Love Is Blind: Poland

Love Is Blind: Poland (Love is Blind: Polska)

Malay 字幕をダウンロード

シーズン 1

リリース情報

Love Is Blind Poland S01E08 may
解説: dappeloe

タグ

webdl
公開日: 2026-05-14
ダウンロード: 5
聴覚障害者向け: No

Malay字幕のプレビュー

最初の200行です。

- Untuk awak, sayang. - Terima kasih.

Cantik macam awak.

Saya harap ia akan kekal sehingga…

Sehingga perkahwinan?

Saya akan letak di sini.

Sangat cantik.

Apa perasaan awak?

- Baik. - Tenang?

Awak rasa tenang semalam?

Saya tahu awak tak peduli tentang MP.

Saya tahu ia bangkitkan sedikit emosi dalam diri awak.

Saya nampak awak menangis, jadi…

Ia sukar untuk saya pada satu tahap.

Saya kembali ke masa lalu semalam.

Itu buat ia lebih sukar untuk saya sebab fikir dia masih ada perasaan.

Lebih-lebih lagi apabila dia kata dia masih perlu melindungi saya.

Itu cukup bermakna.

Saya terus-terang dengan dia, saya takkan ubah fikiran

dan jika terpaksa buat keputusan hari ini, saya akan setuju sebab sangat gembira.

Bagi saya Marta sangat unik dan wanita terbaik saya pernah jumpa.

Mungkin saya empati. Saya gembira dengan awak tapi kasihankan dia.

Ia tak menjadi untuk dia.

Awak seperti tiket emas ke kilang coklat.

- Saya sayang awak. - Saya juga.

Satu lagi.

Awak rasa MP lebih besar?

Tuhanku…

Beritahu saya.

Aduhai. Tragik.

POLAND

Ayuh.

Dekatkan beban itu dengan badan, perlahan-lahan. Hebat.

Pengorbanan yang saya buat supaya Kamil gembira.

Awak dan Filip bagaimana apabila lama berjauhan begini?

Dia pergi tak lama. Cuma tiga ke empat hari,

tapi dia penat selepas penerbangan. Sukar untuk imbanginya.

Saya cuba biasakan diri untuk tak rasa kekosongan itu apabila dia tiada.

Saya selalu kata hubungan saya seterusnya mesti berasaskan komunikasi terbuka.

Itu paling penting dan pastikan ia kekal begitu.

Okey, kawan. Bagaimana keadaan kamu?

Saya harap ia akan jadi… Ia akan berjalan lancar.

Ya.

Ibu saya tak begitu positif tentangnya.

Dia kata dia rasa tak sedap hati dan kurang percayakan Kamil.

Itu tak sedap didengar.

Saya mula terasa Kamil mungkin terlalu serius untuk saya.

Ya.

Kadangkala sukar untuk saya memahami dia.

Jika dia marah, jika saya buat sesuatu, jika saya terlalu bertenaga.

Saya rasa ia pun sukar untuk dia

dan kamu berdua saling salah faham. Mungkin dia nak hubungan yang tenang

tapi tak bermakna dia tak boleh dapat dengan seseorang yang bertenaga.

Awak faham?

Awak tak boleh abaikan masalah ini.

Kamu dah bertunang dan ada sebab kamu buat keputusan itu.

Saya cuma minta, jika awak ambil berat, berjuang sikit untuknya.

Keputusan muktamad itu sangat penting.

Kami akan ke Norway, itu akan buktikan banyak benda.

- Sudah tentu. - Mungkin apabila dia…

- Di rumah. - …di rumahnya,

dia akan rasa lebih selesa. Kita tengoklah nanti, betul?

Saya tak tahu bagaimana kamu berdua harus mula berkomunikasi.

Cuba berlembut, jangan serang dia. Jadi awak boleh lebih memahami dia.

- Ya, nanti saya cakap. - Bukan macam…

Jika kamu saling ambil berat dan nak cuba,

seseorang perlu ambil langkah pertama dan buat perkara berbeza. Ya?

Awak betul. Ya.

Tolong, tenang saja.

Awak benar-benar bantu saya lihat dengan lebih jelas hari ini. Ya.

Daria bantu saya memahami beberapa perkara.

Nak kongsi?

Cuma apabila…

Saya cakap tentang benda saya tak suka atau awak tak setuju dengannya,

jangan anggap ia sebagai serangan, kerana itu bukan niat saya.

Saya ambil berat dan tak nak serang awak.

- Okey. - Jika awak rasa begitu

saya minta maaf.

- Okey? - Ya.

Kita satu pasukan dan…

saya tak patut serang awak.

Awak nak cakap apa-apa?

Awak akan cakap "saya sudi" di altar, atau…

- Ya. - Ya?

Awak tak silang jari? Tak.

Okey.

- Jari kaki saya. - Jari kaki…

Ia sukar sejak kebelakangan ini.

Tunang saya penuh tenaga dan saya sangat letih selepas penerbangan.

Tenaga saya kurang.

Saya macam buat 15 kerja. Malangnya.

Penerbangan, destinasi… Tenaga saya hampir habis.

Saya nak memahami,

tapi ia sukar sebab kita tak jumpa tiga ke empat hari.

Kita saling merindui. Saya nak luang masa bersama dan awak perlu berehat.

- Awak dah tahu risikonya. - Saya tahu.

Saya beritahu awak secara jujur dan terbuka, jadi kena biasakan diri.

- Saya dah beri awak rehat, bukan? - Sikit saja.

Selama 20 minit.

Saya nak Filip buat sesuatu istimewa dan unik untuk saya sekali-sekala

sebab dia kata itu penting baginya dan dia yang berjanji di dalam pod.

