia cuma dengar mereka bunuh Sara, bukan?
Awak perlu kembali ke sini. Tolonglah kembali ke sini.
Mari mulakan saja hidup baru.
Kirim salam pada Sofia. Dan beritahu LJ...
Beritahu dia pakcik dia amat sayangkan dia.
Michael, jangan begini. Tolonglah.
Semua orang turun. Cepat.
Keluar.
Boleh saja buat pengudaraan di belakang sana, kawan.
Mahu terjemah itu?
Tidak perlu. Terima kasih.
-Di mana mak awak? -Dia akan sampai nanti.
Apa maksud awak "Dia akan sampai nanti"? Kita kesuntukan masa.
-Saya perlu sampai ke sana. -Jangan risau.
Mak saya tidak akan hampakan saya.
Sekurang-kurangnya tidak pernah lagilah.
Bradley, di sini.
Mak! Saya sudah cakap! Jangan risau, awak akan sampai juga.
Kita semua boleh gunakan itu untuk berhubung.
(Belakang Roda Ferris Jeti Santa Monica)
Michael.
Jangan risau. Saya sendirian.
-Bagus dapat jumpa awak. -Jadi di mana kawan baik baru awak?
Saya tidak tahu tentang itu, tetapi...
...Whister bukan siapa yang awak sangka.
Kami sedang kerja bersama melawan Company.
-Yakah? -Ya.
Bagaimana dengan Gretchen? Dia bekerja dengan awak juga?
Whistler perlukan Gretchen untuk melancarkan rancangannya.
Jika Whistler orang Company, dia sudah tembak...
...awak ketika persidangan itu dulu.
Awak ada maklumat tentang Sara atau tidak?
-Mari ke tempat lebih sunyi. -Saya mahu awak cakap sekarang.
No comments yet. Be the first to leave one.