릴리스 정보

Weightlifting Fairy Kim Bok Joo 2016 E07 Semua HDTV MSC
다음의 해설 Aliff Najwan
Drama boleh download di 'kissasian.com' // Malaysian Subbers Crew // Weightlifting Fairy Kim Bok Joo E07!

태그

HDTV
hdtv
HD
게시일: 2016-12-25
다운로드: 38
청각 장애인용: No

Malay 자막 미리보기

처음 200줄입니다.

Si-ho, awak nak ke mana?

Ayah, kenapa panggil saya ke sini pada awal pagi begini?

Kenapa awak berdua ada di sini?

Apa ini?

Beritahu ayah, apa ini?

Kamu pekakkah? Kenapa tak jawab?

Apa ini?

Ayah.

Janganlah tengking dia. Abang hanya buat dia takut saja.

Biarlah dia jelaskan dulu.

Baik kamu tutup mulut.

Tutup mulut sebelum abang pukul kamu.

Nama kamu ada tertulis di sini. Kenapa nama kamu ada tertulis di sini?

Ayah.

Ayah dengar ini adalah klinik berat badan.

Tapi kenapa nama kamu ada tertulis di sini?

Jelaskan kenapa nama kamu ada tertulis di sini!

Encik Kim, bawa bertenang.

Dia dah hilang akal. Biar saya ajar dia.

Ayah...

- Mari sini! - Tolong berhenti.

Kamu sepatutnya berlatih. Apa yang kamu buat di sana?

- Ayah, saya minta maaf. - Mari sini!

- Tolonglah. - Lepaskan saya.

- Bawa bertenang. - Dia memang patut diajar. Mari sini!

Bawalah bertenang! Abang mesti bertenang.

Kalau terus begini tekanan darah abang akan naik dan abang akan pengsan.

- Kamu nak matikah? - Baiklah. Bunuhlah saya.

- Bok-joo, pergi. - Kamu nak ke mana?

- Kembali ke sini sekarang! - Biar kami uruskan hal ini.

Kamu nak ke mana? Mari sini!

(Episod 7 Selamat Hari Jadi Kepada)

22.

23.

Bok-joo, buat dengan betul. Luruskan tangan awak.

Apa yang awak fikir sampai pergi ke sana?

Sebab awak tertanya-tanyakah?

Awak ingin lihat apa di dalam klinik itukah?

Atau awak ingin kurangkan berat badan...

...seperti wanita lain dan pakai skirt pendek?

Itukah sebabnya?

Bok-joo.

Awak adalah atlet angkat berat.

Awak bukan pelajar universiti biasa.

Ayah awak, Jurulatih Choi, dan saya...

...letakkan harapan yang tinggi pada awak.

Sampai hati awak buat macam ini?

Awak perlu berlatih bersungguh-singguh...

...untuk tambah berat badan.

Awak mahu memberontakkah?

Awak dah tak ambil peduli tentang angkat berat lagi?

- Saya minta maaf. - Buat lompat tinggung 100 kali.

Jangan berikan alasan dan buat sampai habis.

Klinik berat badan?

Awak ke tempat mengarut itu dan kehilangan otot badan.

Awak perlu bina semula otot badan awak.

Jangan lepaskan barbel itu.

Badannya elok saja.

Kenapa dia ke sana untuk kurangkan berat badan?

Geram betul.

Apa yang berlaku?

Bok-joo dah gilakah?

Kenapa dia...

Kenapa dia ke klinik itu?

Mungkin dia ke sana kerana rasa ingin tahu.

Awak pun dah hilang akal sama macam diakah?

Mengarutlah, orang takkan buat begitu hanya sebab rasa ingin tahu.

Dia atlet angkat berat...

...dan atlet harapan untuk menang pingat emas di Olimpik.

Tapi, dia ke klinik berat badan?

Aduhai, saya memang tak faham.

Dia kena rasukkah?

Mungkin sebab Joon-hyung tolak dia, jadi dia ingin turunkan...

Bukan macam itulah.

Macam mana awak tahu?

Saya cakap begitu...

...sebab dia nampak macam tak begitu tergila-gilakan Joon-hyung.

Hai, mak.

Tentulah saya ingat hari jadi abang.

Makan malam hari ini?

Bukan hujung minggu inikah?

Saya tak kisah.

Okey. Jumpa nanti.

Oh, ya.

Saya memang kawan yang baik.

Saya perlu kongsikan...

...maklumat ini dengan Si Gemuk.

Hadiah kedua dari saya.

Hari ini adalah hari jadi Abang Jae-yi.

97.

98.

99.

100.

Nah, Bok-joo.

Ambil ini.

Pergi urut badan awak.

