最初の200行です。
Semasa aku masih kecil, planetku, Krypton menghampiri kemusnahan.
Aku dihantar ke Bumi untuk melindungi sepupuku.
Tapi podku tersasar dari laluan
dan ketika aku sampai,
sepupuku sudah dewasa dan menjadi Superman.
Jadi aku sembunyikan kuasaku, sehingga..
baru-baru ini terjadi satu kemalangan yang memaksa aku mendedahkan diri kepada dunia.
Bagi kebanyakan orang aku adalah pembantu di Catco Worldwide Media.
Tapi aku bekerja secara rahsia bersama kakak angkatku untuk DEO
bagi melindungi Bandarku dari ancaman makhluk asing
atau sesiapa saja yang berniat jahat.
Akulah Supergirl.
Sebelum ini dalam Supergirl
Makhluk asing itu tidak ambil apa-apa.
Aku tak patut cium kau. - Um...
Apa maknanya ini semua pada kita?
Aku tak tahu.
Kau tidak membunuh dia.
Adakah kerana kekuatan dia, atau kelemahan kau?
Keluarga saya meninggal dunia sewaktu saya berumur 13 tahun.
Begitu sukar untuk saya berasa normal,
Seperti saya bukan di mana sepatutnya saya berada.
Bagaimana keadaanmu, Kara?
Refleks dalam keadaan normal.
- Apakah kau? - Saya Kelex, pembantu perubatan awak.
Di manakah saya?
Kekeliruan awak akan berkurangan setelah suhu awak beransur stabil.
Silakan memakai gaun itu
Ini tunic kepunyaan ibu saya.
Dia selalu memakainya semasa menemani saya sebelum tidur.
Dari mana awak dapatkannya?
Ibu yang berikannya pada kamu.
Ibu?
Bagaimana ibu boleh berada di sini?
Ibu menunggu di rumah setiap hari menanti kamu sembuh dari demam Argo.
Tak mungkin ini realiti.
Ibu mati bersama seluruh Krypton.
Oh, sayangku Kara...
Pasti kamu mengalami halusinasi yang teruk akibat demam itu.
Tapi ianya sudah berakhir sekarang.
Kamu telah sedar. Kamu selamat.
Kamu di rumah.
Saya di Krypton.
Supergirl musim 1 episod 13: For the Girl Who Has Everything
Di mana Ker-rah? Dan kenapa dia tak jawab panggilan saya?
Uh, mungkin dia tak boleh...
Kita sekarang sedang mengalami ribut solar terburuk dalam sejarah.
Ia telah menjejaskan isyarat komunikasi sepanjang pagi ini.
Saya percaya... Ada sebab yang munasabah.
Saya tahu sebabnya.
Dia mengelak dari saya. Jelas sekali dia takut saya bertindak balas
kerana dia menyebabkan anak saya lari
ketika saya sedang membaiki hubungan saya dengannya.
Tapi saya seorang yang profesional. Terkilan tiada dalam kamus saya.
Jadi awak boleh beritahu Ker-rah
yang dia selamat untuk meyambung tugasnya.
Hei, hei, kau ada nampak Kara?
Dia, dia masih belum datang.
Tidak. Aku pun masih tak dapat menghubunginya.
Ok,ini bukan sikap biasa Kara.
Kita mesti hubungi Alex.
Dia tidak keluar atas urusan DEO.
Tiada berita tentang aktiviti Supergirl.
Saya ada perasaan buruk.
- Kau bawa kunci? - Ya.
- Kara? - Oh, tuhanku!
Apa.. apakah itu? Jangan sentuh.
Dia... dia masih bernafas. Aku...
Ini Agen Danvers. Saya perlukan bantuan perubatan sekarang.
Dia ditemui tidak sedarkan diri.
Organisma ini mencengkam tubuhnya dengan tekanan melebihi 100 paun.
Apa yang mereka ini buat di sini?
- Ke mana pun Supergirl pergi, kami ikut. - Ini fasiliti rahsia, En. Olsen.
Awak fikir saya akan benarkan media menyerbu ke sini?
Sebenarnya, saya orang IT.
Jadi, sememangnya tak berbaloi, uh, untuk ditembak.
Jika sesuatu berlaku padanya, Saya akan cari awak.
Jika apa-apa terjadi padanya, saya takkan hentikan awak.
Bawa mereka keluar dari sini.
Awak jelas sekali perlukan ingatan semula tentang protokol keselamatan pangkalan kita.
Awak tidak mengenali mereka seperti saya, tuan. Mereka adalah keluarga Kara.
- Dan bagaimana keadaannya? - Dia tidak bertindak terhadap rangsangan luar,
tapi aktiviti otaknya masih normal.
Seperti tubuhnya tidak sedar akan apa yang sedang berlaku.
Apakah bendanya itu?
Saya tidak tahu.
Tapi saya rasa kita tahu seseorang yang mungkin tahu.
Agen Danvers. Sungguh mengejutkan.
Kau tak melawat sejak kau campak aku di ruang pameran koleksi ini.
Bagaimana caranya untuk tanggalkan benda itu dari Kara?
Kau mungkin perlu lebih spesifik sedikit.
Jangan uji kesabaran aku, Max.
Kau cuba membunuh Kara dengan Bizarro.
Aku agak kau cipta makhluk aneh ini untuk menyelesaikannya.
Aku berbesar hati telah meninggalkan tanggapan berpanjangan padamu,
tapi sejujurnya,
Aku tak tahu apa yang kau perkatakan.
