House of Cards

House of Cards

Malay 자막 다운로드

시즌 1

릴리스 정보

House of Cards (2013) - 01x04 - Chapter 4
다음의 해설 badh182

태그

other
게시일: 2017-07-30
다운로드: 43
청각 장애인용: No

Malay 자막 미리보기

처음 200줄입니다.

SIRI ASLI NETFLIX

NETFLIX MEMPERSEMBAHKAN

Ia digunakan untuk kuasa

supaya kita boleh teruskan piawaian prestasi.

Jangan mempermainkan hak mereka

terhadap rundingan kolektif macam cip poker.

Kalau tak, mereka takkan berganjak.

- Marty Spinella dah tengok? - Bukan yang saya tunjuk pada dia.

- Jadi awak tipu dia. - Tak.

Saya mengubah janji saya.

- Itu berbohong namanya. - Itu adalah politik.

Bidang yang awak paling mahir, Bob.

Ini politik untuk awak.

Jika saya benarkan ia dibentangkan,

saya akan digugurkan nanti.

Ini arahan daripada presiden.

Setahu saya, saya masih seorang ahli Demokrat, Frank,

dan awak pun sama.

Awak nak cakap, presiden bukan ahli Demokrat?

Sebab dia bertindak macam ahli Republikan.

Saya ingat Bob berada di pihak kita.

Biarkan dia bincang dengan presiden selama sepuluh minit.

Kita takkan sentuh rundingan kolektif.

Awak mahu nasihat saya

atau cuma nak saya sampaikan mesej?

- Saya sentiasa mahu nasihat awak. - Betul cakap Birch.

Awak akan memburukkan keadaan.

Presiden perlu berbincang

dan biarkan dia buat keputusan.

Beritahu Bob, saya akan menjadualkan pertemuan dengan presiden

sebaik saja dia tetapkan tarikh pembentangan.

Presiden boleh pergi jahanam.

Inilah peluangnya.

Ini janji dia.

Saya tak peduli tentang janjinya.

Dia tak boleh paksa Dewan Negara.

Jangan lupa, awak bekerja untuk saya. Bukan untuk dia.

Kalau dia nak bentangkan sesuatu,

dia kena cakap terus dengan saya.

Saya tahu awak ada harga diri yang tinggi, Bob,

dan ia memang mengagumkan.

Walau bagaimanapun,

Linda masih boleh teruskan.

Suruh Vasquez lupakan saja rang undang-undang itu.

Itu bukan kali pertama dia buat begitu pada saya.

Mungkin saya patut diam saja,

tapi saya tak nak lepaskan peluang untuk tengok dia marah.

Selamat pagi.

- Frank. - Tuan Presiden.

Linda.

Mari bincang tawaran antikolektif daripada rang undang-undang.

Linda dan saya dah berbincang. Saya rasa dia betul.

Beritahu Bob, dia boleh datang tengah hari esok.

Tuan, dengan segala hormat, saya tak rasa

tuan patut ikut kemahuan dia.

Berikan saya sebab.

Kita akan nampak lemah.

Inilah peluang untuk tunjukkan kuasa tuan.

Kita patut rebut peluang ini.

Tapi tanpa kerjasama Birch, kita akan tewas

sebelum rang itu dibentangkan.

Frank, kita dah bincang.

Tuan, jika tuan menyerah sekarang,

Birch akan pijak kepala tuan selama empat tahun akan datang.

Saya boleh bentangkan rang ini di Dewan Negara.

Saya berjanji.

Baiklah, Frank. Buktikan.

Terima kasih, tuan.

Dia cuba meraih pujian untuk idea saya.

Nasihat saya yang dia tak nak dengar. Tak boleh diterima.

Saya takkan benarkan dia jual barang saya sedangkan dia tak beri saya keuntungan.

Saya dah beritahu dia, tiada temu bual.

Dia tak nak dengar.

Bukan sekali, sekurang-kurangnya lapan kali sejak bulan lepas.

Biarkan dia, Tom.

Dia tak menghormati saya.

Saya kata, biarkan dia.

Ada peraturan, cara nak buat kerja.

Kalau saya ada wartawan yang...

Dua gadis mahasiswa

masuk ke bilik asrama bersama-sama.

Seorang dari Georgia, seorang dari Connecticut.

Gadis dari Connecticut tolong ibunya pasang langsir.

Gadis dari Georgia berpaling dan berkata, "Hai. Awak dari mana?"

Gadis Connecticut berkata,

"Dari tempat yang tahu bahawa tak boleh mengakhiri ayat dengan kata sendi nama."

Gadis Georgia itu berkata, "Maafkan saya.

Awak berasal dari mana, sial?"

Pernah dengar cerita itu?

Lain sikit.

Dengan bahasa yang lagi lembut.

Kita tak perlukan orang yang mengikut peraturan.

Kita perlukan orang yang berperwatakan.