Banyak yang berlaku.

Semuanya gila sekarang kerana perkahwinan itu.

Ayuh kurangkan mengeluh. Kita boleh keluar makan malam.

Saya semakin gelisah, dah pukul 3 petang. Bangunlah.

Kita relaks dulu.

Jika cuma duduk atau baring, saya tak boleh tahan.

Ia agak mengecewakan apabila pasangan beritahu kita,

"Hei, bangun, jangan berehat, ayuh kita keluar buat sesuatu."

Tapi ada benda kita tak dapat elak. Jika saya baru terbang lima jam sehala

dan kemudian patah balik enam jam, tak mungkin tenaga saya masih penuh.

Masih ada perasaan antara kami,

tapi ia tak sama seperti pada mulanya.

- Semua barang ada? - Ya.

Kunci apartmen! Saya dah cakap, saya tanya awak.

Habislah saya.

Okey, dah jumpa.

Saya dah letih sangat.

- Semua okey, sayang? - Apa lagi?

Saya cuma bertanya. Itu buat awak marah?

Saya cuba yang terbaik. Sudah, jangan bertengkar lagi.

- Nak air? - Boleh juga.

- Ada ketegangan luar biasa hari ini… - Alamak, saya tertumpah.

Ia tak perlu.

Tenaga antara kita berbeza.

Mungkin imaginasi saya atau saya puncanya, tapi saya dapat rasakannya.

- Apa saya buat salah? - Cuma…

- Saya tak faham. - Sayang…

Saya harap awak cukup matang buat saya rasa saya penting untuk awak.

Saya suka jika saya sibuk dan akan bergelut jika tenaga kurang.

Saya tak suka duduk tak buat apa-apa. Pendekatan hidup saya berbeza.

Itu agak tak membantu sebelum perkahwinan untuk dengar,

"Pendekatan hidup saya berbeza."

Sayang, akan ada situasi dalam hidup kita yang lebih sukar untuk kita.

- Kita cakap begitu apabila… - Reaksi saya pasti berbeza.

Saya tak faham. Kenapa awak susah hati apabila saya letih?

"Pendekatan hidup saya berbeza."

Jadi awak tak suka pendekatan saya?

Awak asyik merungut dan sekarang awak tekan saya,

"Awak tak memenuhi jangkaan saya. Saya fikir ia akan berbeza."

Saya cuba. Walaupun penat, kita buat aktiviti, kita keluar.

Saya cuba tunjuk sebaik mungkin, tapi awak tetap tak puas hati.

Saya nampak usaha saya macam tak cukup.

Satu hari terasa lain. Satu hari.

Mungkin saya tak patut asyik ungkit, tapi saya tak boleh tahan.

Saya masih belajar.

Saya yakin ia akan jadi lebih mudah, lebih baik. Sayang, saya baru mula.

Saya tahu badan saya tak cergas.

Saya pun takut. Ia rungutan sama ketika hubungan lalu.

- "Awak teruk sangat." - Saya tak…

- Setiap masa. - Awak letakkan…

Saya tak pernah guna ayat itu. Saya tak cakap pun "teruk sangat,"

saya tak cakap awak ada masalah. Cuma hari ini lebih sukar, itu saja.

Dalam hubungan sebelum ini, saya dianggap tak cukup sempurna.

Jadi saya sentiasa beri 200 peratus hidup saya dan ia masih tak mencukupi.

Ia ujian yang sangat besar.

Okey, maaf saya penat. Mari sini.

- Awak tertekan? - Langsung tak. Awak?

Tak lagi.

Kita nak pergi makan…

Kemudian?

- Kemudian naik kapal terbang. - Kita jumpa di Norway.

STAVANGER, NORWAY

Bagaimana nak cakap, "Helo, nama saya…"

God dag jika tengah hari, ia seperti…

Kalau, "Kadangkala awak buat saya marah"?

Bergurau saja.

RUMAH KAMIL "UNO"

Masuklah.

Cantiknya!

- Saya dah cakap saya banyak pokok. - Cantik. Comelnya.

- Jadi, ya… - Cantik.

- Kita makan dengan anak-anak di sini. - Tepat sekali.

Ya, ini dapur.

Saya jarang di dapur, jadi…

Saya tahu…

Sangat cantik.

Ini piala yang kami menang baru-baru ini. Kejohanan bola tampar.

Kenapa saya selalu buat begini?

Saya suka pemandangan dan bahagian ini sebab saya suka tonton filem.

- Jadi ia bagus. - Apa yang awak paling tak suka?

Bandar ini sangat berbeza dengan bandar saya.

Ia jauh lebih kecil. Beralih dari bandar yang ada…

Saya tinggal di pusat bandar, ia jauh lebih meriah berbanding sini.

Saya agak sedih, kerana saya cuba tunjuk kepada dia sisi baik Norway.

Agak pelik. Dulu dia kata, tak kisah di mana yang penting pasangan.

Saya pun tak tahu apa jangkaan dia terhadap tempat ini.

Ia perlu ada restoran, bar atau kelab malam?

Kadangkala rusa muncul di sana.

- Bagaimana dengan lembu? - Tiada lembu.

Bandar saya ada semuanya. Tak banyak beza dengan bandar besar.

Cuma semuanya lebih tertumpu di satu tempat

dan penduduknya tak begitu ramai.

WARSAW

ORANG PRAGA

Saya agak tertekan.

APARTMEN JACEK

Mari kita sapa Mary.

Untuk bawa tuah. Ayuh.

Saya nak Jela lihat cara saya hidup. Saya harap untuk terus hidup begitu.

TUKANG GUNTING

More Malay subtitles for Love Is Blind: Poland

コメント

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left