Kalau tak pergi urut, awak tak boleh berlatih esok.

Saya tak rasa awak ke sana hanya sebab ingin tahu.

Awak seorang yang matang dan bertanggungjawab.

Awak amat berdedikasi dalam sukan angkat berat.

Saya tak faham kenapa awak buat perkara sebegitu.

Saya tertanya-tanya, dan saya risau tentang awak.

Kenapa awak buat begitu?

Tentu ada sebabnya!

Kenapa awak ke sana?

Dengar sini.

Adakah...

...tempat itu bukannya klinik berat badan...

...tapi tempat yang gunakan gadis muda untuk perkara pelik?

Bukan, Jurulatih Choi. Bukan macam itu.

Jadi betulkah awak ke sana untuk kurangkan berat?

Awak tak mahu beritahu saya kenapa awak ke sanakah?

Saya ingat hubungan kita lebih daripada...

...sekadar jurulatih dan anak murid.

Sekarang saya faham.

Jurulatih Choi, saya minta maaf.

Apa pun...

...latihan kelas kategori heavy perlu diteruskan.

Saya akan perhatikan awak sepanjang masa.

Awak tak dibenarkan keluar dari universiti.

Jika awak perlu keluar, minta kebenaran dari kami.

Saya tak suka lakukan keganasan...

...tapi jika awak ingkar, tak mustahil saya akan buat begitu.

Awak fahamkah?

Ya.

Pergi rehat.

Bok-joo.

Bangun.

Tahanlah sikit.

Kalau tak urut nanti, awak akan rasa lebih sakit.

Kenapa awak ke sana? Awak dah gilakah?

Degil tak bertempat.

Kenapa awak buat denda itu hanya kerana mereka suruh?

Tengoklah, kerasnya kaki dia.

Keras betul.

Awak tak mahu beritahu kamikah?

Awak buat apa di sana?

Sudahlah, bagi dia masa.

Dia tak boleh beritahu dalam keadaan begini.

Dia perlukan rawatan yang betul untuk merawat ototnya.

Sampai hati Profesor Yoon suruh dia buat...

...lompat tinggung sebanyak 100 kali?

Tentu dia ingat Bok-joo takkan buat sampai habis.

Menyusahkan betullah.

- Bukannya awak nak jadi model. - Hei, jaga mulut awak.

- Saya cuma rasa marah saja. - Saya pun marah!

Aduhai, menyakitkan hati betullah.

Aduhai.

Sejauh mana lagi awak mahu pergi?

Awak memang teruk.

Hei, sedarlah!

Song Si-ho.

Helo, Cik Go.

Saya harap kita dapat minum bir bersama...

...tapi hari ini hari jadi kawan baik saya...

...jadi kita minum ini saja.

Boleh saya tanya...

...apa yang mengganggu fikiran awak tadi?

Kerana saya.

Saya bencikan diri saya.

Saya dah buat sesuatu yang teruk pada seseorang.

Itu pun kerana rasa cemburu.

Perasaan cemburu memang menakutkan.

Dulu saya seorang yang kuat cemburu disebabkan seorang lelaki.

Adakah ini berkaitan dengan lelaki yang awak pernah sebut dulu?

Cinta tiga segi itu?

Itu bukannya cinta tiga segi.

Saya pun tak tahu itu cinta jenis apa.

Jangan terlalu salahkan diri awak.

Mari minum...

...untuk raikan rasa cemburu.

Masuk.

Doktor, Cik Bok-joo tak jawab panggilan telefon.

Mari tunggu sebentar saja lagi sebelum pulang.

Okay.

Tentu dia akan beritahu jika dia tak dapat datang.

Sedapnya.

Makanan di restoran memang sedap.

Tentulah, masakan saya tak setanding dengan semua ini.

Buang masa dan leceh saja untuk memasak dan mengemas.

Saya pun suka masakan ini. Pagi tadi kita dah makan sup.

Sedapnya.

- Helo, Ah-young. - Awak di mana?

Saya di depan klinik awak, tapi awak dah pulang.

Saya pulang awal hari ini.

Kenapa awak tak hubungi saya?

Awak di parti hari jadikah?

Boleh saya jumpa awak?

Saya sedang makan malam bersama keluarga saya.

Siapa itu?

- Suruh kawan kamu datang. - Betul.

Kami tak kisah. Suruh dia datang.

Kawan abang itu seorang wanita.

Boleh awak ke mari sekejap?

Kami selalu dengar tentang awak.

Akhirnya, dapat juga kita berjumpa.

Cantiknya awak.

Tak adalah.

Mak cik lebih cantik.

Ana ini?

More Malay subtitles for Weightlifting Fairy Kim Bok-Joo

댓글

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left