처음 200줄입니다.
Hubungan kita dah berakhir.
Saya maksudkannya.
"Episod 7"
"Musim Bungaku yang Hangat"
Dah lebih 100 hari kita bercinta.
"Lee Kang Jae, Jabatan Belia"?
Nama saya masih disimpan begitu?
Jadi saya nak tukar macam mana?
"Kang Jae"?
Dengan emoji hati?
Berikan kepada saya.
Kita bertemu pada bulan April. - Ya.
Jadi...
...saya mahu jadi orang begini untuk awak.
Seperti musim bunga yang sentiasa menyusul selepas musim sejuk.
"Musim Bungaku yang Hangat"
"Musim Bungaku yang Hangat"
"Padam Nombor Telefon"
"Anda pasti mahu memadam nombor ini?"
"Batal, Padam"
"Hebat! Skandal!"
Hei, Woo Ri. Kita nak makan apa tengah hari ini?
Saya tak lapar.
Hei, jangan kata awak sedang berdiet.
Jangan hilang satu gram pun.
Lemak awak pun sebahagian daripada awak.
Kenapa saya nak berdiet sedangkan saya mengandung?
Maaf.
Bagaimana dengan susyi?
Saya akan pesan dua hidangan. Satu untuk saya, satu untuk anak awak.
Ingat lagi restoran yang kita pergi bersama Kang Jae?
Ikan mentah di atas nasi yang berkilat.
Awak kata ia susyi terbaik. Saya nak pesan dari restoran itu!
Orang kata kita tak patut makan ikan mentah semasa mengandung.
Yalah, maaf.
Serta tolong jangan cakap tentang Kang Jae.
Kenapa pula? Kamu berdua dah berpisah?
Ya.
Aduhai, tengoklah awak.
Awak bergurau tentang itu?
Biar betul?
Ya, kami dah berpisah.
Kenapa tiba-tiba saja?
Maksud saya, kenapa?
Apa kata kita minum?
Daging khinzir masam manis dengan arak kaoliang?
Apa kata kita minum itu supaya awak boleh beritahu apa yang berlaku?
Saya tak boleh minum sebab saya mengandung.
Yalah, maaf.
Saya tak apa-apa.
Banyak yang kita perlu buat sebelum tarikh akhir.
Apa saya boleh buat untuk tenangkan wanita hamil...
...yang baru putus cinta?
Tak guna!
Awak patut beritahu saya.
Saya tak percaya awak terus tandatangan dokumen perceraian.
Saya cuma...
...mahu Raphael...
...gembira.
Awak terlalu lembut hati.
Sebab itulah awak tandatangan dokumen itu. Kasihannya awak.
Tuan, ada tetamu.
Salam sejahtera.
Mak? - Cik Byun.
Kenapa awak datang ke Korea?
Bila awak sampai?
Saya ada mesyuarat di Hong Kong, jadi saya singgah ke sini sekejap.
Mak tak beritahu saya pun yang mak nak datang.
Awak dah jaga...
...anak saya, Ma Ri dengan baik.
Disebabkan saya tinggal di luar negara...
...saya tak boleh melawat awak selalu.
Minta maaflah, ya.
Tak apa. Jangan risau.
Kamu nampak pucat lesi.
Jadi?
Kamu berdua akan bercerai?
Biar betul?
Bila awak sampai?
Tentu awak sibuk. Saya terkejut awak ada di sini.
Saya gembira dapat jumpa awak sebelum saya pergi.
Sayang. - Dia dah pergi.
Ayuh. - Mari pergi.
Okey.
Bok Rae.
Ya.
Dia seorang wanita yang baik hati.
Tentang perceraian kamu, dia kata ia terpulang kepada kamu berdua.
Okey, bagus.
Serahkan kepada kami dan jangan risau.
Tak, kamu berdua tak boleh bercerai.
Semua orang buat silap.
Apa? Ayah kata itu satu kesilapan?
Ayah.
Kesilapan ialah...
...tinggalkan telefon di restoran selepas makan di sana.
Itu satu kesilapan.
Perkara seperti menaiki tren lalu dan menyedari...
...sepatutnya pergi ke arah bertentangan...
...dan lewat ke mesyuarat kerana kita salah masa.
Merancang pertemuan dan jalinkan hubungan sulit bukan satu kesilapan!
Bukannya kita kena ikut lebuh raya yang sama setiap hari.
Kamu boleh guna lebuh raya persekutuan dari semasa ke semasa.
Sudahlah, ayah.
Ma Ri banyak berkorban untuk kita.
Ayah perlukan Ma Ri lebih daripada kamu.
