Le prime 200 righe.
SIRI ASLI NETFLIX
Terbaring aku dan cintaku,
di bawah pohon willow.
Kini aku terbaring sendirian...
dan menangis di sini.
Menyanyikan "O willow waly,"
di pohon yang menangis bersamaku.
Menyanyikan "O willow waly,"
sehingga cintaku pulang padaku.
CALIFORNIA UTARA 2007
Boleh anda beri perhatian pada saya?
Anda akan dapat makanan sebentar lagi, tetapi...
pengantin perempuan ingin saya berucap.
Saya fikir dia bercanda!
Kenapa mengundang malapetaka
di majlis perkahwinan sendiri?
Tetapi, dia beritahu,
"Bukan semasa majlis perkahwinan,
semasa latihan makan."
Semasa latihan makan malam, demi Tuhan!
Saya perlu akui saya orang Inggeris yang sedikit mabuk dan ketinggalan zaman
kepada yang bercakap baik dan benar.
Kerana saya beri amaran kepada anda.
Anda, orang muda, tidak akan tahu
apa yang akan berlaku pada anda kelak.
Ini statistik yang menakutkan.
Tahukah anda hampir separuh perkahwinan kini
tidak berakhir dengan perceraian?
Bermaksud, ada kemungkinan anda berdua akan melihat salah seorang mati dahulu.
Itulah pengakhiran yang disukai.
Untuk mencintai dengan sepenuh hati
adalah menerima hakikat tugas mencintai mereka
sama dengan kesakitan apabila kehilangan mereka.
Dan, itu sahaja.
Itu sahaja.
Jika anda rasa takut sama seperti saya,
saya nasihatkan "lari."
Berkhayal di pantai di Bali.
Tenangkan minda anda.
Lari selagi boleh. Awak masih muda dan kuat.
Dunia ini...
Saya serius, kami tidak mahu bermalam di sini.
Dia tidak mahu.
Saya tidak tahu pula boleh bermalam di sini.
Ada tiga bilik di istana, dan Jack mahu bermalam di sini.
- Hanya untuk satu malam. - Sebelum kami berbulan madu.
Untuk esok sahaja. Selepas majlis, supaya boleh berjumpa lagi.
Tapi saya cakap, "Tidak mungkin. Tidak selepas dengar cerita itu."
Sebentar, itu cuma cerita.
- Awak tak nampak dia? - Tidak! Saya tidak nampak dia.
Jika saya ternampak biarawati yang sudah mati, menangis di bucu,
- kami tak akan kahwin di sini. - Itu cuma cerita.
Tempat ini pernah jadi biara beberapa dekad dalam tahun 1940-an.
Itu termasuk dalam pakej jualan.
Mereka boleh caj lebih beberapa ratus untuk kisah hantu.
Saya suka kisah hantu, cuma saya tidak mahu bermalam di sini.
Kami berbulan madu di Ireland.
Mereka asyik beritahu kami untuk cari Seamus,
budak penjaga kuda.
Oh, Seamus.
Mereka cerita kepala dia hancur disepak oleh kuda.
Kisah hantu lebih menakutkan jika kanak-kanak terlibat.
Lebih seram, bukan?
Saya ada satu cerita.
Sebenarnya...
ini bukan cerita saya.
Cerita seseorang yang saya kenal.
Ceritanya panjang.
Kita masih ada masa dan...
wain pun masih ada.
Kenapa tidak?
Baiklah.
Cerita hantu.
Sekali lagi, cerita ini bukan kisah saya,
tetapi ia penuh dengan pelbagai hantu.
Jika seorang kanak-kanak boleh beri kesan,
yang lebih menakutkan,
apatah lagi dua orang kanak-kanak?
LONDON 1987
Guru muda itu, atas pilihannya, hidup berseorangan.
Datang ke London dengan keraguan tentang sebuah iklan...
yang diletakkan oleh Lord Henry Wingrave,
tentang anak-anak buahnya
yang memerlukan pengasuh.
Jawatan sepenuh masa, katanya. Tinggal di sana bersama,
di dalam rumah lama keluarganya di Essex.
Di tempat yang bagus,
keseorangan di negara asing.
Cik Clayton?
Oh, panggil saya Dani. Hai.
Sila duduk.
- Awak seorang guru? - Ya.
Sebelum ini.
Gred empat.
Di Amerika Syarikat.
Sudah lama di England?
Lebih kurang enam bulan.
Enam bulan? Waktu bila awak...
Sebenarnya, saya jatuh cinta dengan London.
Ya Tuhan.
Teh atau kopi?
