처음 200줄입니다.
Kami menentang penstrukturan semula Mirae Motors.
Kami menentangnya! - Kami menentangnya!
Pembubaran wajib syarikat tak patut dibenarkan.
Jangan benarkannya! - Jangan benarkannya!
Kami menentang penjualannya.
Kami menentangnya! - Kami menentangnya!
Kami menentang penstrukturan semula Mirae Motors.
Kami menentangnya! - Kami menentangnya!
Syarikat Mirae Motors.
Ia dibubarkan selepas dijual kepada syarikat asing...
...akibat konflik pengurusan pekerja.
Saya tahu apa yang akan berlaku...
...tapi saya tak boleh buat apa-apa sekarang.
Kami menentang penjualannya.
Kami menentangnya! - Kami menentangnya!
Kami menentang penstrukturan semula Mirae Motors.
Kami menentangnya! - Kami menentangnya!
Di mana Kang Man Chul kebelakangan ini?
En. Kang Man Chul dari Parti Buruh Progresif?
Betul.
Dia berada di kem bantahan di kilang di Pyeongtaek.
Mari pergi ke Pyeongtaek.
Apa? Sekarang, tuan?
Telefon dia sekarang dan beritahu dia saya dalam perjalanan.
Beritahu dia saya nak minum kopi dengan dia.
Baik, tuan.
Lihatlah siapa yang datang.
Saya dengar Presiden pun berlari keluar dari pejabatnya...
...berkaki ayam untuk menyambut awak, Ahli Dewan Cho Tae Sub.
Kenapa awak datang ke tempat buruk ini?
Untuk minum kopi segera dengan saya?
Saya tak harap awak berlari keluar berkaki ayam untuk sambut saya...
...jadi tolong beli kasut baru untuk diri awak.
Itu keterlaluan. Orang akan fikir ia hanya lakonan.
Saya ikut ajaran Laozi dengan cermat.
Saya percaya kurang itu lebih baik.
Berlebihan membawa kepada kekeliruan.
Seronok apabila keliru.
Saya dengar anak awak dapat masuk Harvard.
Saya sangka bekas aktivis pro-NL Utara seperti awak...
...mahu hantar anak-anak awak ke kolej terbaik di Pyongyang.
Itu bukan keputusan saya.
Dia bebas untuk pergi ke mana saja dia mahu.
Betul.
Setiap kali saya cakap dengan awak, saya tak sedar masa berlalu.
Mari kita bincang perkara serius pula.
Mogok ini.
Mari tamatkannya. Dengan cara itu, nampak bagus untuk kita berdua.
Aduhai, tentu awak ada muslihat.
Habis, kenapa tak kaut manfaat seorang diri?
Kenapa awak nak bekerjasama dengan kami?
Parti kecil macam kami tak ada apa-apa untuk ditawarkan.
Saya cuma nak bantu para pekerja dan selamatkan syarikat.
Awak tak perlu sumbangkan apa-apa.
Aduhai. Saya lebih ingin tahu sekarang.
Adakah awak berpuas hati hanya dengan menjadi pengerusi parti?
Sudah tiba masanya awak jadi ketua kumpulan rundingan.
Awak menang tiga kerusi sebelum ini.
Satu saja. Kerusi perwakilan berkadar tak dikira.
Betul.
Jangan serahkan kerusi kepada orang lain.
Menyokong seorang calon kedengaran bagus...
...tapi Parti Daehan layan awak tak ubah seperti batu loncatan.
Awak sudah bersedia untuk pilihan raya perundangan?
Begitu. Memulihkan ekonomi melalui kerjasama dwipartisan.
Itu gambaran yang awak mahu.
Mendapat lebih banyak sokongan...
...bersama seseorang yang awak boleh kawal...
...sementara mengawal parti pembangkang utama?
Aduhai.
Banyaknya mata serampang awak.
Aduhai.
Saya benci yang saya suka idea ini.
Saya cuma perlu berdiri di sebelah awak dan ambil gambar.
Bagaimana saya boleh tolak tawaran ini?
Cho Tae Sub. - Cho Tae Sub.
Cho Tae Sub. - Cho Tae Sub.
Cho Tae Sub. - Cho Tae Sub.
Ya!
Mereka buat keputusan ini demi negara kita.
Saya mesti puji mereka.
Kami akan bekerja keras untuk mewujudkan persekitaran...
...di mana pekerja dan syarikat boleh maju bersama.
Kami akan buat yang terbaik. - Chunha ambil alih Mirae Motors?
Keadaan berubah daripada hayat saya sebelum ini.
Mogok Mirae Motors akhirnya selesai...
...atas usaha berterusan Ahli Dewan Cho Tae Sub.
Dalam mesyuarat dengan pemimpin parti lain, beliau menekankan...
...kepentingan usaha dwipartisan memfokuskan pemulihan ekonomi.
Parti Daehan mengeluarkan kenyataan...
Dia mahukan...
...pilihan raya presiden, bukan pilihan raya perundangan.
