처음 200줄입니다.
33 tahun, luka tikaman di bahagian abdomen.
Tekanan darah 60 dengan keadaan mental yang tak menentu dan pendarahan yang teruk.
Sedia? Pindahkannya ke atas meja.
1, 2, 3.
=Kita perlu kenakan tekanan ke atas lukanya.=
=Kita perlu hentikan pendarahan.=
=Awak tahu di mana awak berada?=
=Awak tahu di mana awak berada?=
=Awak berada di Trauma 1.= =Tiada tindak balas.=
=Tiada nadi.=
=V-fib. Jantungnya terhenti.=
=Semua ke tepi.=
=Denyutan nadinya sudah kembali.=
=Nadi yang cukup kuat.=
=Kita berada dalam waktu emas.=
Mereka sedang berseronok.
Hyeong, perempuan itu sudah pergi, kah?
Macam mana? Cantikkah orangnya kali ini?
Oh, itu. Hyeong Seon U ada di sebelah sana.
Rekabentuk rumah kami yang agak rumit ini boleh mengelirukan awak.
Perempuan itu masih belum pergi.
Bagaimana orangnya? Cantik?
Saya minta maaf... kerana macam memandang rendah pada awak.
Awak pun boleh tahan.
Awak... J-jangan salah faham. Bukan... bukan begitu...
Sebenarnya... ia... adalah...
Aigoo, kenapalah tetikus ini lembab sangat?
Ah, kenapalah ia keluar? Masa untuk membuangnya, kan?
Mungkin awak tak percaya, tetapi...
- Jepun? Amerika? - Amerika.
Begitu rupanya citarasa awak.
Ya, saya biasanya lebih suka bahasa Inggeris. Kalau bahasa Jepun, rasanya macam tak berapa bagus.
Bahasa dan perasaan... begitu penting ya.
Sudah tentu. Awak nampak lebih peka daripada yang disangka.
Sudah tentu, ianya penting, ianya penting. Penting.
- Jae In. - Oppa. Saya dah sampai.
Hyeong.
Awak pun sudah bangun. Saya sudah beritahu awak? Ini teman serumah saya.
- Gembira berjumpa awak. - Saya juga.
Awak tahu tentang Hospital Hanbang?
Dia akan menjadi kakitangan klinikal di sana.
Bukankah terlalu awal untuk awak melakukan kerja klinikal?
- Sudah 3 hari. - Adakah awak doktor perubatan tradisional?
Bukan tradisional. Doktor saja.
Dia telah diambil bekerja di Hospital Hanbang sebaik saja tamat pengajian.
Yakah?
Sepertimana yang awak tahu, Hospital Hanbang tidak boleh menggunakan CT atau memberikan preskripsi ubatan Barat.
Jadi dialah yang mengendalikan CT dan memberikan preskripsi ubatan Barat di sana. Betul tak?
Betul!
Walaupun awak ialah hubae kepada oppa, awak sudah menjadi seorang pengajar klinikal?
Malah dia tidak menjalani latihan sarjana pun selepas tamat pengajian.
Biasalah, rambut sama hitam, hati lain-lain.
Saya sendiri memang berminat untuk menyertai bidang ini selepas tamat pengajian.
- Ah, begitu. - Oh ya, Min U,
boleh awak tolong gantikan syif saya di bahagian A&E hujung minggu depan?
Kalau jadual awak tak penuhlah.
Kalau hyeong rasa tak dapat lakukannya, janganlah ambil kerja itu, hyeong.
Ini kali terakhir.
Saya perlu pergi ke Seoul.
Waktu hujung minggu selama 24 jam, jarang-jarang ada pesakit. Senang saja kerjanya.
Atau awak nak serahkan kunci vila?
Baiklah.
Hantarkan alamat hospital itu kepada saya.
Jangan menyimpang ke mana-mana pula.
Apalah.
Mereka tak selesai lagikah?
Panggilan penting.
Cepatlah jawab. Saya pergi dulu.
Min U, maaf saya menyusahkan awak lagi.
Kami sehaluan lagipun. Bagus juga ada teman.
Kalau begitu saya serahkan Jae In saya kepada awak hingga selamat sampai di Seoul.
Ya, saya faham, hyeong.
- Kami pergi dulu. - Saya pergi dulu.
Selamat tinggal.
Hei, Bora. Awak begitu rindukan oppa?
Min U, awak kena rahsiakan perkara ini daripada oppa.
Awak lapang Jumaat pertama bulan depan?
Apa yang awak katakan ni?
Saya bukan orang begitu.
"Jangan mengusik isteri kawan." Bukankah itu pesan orang tua-tua?
Demi kebaikan hyeong Seon U dan awak,
saya akan berpura-pura tak dengar apa-apa.
Apa?
Saya rasa awak terlalu banyak menonton drama.
Tindak balas awak terlalu melebih-lebih.
Awak tak tahukah hari Jumaat itu
adalah harijadi oppa Seon U?
Kebetulan pula hari seterusnya itu adalah hari ulangtahun 100 hari kami.
Boleh awak tolong saya adakan parti kejutan?
Oh ya, awak tak boleh biar dia tahu perkara ini.
Ini rahsia, ya?
Baiklah, parti akan diadakan.
Malah saya sudah sediakan hadiah. Tepat pilihan saya memilih warna ungu.
