Le prime 200 righe.
Cactus 1549. Landasan empat. Selamat untuk berlepas.
Cactus 1549. Selamat untuk berlepas.
Minta bantuan. Cactus 1549.
Kedua-dua enjin kami rosak.
Kedua-duanya tak boleh dihidupkan semula.
Cactus 1549, jika kami boleh bantu, nak cuba mendarat di landasan 1-3?
Kawalan berlepas, kami mungkin boleh. Kami akan patah balik ke LaGuardia.
Syarikat Penerbangan Amerika Syarikat
Menara LaGuardia, Cactus 1549 akan cuba mendarat di 1-3.
Sully, kedudukan kita terlalu rendah.
Sully, kedudukan kita terlalu rendah!
Tolonglah.
Tak jauh lagi.
Tolonglah.
Sully!
Lorrie, saya cintakan awak.
Apa masalah awak?
Mengikut kiraan atas kapal, ada 150 penumpang,
NAHAS PESAWAT 1549
3 pramugari dan 2 juruterbang, salah seorangnya,
yang lebih senior telah menggunakan segala pengalaman dan kemahirannya
berserta tuahnya yang sangat baik,
telah mencapai hasil yang amat menakjubkan.
Ada beberapa kecederaan yang tak kritikal, tapi semua orang selamat.
Gambar pertama Pesawat US Airways 1549 menunjukkan...
Kami fikir kami akan mati.
Itulah yang kami fikirkan.
Tapi dengan tak disangka-sangka, kami selamat.
Terima kasih, Kapten.
Terima kasih.
MARRIOTT PUSAT BANDAR
Okey, terima kasih, semua.
Terima kasih kerana datang hari ini, Kapten Sullenberger.
Kita juga mengalu-alukan Pegawai Pertama Skiles.
Syukurlah awak dapat datang pagi ini.
Kami lagi bersyukur.
Untuk makluman, Pasukan Sistem Pesawat sedang siasat kejadian ini.
Begitu juga Pasukan Struktur Pesawat, MRT, Prestasi Pesawat, Kawalan Trafik Udara,
Pakar Hidupan Liar, Pakar Ikhtiar hidup dan Unit Gerak Balas Kecemasan.
Hari ini, kami mulakan siasatan tindakan manusia
semasa nahas Pesawat US Airways 1549.
- Pendaratan atas air. - Kapten.
Ia bukan nahas atau pendaratan di air.
Kami tahu apa yang kami cuba buat ketika itu.
Ia bukan nahas. Ia pendaratan atas air secara sengaja.
Kenapa awak tak cuba pulang ke LaGuardia?
Ketinggian kapal tak mencukupi.
Sungai Hudson saja tempat yang cukup panjang, rata
dan lebar untuk kami cuba daratkan pesawat dengan selamat.
Bahagian Kawalan Udara dah sahkan
yang awak kata awak nak pulang ke LaGuardia, tapi awak buat sebaliknya.
Semasa saya cuba belok ke kiri,
saya sedar yang saya takkan berjaya pulang dan saya tiada pilihan lain yang selamat.
Penerbangan pulang ke LaGuardia tentu akan gagal.
Jom lihat bagaimana awak kira semua parameter itu.
Saya tak sempat kira.
Saya bergantung pada pengalaman saya mengendalikan ketinggian dan kelajuan
beribu penerbangan sepanjang empat dekad.
Jadi, awak tak buat sebarang...
Saya agak-agak saja.
Awak agak-agak saja?
Ya.
Peluang terbaik semua penumpang ialah di sungai itu.
Saya berani mempertaruhkan nyawa saya.
Malah, saya buat begitu.
Dan saya sanggup buat lagi.
Mengikut teori jurutera penerbangan,
minyak pesawat cukup untuk awak pulang ke landasan.
Jurutera bukan juruterbang.
Mereka salah.
Dan mereka tiada ketika itu.
Walau bagaimanapun, kami perlu lihat semua kemungkinan
kerana ia sebahagian siasatan kami.
Komputer kami akan laksanakan algoritma senario awak berpatah balik.
Ia akan jalankan simulasi dengan parameter awak.
Kerosakan kedua-dua enjin, ketinggian pesawat.
Apa yang awak hadapi ketika awak buat keputusan itu.
Saya nak pantau simulasi komputer itu.
Itu mustahil ketika siasatan dijalankan.
Awak kata yang kedua-dua enjin rosak
disebabkan beberapa pelanggaran dengan burung?
Itu sesuatu yang belum pernah berlaku.
Segalanya belum pernah berlaku sehinggalah ia berlaku buat kali pertama.
Berapa jam awak tidur malam sebelum itu?
Lapan jam. Ia mencukupi.
Mungkinkah yang gula dalam darah awak rendah?
Saya cukup rehat, peka dan sedar dengan keadaan sekeliling.
Bila kali terakhir awak minum, Kapten Sullenberger?
Sembilan hari yang lalu.
Dadah?
Tidak. Tak pernah.
Pegawai Pertama Skiles?
Saya tak pernah minum langsung.
Kapten, awak ada masalah rumah tangga kebelakangan ini?
Sama saja seperti orang lain.
