릴리스 정보

Eternal Love Rain - Ep 15
다음의 해설 RADIKAL62
iQiyi Retail. Movie: https://uptobox.com/0yayfhjcc4d8

태그

other
게시일: 2020-12-10
다운로드: 20
청각 장애인용: No

Malay 자막 미리보기

처음 195줄입니다.

Apa?

Dia hadiahkan semua harta kepada orang demi Su Bin Quan?

Betul.

Adinda hanya mendapat empat lukisan.

Adinda mendapat empat lukisan?

Betul-betul menyedihkan.

Tak sangka dia hadiahkan semua harta kepada orang lain

demi Su Bin Quan yang degil itu.

Dah lama beta menemani dia.

Dia hanya hadiahi beta satu teko

dan empat cawan.

Adinda pun ada empat lukisan.

Kakanda.

Rupa-rupanya, kakanda hanya mendapat satu teko

dan empat cawan.

Nampaknya, tuk guru tak melayan adinda dengan paling kejam.

Adinda pergilah.

Pergilah sekarang.

Ambil balik semua barang yang dia hadiahkan

dan simpannya dalam khazanah negara.

Sesiapa pun tak boleh

lebih penting daripada kakanda dalam hatinya.

Baik.

Kakanda.

Empat lukisan adinda pula?

Serahkan tiga lukisan.

Jangan.

Semua lukisan dirampas.

Jangan. Saya akan serahkan tiga lukisan.

Rampas semuanya!

Tuk guru.

Hari ini, awak

beri berapa banyak hadiah?

Ia tak penting.

Asalkan dapat membantu keluarga Su.

Beri berapa banyak,

beri kepada siapa,

ia tak penting langsung.

Nampaknya, orang yang menerima lebih banyak hadiah daripada kakanda

akan hidup susah kelak.

Kenapa awak tak bercakap

tapi asyik mengeluh?

Kan awak kata menemani saya minum teh dan bersembang?

Betul.

Tuk guru.

Sebenarnya, awak harus keluar dengan kerap.

Hal ehwal dunia insan

sangat menarik.

Terutamanya beberapa hari sebelum perayaan,

suasana paling meriah dan paling gembira.

Apabila hati manusia menanti-nantikan sesuatu,

itulah yang paling bahagia.

Dah 500 tahun.

Saya rasa sunyi di dunia insan.

Kemunculan dia

bagaikan bunga ume

yang mekar di dalam hati saya pada musim sejuk.

Akhirnya hati saya

ada pemandangan yang boleh disaksikan.

Namun, saya tak boleh menemaninya sehingga ia layu.

Saya pun memetiknya.

Lupakannya sekarang

barulah kesudahan terbaik

untuk kedua-dua pihak.

Tuk guru, awak ada janji temu pada Pesta Qiqiao?

Biar saya teka siapa dia.

Su Yin Yin?

Tuk guru.

Rasanya, awak tak pandai memujuk perempuan.

Kebetulannya saya mengetahuinya.

Saya boleh beri cadangan.

Awak ada apa cadangan?

Awak tengok.

Memujuk perempuan

bertujuan menggembirakan orang yang kita suka.

Tuk guru begitu hebat.

Awak boleh mengawal cuaca

dan hasilkan pelangi,

pasti akan buat Lin Lin...

Tidak, sepupu Lin Lin, Su Yin Yin,

awak pasti akan beri dia kejutan yang besar.

Takkan ada kejutan lagi.

Tuk guru, jangan awak putus asa dengan begitu mudah.

Sebagai lelaki,

walaupun tiada kejutan, kita mesti mencipta kejutan juga.

Awak berfikirlah.

Dalam suasana perayaan itu,

hujan renai-renai turun,

suasana itu

akan jodohkan ramai pasangan kekasih.

Boleh.

Jika betul-betul macam ni,

ia juga tunaikan hasrat saya.

Awak dah setuju?

Baiklah. Jika tiada hal lain, kita balik.