Tak mengapa, terima kasih.
Masih belum menguasai teh lagi.
Saya biasa dengan yang di dalam jag.
Penuh dengan kiub ais.
Dan potongan limau.
Semuanya berbeza di sini.
Ya, betul.
Awak tiada pengalaman mengasuh sebelum ini.
Tetapi...
Saya berpengalaman mengajar kanak-kanak, En. Wingrave.
Di dalam kelas, tetapi ini kerja sepenuh masa.
Saya tahu, sebab itulah
- saya balas iklan itu. - Kanak-kanak itu sangat baik.
Memang luar biasa. Anak-anak buah saya.
Seperti yang saya cakap, luar biasa.
Tetapi agak mencabar. Kedua-duanya.
Anak buah saya, Miles, pulang ke rumah dari asrama lebih awal.
Dia perlukan jadual,
lebih berdisiplin dari sebelum ini.
Boleh saya tahu mengapa dia dihantar pulang?
- Sesi musim bunga belum berakhir... - Awak diharap dapat mengajar dia,
supaya dia tidak ketinggalan.
Sehubungan itu, pengalaman di bilik darjah awak amat berguna.
Sama juga dengan Flora,
anak buah perempuan saya.
Awak akan mengajar dia juga.
Iklan awak menyebut tempat itu berada di luar bandar?
Di Bly,
rumah besar keluarga saya.
Anak-anak itu sudah biasa di Bly, mereka...
menghabiskan masa cuti musim panas bersama ibu bapa mereka,
sebelum ibu bapa mereka meninggal dunia.
Tempatnya bagus, rumah besar.
Ada beberapa orang di sana.
Tukang masak dan penjaga taman. Mereka tinggal di bandar.
Ada penjaga tinggal di situ, tetapi anak-anak itu...
akan menjadi tanggungjawab awak seorang.
Jangan menelefon saya, melainkan kecemasan.
Saya selalunya sibuk.
Saya faham.
Awak tahu,
salah satu tugasan menarik di sekolah saya
dikhususkan untuk kanak-kanak berkeperluan tinggi,
- salah seroang mereka kehilangan... - Apa faedahnya?
Maaf?
Faedah. Awak apa?
Tiga puluh?
Pertengahan dua puluhan?
Saya tertanya-tanya...
apa faedahnya?
Awak lebih muda daripada kebanyakan yang memohon kerja begini.
Apa yang membuatkan wanita pada usia awak
ingin menyerahkan hidupnya demi menjaga anak orang lain?
Apatah lagi, kehidupan di Amerika,
Sepenuh masa pula.
Sejujurnya, agak pelik.
Pelik pada saya juga.
Iklan itu, maksud saya.
Jawatan sepenuh masa, di rumah agam besar,
kepada dua kanak-kanak luar biasa.
Tapi saya dah nampak iklan awak enam bulan yang lepas.
Sebaik sahaja saya tiba dia London.
Dan sejak itu saya telah melihatnya setiap bulan.
Nampak seperti jawatan yang mudah diisi.
Sekurang-kurangnya, seperti yang awak gambarkan.
Jadi, saya kira awak benar.
Apa faedahnya?
Itulah persoalan sebenarnya.
Terima kasih.
Baiklah, James.
Saya tahu saya tak dapat kerja itu,
dan saya tidak kisah.
Tetapi itu temu duga paling janggal seumur hidup saya.
Jadi, saya rasa kita perlu bersetuju tentangnya, En. Wingrave
Atau awak lebih suka dengan teh?
Jadi...
awak boleh beritahu saya sekarang, bukan?
Sejujurnya, saya sangat pelik.
Tentang apa?
Faedahnya.
- Tidak. - Tidak, jangan begini!
Baiklah...
imaginasi, saya kira.
Tiada siapa mahu kerja itu.
Tak mungkin. Tiada sesiapa?
Kami pernah jumpa seseorang sebelum ini.
Musim panas yang lepas.
Seorang perempuan yang begitu meyakinkan.
Kanak-kanak sukakan dia.
Selepas itu, dia...
Saya rasa dia sudah meninggal dunia.
Salah dia sendiri, sejujurnya.
Pilihan dia, lebih tepat lagi,
tetapi dia mati di situ.
Orang memang percaya tahyul, terutamanya di negara ini.
Okey, ceritanya begini.
Anak-anak kecil ini tinggal di rumah besar bersama ibu bapa yang sudah mati.
Kemudian, pengasuh mereka pula mati.
Tak kisahlah ibu bapanya mati di luar negara.
No comments yet. Be the first to leave one.