Ayah.
Ibu Ma Ri...
...akan bantu kita membentuk usaha sama dengan klinik di China.
Ayah akan...
...buka klinik di China di mana...
...1.4 bilion penduduk boleh buat pembedahan kelopak mata berlapis...
...jadi kamu tak boleh bercerai.
Apa?
Apa maksud ayah?
Apa kaitan pembedahan kelopak mata berlapis...
...dengan perceraian kami?
Boleh ayah jelaskan apa yang berlaku? Tolonglah!
Impian saya?
Awak beritahulah saya dulu.
Apa impian awak? - Saya?
Tiada apa yang istimewa.
Saya cuma nak jumpa pasangan saya, kahwini dia...
...dan ada anak.
Saya nak makan malam dengan keluarga saya.
Masakan rumah.
Makan masakan rumah dengan keluarga?
Setiap hari saya makan masakan rumah.
Sudah tentu, ada orang yang begitu.
Tapi sesetengah orang tak pernah berpeluang lakukannya seumur hidup.
Apa yang hanya sebahagian daripada kehidupan biasa awak...
...mungkin sesuatu yang seseorang sangat inginkan.
Sekarang, giliran awak.
Beritahu saya.
Apa impian awak?
Impian saya ialah...
Mak!
Saya tak percaya mak muncul begitu saja tanpa beritahu saya.
Mak betul-betul buat saya terkejut.
Dengan cara itu, barulah nampak lebih semula jadi.
Jadi? Betul cakap mak, bukan?
Keadaan dah berubah, bukan?
Ya. Kita betul-betul dah memenangi hati pengerusi.
Dia kata kami tak boleh bercerai. Dia tengking Raphael!
Mal Ja, awak dah balik!
Tak guna.
Mak tak sumbat mulutnya?
Dia janji dengan mak yang dia takkan menjerit.
Du Pal pandai berkata-kata.
Apabila mak berbual dengan dia, mak tak sedar masa berlalu.
Awak dah makan malam?
Saya makan tteokbokki dengan mak awak.
Kepedasan tahap tiga. Pedas sangat.
Tengoklah awak.
Awak nampak selesa sekarang, walaupun terikat pada kerusi itu.
Nampaknya saya dah terbiasa.
Hei, pada mulanya saya minta sejuta won...
...tapi saya akan beri diskaun 90 peratus.
Beri saya 100,000 won, barulah saya akan pergi.
Merepek saja.
Kenapa saya nak beri awak 100,000 won?
Saya boleh ikat awak pada kerusi itu selama-lamanya.
Betul juga.
Tapi bukankah terlalu banyak kerja untuk beri saya makan...
...dan mandikan saya seumur hidup?
Bukankah lebih baik awak bayar saja saya?
Kami juga boleh jaga awak...
...tanpa perlu beri awak makan atau beri awak sesen pun.
Kamu ada beli plastik? - Ya.
Letakkan di atas lantai. - Okey.
Kenapa awak perlu bentangkan plastikk?
Hei, kenapa awak perlukan benda itu?
Hei. Mak! - Adakah ini cukup besar?
Saya tak nak paksa awak beri saya duit kalau awak tak ada duit.
Cukup besar untuk seorang lelaki.
Patutkah saya pergi senyap-senyap?
Mak! Mal Ja!
Maafkan saya atas segalanya, Mal Ja.
Simpan plastik itu!
Apa kata kita makan daging khinzir rebus hari ini?
Mal Ja, pergi beli 600 gram perut khinzir. Tak, sekilo.
Hei! Tutup mulut awak.
Mak! Saya suruh mak tutup mulut dia.
Dengan cara ini, kurang membosankan.
Ya. Kimchi segar mesti dimakan dengan daging rebus.
Mari kita makan, okey?
Saya dah balik.
Kamu dah balik. Kenapa kamu balik lambat sangat?
Kamu dah makan malam?
Ya, dah makan. Saya nak masuk bilik.
Woo Ri, duduk sebentar.
Kang Jae dah beritahu kami apa yang berlaku.
Kenapa kamu tiba-tiba buat keputusan begitu?
Bukannya tiba-tiba.
Saya dah fikir masak-masak.
Ya, kami tahu kamu takkan bertindak terburu-buru.
Tapi apa kata kamu pertimbangkan sekali lagi?
Woo Ri, mungkin sebab hormon kamu tak stabil sekarang.
Kamu patut fikirkan semuanya dengan lebih teliti pada masa begini.
Ambil masa dan fikirkan tentang...
No comments yet. Be the first to leave one.