Tuk guru.

Ji Er, awak balik dulu.

Saya masih nak minum teh.

Awak minumlah perlahan-lahan. Saya minta diri dulu.

Betul-betul tak berhati perut.

Semuanya kosong.

Dah tiba masanya balik.

Dengar sini.

Pukul 11 malam ini,

suruh tuan awak tunggu di sini.

Ia berkaitan dengan Ning Xiu Rui, sampaikan kata-kata saya.

Jika tidak,

saya akan bunuh awak.

Ning Xiu Rui?

Oh, burung merpati.

Sama ada rancangan saya boleh berjaya pada Pesta Qiqiao atau tidak,

ia bergantung kepada awak.

Berusaha, saya percaya awak.

Lin Lin?

Kali pertama saya jumpa awak,

saya dah rasa

awaklah wira sebenar dalam hati saya.

Awak sanggup

bawa saya mengembara bersama awak?

Ada lagi.

Awak sudi menjadi kekasih saya?

Awak sudi!

Lin Lin, saya terlalu cintai awak!

Putera mahkota

dah gila?

Rasanya-rasanya. Jika tidak, kenapa dia tinggal begitu lama di kediaman Ning

dan tak balik ke istana?

Jangan awak cakap begini.

- Awak akan dipancung. Ayuh. - Ayuh.

[Saya ajak Tuk Guru Lin berjumpa di jambatan pada Pesta Qiqiao]

"Saya ajak Tuk Guru Lin berjumpa di jambatan pada Pesta Qiqiao."

"Saya akan tunggu awak."

Kenapa dia tak bekerja baik-baik di istana

tapi mengajak saya?

Namun, ia biasa juga.

Dia sebatang kara sejak kecil lagi.

Malah...

Dalam perayaan di mana pasangan kekasih bertemu,

biasa saja dia rasa pilu.

Memandangkan dia nak bergurukan saya,

saya boleh dikatakan ahli keluarganya.

Saya pergi nasihati dia dan menenangkan hati dia,

rasanya tiada masalah.

Lin Lin!

Lin Lin!

Lin Lin.

Saya tanya awak satu soalan,

iaitu

seorang perempuan

bertemu dengan seorang lelaki.

Lelaki itu selalu bantu dia

dan selamatkan dia beberapa kali.

Namun, lelaki ini

melayan perempuan itu dengan biasa saja.

Awak rasa dia suka perempuan ini?

Saya sedang tanya awak.

Serahkannya kepada aturan Tuhan.

Suka atau tidak, tak boleh memaksa dia.

Sia-sia saja kata-kata awak.

Apa ni?

Siapa tulisnya kepada awak?

Kawan biasa.

Jika kawan biasa, kenapa awak rasa gementar?

Dah tiba masanya awak pergi.

Ibu bapa awak akan risaukan awak nanti.

- Cepat awak balik. - Tidak.

Kan kita berjanji untuk keluar bersama?

Saya tiada masa.

Jumpa lagi.

Tang Lin Lin, apa awak sedang berfikir?

Dia sida-sida.

Kita pernah berjumpa.

Awak kata awak boleh bantu saya.

Nampaknya, awak dah faham

sebab saya bantu awak.

Sebab

kita benci satu orang yang sama.

Saya tak benci sesiapa pun.

Saya hanya nak kukuhkan

benda yang saya memiliki sekarang.

Apa hubungan awak dengan Ning Xiu Rui?

Orang yang dia pernah paling percaya.

Ironinya.

Tak sangka Ning Xiu Rui

akan dikhianati juga.

Boleh awak bunuh dia bagi pihak saya?

Tentulah saya tak boleh bunuh Ning Xiu Rui dengan diri sendiri.

Hanya awak boleh lakukannya.

Mo Cheng Feng.

Awak nak Ning Xiu Rui

lagi memahami

perasaan dikhianati?

Awak ada cara?

Siapa awak mengesyaki

yang telah membunuh ayah awak?

댓글

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left