Kita nak wajah Zoe, tenaga dia.

Kita nak dia keluar di kaca TV sebanyak mungkin.

Kita juga yang untung nanti.

Faham tak maksud saya?

Saya faham.

Terima kasih, Tom.

Terima kasih.

Masuklah.

Saya ingat...

Saya nak jumpa Evelyn.

Evelyn?

Ini pejabat dia.

Rasanya dia dah tak kerja di sini.

Gillian Cole.

Saya masuk dua minggu lalu.

Gillian. WorldWell.

Ya.

Saya banyak dengar tentang awak.

Remy Danton.

Awak bekerja dengan Claire?

Boleh dikatakan begitu.

- Helo, Remy. - Claire.

- Nampaknya awak dah jumpa Gillian. - Ya, baru saja.

Macam yang awak lihat, dia menjalankan tugas dengan baik sekali.

Warna merah untuk telaga yang dah lengkap,

hijau, tapak yang berpotensi,

kuning, tapak yang diluluskan,

dan biru adalah pusat penapisan.

Bagus. Jadi, awak suka kerja di sini?

Ya. Saya dan kakitangan saya seronok.

- Claire banyak membantu kami. - Claire memang begitu.

Boleh kita pergi ke pejabat saya?

Gillian, gembira berjumpa awak.

Gembira berjumpa awak.

Apa yang berlaku?

Keadaan jadi rumit.

SanCorp berada dalam keadaan yang sukar.

Saya sangka awak akan buat sesuatu bila keadaan jadi sukar,

bukannya menangguhkan sumbangan.

Keadaan dah kurang rumit sekarang.

Sumbangan itu akan disalurkan semula.

Saya terpaksa pecat separuh kakitangan saya.

Ambillah mereka kerja semula.

SanCorp dah sedia untuk menggandakan bajet permulaan.

1.5 juta dolar, sekali gus.

- Suku tahun ini. - Kenapa?

Perhubungan awam. Sama macam dulu.

Apa mereka nak daripada Francis?

Tiada kaitan dengan Frank. Kita cuma bercakap tentang IAB.

- Tapi kenapa nak gandakan? - Sebab saya yang suruh.

Banyak mereka beri, banyak awak boleh buat.

Makin banyak yang awak buat, makin baik nama mereka.

Sebab itu jugalah mereka upah Glendon Hill.

Mereka juga upah awak sebab nak berbaik dengan Kongres.

Kecuali hal ini.

Kami nak kerjasama untuk jangka panjang.

Ini adalah pelaburan masa depan.

Kami tak ada niat lain.

Saya akan fikirkan.

Tolong uruskan dengan cepat.

Saya cakap saya akan fikirkan.

Madeleine, awak kena e-mel pada saya. Saya perlukan secara bertulis.

Saya nak notis lebih awal dari satu jam.

Saya tahu, tapi awak kena faham

yang kita ada rancangan.

Kita ada cara untuk buat dan bila awak...

Okey.

Baiklah.

Ya. Selamat tinggal.

Madeleine tiba-tiba nak pergi Orlando

dengan kenalan baru dari laman cari jodoh.

Bukan nak beritahu awal-awal.

- Budak-budak itu? - Mereka habis sekolah pukul 2:30.

- Saya boleh uruskan mesyuarat itu. - Betulkah?

Ya, mereka cuma pasukan perhubungan awam.

Saya akan beritahu awak, awak hubungi mereka esok.

Pergi jemput anak-anak awak.

Hei.

Remy datang pejabat saya pagi tadi.

Apa dia nak?

Sumbangan itu akan disalurkan.

Jumlah sumbangan digandakan menjadi 1.5 juta dolar.

Awak menolak, bukan?

Saya tak tolak.

Dia tak nak apa-apa daripada awak, Francis.

Tolonglah. Takkan awak tak tahu lagi?

Saya dah tanya dengan jelas.

Mungkin bukan sekarang.

Saya yang didik dia. Ini langkah yang bahaya.

Fikirlah apa saya boleh buat.

Saya boleh ambil semula pekerja yang saya pecat.

Pembiayaan untuk projek-projek yang Gillian bawa masuk boleh dipercepatkan.

Fikir cara lain untuk cari duit.

Tapi duit itu dah ada depan mata saya.

Claire, saya dah ada terlalu banyak urusan sekarang.

Saya tak boleh biarkan SanCorp mengawal saya lagi.

Saya tak boleh biar Remy...

Sebenarnya, pasal Remy.

Dia tahu banyak tentang saya. Bahaya.

Cubalah fikir jauh sikit.

Saya minta tolong.

Tak, itu bukan minta tolong namanya.

Claire.

Jawapan saya masih sama.

- Apa dia? - Saya akan fikirkan.

Saya tahu kita ada masalah sikit

dan mungkin saya yang lebih patut dipersalahkan.

More Malay subtitles for House of Cards

댓글

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left