Le prime 200 righe.
"Anda akan bertemu dengan orang asing
di negara musuh.
Jauhkan diri anda daripada orang Jerman.
Jangan sesekali...
...berbaik-baik dengan mereka."
Apa maknanya?
Maknanya kita tak patut berkawan dengan mereka.
Rumah ini kini diambil untuk kegunaan pihak British
atas perintah Suruhanjaya Kawalan, Jerman.
Maafkan kami, Fräulein.
Ia milik keluarga Lubert. Dia arkitek, tuan.
Tukar kereta api.
Hamburg 1945 - Lima bulan selepas kemenangan Pihak Bersekutu
-Dia akan jumpa awak di sini, bukan? -Susan!
-Bagaimana perjalanan awak tadi? -Memenatkan. Mari kita pulang.
Rachael.
-Helo, Lewis. -Ya Tuhan. Tengoklah awak sekarang.
-Sejuknya. -Memang pun.
Mari.
Biar saya bawa beg awak.
Selamat datang. Silakan masuk. Saya nak tunjukkan rumah ini kepada awak.
Silakan masuk. Saya nak tunjukkan rumah ini kepada awak.
Mereka masih lagi mencari mayat.
Ada lebih 25,000 mayat yang masih belum dijumpai.
-Awak bagaimana? -Baik. Awak pula?
Segalanya amat sukar.
Segalanya tentu sukar juga bagi awak.
Bagi kita semua.
Kami gugurkan lebih banyak bom di Hamburg pada satu hujung minggu
berbanding bom yang digugurkan di London sepanjang perang ini.
Ia tak sama.
Ya.
Terima kasih, Barker.
Kolonel Morgan.
-Selamat datang. -Herr Lubert.
Silakan masuk. Saya nak tunjukkan rumah ini kepada awak.
Ini isteri saya, Pn. Morgan.
Apa khabar?
-Silakan masuk, Pn. Morgan. -Terima kasih.
Ini bilik terbaik di dalam rumah ini.
Sayang, ia cantik, bukan?
Ia sangat moden.
Ya, benar.
Itu piano Steinway.
-Ia alat muzik yang hebat. -Betul.
-Awak boleh bermain piano? -Saya dah lama nak main.
Bagus juga jika piano itu dimainkan semula.
Apa yang tergantung di situ sebelum ini?
Sebuah lukisan. Ia dah rosak. Saya belum menggantikannya.
Tangga utama ada di sebelah sini.
Itu perpustakaan kami.
Herr Lubert ialah seorang arkitek.
Dulu ya. Sekarang, saya cuma pengendali mesin penekan logam.
Mari.
Die Elbe. Ia mengalir sampai ke...
Maaf, saya tak tahu terjemahannya dalam bahasa Inggeris.
-Laut Utara. -Laut Utara, ya.
Semua laut sama saja.
Benar.
Sejuknya. Boleh kita masuk ke dalam?
Saya harap tuan akan gembira segembira kami dulu.
Saya dan anak saya takkan mengganggu sementara menunggu untuk berpindah ke kem.
Terima kasih.
Awak sepatutnya beritahu saya.
Apa?
Saya merancang nak berbulan madu.
Aduhai.
Cantiknya awak.
Awak masih simpan benda ini.
Sudah tentu.
Awak hisap rokok?
Dr. Mayfield kata ia boleh menenangkan saya.
Ia membantukah?
Awak ingat tak kabin itu?
Kabin dengan atap yang bocor itu?
-Hujan turun selama dua minggu. -Ya, betul.
Suasananya sangat sejuk.
-Awak bakar buku-buku saya. -Saya terpaksa. Saya tiada pilihan.
Ia novel Agatha Christie.
Awak sepatutnya tunggu sehingga saya tahu siapa pembunuhnya.
-Pelayan besar. -Balik-balik dia juga pembunuhnya.
Kita gembira pada masa itu.
Bagus. Gabenor dah sampai.
-Wilkins. -Tuan.
Mereka dibom ketika menghantar makanan ke kem, tuan. Saya percaya ia bom tangan.
Dua askar kita terkorban. Pencuri memburukkan lagi keadaan.
Berundur! Suruh mereka berundur!
-Tolak mereka ke belakang! -Ayuh, cepat.
Suruh mereka pergi.
Aduhai. Busuknya nafas mereka.
Ya, itulah akibatnya jika kita tak cukup makan.
Sekurang-kurangnya mereka tak menyusahkan apabila kelaparan.
Keith Burnham, Bahagian Perisikan.
Apa yang kita ada?
-Itu dia? -Itulah orangnya.
Nampak macam ahli pasukan serigala. Kumpulan 88.
Penyokong Nazi yang tak boleh terima kemenangan kita.