Tiada masalah yang memberi kesan kepada tugas saya.
Mengarutlah.
Kenapa mereka nak cari salah kita sedangkan segalanya berakhir dengan baik?
Tak begitu bagi syarikat penerbangan dan syarikat insurans.
Kita harus bersedia untuk keputusan yang negatif.
Tolonglah, Mike. Apa mereka nak kata?
Dia tak sepatutnya selamatkan semua orang?
Jangan ambil hati.
NTSB cuma jalankan tugas mereka.
Apabila mereka dah cukup maklumat, segalanya akan reda.
Sully,
mereka patut bagi awak anugerah dan suruh awak sambung kerja.
Maaf. Peti surat ini penuh.
Saya tak telefon Lorrie sejak pagi ini. Tak seperti semua orang lain.
Saya tak berniat mengganggu, tapi saya nak kata
yang saya berbesar hati dapat memandu awak hari ini.
Terima kasih.
Apa dah berlaku setakat ini tahun ini?
Bernie Madoff, dua perang yang berpanjangan.
Berjuta orang tiada kerja.
Itu baru dua minggu pertama bulan Januari.
Tajuk utama akhbar hari Jumaat?
WIRA SUNGAI HUDSON
Mengagumkan.
Hei, Mike. Apa kata kita jadikan pemandu kita sebagai saksi?
Akhirnya!
Ya, akhirnya.
NTSB buat kami sibuk sepanjang hari.
Saya tahu.
Saya perlu dengar suara awak.
Saya asyik dengar cakap orang lain.
Awak tentu terkejut berapa ramainya saudara awak sekarang.
Keadaan di sini tak begitu mesra.
Mereka juga tak banyak cakap.
Wartawan nak saya maklumkan mereka tentang apa yang Sully sedang fikirkan.
Apa yang saya perlu beritahu mereka?
Kata yang awak dilarang bercakap.
Saya tak boleh dengar suara awak.
- Lorrie, saya... - Telefon saya balik.
Saya nak beritahu yang awak tak perlu cakap dengan sesiapa.
Saya tak boleh dengar. Telefon saya balik.
Lorrie, saya nak beritahu...
Hei, Kapten Sully!
Apa rasanya menjadi pencipta keajaiban?
Sully, saya ada satu soalan!
- Bagaimana awak buat benda mustahil? - Sully!
Kapten Sully! Sully!
Tumpang lalu.
Saya rasa nak langgar pihak media dengan kereta saya.
Untuk mempertahankan diri. Rasanya juri sabit saya bersalah tak?
Buatlah apa yang perlu.
Saya anggap yang awak bagi kebenaran. Polis akan cari awak.
Sullenberger tak dapat datang.
Dia tak dapat bercakap dengan pihak media semasa NTSB
sedang menjalankan siasatan.
Sully, awak dengar tak cakap saya?
Mungkin kita patut berbual kemudian.
Sayang, sekarang masa yang sesuai.
Saya dah tunggu sepanjang hari.
Awak tak apa-apa?
Ya, saya cuma letih.
Anak-anak bagaimana?
Mereka agak tertekan. Bunyinya macam awak pun sama.
Ya.
Ya, mereka tak apa-apa.
Ia memang sukar.
Ya, benar.
KEBERANIAN DI HUDSON
Enjin yang hilang itu bukan apa yang penyiasat mahukan...
Seluruh dunia sedang membincangkan tentang awak.
Sullyku.
Ya, Tuhan, saya sungguh tak sangka.
Lorrie, saya perlu berada di sini lebih lama
untuk siasatan NTSB itu.
Ada saya beritahu awak sebelum ini?
Maaflah jika saya belum beritahu.
Awak tak perlu minta maaf.
Awak buat perkara yang perlu.
Saya nak awak tahu, saya buat yang terbaik.
Sudah tentu.
Awak selamatkan semua orang.
Mungkin kita patut berbual esok pagi.
Saya penat.
Saya tertekan dengan perhatian yang diberikan.
Saya akan keluar TV pagi esok.
Apa mereka nak tanya? Apa saya nak kata?
Sully, awak nak saya temankan awak?
Tidak, Lorrie.
Terima kasih, tapi anak-anak perlukan awak.
Beritahu mereka yang saya sayangkan mereka.
Saya cintakan awak. Tidurlah.
Ya.
Hei, mungkin apabila saya bangun esok, ia baru 14 Januari.
Itu tentu bagus, bukan?
Saya cintakan awak.
Kenapa Kapten Sullenberger buat keputusan luar biasa
untuk menjadikan Sungai Hudson sebagai landasan penerbangan?
Hanya dia saja yang dapat menjawab soalan itu.
Tapi kita tahu sekarang bahawa ia keputusan yang salah.
Keputusan yang membahayakan nyawa semua penumpang.
Jadi, tatkala kebanyakan rakyat negara ini menganggap dia wira,
maklumat baru ini bakal mengubah fahaman semua orang
tentang apa yang dipanggil "Keajaiban di Sungai Hudson."
Sully Sullenberger, awak wira atau penipu?
- Helo? - Jeff?
No comments yet. Be the first to leave one.