Again My Life

Again My Life (어게인 마이 라이프)

Malay 자막 다운로드

릴리스 정보

어게인 마이 라이프 Again My Life E11 220513-NEXT-VIU
어게인 마이 라이프 Again My Life E12 220514-NEXT-VIU
다음의 해설 RuoXi
Ep. 11

태그

other
게시일: 2022-05-14
다운로드: 24
청각 장애인용: No

Malay 자막 미리보기

처음 200줄입니다.

"Episod 11"

Ahli Dewan Cho Tae Sub datang?

Ya.

"Hospital Chunha"

Dia perlu berehat sepenuhnya.

Jika ada perkara yang buat dia terkejut...

"Semoga cepat sembuh Daripada Cho Tae Sub."

Naib Pengerusi Kim Yong Jun datang berjumpa saya.

Dah besar dah dia.

Dia sangat bijak.

Dia tawarkan saya pusat beli-belah...

...dan minta saya bantu dia menjadi ketua kumpulan.

Dia tahu siapa yang perlu didekati untuk buat perjanjian.

Ia sememangnya sesuatu yang diperlukan oleh ketua yang baik.

Jadi saya fikir...

...Naib Pengerusi Kim memang layak uruskan Kumpulan Chunha.

Ahli Dewan Cho, saya yang perlu tentukan perkara itu.

Saya akan pilih pengganti saya apabila tiba masanya.

Susah nak berfikiran waras apabila dah tua.

Mungkin sebab itu awak tak sedar dah tiba masanya untuk awak berundur.

Ahli Dewan Cho! - Pengerusi Kim.

Dah tiba masanya awak letak jawatan.

Chunha mesti masuk ke era baru yang mengujakan.

Siasat jika Yong Jun dan Sung Jun...

...ada hubungi Ahli Dewan Cho.

Siasat juga apa rancangan ahli lembaga pengarah.

Baiklah.

Cho Tae Sub.

Benar.

Chunha banyak menyumbang kepada pembangunan negara ini.

Saya puji awak.

Namun, awak tiada perspektif berpandangan jauh yang diperlukan...

...untuk berkembang maju dalam dunia yang berubah dengan pantas ini.

Nampaknya awak tak sedar...

...yang Chunha bukan diuruskan...

...berdasarkan pendapat pengerusi sahaja.

Betul. Tapi pengerusi yang buat keputusan.

Saya pasti pilihan raya umum akan berlangsung tak lama lagi.

Saya akan uruskan syarikat saya...

...jadi saya cadangkan awak fokus pada pilihan raya umum saja.

Nampaknya awak dah salah faham tentang saya.

Saya hanya fikir tentang masa depan negara ini.

Awak hanya pentingkan masa depan awak.

Tak, itu tak benar. Awak betul-betul salah faham tentang saya.

Kalau begitu, biar saya tanya sesuatu.

Apa pendapat awak jika Hee A jadi pengganti saya?

Awak tidak mahu itu berlaku kerana...

...awak tahu Hee A tidak akan patuh pada awak.

Awak tak peduli tentang masa depan negara ini.

Awak cuma perlukan anjing yang patuh.

Saya rasa awak takkan faham mesejnya...

...jadi saya sediakan hadiah untuk awak.

Berita seterusnya.

Pengerusi Kim Gun Young dari Chunha yang dikhabarkan sakit...

...telah berada di hospital selama dua minggu.

Saya dah aturkan semuanya. - Menurut jurucakap syarikat...

Pengerusi Kim.

Saya cadangkan awak letak jawatan dengan rela hati.

Tiada apa yang lebih memalukan daripada diheret ke bawah.

Awak kata awak sediakan "hadiah" untuk saya. Inikah dia?

Saya ingatkan awak bawa bakul buah-buahan.

Sebaliknya awak bawa pisau pula.

Tapi saya harap awak tahu...

...yang saya...

...juga memegang pisau.

Ke tepi. - Awak tak boleh masuk.

Mereka sedang berbual. - Saya kata ke tepi.

Saya kata, mereka sedang berbual.

Benarkan dia masuk.

Salam sejahtera, Hee A. Gembira bertemu awak.

Mari pergi.

Pengerusi Kim dalam keadaan kritikal.

Ayah tak apa-apa?

Ayah tak apa-apa. Jangan risau.

Saya pasti Ahli Dewan Cho sengaja melawat ayah.

Saya pasti dia yang bocorkan maklumat kepada media.

Kali ini apa pula yang dia nak daripada ayah?

Kamu tak perlu tahu.

Ia sebahagian perkara ayah perlu selesaikan sebelum meletak jawatan.

"Hospital Chunha"

Serius sangatkah keadaan dia?

Beliau tak apa-apa? - Tolong beri komen.

Apa yang tuan bincangkan?

Tuan bincang apa dengan beliau? - Apa akan berlaku dengan Chunha?

Tuan! - Apa yang akan berlaku sekarang?

Tuan! - Tuan Ahli Dewan!

Mari pergi.

Kenapa tuan sendiri melawat beliau?

Saya dengar tuan melawat Pengerusi Kim Gun Young di hospital.

Hei, awak dah sampai. - Bagaimana keadaan beliau?

Maafkan saya.

Ia bukan sesuatu yang saya boleh jawab.

Serius sangatkah keadaan beliau?

Sebagai rakyat...

...yang benar-benar mengagumi Pengerusi Kim Gun Young...

...saya harap dia cepat sembuh.

Pengerusi Kim dalam keadaan kritikal?

Sebab itu Hee A kata...

Sami mencukur kepala mereka...

...apabila mereka meninggalkan keinginan duniawi.