Aku cadangkan kau mula jadikan diri kau lebih berguna.
- Dengan segera! - Alex, berundur!
Pasti dia dalang semuanya. Tuan tahu apa yang dia mampu lakukan.
Sudah, sudahlah! - (ALEX MERUNGUT)
Aku juga tahu Max mahu terus hidup.
Jika dia tahu apa-apa,
Dia pasti beritahu untuk menyelamatkan nyawanya.
Aku tak sangka akan menyebutnya, tapi... Terima kasih atas bantuannya.
Jika kami dapat tahu kau menipu, dia akan kembali ke sini...
Sendirian.
Manusia masih tidak sedar akan rancangan kita.
Ribut solar telah menghuru harakan sistem satelit mereka.
Kita akan bersedia pada saat sistem rangkaian mereka terjejas.
Kau terlupa anak saudaraku.
Dia terbukti seorang lawan yang tangguh.
Dia takkan jadi masalah.
Apa yang telah kau lakukan, Non?
Aku telah arahkan agar dia tidak dicederakan.
Dan aku menurutinya dengan taat.
Kara Zor-El sedang dalam keadaan tenang,
Lebih dari yang selayaknya untuknya.
Dia telah memiliki semua yang keinginannya mahukan.
Kau gunakan Black Mercy padanya?
Kalau ikutkan aku, dia pasti sudah mati.
Astra, sudah sampai masanya untuk kita laksanakan fasa Myriad yang seterusnya.
Hanya ini caranya.
Selalunya pasti ada cara lain.
Kakak kau sudah fikirkannya.
Lihat apa terjadi padanya.
Cangkuk ini diperbuat dari aloi titanium.
Kita hanya perlu menariknya perlahan-lahan.
Cangkuk sudah kukuh. Laksanakan penarikan.
Detak jantungnya meningkat.
Aktiviti otaknya sangat tinggi.
Tambahkan kuasa.
Cabut ia darinya!
Berlaku kegagalan. Saya akan hentikannya...
Apakah yang terjadi tadi?
Ianya sistem pertahanan simbiotik.
Jika kita cabut benda itu secara paksa,
Ianya akan membunuh Kara.
Ini semua tak mungkin berlaku. Saya mesti keluar dari sini.
- (BERNAFAS LAJU) - Kara, tolong bertenang.
Kuasa saya telah hilang.
Dalang semua ini telah meniru kesan matahari Krypton.
Kita berada di Krypton.
Apa? Tidak, seseorang mempergunakan saya
dengan menggunakan memori saya untuk melawan saya.
Tengok tu..
Saya membuatnya untuk ayah semasa saya berumur lapan tahun.
Malahan saya masih ingat saya kecewa kerana sayapnya tidak berapa jadi.
Dan kemudian dia beritahu kamu yang ianya sudah sempurna.
Dan dia menyukainya, dan dia menyayangi kamu,
dengan sepenuh hatinya.
Dia membuat saya merasa sangat bangga.
Dan sangat gembira.
Seperti selalu.
Kan?
Kamu ingat pun.
Tapi saya juga ingat mengucapkan selamat tinggal pada ibu di tempat pelancaran.
Dan berjanji untuk menjaga Clark...
Kal-El.
Dan memelukmu dengan erat.
Seakan tidak mahu melepaskan.
Saya bayangkan tentang semua ini setiap hari sejak saya pergi.
Saya tidak tahu bagaimana ini terjadi, tapi saya akan cari tahu.
Dan bila saya berjaya, Saya akan pulang.
Rasa sungguh tak patut berpura-pura tiada apa terjadi
sedangkan Kara di sana berjuang untuk hidup.
Winn, ini hidup mati Kara, ok.
Kau dan aku lebih memahaminya berbanding orang lain.
Sebab itu kita mesti pertahankannya demi dia.
Ah, bukan itu saja. Ia hanya...
Kara dan aku tidak berada dalam situasi yang baik
sebelum semua ini berlaku. Bagaimana jika sesuatu terjadi
dan aku tak berpeluang untuk beritahu dia...
Winn.
Tolonglah, jangan berfikir begitu.
Dia akan baik-baik saja, ok?
Mmm-hmm.
Siapa yang benarkan hiasan murah ni?
Dan dari mana saja awak? Dan di mana Ker-rah?
Kara, um...
Ucapkan kata-katamu.
Saya... Ya, saya...
Saya... Puan tahu, saya ada berjumpa Kara, Pn. Grant.
Dia telah digigit oleh sengkenit.
Dia dapat kesan alahan teruk.
Ya. bengkak, muntah...
Oh, tuhan, buku lalinya pula bengkak, sangat teruk. Dan saya...
Puan tahu, puan patut lihat saiz sengkenit itu.
Ia seperti...
Dia... Ianya bersaiz normal.. saja...
ianya, kecil... Ia sebenarnya sekumpulan kecil...
kutu. Ia kutu... kutu Kara.
Saya sudah lihat awak cuba melindungi dia
dari sehari ke sehari,
meletakkan hidup awak dan pekerjaan awak dalam bahaya.
Dan untuk apa?
Sekarang, pergi beritahu dia yang dia mesti balik ke mejanya dalam sejam
atau dia boleh ucap selamat tinggal pada kerjanya ini.
Kecuali seseorang ada cara lebih baik untuk memantau alien di bumi,
Saya perlukan isyarat satelit semula.
No comments yet. Be the first to leave one.