Pasti ia amat sesuai.
- Apa hadiahnya? - Tali leher.
Oppa pasti takkan dapat melarikan diri daripada saya. "Jangan sesekali fikir untuk pergi."
Lebih kurang macam itulah.
Jadi, awak mahu membelinya? Boleh pulangkan atau tidak? Awak pasti?
Ansuran 3 bulan tanpa faedah. Kenapa?
Ada lagikah orang yang beli hadiah untuk teman lelaki secara ansuran?
Kenapa?
Saya tahu ulangtahun 100 hari itu istimewa dan awak mahu meraikannya,
tapi selepas 100 hari, ada kemungkinan yang perasaan awak akan mula pudar.
Awak terlalu banyak menonton drama.
Beginilah hubungan cinta kami nanti.
Baiklah.
Lelaki ini gila betul.
Betul-betul menyakitkan hati.
Mahu kejar dia?
Kereta aku pun boleh pergi laju macam kereta kau.
Pegang kuat-kuat.
Pegang kuat-kuat.
Apa ini?
Ini 119? Sekarang saya di Busan berhampiran Lebuhraya No. 7.
Awak sudah hantar orang?
Simpang keluar Lebuhraya No. 7 di Busan.
Ada perlanggaran berantai di jambatan.
Nasib baik saya selamat.
Ada seekor ayam di depan saya.
Agak dramatik juga.
Bukankah awak seorang doktor?
Ya...
Ini kes kecemasan. Awak tak nak keluar?
Kan saya dah kata yang saya hanya doktor pada nama saja di hospital Hanbang?
Lagipun, pesakit yang cedera ringan boleh jalan sendiri.
Dan kita tak boleh gerakkan pesakit yang kritikal tanpa apa-apa langkah keselamatan.
Saya dapat ijazah saja tapi saya tak tahu macam mana mahu menyelamatkan orang.
Baik kita tunggu saja 119. Mereka akan sampai tak lama lagi.
- Ke mana dia pergi? - Tolong!
Awak tak apa-apa?
Jangan bergerak. Biar saya tengok.
Gerakkan jari kaki awak. Awak boleh gerakkannya?
Boleh.
Tunggu sekejap. Ambulans akan sampai tak lama lagi. Bertahanlah.
Sebelah sini. Siapa boleh tolong saya?
Tolong jangan bergerak.
Tae Jin. Tak apa. Tak apa. Mak ada di sini.
Tak apa. Apa patut saya buat?
Kita tunggu sajalah 119 sampai.
Tolonglah saya.
Jangan... Jangan begini.
Tanpa sebarang langkah keselamatan, kita tak boleh gerakkan dia sesuka hati.
Walaupun budak itu dapat keluar,
tiada ambulans. Tunggulah sekejap lagi.
Pergi dari sini kalau awak tak mahu tolong.
Mak!
Tunggu lagi 5 minit. Saya rasa mereka akan sampai dalam masa 10 minit lagi.
Kalau tak, macam mana?
Menangis seperti ini, dia pasti cedera. Tae Jin.
Mak! Mak!
Mari kita alihkan kereta dulu.
Lebih baik kalau kita pergi dari sini segera.
Dan tugas menyelamat ini
adalah kepakaran 119.
Juga,
ada kemungkinan akan berlaku satu lagi kemalangan di sini sekarang.
Kenapa?
Kes yang sama pernah berlaku di Amerika Syarikat.
Seorang doktor masuk campur untuk membantu dalam keadaan kecemasan.
Tapi akhirnya, ada kesilapan berlaku.
Dia telah disaman kemudiannya.
Sebab itulah ada undang-undang yang digubal untuk kes rawatan kecemasan.
Nampaknya awak tak tahu.
Seksyen 5 Artikel 2.
Awak peguamkah?
Baguslah.
Walaupun undang-undang membenarkan budak itu diselamatkan,
andai kata
kita gerakkannya terlalu awal dan menyebabkan tulangnya patah.
Bukankah itu hanya menerukkan lagi keadaan?
Kita akan dipersalahkan kerana tidak menunggu.
Dan juga,
fikiran si ibu juga sedang kacau.
Dia pasti takkan dengar apa yang kita katakan.
Tunggu sajalah.
Apa yang awak lakukan? Berapa umur awak?
Kenapa awak begitu tidak bertanggungjawab?
Awak tak boleh buat begitu.
Awak tak boleh gerakkan leher pesakit trauma begitu saja.
Awak pasti terlalu banyak menonton drama.
Ada kebarangkalian yang dia akan lumpuh.
Awak tak boleh gerakkan pesakit begitu saja.
Sekarang, begini.
Maafkan saya.
Mak takkan apa-apa.
Jangan menangis, jangan menangis. Tak apa-apa.
Tunggu sekejap ya.
Di sini! Di sini!
Di sini! Di sini!
Dia telah berada di dalam kereta ini
selama 20 hingga 30 minit.
Apa awak akan buat kalau dia tiba-tiba bangun dan menjerit-jerit?
Hubungi ambulans untuk hantar dia segera.
Tolong jangan halang kami buat kerja.
Di sini.
Pasukan kecemasan, di sini!
Sekejap saja lagi. Sekejap saja lagi.
Tak apa-apa.
Awak perlukan doktor?
Awak seorang doktor?
No comments yet. Be the first to leave one.