Tapi orang awam nampaknya tak bersetuju.
Jangan harap.
Kadar sokongan telah mencapai satu lagi tahap tertinggi.
Berita seterusnya.
Seorang lelaki memecah masuk rumah kawan selama 40 tahunnya...
...lalu membunuhnya kerana tidak membayar hutang.
Polis telah menahan Park, suspek utama kes ini...
...dan sedang menyiasat kes ini.
Kes itu...
Cap jari Park ditemui pada pisau yang diperoleh di tempat kejadian...
...jadi polis percaya ia mungkin pembunuhan balas.
Lakonan semula tempat kejadian akan berlangsung hari ini.
"Mangsa"
Ini pisaunya.
Baiklah.
Dari sini, awak buat begini...
...dan tikam lagi seperti ini, bukan? Tunjukkan apa yang awak buat.
Saya tak lakukannya.
Aduhai. Awak tak boleh ubah keterangan awak sekarang.
Ini akan merumitkan keadaan.
Awak tak ingat pisau ini?
Itu...
Saya ambil pisau itu...
...tapi saya tak pernah tikam dia sebab saya teringatkan anak saya.
Awak tak boleh buat begini sekarang. Kami ada bukti kukuh.
Kalau awak buat begini, awak akan dapat hukuman yang lebih berat.
Memang bukan saya.
Saya tak bunuh dia.
Itu pun dia. - Aduhai.
Saya nak tengok muka dia. - Tak guna!
Sanggup awak bunuh orang kerana duit?
Tunjukkan muka awak, tak guna!
Ya, tunjukkan muka awak! - Tolong berundur.
Ayah!
Bukan dia. Percayalah!
Tangkap orang yang lakukannya. Kenapa awak nak tangkap ayah saya?
Ayah!
Ayah!
Ayah.
Ayah!
Ayah.
Park Sang Man. Awak Park Sang Man, bukan?
Ya.
Siapa awak?
Saya akan buktikan ayah awak tak bersalah.
"Sekolah Tinggi Yooil"
Awak, mari sini.
Tapi janji dengan saya yang awak takkan ponteng sekolah.
Mari sini.
Di mana beg galas awak? Berhenti.
Penjenayah sebenar akan didedahkan sepuluh tahun kemudian.
Jadi percayalah pada saya dan belajarlah, Park Sang Man.
Saya tak percaya dia boleh belajar sekarang.
Patutlah dia selalu dapat markah tertinggi.
Hati-hati.
Dia mungkin tikam awak kalau dia hilang sabar, sama macam ayah dia.
Ia takkan ambil masa yang lama. Bertahanlah dan bersabar.
Saya faham awak takkan percaya sehingga awak melihatnya.
Tapi percayalah.
Walaupun awak masuk campur sekarang...
...awak tak boleh buat apa-apa untuk bantu ayah awak.
"Again My Life"
Hei, adik.
Helo, tuan.
Hai, apa khabar? Duduklah.
Boleh tolong tengok ini?
"Lelaki Membunuh Kawan Selama 40 Tahunnya"
Bagaimana dengan kes ini?
Saya kenal anak dia.
Saya rasa polis terlepas sesuatu.
Hei, jangan menyibuk dalam hal orang lain.
Kadar pelepasan homisid di Korea hampir 100 peratus.
Tengok.
Kita ada senjata pembunuhan. - Betul.
Cap jarinya ditemui. - Betul.
Dia berdendam. - Betul.
Alamak. Dia mabuk. - Betul.
Habis cerita. Permainan tamat.
Itulah masalahnya.
Daripada senjata pembunuhan dan motif kepada cap jarinya...
...ia terlalu sempurna. Ia diselesaikan terlalu cepat.
Apa? - Cepat sangat sampai tiada siapa...
...merasai keperluan untuk mencari bukti menentangnya.
Awak perlu lihat ini.
Nah.
Tengok.
Apa ini?
Ini yang dia pakai pada hari pembunuhan itu berlaku.
Awak boleh periksa rakaman CCTV untuk mengesahkannya.
Apakah kemungkinan tiada percikan darah pada pakaian...
...selepas menikam seseorang? Tiada, bukan?
Tapi seperti yang awak lihat, ia bersih.
Adakah nampak macam kesan darah yang telah dibuang? Tidak.
Macam yang awak tahu, ada banyak cara untuk mengesahkannya.
Aduhai, ini...
Tuan, undang-undang...
...dicipta untuk tertuduh.
Untuk pastikan tiada sesiapa disalah tuduh.
Setahu saya, itu patut jadi keutamaan kita.
Kalau ini benar, polis ada masalah besar.
Pihak pendakwa akan datang selamatkan mereka?
Saya suka cerita itu.
Ada apa-apa lagi yang awak tahu tentang kes ini?
Tentulah ada.
Cik Lee Sun Young.
Awak isteri En. Hong In Pyo, bukan?
Ya.
Saya dengar awak selalu kata awak nak bunuh suami awak.
No comments yet. Be the first to leave one.