Jadi saya datang ke sini untuk melakukannya.

"Kim Hee A, Kumpulan Chunha, Pengarah Pengurusan dan Strategi"

"Anak Pengerusi Kim Gun Young Sertai Pasukan Kepimpinan Chunha"

Hee A telah menyertai pasukan kepimpinan.

Keadaan telah berubah berbanding hayat saya sebelum ini.

Betulkah abang jumpa Ahli Dewan Cho?

Ya. Abang tawarkan dia pasar raya itu.

Ayah dah beritahu abang dengan jelas...

...yang abang mesti bina pasar raya itu sendiri...

...dan abang tak patut merasuah ahli politik.

Abang bekerja dengan mereka, bukan merasuah mereka.

Abang!

Apa? Patutkah abang gali tanah dan angkat batu-bata seorang diri?

Kita tak boleh buat semuanya seorang diri.

Abang pun tahu apa yang Ahli Dewan Cho fikirkan.

Dia akan kawal abang.

Itu abang akan uruskannya.

Kemudian dia akan huru-harakan syarikat.

Abang akan risau tentang itu apabila dan jika ia berlaku.

Kim Hee A.

Diam saja melainkan awak nak dihalau dari pejabat awak.

Melainkan awak nak kehilangan semua yang awak ada.

Saya dah hubungi lembaga pengarah Chunha...

...dan beritahu mereka tuan sokong Naib Pengerusi Kim Yong Jun.

Kalau begitu, saya akan mula memperbaiki imej awamnya.

"Naib Pengerusi Kim Yong Jun dari Chunha, Penderma Rahsia"

Okey, bagus.

Tuan, bagaimana dengan Cho Yoon A?

Cho Yoon A.

Okey. - Baiklah.

Siapa awak?

Apa yang awak mahu?

"Pejabat Pendakwa Raya Pusat Seoul"

Pelakon Cho Yoon A ditemui mati di rumahnya malam tadi.

Selepas muncul pada tahun 2009...

...dia memenangi anugerah Pelakon Wanita Baru Terbaik...

...di pelbagai majlis anugerah.

Baru-baru ini dia menandatangani kontrak...

...dengan agensi hiburan mega di Amerika...

...dan menanti kemunculan pertamanya di Hollywood...

...jadi peminatnya sangat kecewa dengan berita ini.

"Semuanya berlaku kerana wang.

Saya tak sangka keadaan akan jadi tak terkawal begini.

Tiada video.

Saya ingin meminta maaf kepada En. Choi Soo Hyuk dan En. Kim Yong Jun.

Maafkan saya.

Saya bunuh diri untuk bertanggungjawab atas segalanya."

Kenapa ada orang cuba sedaya upaya untuk tanggung semua kesalahan?

Malah punca kematian juga.

Terlebih dos syabu bercampur alkohol?

Saya tak tahu pula Cho Yoon A ambil syabu.

Saya sangka dia ketagih propofol.

Macam pernah dengar pula.

Ini campuran alkohol dan syabu yang sempurna.

Awak pernah dengar di mana?

Apa?

Tak apalah.

Apa? Aduhai.

Lihatlah.

"Pelakon Cho Yoon A Mati Bunuh Diri"

"Meninggalkan Nota Tentang Skandal Terbarunya"

"Pelakon Cho Yoon A Mati Bunuh Diri"

"Meninggalkan Nota Tentang Skandal Terbarunya"

Ya, baiklah.

Itu panggilan daripada pasukan Naib Pengerusi Kim Yong Jun.

Tentang Pengedaran Chunha, mereka setuju untuk batalkan...

...rancangan penstrukturan semula seperti yang tuan minta...

...dan mereka akan upah lebih ramai orang muda...

...untuk kurangkan pengangguran.

Bagus. Nampaknya dia benar-benar mendengar kata.

Untuk lokasi pusat beli-belah...

...mereka dah umumkan ia akan dibina di kawasan...

...yang awak cadangkan kepada Pengerusi Kim sebelum ini.

Saya puas hati dengan apa yang dia dah buat. Bagus.

Sekarang, saya patut balas budi.

Saya tak boleh biar dia hidup dalam bayang-bayang ayahnya selamanya.

Hubungi Ketua Pendakwa Kim Seok Hoon.

Baik, tuan.

Kenapa tak jawab telefon?

Ketua Kim mahu adakan mesyuarat.

Pengerusi Kim Gun Young dari Chunha dalam keadaan kritikal.

Mereka menyalahgunakan kelemahan undang-undang...

...dalam proses pemilihan pengganti.

Sebagai pendakwa, kamu hanya akan fikir untuk tegakkan keadilan.

Kalau ada antara kamu yang terima rasuah daripada Chunha...

...hapuskan semua jejak sekali gus.

Jika kamu ada kawan yang bekerja di Chunha...

...putuskan hubungan dengan mereka sekarang.

Kamu hanya akan cari kesalahan mereka.

Tunjukkan kepada dunia yang undang-undang dilaksanakan...

...secara adil dan saksama kepada semua orang.

Faham? - Ya, tuan.

Sekarang, sambung kerja.

"Kes Kumpulan Chunha, Pasukan Petugas Siasatan Khas"

"Pendakwa Khas Choi Kang Jin"

Saya mahu kamu semua serahkan telefon.

Jangan jawab sebarang panggilan.

Cari akaun nama yang dipinjam bekas eksekutif dan penyandang jawatan.

Serta semua akaun pembrokeran yang diguna untuk tukar saham subsidiari.

Periksa semuanya! - Baiklah!

More Malay subtitles for Again My Life

댓글

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left