Kapten, boleh uruskan kedua-dua mayat ini?
Sudah tentu.
Berhenti!
-Wilkins, dapatkan pegawai perubatan! -Baik, tuan!
Saya dah agak. 88.
Prebet. Suruh askar kita naik trak.
Tolong bungkus mayat ini.
Helo.
Awak tentu Freda.
Apa yang awak baca?
Freda.
Awak tak sepatutnya turun ke sini.
Tukar pakaian seragam awak.
Dia tak pernah dengar cakap saya.
Saya cuma bapanya.
Freda, masa untuk ke sekolah.
Maaf, saya tak...
Maaf, ada urusan penting.
Nampaknya awak dah minum kopi.
Ya. Saya lebih suka minum teh.
Mereka kurang minum teh. Saya akan cuba dapatkannya daripada NAAFI.
Kopi pun bolehlah.
Awak tidur nyenyak?
Ya.
Bagus.
Sangat bagus.
Saya tak sabar untuk tinggal bersendirian dengan awak.
Apa?
Apa kata kita biar mereka terus tinggal di sini?
-Pembantu rumah? Itu perlukah? -Keluarga Lubert.
Maksud awak, kita tinggal bersama mereka?
Mereka tinggal di tingkat atas.
Kita takkan sedar kehadiran mereka.
-Orang lain pun buat begitu juga? -Nah.
Keadaan mereka berbeza. Rumah mereka tak seperti rumah ini.
Bukan ini yang kita inginkan.
Rumah besar, pembantu rumah, lukisan di dinding.
Saya tahu.
Saya fikir kita akan hidup bersama.
-Memang kita hidup bersama. -Bersendirian.
Saya...
Saya tak selesa dengannya.
Dengan mereka, kerana mereka orang Jerman.
Keadaan di luar sana masih huru-hara.
Mereka tiada tempat tinggal, tiada makanan.
Ada...
Memang tak patut jika kita halau mereka keluar.
Awak tak cakap awal-awal apa yang saya akan hadapi.
Ia tak sepatutnya begini.
Semuanya tak sepatutnya jadi begini. Tapi inilah hakikatnya.
-Terima kasih banyak-banyak. -Sama-sama.
Terima kasih.
Maaf. Boleh tolong saya? Saya nak alihkan pokok ini.
Pokok?
Ia menghalang cahaya.
Dia sedang menyesuaikan diri.
Seperti ulat dalam daging.
Puan tak sukakan kerusi itu?
Ia rekaan Mies van der Rohe.
Institut Pengajian Seni Bina?
Ia direka sebagai kerusi paling selesa yang pernah wujud.
Ia tak selesa langsung. Rupanya hodoh.
Dia bekas pelajar Institut Bauhaus.
Falsafah mereka menolak hiasan yang tak diperlukan.
Perlukah ada falsafah untuk mereka sesuatu yang selesa?
Bukankah falsafah wujud di sebalik setiap objek?
Herr Lubert, tolong jangan merayap senyap-senyap di rumah ini.
Saya fikir kita akan duduk di kawasan masing-masing.
"Zon" masing-masing. Ya, sudah tentu.
Saya akan cuba buat.
Jika anak awak mahu ambil barang dari biliknya,
saya akan suruh Heike hantar kepadanya.
-Ini sesuatu yang baru baginya. -Samalah seperti saya.
Saya akan cakap dia.
-Beritahu. -Apa?
Dalam bahasa Inggeris, kita tak "cakap" dengan orang.
Puan patut simpan kunci ini.
Sebagai tuan rumah.
Ia sedap, Heike. Danke schön.
Tengoklah, dia buat lagi. Dia senyum sinis.
Awak kata dia sedap.
-Saya cuba berbaik-baik dengannya. -Saya tahu.
Saya tak faham bagaimana awak melakukannya.
Apa?
Kegiatan harian awak sama seperti dulu.
Bangun, bercukur...
...makan, pergi kerja.
-Seolah-olah tiada apa yang berubah. -Rachael, sudahlah.
Awak tak patut cakap begini.
-Yakah? -Ya.
-Awak nak saya bercakap macam mana? -Awak patut jaga perangai.
Sejak bila awak rasa awak saja yang betul?
Awak ada nampak dia?
Awak ada nampak dia?
Jangan ganggu dia.
Ayuh. Mari kita pergi minum teh.
Entah sejak bila dia mula berlagak alim.
Kita boleh rasa lemas kalau terlalu sopan sepanjang masa.
Keith gelar dia Lawrence dari Hamburg.
Pejuang asing yang sukakan penduduk tempatan.
Dia benar-benar sukakan Lubert.
Lew benarkan mereka tinggal di rumah itu.
Bijakkah keputusan itu?
No comments yet. Be the first to leave one.